Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS

AS;HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai
perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah
-Rahman Kadir-

Sambung ke Part-2 di

375 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 375 of 375
Anonymous said...

majlis fatwa mmg tak wajibkan hukum hudud...tp Allah yang perintahkan..itulah sebaik baik hukum utk manusia..Allah lebih tahu ape yg terbaik..yg tu pun nak sangkal jugak ker?..

sama jugak, Allah suruh taat kepada pemerintah walupun zalim, Allah tahu apa yg terbaik..kan dah tak boleh sangkal?

Anonymous said...

Saya amat suka dengan jawapan yang tuan berikan. Tuan dengan suka rela membuka sifat sebenar seorang pejuang dalam UMNO. Saya bukanlah org yang fanatik mana2 parti.. tapi oleh kerana orang seperti tuan lah yang akan menyebabkan UMNO melingkup.

Sebab org mcm POP yg mendahulukan hawa nafsu dan otak sendiri yg menyebabkan islam tak ke mana.

PAS ada byk masalah dgn org mcm tuan, bila hendak cerita hudud, guna majlis fatwa lah, islam bukan sekadar hudud lah, etc.

yg menyebabkan umat ni melingkup sebab org mcm tuan, sikit babas lagi, joinlah POP dgn sisters in Islam.

Anonymous said...

Seperti yang saya katakan sebelum ini... muhasabah diri. Jangan keje nak bantai orang. Lihat dari semua perpsektif.. bukan dari perspektif UMNO sahaja. Tuan masih tak faham itu sebab siap tanya "kalau ada". Saya bukan org yang fanatik mana2 parti seperti tuan. kesian tgk UMNO sebab dah dekat 60 tahun ada tapi sampai sekarang rupanya parti tersebut tiada ideologi (mengikut fahaman tuan).

Klu jujur nak beri nasihat.. tu pegi main jugak kat tranung, pegi login facebook pastu pegilah nasihat kat malaysiakini, main lah kt blog2 pembangkang.. byk nak kena nasihat..

jgn dok mengaku "neutral" la, tak berparti la, tapi bila suruh Quran hadith, byk songehnya..

Kita bg quran sunnah, dia kata UMNO, please eh..ini nabi yg cakap..

mmg takde ideologi, parti utk org melayu beragama Islam, kalau POP nak bawa Islam dalam UMNO, Islamlah UMNO.. tapi masalahnya, tak nak... kalau takde hujah syarak, takpela, ini dah tahu pun konar baring cantik..baekkk punya..

Anonymous said...

Saya rasa perbahasan ini boleh diberhentikan sebab saya rasa audiens yang membaca blog ni dah tau dah sikap sebenar tuan.

Kalau nak berhenti, cakaplah nak berhenti.. jgn salahkan audiens dan org lain. malu lah sikit..

Anyway, ikut saja apa saya pesan, taatlah kepada Quran sunnah, itu saja saya nak summarize..

Ini sikap saya dan pendapat saya. Full stop.

But seriously.. if u really think what ur stand about PAS is the TRUTH... please n i really mean PLEASE.. bawa la ke majlis fatwa supaya PAS diharamkan. Saya merayu kat tuan.

boleh, takde masalah, tapi ingat, kalau majlis fatwa fatwakan PAS haram, terima saja, jgn nak demo, jgn nak buat memorandum, jgn buat apa2, terima dan akur.


Sebab memang tuan mempunyai ilmu yang tinggi lebih hebat dari ahli majlis fatwa. Tolonglah terangkan pada diorang dan sekolahkan diorang tentang hukum ni. Saya takut saya berada di jalan yang salah. Saya ni memang tak hebat mcm org lain yang post kat sini. Itu sebab sy suka bercerita politik nyata. Politik yang ada kat depan mata.

Boleh..takde masalah, especially mufti perak, mufti perlis, mufti johor. diorg mmg tahu pasal benda2 ni, cuma diorg tak mahu negara ni huru-hara, almaklumlah kan Rahman kadir bgtau, kalau PAS diharamkan ke, PAS nak angkat senjata.

bukan takut jalan yg salah, mmg dah salah pun. Allah dah tak bg, tak kasi, tapi nak buat jugak..

org itu hebat kalau ikut Allah dan Rasul, sebab Sy Umar pesan kita dimuliakan dengan Islam, bila kita tak nak Islam, masa tu Allah hinakan kita.

saya suka kiaskanlah ni mcm kes pelacur la, org nasihat suruh berhenti, tapi dia cakap tak boleh..sebab DIA HIDUP DALAM REALITI..

Prince of Persia said...

Tuan,

Saya rasa tiada sapa pun dalam blog ni yang menyangkal AL-Quran, Hadith dan semua yang tuan sebut. Orang PAS pun dari dulu memang nak tegakkan islam. Seperti yang saya katakan.. tak payah sibuk nak bercerita orang dalam parti... PAS ni teruk, PKR jual melayu, UMNO lagi huru hara. Nak buat apa? Perkara ni boleh melarat sampai mati pun tak abis.

Tuan keluar ayat AL-Quran dan Hadis untuk backing UMNO, org PAS pun ada ayat AL-Quran untuk backing diorang. Masing2 nak backing. Ini masalah yang timbul apabila org bukan ahli bercerita. Bila diri sendiri merasa hebat dah boleh berhujah dgn ayat AL-Quran, hadith dan seumpamanya. Siap boleh org belajar bukak kitab tuh. Mungkin tuan mmg ilmu dah tinggi. Tapi kalau tuan ilmu dah tinggi, tuan tidak berbahas sedemikian rupa.

Tuan, taat kepada pemerintah walau pun zalim, masih boleh dibahaskan. Rasanya yang hamba Allah aritu copy dari blog tu dah terang secara panjang lebar. Tapi tuan memang jenis mendengar apa yang tuan nak dengar je. Tuan akan abaikan perkara yang tuan taknak dengar walau pun ia benar. Hukum hudud tu wajib tuan dan tak boleh bagi alasan lagi dah. Kalau tak buat pun at least kena wartakan. cerita le sikit... ini satu usaha pun takde ke arah itu.

Saya bukan salahkan audiens, tapi kalau audiens yang bijak mereka dah boleh menilai tuan ni mcm mana orangnya. Tgk dari cara tuan berbahas pun dah tau dah.

Tuan, bila berbahas macam ni ingin saya ulang sekali lagi, cuba tuan jangan mengambil pandangan dari satu pihak. UMNO ada hujah dia, PAS pun ada hujah. Tuan cakap ikut quran dan sunnah, PAS pun cakap ikut quran dan sunnah. Tapi tuan mesti bukak la cerita pemimpin PAS buat benda ni la.. benda tu la. Lepas tu tanya, ikut sunnah ke tu? Yang pelik tuan taknak pulak cerita yang org UMNO tak ikut quran dan sunnah.

Seperti yang saya katakan, tuan menjadikan blog ni untuk backing UMNO dan bantai pembangkang... bukan untuk berkongsi ilmu. Kata nak ikut quran dan sunnah... quran dan sunnah tak mengajar kita merasakan diri kita sentiasa betul, pendapat kita je yang boleh diterima dan merasakan diri kita hebat.(mesti lepas ni tuan akan balas balik.. korang pun sama gak, cakap org pandai! jawapan tipikal org UMNO). Tuan ni mungkin dah boleh masuk kategori orang yang kagum dengan kehebatan diri sendiri.

Anonymous said...

Tuan keluar ayat AL-Quran dan Hadis untuk backing UMNO, org PAS pun ada ayat AL-Quran untuk backing diorang. Masing2 nak backing. Ini masalah yang timbul apabila org bukan ahli bercerita. Bila diri sendiri merasa hebat dah boleh berhujah dgn ayat AL-Quran, hadith dan seumpamanya. Siap boleh org belajar bukak kitab tuh. Mungkin tuan mmg ilmu dah tinggi. Tapi kalau tuan ilmu dah tinggi, tuan tidak berbahas sedemikian rupa.

Yg saya keluarkan ini adalah nas yg sahih mengharamkan keluar dr ketaatan kepada pemimpin.

Jika PAS memerintah,maka ketaatan itu pd PAS. Jika PKR maka pada PKR.

Masalahnya, siapa anda utk menilai org itu ahli ataupun tidak?

Org sudah bilang beberapa kali, jika anda seorg yg jujur dengan hukum hakam Islam, bila org sebut ini hadith,maka eloklah berdiam diri.

Bukan saya hebat, tetapi Nabi yg hebat. Org yg masih nak kata boleh prkara yg tak boleh oleh nabi itu lah org yg perasan dirinya hebat.

Kalau dah tak tahu, buat cara tak tahu. Kalau tak hormat saya takpa, hormatlah pd Nabi.

Anonymous said...

