HATI-HATI SENJATA TERAKHIR ANWAR
1. Anwar dalam keadaan terdesak. Pertama, terdesak untuk menjadi seorang PM. Kedua, terdesak untuk berkuasa untuk elak dari dipenjarakan atas kesalahan meliwat. Anwar semakin terdesak apabila peristiwa sebenar 1998 yang diputarbelitkan oleh Anwar dahulu kini didedahkan oleh Ummi Hafilda dengan jelas mengikut kronologi.
Keterdesakan Anwar semakin bertambah lagi dengan PRU13 yang semakin hampir.
2. Ada dua senjata yang dijangka boleh digunakan oleh peliwat malang tersebut.
3. PERTAMA, Anwar akan berusaha untuk menimbulkan huru hara dan demontrasi seperti di Mesir dan Libya. Tujuan sebenar, Anwar mahu dirinya ditangkap di bawah ISA dan tidak dibicarakan. Ini juga mengelakkan dirinya dipenjarakan kerana meliwat. Pada Anwar, lebih baik dipenjarakan di bawah akta ISA dari dipenjarakan di bawah kesalahan meliwat. Rakyat kononnya (fikir Anwar) akan melupakan kes liwatnya dan penangkapan Anwar di bawah ISA akan dipolitikkan oleh sekutu politik mereka pada masa depan.
4. Ini bukanlah cerita baru kerana Anwar pernah menggunakan cara ini pada tahun 1998 dengan menimbulkan demontrasi jalanan pada reforBasi 1998. Tujuannya agar dia ditangkap di bawah akta ISA dan tidak dibicarakan. Namun, kerajaan Mahathir tidak berminat untuk menangkap Anwar di bawah ISA begitu saja dan mahu kebenaran didedahkan kepada rakyat dalam perbicaraan liwat dan penyalahgunaan kuasa pada ketika itu.
5. Ini juga menjelaskan tidak ada konspirasi, kerana Mahathir jelas mahu menunjukkan kebenaran dengan tidak menahan Anwar pada tahun 1998 di bawah akta ISA dan mahu dia dibicarakan. Bukankah lebih mudah jika Mahathir menangkap Anwar di bawah ISA? Bukankah Anwar telah menimbulkan huru hara di ibu negara yang memang sengaja Anwar sendiri timbulkan supaya dirinya ditangkap di bawah ISA? (dengan harapan dia tidak dibicarakan kerana ISA adalah penangkapan tanpa dibicarakan) Tapi Mahathir tidak mahu terperangkap dalam permainan Anwar itu. Perbicaraan tetap perlu diadakan. Kebenaran perlu didedahkan- fikir Mahathir.
6. KEDUA, Anwar akan membangkitkan sensitiviti orang-orang Melayu. Tidakkah orang Melayu perasan sejak akhir ini PKR terutamanya sengaja menimbulkan perkara yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Islam? Ini bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Tetapi dirancang dan memang disengajakan!!!!
7. Anda fikir Anwar sengaja menyokong pluralisme agama tanpa niat tersembunyi? Anda fikir Azizah melaung dengan menolak Ketuanan Melayu tanpa ada agenda tersembunyi? Tujuan? Ini supaya orang-orang Melayu dan Islam bersuara dan berasa marah kepada Pakatan Rakyat. Maka orang Melayu yang bersuara ini dicop sebagai perkauman dan harus dijauhi. UMNO sebuah parti Melayu maka perlu juga dianggap perkauman.
8. Inilah yang mahu ditanam oleh Anwar kepada bukan Melayu supaya mereka berasa khuatir pada orang Melayu dan pertubuhan Melayu yang sebenarnya bukanlah perkauman, tetapi responsif kepada suara PKR yang menyinggung aspirasi bangsa mereka. Ini juga mengekalkan momentum undi bukan Melayu kepada mereka. Jika ada bukan Melayu yang membaca tulisan ini, apa yang berlaku sekarang adalah berpunca dari politiking Anwar yang kotor dan memecahkan perpaduan di kalangan kita yang selama ini erat dan bersatu padu. Negara Malaysia selama ini aman damai dan rakyat berbilang kaum bersatu padu, tiba-tiba datang makhluk dajal bernama Anwar memain dan memperkotak katikkan aspirasi bangsa Melayu, bukan Melayu berasa terancam apabila bangsa Melayu besuara (responsif) , ironinya orang Melayu merasai ancaman yang serupa kerana politik kebinatangan Anwar Ibrahim.
9. Hati-hati dengan dua senjata Anwar dalam berdepan PRU 13 yang semakin hampir. Orang Melayu yang paling perlu berhati-hati kerana Anwar dijangka akan terus membangkitkan sensitiviti mereka dengan harapan mereka akan bangkit dan disalahtafsirkan sebagai perkauman atau ekstrimis baik oleh rakyat Malaysia dan rakyat negara asing.
10. Apakah cara terbaik dalam berdepan dengan provokasi Anwar? Ada baiknya kita bersuara terus kepada Anwar "KAMU SENGAJA MEMPROVOKASI KAMI DENGAN HARAPAN KAMI BERASA MARAH DAN DIJAUHI". Saya percaya Anwar akan terdiam terus kerana niatnya sudah dibaca oleh orang-orang Melayu.
11. Kepada rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli, semua rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama, mari kita bersatu padu. Jangan biarkan kita terperangkap dalam isu yang dimainkan oleh Anwar yang terdesak dan terus terdesak untuk berkuasa.
12.Hati-hati dengan dua senjata Anwar ini.
13. Saya ulangi, pertama, membangkitkan demontrasi jalanan ala Mesir dengan harapan dirinya ditangkap di bawah ISA dan tidak dibicarakan dalam kes liwat, dan kedua, membangkitkan perasaan marah dan khuatir orang Melayu dengan niat suara orang Melayu yang sebenarnya responsif ini akan dianggap perkauman dan melampau di kalangan rakyat Malaysia.
email dari pembaca-Ikmal
1 comment:
nak buat huru hara macam mesir dan libya buat apa?berapa kerat yang nak buat huru hara? lagi pun kita duduk lani cukup seronok aman damai kenduri satu hari panggilan sampai 4 atau 5 tak larat nak makan, kerajaan kita lani pun baik minyak naik dinegara luar kita tak naik badan orang malaysia pun bulat bulat sebab terlebeh makan ni pun salah kerajaan jugak sebab bagi lebeh makan tu pun dok complain barang naik mahal mana ada barang yang turun che ai , ayaq hujun boleh lah turun, dalam dunia ni mana ada barang yang turun harga datuk najib pun bagus dia dah kata rakyat didulukan nak dok cari pasai buat apa dulu bolehlah kita maseh percaya dengan dia tapi sekarang suruh sumpah tak mahu suruh bagi DNA pun tak mahu sampai nak buat demo suroh dia bagi DNA punya lah susah , habis tu macam mana nak buat? Ni pun salah kita juga dok pecaya penoh dekat orang , dekat allah kalau kita pecaya macam ni dan buat segala yang diperentah dan tinggal yang ditegah gerenti masuk syurga ni dok pecaya pangkah parti boleh masuk syuarga macam orang tak sekolah aku pun tak tau nak kata apa dah ,nasihat saya buatlah ibadat banyak banyak kurangkan berpolitik dunia kita lani dah terlalu tua sangat terdapat gempa bumi tsunami dan kacau bilau.apa pun kita serah pada allah pasti selamat.
Post a Comment