Saya bukan salahkan audiens, tapi kalau audiens yang bijak mereka dah boleh menilai tuan ni mcm mana orangnya. Tgk dari cara tuan berbahas pun dah tau dah.

Kalau sokong dia, org itu bijak, kalau org tu tak setuju,pemikiran tak terbukalah, melingkuplah,mcm2 lagi.

Inilah yg audiens tgk. Kalau ilmu tidak ada, baiknya diam. Makin lama, nampak tak hormat pada Allah dan Rasul.

Tuan, bila berbahas macam ni ingin saya ulang sekali lagi, cuba tuan jangan mengambil pandangan dari satu pihak.

Pihak yg saya ambil pandangan ini adalah dr nabi SAW. POP nak suruh saya ambil pandangan syaitan ke?


ada hujah dia, PAS pun ada hujah. Tuan cakap ikut quran dan sunnah, PAS pun cakap ikut quran dan sunnah. Tapi tuan mesti bukak la cerita pemimpin PAS buat benda ni la.. benda tu la. Lepas tu tanya, ikut sunnah ke tu? Yang pelik tuan taknak pulak cerita yang org UMNO tak ikut quran dan sunnah.

PAS ada hujah, tapi hujah yg mengharamkan kewujudannya datang dari Nabi. Perlembagaan PAS adalah Al Quran n sunnah dlm fasal 7.Tapi, hadith kata,taatlah kepada ulil amri walaupunn zalim n berhati syaitan dsb. Jadi, adalah pelik jikalau perlembagaan parti itu sendiri mengharamkannya.

Apa jenis parti ini?

Kalau tuan nak saya cerita psl UMNO, tuan puji2 melangit UMNO,nanti saya akan tegur, supaya jgn reka cerita, puji berpada2, kalau tak betul, saya tegur.

Bila pula tuan nak cerita UMNO buat masjid, buat pejabat ugama, guna duit pembayar cukai org bukan islam utk dakwah spt JAKIM, IKIM,pusat zakat dsb?

Bila pulak nak puji?

Anonymous said...

Saya bukan salahkan audiens, tapi kalau audiens yang bijak mereka dah boleh menilai tuan ni mcm mana orangnya. Tgk dari cara tuan berbahas pun dah tau dah.

Kalau sokong dia, org itu bijak, kalau org tu tak setuju,pemikiran tak terbukalah, melingkuplah,mcm2 lagi.

Inilah yg audiens tgk. Kalau ilmu tidak ada, baiknya diam. Makin lama, nampak tak hormat pada Allah dan Rasul.

Tuan, bila berbahas macam ni ingin saya ulang sekali lagi, cuba tuan jangan mengambil pandangan dari satu pihak.

Pihak yg saya ambil pandangan ini adalah dr nabi SAW. POP nak suruh saya ambil pandangan syaitan ke?


ada hujah dia, PAS pun ada hujah. Tuan cakap ikut quran dan sunnah, PAS pun cakap ikut quran dan sunnah. Tapi tuan mesti bukak la cerita pemimpin PAS buat benda ni la.. benda tu la. Lepas tu tanya, ikut sunnah ke tu? Yang pelik tuan taknak pulak cerita yang org UMNO tak ikut quran dan sunnah.

PAS ada hujah, tapi hujah yg mengharamkan kewujudannya datang dari Nabi. Perlembagaan PAS adalah Al Quran n sunnah dlm fasal 7.Tapi, hadith kata,taatlah kepada ulil amri walaupunn zalim n berhati syaitan dsb. Jadi, adalah pelik jikalau perlembagaan parti itu sendiri mengharamkannya.

Apa jenis parti ini?

Kalau tuan nak saya cerita psl UMNO, tuan puji2 melangit UMNO,nanti saya akan tegur, supaya jgn reka cerita, puji berpada2, kalau tak betul, saya tegur.

Bila pula tuan nak cerita UMNO buat masjid, buat pejabat ugama, guna duit pembayar cukai org bukan islam utk dakwah spt JAKIM, IKIM,pusat zakat dsb?

Bila pulak nak puji?

Anonymous said...

Seperti yang saya katakan, tuan menjadikan blog ni untuk backing UMNO dan bantai pembangkang... bukan untuk berkongsi ilmu. Kata nak ikut quran dan sunnah... quran dan sunnah tak mengajar kita merasakan diri kita sentiasa betul, pendapat kita je yang boleh diterima dan merasakan diri kita hebat.

POP juga jdkan di sini utk medan bantai saya, dan UMNO.

Bila nak puji kerajaan? Bila nak perbaiki kelemahan pembangkang? Bila..bila dan bila?

Al Quran dan sunnah mengajar kita utk mempertahankan hujah dr dua sumber ini samada menang ataupun syahid.Sesiapa yg merasakan kurang akan Quran dan as sunnah, eloklah periksa diri, kalau jahil buatlah cara org jahil.


(mesti lepas ni tuan akan balas balik.. korang pun sama gak, cakap org pandai! jawapan tipikal org UMNO). Tuan ni mungkin dah boleh masuk kategori orang yang kagum dengan kehebatan diri sendiri.

Kita kagum dengan kebenaran Kitabullah, org yg Allah tutup hatinya akan terus menolak seruan yg benar.Mereka umpama gol. yg bisu, buta dan tuli dan mereka tidak akan kembali.

Saya berharap tuan POP bukanlah dr gol. tersebut, nasihat saya, sambil2 "main perasaan" kat sini ,pergilah belek sahih muslim, bukak bab pemerintahan, cari hadith2,dan buat solat istikharah.

Kalau setakat nak menulis utk menulis, sampai tak sedar yg dilawan itu sunnah,baik lah pergi beajar.

Prince of Persia said...

Tuan,

Kan saya dah maklum, dari cara tuhan berbahas audiens dah boleh menilai.. dari cara tuan berbahas dah tau yang tuan ni mcm mana.

Seperti yang saya katakan... UMNO ada hujah dia sendiri, PAS pun ada hujah dia sendiri.2-2 datang dari Al-Quran dan Sunnah. Mana satu betul dan mana salah? Bukan kita yang nak menilai nak kata yang ini betul dan yang ini salah.

Kalau UMNO takde ideologi, takdenya nak sibuk melaungkan "Hidup Melayu", "Hidup Najib" masa persidangan. Kenapa takde nak bercerita pasal agama. Cuba tuan pegang tangan preseiden UMNO dan berbisik kepada dia dan bertanya, apa ideologi UMNO.

Nak cakap PAS punya perlembagaan melanggar sunnah.. tuan dah tgk belum dalam perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Malaysia sendiri yang melanggar sunnah... malahan konflik dengan ayat Al-Quran. Itu sabab saya cakap, tuan ni suka tgk dari satu hala.

saya bukan neutral.. tapi saya tau yang sebagai orang islam kita kena meletakkan islam, Al-Quran dan Sunnah di tempat yang sepatutnya. Penyelesaiannya bukan bubar PAS je.. boleh jugak bubar UMNO. Lepas tu kita semua berdakwah pada pemimpun PAS untuk tegakkan islam. At least senang sikit sebab menegakkan Islam tu memang dah ada perjuangan PAS. daripada PAS bubar masuk UMNO semua.. nak berdakwah dengan parti yang tak pernah sebut pun nak menegakkan islam dari mula memerintah hinggalah sekarang.

Kalau ikut nabi, kita takkan merasakan kita hebat. Atau pun cakap nabi yang hebat tapi cara bercakap nak tunjuk kita yang hebat. Tuan memang suka membalas balik perkara yang tuan boleh menipulate. Post yang panjang tentang hukum menjatuhkan pemimpin tu, tuan balas sikit je. Maybe tuan tak baca abis pun.. kalau tuan rasa tuan ahlinya apa kata tuan balas every argument yang ada dalam post tu. Dan tuan akan bercerita hal-hal momokan seperti PAS nak angkat senjata kalau bubar. Orang melayu ni bukan berani tuan.. zaman British dulu pun berapa orang sangat yang berani melawan. Ajak la semua ulamak berjumpa dari semua parti dan cadangkan pengharaman PAS, pengharaman orang yang masuk parti selain dari parti pemerintah, pengharaman mengundi selain dari parti pemerintah (mcm tu boleh mansuhkan aje pilihanraya).. kalau ikut pendapat tuan mcm2 kita boleh haramkan. Tapi masalahnya nak buat debat bukan bab agama pun susah. Apa lagi bab agama. Rasanya Nik Aziz yang tuan benci tu dulu pernah ajak UMNO berbahas.. tapi tak berani. Kalau betul PAS tu berada di jalan yang salah, saya cadangkan supaya tuan pegang tangan Presiden UMNO dan sambil berbisik di telinganya...
"Dato Sri, sebelum pilihanraya ni, lebih baik kita adakan satu debat dengan pihak pembangkang dengan topik "Hukum menjatuhkan pemerintah" atau apa sahaja topik agama yang tuan rasa boleh membubarkan PAS. Dengan hujah yang saya ada... saya rasa dengan mudah saya boleh mengalahkan walau siapa pun yang PAS hantar. Dato Sri jangan risau selepas debat ni semua orang PAS akan masuk UMNO".

Kalau tuan rasa memang UMNO di jalan yang betul, saya merayu kat tuan buatlah debat ni supaya seluruh Malaysia akan nampak siapa PAS dan siapa UMNO sebenarnya. Dan jika debat ni berjaya dibuat.. PAS pun akan terbubar seperti apa yang tuan cita-cita kan.

anod said...

Kalau kita berpandukan parti politik untuk berhujah, rasenya sampai kiamat pun xkan selesai, sebab kita semua adalah orang ISLAM...PAS @ UMNO hanya sekadar parti politik xlebih dari tu, kenapa nak berbahas pasal parti sedangkan kita orang ISLAM ada tanggungjawab tersendiri..Kerja kita da'wah ajak orang lain kepada ALLAH..nak bawak orang kepada ALLAH x perlu parti politik..parti politik diperlukan 5 tahun sekali je..time nak pangkah..tetapi kita selalu beremosi dalam berbicara hal politik...parti adalah parti..ISLAM adalah agama

Prince of Persia said...

Tuan-tuan yang dihormati,

Saya setuju dengan pendapat tuan anod. Kalau nak bercerita pasal orang dan parti politik memang sampai kiamat pun tak abis. Itu sebab kalau kita nak berbahas.. kena buka minda, jangan ambik satu side je. Cuba anggap kita ni takde parti. Apabila diberi peluang untuk memilih yang mana satu kita nak pilih? Walau bagaimana sekalipun kita nak mengelak dari memilih mana2 parti.. bila tiba masanya kita terpaksa memilih. Di saat itulah kita terpaksa menilai di mana pendirian kita. Adakah kita akan nilai sesuatu parti itu.. tapi berdasarkan apa kita nak nilai? Kalau kita menilai berdasarkan "orang" dalam parti memang takde nampak beza. Sebab walau parti apa pun memang akan ada masalah. tapi takkan la tak mengundi terus?

Pada pendapat saya yang tak hebat seperti orang lain dalam blog ni, kita perlu berbalik semula kepada dasar perjuangan parti tersebut. Apa yang parti tu perjuangkan. Sebagai orang islam... wajib hukumnya kita memilih parti yang menuju ke arah islam. Bukan saya nak menyokong atau fanatik PAS, tapi hanya PAS sahaja yang ada menyebut tentang perjuangan menegakkan islam dalam perlembagaannya. Bukan bermaksud org dalam PAS tu lebih islam dari parti lain. Tak.. silap2 org PAS pun ada yang lagi teruk dari org UMNO. Tapi itu sebab kita tak payah nak bercerita politik momokan. Nak bukak cerita org buat citer blue... org ni tak reti jaga bini. Nak buat apa? Sekurang-kurangnya PAS ada niat dan tertulis dalam perlembagaannya untuk menegakkan islam. Tetapi UMNO yang juga dianggotai oleh orang Melayu yang beragama islam tiada langsung menyebut tentang syiar islam. Dalam piagam Barisan Nasional pun takde satu perkataan islam ke, nabi ke, quran ke, sunnah ke... takde satu pun cerita.

Tuan yang sorang lagi mencadangkan supaya PAS dibubar dan boleh kita bersama-sama berdakwah kepada pemimpin yang ada supaya melaksanakan islam. Jika objektif kita sama iaitu menegakkan syiar islam kan ke lebih mudah jika UMNO bubar dan masuk PAS. Objektif tersebut memang terkandung dalam perjuangan PAS. Yang hanya perlu diperbetulkan adalah pemimpin yang dilantik. Dan untuk pengetahuan tuan yang satu lagi tuh.. UMNO ADA IDEOLOGI DAN PERJUANGAN TERSENDIRI. Boleh masuk website UMNO atau pergi sahaja ke pejabat UMNO terdekat.

Kita orang islam dibentangkan dengan 2 pilihan sekarang ni. Tetapi kita tidak boleh memasukkan faktor "orang" dalam parti tersebut sebab "orang" dalam semua parti adalah sama sebab kita ni semua manusia biasa. So sekarang kita kena memilih antara 2 pilihan dengan mengenepikan faktor tersebut. Yang mana lebih mudah..

1)memilih parti yang dianggotai oleh orang islam dan dalam perlembagaannya serta dasar parti tersebut adalah untuk memperjuangkan islam dan menegakkan syiar islam.

2) memilih parti yang dianggotai oleh orang islam tetapi tiada menyebut langsung tentang memperjuangkan islam dalam perlembagaannya dan selepas itu kita berusaha untuk mengubah ideologi dan perjuangan parti tersebut.

Kita mesti ingat.. objektif kita adalah sama. Bila kita membuat keputusan, buatlah keputusan mcm kita ni orang yang tak berparti.

Tuan yang sorang lagi, ingin saya katakan dan berkali-kali diulas oleh hamba Allah yang sorang lagi tu. Konsep mengundi pembangkang tak sama dengan konsep mejatuhkan pemimpin. Kalau konsep tuan tu diambil maka tak perlu ada pilihanraya untuk orang islam. Kalau konsep tuan tu diambil kira maka jika negeri selangor, kedah, p.pinang dan kelantan jatuh ke tangan BN dalam pilihanraya akan datang... memang kesian la orang kat negeri tersebut. Dulu dia derhaka dan berdosa sebab undi pembangkang, ni nanti diorang akan derhaka sekali lagi sebab undi BN. kalau tukar lagi nanti derhaka la sekali lagi.

Tuan, bila parlimen dibubarkan.. diorang bukan lagi pemerintah. Sebab tu dibuat pilihanraya di mana rakyat bebas membuat pilihan. Itu sebab seperti yang dihujahkan oleh hamba Allah yang sorang lagi tu.. ulil amri yang dimaksudkan di sini adalah Yang Dipertuan Agong, bukan menteri-menteri yang dilantik.

Prince of Persia said...

x

Prince of Persia said...

Tuan...

Tuan tengah mencari modal atau dah kehabisan modal? atau tuan berada di Sarawak mencari modal tambahan? Seperti yang saya katakan dalam post sebelum ni.. apa kata tuan ajak la geng tuan ramai2 masuk dalam post ni boleh kita membuat percambahan minda dan berkongsi pendapat. Saya ni memang orang tak berilmu seperti orang lain...

Anonymous said...

semoga PARTI ISLAM SEMALAYSIA terus memperjuangkan Islam yang sebenar agar dakyah UMNO dapat dilenyapkan, kerana UMNO memperjuangkan bangsa sebagaimana Yahudi laknatuLLAH...

PKMB said...

Abis tu sekarang ni sapa yang kafir? sapa yang munafik? sapa yang yahudi? sapa khawarij? sapa yang murtad?

PAS ke UMNO?\

Nampak perbahasan ni UMNO dah kalah la.. so UMNO & penyokong UMNO ni blh jatuh munafik ke?

Anonymous said...

Salam,

saya kene bersetuju dgn pendapat anon. POP ada yang betul jugak tetapi dari perbahasan anda berdua, atas iman kepada Al-quran dan hadis, saya kene setuju dan menangkan Anon. Terima kasih anon kerana ilmu yang dicurahkan. Saya kene menangkan Rasullulah lebih dari yang lain ...tafsiran dan pendapat yang selain dari hadis sahih. Saya ambil yang haq sahaja dari anda semua. Semoga anon teruskan misi menegakkan yang haq dan saya doakan yang terbaik. Alhamdulilah, syukur kepada Allah..

Prince of Persia said...

Tuan,

Kita bukan nak menangkan sapa2 kat sini. Kita berbahas nak berkongsi pendapat dan pandangan. Setelah 216 reply dalam post ni, apa pengajaran yang kita dapat? Adakah haram untuk kita mengundi pembangkang bila tiba pilihanraya? Adakah mengundi pembangkang tu kategori menjatuhkan pemimpin? Mcm2 persoalan lagi yang tuan sorang lagi tu tak dapat jawab....

Anonymous said...

salam POP,
sistem demokrasi sekarang nie bukan bersumber islam pun. Org yunani greek punya fahaman dan ciptaan pun. Bagi saya anda berhujah berdasarkan pemikan dan logik tetapi Anon berhujah berdasarkan Nas dan dalil dai hadith. Bab hadis nie jangan disoal byk2 sebab itu datangnya dari nabi, terutama hadis sohih. Saya kene bersetuju dgn dalil yang diutarakan POP. Bab hukum nie bukan boleh pakai logik semata-mata. sometime hukum tu ditetapkan Allah bersebab, jangan ditanya kenapa. Allah lagi maha mengetahui. Sekarang bagi saya kalau tuan bersambung berhujah dgn anon, berhujah lah dgn ilmiah. Gunakan hadis juga, jgn pakai pemikiran sendiri semata-mata. Penat saya tgk anon berhujah dgn Nas dan hadis anda POP pakai pemikiran semata-mata. berimanlah dgn hadis seperti mana anda beriman dengan Al-quran.

wallahukalam...

Prince of Persia said...

Tuan,

Nampaknya tuan ni lebih kurang dgn dia. Ntah2 maybe org yang sama.. tu sebab guna nama annonymous.

Saya tidak ada nak menafikan kebenaran hadis atau ayat Al-Quran. Dan kita bukanlah ahli2 hadis untuk berbahas ttg perkara ni.

Persoalan asas kat sini adalah :

Adakah mengundi pembangkang pada pilihanraya dikategorikan menderhaka/khawarij/kafir/murtad/munafik?
Adakah mengundi pembangkang dikategorikan menjatuhkan pemimpin?

Tuan,

Ingin saya maklumkan sekali lagi. Bila pilihanraya, org tersebut bukan lagi pemerintah. itu sebab dibubarkan parlimen. Salah ke kita cuma nak menukar kepimpinan yang baru?

Nak guna hadis pun biar kena pada tempat tuan.

Seperti yang saya katakan, kalau dah tau kita ni bukan ahli... jangan la merasakan diri mcm ahli dan cuba berbahas benda yang kita tak arif.

PKMB said...

Kelakar la pulak kat sini. Orang UMNO kalah di dalam blog dia sendiri.

Tujuan blog dan post ni hendak menjatuhkan kredibiliti PAS, tapi di akhir post ni rasanya dah terang-terang la sapa yang berada di jalan yang betul dan siapa yang berada di jalan yang kurang/tak betul.

Insaflah wahai orang UMNO dan penyokong UMNO. Memang ada di kalangan orang PAS yang kafirkan UMNO. Memang salah.. sebab mana boleh kita nak kafirkan orang. Tapi pernah tak org UMNO ni tanya diri sendiri kenapa orang PAS kafirkan UMNO? Mesti ada sebab.. bukan dia main cakap asa boleh..

Anonymous said...

Salaam,
Pertama sekali,ketika Rasullulah(saw) menyebarkan Syiar Islam tidaklah ianya dgn cara ber PARTI... Keduanya...sebelum bercakap tentang Usman sila baca sejarah hidupnya cara pemerintahannya dan kenapa dia di bunuh dan dimana mereka mengkebumikannya dan atas sebab apa di kebumikan disitu. Sila baca dan mendalami dahulu Sejarah Islam sebelum membuat komen tentangnya. Fahami dahulu Sejarah asal kejatuhan Islam seawal Wafatnya Baginda Rasulullah... barulah kita akan tahu kenapa Islam sampai berpecah hingga ke hari ini dan ianya samalah juga seperti yg terjadi pada "Alter Terahsia Bangsa Melayu" (Google saja.. Semua Bangsa Melayu wajib membacanya)dimana terdapat persamaan tentang konspirasi2 dan juga bida'ah2 malah banyak sekali fakta2 yg telah dipalsukan sepertimana juga hadis2 yg telah banyak dipalsukan atas nama Politik. Usah pergi jauh, cari ajelah drp Kitab2 dan Musnad2 Sahih yg menjadi pegangan kita(ASWJ) selama ini. Baca dan fahamkannya, semuga Allah Taala (swt)membukakan hati dan menambahkan ILMU buat semua Umat Rasulullah(saw)yg dikasihiNYA.
Salaam.
al Itrah al Tahirah.

Anonymous said...

Saya bukanlah arif tentang bab2 agama terutama ayat2 yang dinyatakan, tetapi saya terpanggil untuk mengkomen hujah2 tuan-tuan sebelumnya... Tidakkah tuan-tuan ni sedar tuan-tuan ini sudah pun memusuhi diri masing2 dalam menegakkan ideologi masing2? Bukankah itu boleh menjadi punca kejatuhan dan kemusnahan pepaduan umat sesama Islam?

Bagi saya, saya tidak pernah suka jika agama saya dipersendakan atau dihujah dalam membentuk fahaman politik masing2 dan saya juga tidak rela jika ada yang cuba memesongkan akidah demi kepentingan politik! Siapakah kita untuk menentukan manusia mana yang masuk syurga yg mana masuk neraka?

Apa yang saya harapkan untuk masa depan anak cucu cicit saya walau ketiadaan saya, Malaysia ni tetap nama MALAYsia dan Islam agama rasmi.

Saya anak melayu yang beragama Islam, tidak mahu tanah air saya dipimpin dan ditindas oleh kaum2 lain yang juga beragama lain sebab sekarang pon, saya boleh rasakan bahang perit menjadi anak melayu yg dilabelkan sebagai "oh,malay" what so good about them that make them put a remark on malay?

Ingin saya berkongsi tentang pengalaman saya dan kawan rapat. Untuk makluman tuan-tuan, saya dibesarkan tanpa subsidi kerajaan,tanpa biasiswa di universiti, kerja di syarikat swasta yang majoritinya bangsa lain... Saya bekerja di company bangsa lain yang majoriti nya adalah bangsa itu sendiri dan hanya 2 orang sahaja yang bekerja disitu berbangsa melayu.. saya diambil bekerja kerana nak cukup kan quota melayu je kat situ..(quota asal ada melayu) untuk handle client2 melayu.. saya ditindas dan dilabelkan dlm bahasa mereka.. saya bertahan selama beberapa tahun sahaja... kawan saya pula yang bekerja disebuah firma pengiklanan yang agak famous di KL bekerja selama 1 minggu dan dipecat kerana dia adalah Islam walaupun dia bukan Melayu. Baru dpt tahu "Tai Ka Cheh" tak suka orang Islam terutama melayu dalam management dan tak de seorang pon melayu kecuali receptionist..

Saya tak dapat bayangkan jika tampok pemerintahan betukar dan apalah akan terjadi pada nasib anak cucu saya.. Panggillah saya racist atau apa saya tak kisah tetapi tahukah tuan2 mereka adalah lebih racist dari bangsa kita sendiri... Jika tak kerana hak keistimewaan org melayu dh lama anak2 melayu jadi pencacai sahaja...


Apalah salahnya jika kita sesama melayu dan Islam bermuafakat dan jangan kerana ideologi kita berbeza kita korbankan bangsa dan agama kita sendiri dan dirampas tanpa kita sedari...Bak kata pepatah 'bersatu teguh bercerai roboh'

Sekian.

Prince of Persia said...

Saya amat tertarik dengan statement tuan. Memusuhi diri masing dalam menegakkan idelogi… punca kejatuhan dan kemusnahan perpaduan umat islam. Sememangnya kita sebagai orang islam perlu bersatu padu. Jika kita bercakap tentang bersatu padu, ada banyak konsep, bersatu demi negara, bersatu demi bangsa, bersatu demi agama dll. Tetapi sebagai umat islam, wajib untuk kita bersatu demi agama. Janji nama islam kita perlu bersatu.

Untuk bersatu atas nama islam, islam itu perlulah diletakkan di tempat yang sepatutnya. Bukan sekadar agama rasmi. Islam itu adalah cara hidup kita. Dalam islam dah ada guideline untuk semua perkara dari yang paling simple mcm makan minum hingga yang paling komplikated seperti mentadbir sebuah negara. Kenapa kita tak ikut? Bila kita tak ikut, itulah yang terjadi sekarang. Islam tu bukan sekadar sembahyang puasa je. Kenapa tak letakkan Islam tu di atas sekali? Jika Islam tu selamat, jangan risau kerana bangsa, negara, Melayu, Cina, India malah bukan warganegara pun akan selamat.

Mudah untuk kita membuat sikap tunggu dan lihat. Dimana kita tengok je lepas tu komplen orang islam dan melayu suka berpecah belah. Cuba kita tanya diri kita sendiri apa peranan kita dalam memperjuangkan Islam? Kalau nak racist sikit, apa peranan kita dalam perjuangan Melayu? Jika tuan memasang niat untuk berjuang atas dasar bangsa, lebih baik tuan lupakan kerana berjuang atas dasar bangsa dalam konteks UMNO/BN adalah konflik dengan islam. Even dalam Perlembagaan Persekutuan kita ada perkara yang berkonflik dengan agama tetapi kita tidak mampu berbuat apa2 kerana ia tidak boleh dipersoalkan (mungkin jika kita percaya dengan konsep ini, kita dah mengangkat Perlembagaan Persekutuan itu lebih tinggi darjatnya dari agama.. jika salah tolong betulkan saya kerana saya pun tak hebat pasal benda ni!.

Malay.. what’s so good about them? I tell you one thing… orang melayu hebat bukan sebab dia melayu, orang melayu hebat bukan sebab dia bumiputra, orang melayu hebat bukan sebab dia penduduk asal… satu-satunya sebab orang melayu hebat kerana islam. Sekarang pertanyaan ni wujud kerana orang melayu dah tak mengamalkan islam. Islam hanya pada nama, pada agama rasmi, pada sembahyang, pada puasa… tetapi tidak pada adab sesama manusia, tidak dalam perniagaan dan yang paling penting adalah tidak dalam pentadbiran negara.

Tuan, tak payahla tuan nak bercerita pengalaman ditindas di syarikat bukan Melayu. Bukan saya nak menyebelahi mana2 pihak, tetapi dasar yang negara kita amalkan memang menjurus supaya orang bukan Melayu bencikan orang Melayu. Hak keistimewaan orang Melayu perlu digubal supaya ia menjadi Hak keistimewaan fakir miskin. Kenapa Tan Sri, Datuk dan Dato’ masih lagi boleh mendapat keistimewaan ini sama seperti Pak Ali kat kampong yang berpendapatan 700 sebulan? Kenapa Muniandy yang kerja kat estet kelapa sawit tidak dapat keistimewaan ini kerana dia bukan bumiputra? Kerana dasar2 inilah perayaan ulangtahun kemerdekaan tidak pernah dirasai oleh Rakyat Malaysia, kerana dasar inilah membuatkan orang bukan Melayu anti-melayu, kerana dasar inilah golongan cerdik pandai kita tidak ada keinginan untuk pulang semula ke Malaysia… hak keistimewaan ini sepatutnya diperuntukkan untuk orang2 yang berpendapatan rendah… kerana walau betapa hebatnya pertumbuhan ekonomi kita, walau betapa hebatnya sektor industri kita, kita masih memerlukan golongang sokongan ini. Sepatutnya kebajikan mereka ini yang kita utamakan, bukan atas nama melayu.

Penyelesaiannya senang tuan. Letakkan islam di tempat yang sepatutnya. Untuk melakukan itu, pemimpin negara memainkan peranan penting. Wajib untuk kita memilih pemimpin yang memperjuangkan islam dan yang berniat untuk meletakkan islam di tempatnya. Untuk itu tak perlulah kita berkonflik lagi, marilah kita sama2 bersatu dan menyokong parti politik yang ada menyatakan tentang perjuangan islam dalam perlembagaannya.

Sekian, terima kasih.

botakjb said...

aku rasa blog ni pro umno,,

Rajalawak said...

One word. Kelakar.

Di doktrin dalam Tamrin? Zalim? Benda ni tak patut jadi hujjah. Dalam tamrin/kem biasa memang macam tu la. Yang sedih lebih sebab makan nasi kosong dengan teh tawar kenapa. Memang dah diajar hidup mewah sampai benda tu pun jadi isu.

Bila baca, seolah-olah tulisan budak2 pun ada. Tak lulus belajar salahkan jemaah. Yang tak ikut jemaah tapi gagal tak pelik. Yang ikut jemaah tapi berjaya tak pelik. Akibat suka menuding jari. Tapi tak salahkan diri sendiri.

Awal2 tulisan dah menunjukkan tak yakin. Syaitan memang suka orang was2. He he he.

Anonymous said...

Salam. Dari segi nas, anon telah tutup rapat dan POP tidak ada satu nas Quran atau Hadith pun yg backup dakwaan dia. Kini POP berbicara dari segi teknikaliti pula iaitu isu demokrasi dan legaliti sebuah kerajaan pasca pembubaran parlimen. maka saya rasa terpanggil utk berbicara dari aspek perundangan dan perlembagaan.

Kita kena faham, memang demokrasi membenarkan kita mempunyai kebebasan bersuara, kebebasan berpendapat etc, membolehkan mengecam pemerintah dan menjatuhkan mereka.tetapi adakah cara demokrasi ini bertepatan dgn sunnah? Apakah keizinan yg diberikan demokrasi ini lebih tinggi dari larangan Rasulullah?

sejarah tamadun Islam telah membuktikan bahawa setiap pemimpin Islam akan memegang kuasa selama yg mungkin hatta kebanyakkannya sehingga wafat.

Memang demokrasi ‘memaksa’ pemerintah utk menyerahkan mandat kpd rakyat setiap 5 tahun, tetapi walaupun mereka rela tetapi ada unsur MEPERTAHANKAN dan mereka masih menginginkan kuasa. Hanya batas demokrasi sahaja yg menghalang mereka berkuasa selamanya.

Berbalik kpd isu tentang pembubaran parlimen dan kerajaan sementara semasa pilihanraya…saya lihat POP cuba untuk mengatakan bahawa setelah parlimen dibubarkan maka tidak ada kerajaan yg sempurna yg dengan itu menghalalkan rakyat menjatuhkan pemerintah sedia ada dan memilih yg lain. Untuk melakukan ini, ciri2 ulil amri kerajaan yg memerintah perlulah dicacatkan...

saya ingin mengajak semua utk meneliti semula realiti perlembagaan dan undang2 Malaysia. Mengikut perlembagaan kita, tidak ada konsep Kerajaan Sementara atau Caretaker Government seperti di Australia dan New Zealand yg melantik kakitangan kerajaan sebagai ‘penjaga sementara negara’.

Ini diakui sendiri oleh SPR di dalam jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang pada 17 Januari 2008.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman – menulis:

“Sukacita dimaklumkan bahawa dalam kerangka undang-undang pilihanraya Negara kita termasuk Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan adanya ‘Caretaker Government’. Oleh yang demikian, apabila pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri berlaku, maka kerajaan yang memerintah sebelum pembubaran tersebut akan terus menerajui kerajaan sehinggalah sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.”

Bermaksud, dalam realiti politik negara kita, tidak ada caretaker government dan kerajaan yg memerintah terus menerajui pemerintahan sehinggalah kerajaan baru ditubuhkan! Ini bermakna , tidak cacat sedikit pun sifat ulil amri bagi pemerintah yg memerintah sepanjang tempoh pilihanraya yg membolehkan kita mencabut ketaatan kita termasuk merancang kejatuhan mereka.

Sila rujuk perlembagaan Malaysia Perkara 43(2)(b) yang secara jelas menerangkan konsep ini.

Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
…tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat
yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.


http://ipm.upsi.edu.my/web/images/stories/perlembagaan.pdf


Jadi hujah yg mengatakan kerajaan yg memerintah adalah bukan ulil amri dan tidak perlu diberikan ketaatan adalah salah dari aspek sunnah dan juga undang2 negara.

Memang seruan pemerintah bagi menepati tuntutan demokrasi supaya rakyat memilih 5 tahun sekali adalah disebabkan tuntutan demokrasi. Mereka juga menambah, pilihlah mereka sendiri untuk penggal yg akan datang.Untuk tidak mengingkari seruan pemerintah itu, keluarlah kita membuang undi, tetapi undi kita adalah untuk pemerintah Islam yg sedia berkuasa iaitu UMNO.

Anonymous said...

Berkenaan dengan ketua kerajaan yg dimaksudkan hadith tersebut adalah YDPA...
Adakah POP menidakkan pemimpin2 negara yg lain seperti PM dan para Menteri sebagai bukan ulil amri yg perlu diberikan ketaatan berlandaskan hadith2 Rasulullah?

Saya ingin bertanya kepada POP,
1.apakah POP tidak mengira pemimpin2 seperti Perdana Menteri dan ahli kabinetnya itu bukan pemimpin Islam?

2. Apakah ciri2 yg menyebabkan POP tidak mengira mereka ini pemimpin Umat Islam?

3. Apakah yg menyebabkan (jika ada) POP berasa mereka ini bukan penguasa yg Rasulullah SAW suruh kita taat dan jangan menyanggahi mereka walau mereka melakukan kemungkaran?

Jika POP dapat beri huraian dan sebab, maka lebih mudah saya menjawab.

Mari kita rujuk kepada tafsir ayat 59 surah An Nisa':

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Ayat yang pertama telah diwahyukan kepada Rasulullah disebabkan oleh yakni asbabun nuzul terjadinya kisah `Abdullah bin Hudhafah bin Qays bin `Adi dengan sahabah2 dalam satu ekspedisi ketenteraan di mana Abdullah telah mengarahkan agar sahabat2nya supaya terjun ke dalam api kerana berang dengan mereka. Hampir2 sahaja para sahabat ajmain terjun ke dalamnya jikalau tidak kerana salah seorang pemuda dari kalangan mereka melarang mereka dan bertemu dahulu dengan Rasulullah, jikalau Abdullah itu benar, maka mereka bersetuju utk terjun ke dalam api tersebut.

Rasulullah apabila diajukan perkara tersebut, Rasulullah bersabda, nescaya jikalau mereka terjun ke dalam api itu, kamu tidak akan keluar dari apii tersebut. Ketaatan hanya dalam perkara2 yang bukan maksiat.

Inilah asbabun nuzul bagi ayat pertama dan inilah merupakan intipati kepada persoalan ketaatan kepada pemerintah.

Dinukilkan di dalam tafsir Ibn kathir juga:

Dari Ubadah bin Shamit radliyallahu 'anhu berkata :
“Kami membaiat Rasul untuk mendengar dan taat dalam sirr maupun terang-terangan, untuk menunaikan hak penguasa, baik dalam keadaan sulit maupun lapang serta ketika mereka mementingkan pribadi mereka. Dan tidak memberontak kepada penguasa. Kecuali ketika kita melihat kekufuran yang nyata dan ada bukti di sisi Allah.” (HR. Bukhari-Muslim)

Disebutkan juga dalam tafsir ayat tersebut, menurut riwayat Imam bukhari, taatlah kepada pemimpin tersebut walaupun beliau seorg hamba Habshi yang kepalanya seperti zabib yakni kismis hitam.

Dalam tambahan ini, walaupun pemimpin itu seorg hamba dan memimpin kamu dengan kitab Allah, maka taatlah akan dia. Dan dalam hadith yg lain diriwayatkan oleh Imam Muslim,walaupun hidungnya dicacatkan.

Anonymous said...

Di dalam tafsir ini juga diriwayatkan dari sahihain, Rasulullah SAW bersabda: "brgsiapa mentaati ku , sesungguhnya mentaati Allah, brgsiapa menderhakai aku, brgsiapa yg mentaati amirku, maka mereka mentaatiku, brgsiapa yg menderhakai amirnya, maka mereka menderhakai aku".

Mentaati Allah, dengan berpegang pada kitabnya, mentaati Rasul, berpegang kepada sunnahnya.

(dan bagi kamu yg berkuasa) di dalam ketaatan kepada ALlah, dalam mana mereka memerintah kamu, tidak termaktub kederhakaan kepada Allah dan tiada ketaatan kepada mereka yang derhaka kepada Allah, sebagimana dalam hadith sahih, bahawa ketaatan hanyalah pada perkara yang ma'ruf.

Ini adalah dari tafsir ibn Kathir.

Maka, amir-amir ini adalah org2 yg mempunyai kuasa ke atas kita.Bukannya hanya pemimpin tertinggi negara sahaja. Selagi mana mereka muslim dan mengerjakan solat maka mereka adalah pemimpin kita dan haram bg kita menjatuhkannya.

Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata : Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sulthan yang meminta haknya, tapi tidak mau menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, karena mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)." (Muslim 3/1474)

Dari Abi Hurairah radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Kelak akan terjadi para penguasa dan mereka mengumpul-ngumpulkan harta (korupsi, pent.).” Maka kami bertanya : “Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab : “Tunaikanlah baiat yang pertama, tunaikanlah hak-hak penguasa, sesungguhnya Allah akan bertanya pada mereka atas apa-apa yang mereka lakukan terhadap kalian.” (HR. Bukhari-Muslim)

Dari Anas radliyallahu 'anhu berkata : “Bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Kalian akan menjumpai sesudahku atsarah (pemerintah yang tidak menunaikan hak-hak rakyatnya tapi selalu meminta hak-haknya, pent.) maka bersabarlah sampai kalian berjumpa denganku.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Ubadah bin Shamit radliyallahu 'anhu berkata :
“Kami membaiat Rasul untuk mendengar dan taat dalam sirr maupun terang-terangan, untuk menunaikan hak penguasa, baik dalam keadaan sulit maupun lapang serta ketika mereka mementingkan pribadi mereka. Dan tidak memberontak kepada penguasa. Kecuali ketika kita melihat kekufuran yang nyata dan ada bukti di sisi Allah.” (HR. Bukhari-Muslim)

Ini adalah dalil2 bahawa sesiapa sahaja yg mempunyai autoriti tidak semestinya pemimpin tertinggi negara perlu ditaati dan ketaatan kita terhadap mereka adalah dalam hal kenegaraan dan perkara-perkara yg ma'ruf dan bukan maksiat kepada Allah Taala.

Anonymous said...

Untuk menunjukkan betapa PM berkuasa dan berpengaruh dalam pemerintahan kita kena juga baca berserta dgn perkara 40(1)(1A)

Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Perkara 40(1)(1A) jelas telah mengatakan bahawa YDPA perlu dan wajib bertindak atas nasihat Menteri. Tugas mentadbir negara juga adalah terletak mutlak kepada Perdana Menteri yg akan menasihati YDPA dan YDPA wajib menerima dan melaksanakan nasihat tersebut.Dgn itu pemerintah Muslim bukanlah hanya terhad kepada YDPA, tetapi juga pada Perdana Menteri yg memerintah negara pada masa ini. Perdana Menteri begitu berkuasa sehingga nasihatnya wajib didengari oleh YDPA serta dilaksanakan.

Satu2nya cara untuk menidakkan ke'ulil amri'an Perdana Menteri kita hanyalah dengan mengkafirkan DS Najib Tun Razak. sesuai dengan hadith:

Dari Ubadah bin Shamit radliyallahu 'anhu berkata :
“Kami membaiat Rasul untuk mendengar dan taat dalam sirr maupun terang-terangan, untuk menunaikan hak penguasa, baik dalam keadaan sulit maupun lapang serta ketika mereka mementingkan pribadi mereka. Dan tidak memberontak kepada penguasa. Kecuali ketika kita melihat kekufuran yang nyata dan ada bukti di sisi Allah.” (HR. Bukhari-Muslim)

Adakah DS Najib itu kafir? Selagi mana, tidak dibuktikan kekafirannya, maka kita perlu taat dalam keadaan sirr ataupun terang2an, dan menunaikan hak mereka baik dalam keadaan sulit, lapang ataupun mereka mementingkan diri mereka sendiri.

Dari sudut sejarah Islam sendiri, konflik pemerintah-rakyat ada dinukilkan terutamanya selepas zaman Fitan. Ada di kalangan umat yang ingin keluar menentang bukannya terhadap kerajaan Bani Umayyah per se tetapi kepada Governor seperti Hajjaj Ibn Yusuf Ath Thaqafi.

Ini diungkapkan oleh Imam Hassan Al Basri apabila ditanya ttg bolehkah menentang Hajjaj, Imam Hassan melarangnya, dan akhirnya mereka yang khuruj terhadap Hajjaj habis dibunuh.

begitu juga permintaan terhadap Imam Ahmad Ibn hanbal dari pengikut2nya yg ingin khuruj terhadap Bani Abbas yg mu'tazilah, walaupun Imam Ahmad mengatakan kufur org yg mengatakan Quran itu makhluk tetapi tetap beliau melarang pengikutnya menjatuhkan kerajaan Abbasiyyah ketika itu.

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR
Alhamdulillah Bersyukur kepada Allah Segalanya-galanya Allahlah berkehendak sekiranya kita sentiasa berdoa kepadanya meminta agar di beri petunjuk.

Maaf kalau sekiranya yg membaca amat anti kepada gerakan salaf.Saya adalah salah seorang pemimpin PAS bagi gerakan pelajar di ITM pada era 90an.Usrah dan Tamrin adalah merupakan kaedah doktrin PAS didalam menyampaikan dakwah agar setiap ahlinya mempunyai ketaatan yg luar biasa. Sikap Naqib yg bertanggungjawab dan kesediaan pemimpin Tertinggi PAS bersama-sama meraikan ahli-ahli baru amat dihargai danmeningkatka lagi tahap kesetiaan kepada jemaah PAS.

Saya rasa ckuplah sekadar itu sahaja mengambarkan bagaimana PAS berjaya menggunakan agama didalam didalam politik kekuasaan mereka.

Apa yg saya ingin sentuh adalah bagaimana peranan Ustaz-ustaz salaf yg tidak dibantu mana2 parti malah dicemuh oleh semua manusia antaranya ikwanulmuslimin cth JIM PAS ABIM, tabligh' tarikat sufi jabatan2 agama termasuk mufti2 berusaha menghancurkan gerakan salaf ini agar tidak berkembang di Malaysia.

Kepada semua saudara2 ku.
Terima atau tidak yg berjaya menjelaskan masalh khawarij dan TAAT SETIA KEPADA PEMERINTAH KHUSUSNYA UMNO adalah ustaz SALAf yg tidak dibantu? Hairan bukan mengapa mereka membantu UMNO sedangkan UMNO pemerintah langsung tidak diberi tempat kpd mereka.Tidak ada satu masjid yg diberi utk berdakwah sedangkan khawarij PAS bersepah-sepah dakyah di masjid2 dengan bebas.Adakah jabatan agama PAS sudah resapi?

Saudaraku jangan terkejut 90 peratus yg bersama -sama menghidupkan gerakan salaf yg diketuai oleh Ustaz Rasul Dahri adalah merupakan MANTAN PAS yang mempunyai kedudukan baik didalam jemaah PAS.Maka kalau dahulu kami ditekan oleh UMNO sepertinya tidak apa2 bagi kami sekiranya gerakan dakwah salaf ditekan sekali lagi.

Saudaraku lihatlah bagaimana gerakan salaf yang hanya baru pada tahun 1998 berkembang begitu pesat dan MENYEBABKAN PAS TERBANTUT DAN TIDAK BERANI MENCABAR MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM.

Anonymous said...

wah...salaf ni la kan yg dikatakan pejuang sunnah ek..yg lain tu ahli bid'ah kan..masuk neraka ek? salaf ni yg paling faham hadis kan? yg lain2 tu hanya ikut buta kayu, taklid buta dan buat keje sia2 kan?

mesti bangga kan dapat claim diri ikut benor macam kaum salaf terdahulu..saya puas tengok muka ustaz2 salaf ni ceramah..memang tawadhuk habis la..cakapnya memang merendah diri, sopan dan tak langsung memperbodohkan orang lain.

tahniah la..sebab sekarang walaupun hujan lebat lepas solat jumaat, jemaah terus berdiri menengok hujan dan tak sabar menerpa ke dalam hujan lebat kerana mereka menyangka dan terbiasa dikatakan berzikir kuat dan berdoa berjemaah tu bid'ah..baik tak payah buat...dan lebih baik ketawa terbahak2 tengok hujan selama 30 minit..terima kasih ustaz2 salaf kerana dengan membid'ahkan satu amalan, perkara sia2 pula dapat diwujudkan.

Anonymous said...

apa la si anon kat atas aku ni merepek...

bro, kami cintakan sunnah dan benci bidaah. kalau hujan setelah solat jumaat, kami iktikaf di masjid, buat solat2 sunat mahupun zikir. itu yg diajar Nabi. bukan macam hangpa puak khawarij, habis solat dok dalam masjid cakap politik, mengumpat dan fitnah pemimpin.

Anonymous said...

Muniandy boleh dpt keistimewaan org Melayu jika masuk Islam, amal budaya org Melayu dan berbahasa Melayu mcm ustaz Ridwan Tee, farid ravi etc. Kalu pun diorg x dpt, anak cucu mereka dpt. Sedangkan pada zaman Nabi serta kerajaan khalifah dibezakan antara hak rakyat Islam dan bukan Islam. Cth, rumah org kafir tidak boleh lebih tinggi dari rumah org Islam, org kafir mesti membayar jizyah agar dilindungi etc. Nak hak org Melayu, masuk Islam. Bapak aku cina, masuk Islam. Mak aku melayu, aku ttp dpt hak bumiputra. Malaysia ttp mengutamakan dan mengistimewakan umat Islam dari yg kafir.

Prince of Persia said...

Tuan,

Dari segi nas, ia tidak akan tertutup rapat tuan. Bukan tiada nas Quran atau Hadith yang boleh membalas balik, tetapi seperti yang saya katakan dalam post sebelum ini, kalau kita ni bukan ahli, janganlah berlagak macam kita ni ahli. Tak tau la tuan rasa tuan ni orang yang layak untuk membahaskan tentang Quran dan Hadith. Tapi berdasarkan rekod cara perbahasan tuan dalam post ni, tuan memang bukan ahlinya.Dan kalau tuan adalah ahlinya, tuan tak berbahas di sini. Biarlah orang yang lebih arif yang berbahas.
Berdasarkan fakta tuan (even quote dari pengerusi SPR lagi…. ), perlembagaan, ayat Al-Quran, hadith-hadith dan segala yang tuan tulis… apa kata tuan pegang tangan Perdana Menteri kita dan bisikkan ke telinga dia supaya Majlis Fatwa menjatuhkan hukum haram/kafir/murtad/munafiq/khawarij atau apa sahaja yang tuan suka kepada orang islam yang mengundi selain dari pemerintah islam yang sedang berkuasa. Dengan hujah tuan yang lengkap dari segi teknikal dan spiritual rasanya tuan akan boleh sekolahkan semua ahli majlis fatwa tu nanti. Senang! Tak perlu kita berbahas kat sini sampai beratus-ratus post tapi tak selesai gak.
Tuan, tuan ingat orang kat majlis fatwa tu tak tahu ke semua hujah, nas Al-Quran, hadith-hadith dan segala yang tuan huraikan? Mereka tahu dan sedia maklum. Tapi kenapa mereka tak mengambil keputusan untuk menjatuhkan haram? Sebab mereka tidak melihat dari satu perspektif. Dalam erti kata lain, mereka boleh menerima perbezaan pendapat. Sebab diorang pun tahu ada nas Al-Quran serta sejarah yang boleh menyangkal balik dakwaan tersebut. Tak boleh la kalau orang tak ikut pendapat tuan, tuan terus nak jatuhkan hukum. Ini perangai orang wahabi. Beza pendapat sikit terus nak kafirkan orang. Tak setuju dengan hujah dia, munafiq la engkau. Memang dari awal perbahasan ini tuan memang bercirikan wahabi. Tak tau la dalam 4 mazhab mesti semua tuan kafirkan sebab berbeza pendapat!
Tuan, dengan hujah-hujah tuan yang bernas ini juga, saya rasa tuan boleh membuat satu jasa yang amat besar kepada semua orang islam di Malaysia untuk mengelakkan mengurangkan kebarangkalian kami semua masuk neraka. Apabila BN menang 2/3 majoriti (kalau menang la).. apa kata tuan pegang tangan Perdana Menteri dan bisikkan ke telinga dia supaya pinda perlembagaan supaya mansuhkan terus pilihanraya. Sebab jika mengikut hujah tuan memang seorang pemimpin akan terus berkuasa selagi dia hendak berkuasa. Selagi tuan yakin yang mengundi pembangkang tu haram dan meninggikan kebarangkalian masuk neraka, tuan pun akan menanggung dosa kerana membiarkan perkara ini berterusan. Tuan tidak menyampaikan perkara ini kepada orang yang sepatutnya. Sepatutnya dengan hujah yang hebat dan berilmiah ini, tuan seharusnya menyampaikan kepada pemimpin negara, ulama-ulama dan mufti-mufti. Boleh desak mereka memansuhkan pilihanraya untuk menyelamatkan lebih ramai orang islam di Malaysia terjurumus ke dalam neraka. Saya minta maaf tuan kerana saya tak boleh bersama-sama tuan kerana saya boleh menerima perbezaan pendapat. Pendapat tuan betul, pemdapat lain pun betul jugak. Tak boleh la kita nak jatuhkan hukum sebab perbezaan pendapat. Mungkin tuan akan jatuhkan saya ni kafir jugak sebab menerima perbezaan pendapat.

Prince of Persia said...

Kepada tuan yang sorang lagi,
Kalau dah keistimewaan tu untuk orang islam kenapa tak namakan hak keistimewaan orang islam. Inilah akibatnya apabila islam dimelayukan. Jika konsep tuan ni diambik pakai, makin ramai la orang bukan islam yang masuk islam bukan sebab keindahan islam dan kesempurnaan islam.. tetapi sebab nak dapat hak istimewa orang melayu. Dahla orang islam sekarang ni pun dah tak tentu arah.. seperti dalam blog ni yang merasakan pendapat dia sentiasa betul.. bergaduh tak habis.. ditambah pulak orang yang masuk islam bukan sebab pemahaman tentang islam… lagi la huru hara. . Dasar hak keistimewaan melayu inilah yang akan memburukkan lagi pandangan orang bukan islam kepada agama islam.Islam tu dah sempurna tuan.. sangat sempurna kerana jika islam itu diletakkan di atas sekali bukan sahaja melayu, cina, india, kafir, munafiq, khawarij (bak kata tuan salaf yang senang2 je nak kata orang khawarij), binatang, tumbuhan, alam sekitar dan semua sekali yang ada di muka bumi ini mempunyai hak masing-masing

Anonymous said...

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" 49:6..

sy harap semua rakan2 yg membaca blog ini kaji semula dulu. jangan main telan saja bulat2 blog. kalau kamu hanya mengambil isi blog ini, kamu sudah berlaku tidak adil kepada mereka yg terlibat@zalim. Islam tidak diajar begini. Hatta ketika anak saidina Umar didakwa berzina sekalipun. saidina Umar kaji selidik secara teliti dan bertanya kpd semua yang terlibat....

Anonymous said...

satu lagi, ya kalau berita ini betul, kamu membuka aib seseorang. Allah akan buka aib kamu di akhirat nti...

tapi ..INGAT! kalau berita ini satu fitnah...nantikan azab ALlah di neraka...

unanjaga said...

Sesuatu yang benar itu hanya bila mana setiap perkara itu masih tidak lari dari pertunjuk Allah dan pertunuk rasul Nya,selagi sesuatu urusan itu masih berpaksi atau bertunjang pada hukum atau pun peraturan Allah, maka menjadi kewajiban bagi kita untuk mengikuti nya.Tidak ada maksud untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang ada itu, bilamana kerajaan itu tetap berdiri teguh pada landasan pertunjuk ugama,ia hanya ditukar sahaja,ditukar pada sebuah kerajaan yang ingin melaksanakan islam itu secara syumul.Sedara seislam kita yantg lain masih tetap sedara kita juga,walau pun ia berlainan parti,sebab ia juga punya kalimah iman yang sama.Sepatutnya kita duduk atau pun berpayung hanya pada satu jalan sahaja,ia itu mengikut pertunjuk Allah dan Rasul Nya,insyAllah kita tidak akan sesat untuk selama nya.

Anonymous said...

Perjuangan PAS yang sesat?
http://www.youtube.com/watch?v=qthMJY8dkls

Anonymous said...

Apa yang dibuat dan kata oleh PAS semuanya betul dan benar walaupun ada tidak betul dan tidak benar. PAS menghukum sekadar dengan dengar2 lalu menghebahkannya... mengaibkan...memfitnahkan. Namun bagi orang2 PAS mesti percaya... dah menjadi kewajiban mereka.

Selain dari itu tidak boleh dipercayai.

Prince of Persia said...

Ni lagi sorang. Main asal boleh je tulis. Maybe orang yang sama cuma dah xde modal nak balas balik. Tuan, yang tidak betul dan tidak benar tu adalah “orang” dalam PAS.. “orang” dalam UMNO. Sejak bila pulak PAS ni menghukum sekadar dengan dengar2 dan hebah, aib dan fitnah orang. Dan sejak bila pulak menjadi kewajiban orang PAS untuk percaya segalanya….

Seperti yang saya cakap dari awal… jangan suka bercerita hal momokan tuan. Memang sampai kiamat kita tak abis bercerita.


Lag sorang pulak dah. Ke ntah orang yang sama tapi dah taknak balas sebab takde modal.

Anonymous said...

Memang ramai golongan taksub PAS dan PKR di IPTA. Mereka dimomokan dengan Islam sebagai modal tetapi taksub dan diselewengkan demi kepentingan politik.

Ramai juga yang dah graduate dan memakan hasil kerja dan gaji kerajaan BN dan UMNO tetapi umpama opurtunis biawak hidup atau anjing tersepit yang menggigit tangan tuannya yang menyuapkan makanan.

Prince of Persia said...

Tuan,

Konsep yang tuan perkatakan di atas memang amatlah menyalahi tatacara kehidupan.

"Ramai juga yang dah graduate dan memakan hasil kerja dan gaji kerajaan BN dan UMNO tetapi umpama opurtunis biawak hidup atau anjing tersepit yang menggigit tangan tuannya yang menyuapkan makanan."

Tuan rasa duit gaji dan upah ke atas kerja yang dilakukan itu adalah duit UMNO dan BN ke? Jika tuan berpendapat sebegitu, saya amat simpati dengan tuan. tak boleh disalahkan la sebab Malaysia ni memang dah di"brainwash" oleh UMNO/BN selama 50 tahun. Teringat saya sewaktu melawat Parcel C Putrajaya tempoh hari ada banner di pintu masuk bertulis "Don't bite the hand that feeds u".

Untuk pengetahuan tuan, kerajaan yang memerintah tidak kira walau apa parti sekalipun tidak mempunyai hak ke atas duit yang ada. Semua hasil negara adalah hak rakyat. Kerajaan tidak berhak mengambil walau satu sen pun dari harta negara. Apa lagi siap boleh mengatakan orang yang makan gaji tu makan duit UMNO/BN...

Tuan, UMNO/BN juga yang suruh generasi baru ni menuntut ilmu, belajar pandai2... bila diorang ni semua dah belajar.. diorang ni semua nampak apa masalah dalam kerajaan, masalah dalam negara, masalah dalam pentadbiran. Salahkah apabila mereka ni semua nak membetulkan apa yang salah?

Tuan berfikiran begini sebab tuan berpendapat yang mentadbir negara tu adalah tuan punya negara. Itu sebab sampai ada orang cakap bila sokong pembangkang tu derhaka la, tak mengenang budi la... apa semua. orang yang mentadbir negara tu cuma diberi amanah. kalau dah rakyat bersetuju amanah itu harus diberikan kepada orang lain, apa masalahnya? Kenapa nak marah2 lak? Kita kena akui je yang kita tak cukup baik untuk mentadbir...

Anonymous said...

`Sekurang-kurang nya PAS ada niat dan tertulis dalam perlembagaannya untuk menegakkan islam’

Apakata kita bercerita kisah di sebuah kampong – kalau nak hujah hadis dan quran rasanya masing2 boleh menegak kan benang yang basah – ceritanya berkenaan dengan Atan yang berhajat nak dirikan sebuah rumah bungalow diatas bukit, disingkat kan cerita rumah itu pun HAMPIR siap malang nya tidak berpenghuni, orang kampong dari bawah bukit Nampak sebuah rumah yang tersergam indah sambil memuji dan melaong-laongkan `wah cantik’ ` kami suka & sokong’ dan `ini lah rumah nya yang kami mahu’.
Jiran nya Ah Chong memuji kerana rumah tu cantik tetapi juga mengeji rumah tersebut kerana Atan tak sepatutnya memiliki rumah secantik tersebut dan Atan pula cuba menerang kan, memujuk ah chong tentang kebaikan rumah tersebut tetapi tidak berjaya dan lebih teruk lagi masing-masing memendam perasaan ketidakpuasan hati.
Apabila rumah yang HAMPIR siap tidak BERPENGHUNI maka masalah lain pula timbul, anai-anai mula menyerang rumah tersebut, jadi tempat rumah berhala dan kaki nombor, dijadikan sarang penagih dadah, pelacur menjadikan pula rumah tersebut sebagai rumah pelacuran, dan ostat pun ambil kesempatan dengan menjadikan rumah tersebut sebagai rumah berjudi dan maksiat.
Dan orang kampong mula bercerita disana-sini berkenaan rumah bungalow yang tersegam indah diatas bukit tetapi didalam nya penuh dengan perkara yang dilaknati oleh Allah S.W.T.

Di pendek kan cerita lagi, sebenarnya si Atan ni nafsu nya besar sekali tetapi malangnya hanyalah di peringkat Ammarah sahaja tetapi dia berfikir dia sudah naik keperingkat Lawammah dan seterusnya....

kenapa tak Ikut resmi padi;? semakin tunduk, semakin berisi
dan kenapa Atan pula ikut resmi lalang,? semakin tegak tiada berisi

Bukan kah bersederhana itu lebih baik?

Anonymous said...

Pince of persia, jgn byk ckp. Bagi nas quran atau hadith yg halalkan perbuatan menentang pemerintah muslim. Selagi xda, hg ibarat anjing yg menyalak bukit.

Prince of Persia said...

Kiasan yang tuan berikan ini betul2 tidak bertepatan dengan isu yang dibincangkan... assumption yang langsung tak kena dgn situasi sebenar....

mungkin sy ni memang seorang yang jahil kot tak dapat memahami apa yang tuan cuba sampaikan.

Anonymous said...

Saya ambil ini dari facebook Dr Rahman Kadir. Ia merupakan jawapan beliau kepada Shariff Ahmad, seorang penyokong PAS yang menyerang beliau di facebook susulan terbitnya artikel 'Kenapa Kami Tinggalkan PAS' di atas. Tuan blogger, saya rasa elok jika dipublish di artikel utama agar dapat di kongsi bersama. Rugi kalau tak share. Real eye opener..

Anonymous said...

JAWAPAN KEPADA SAUDARA SHARIFF AHMAD- Part 1

Saudara Shariff Ahmad telah menulis ‘Jawapan Untuk Saudara Rahman’ dan di publish di facebook pada hari Isnin, April 11, 2011 at 7:12pm. Ia merupakan kesinambunag kepada real time debate yang berlangsung antara saya dan beliau pada 5 April 2011 antara jam 12.00am hingg 4.00am waktu Malaysia.

Berikut adalah jawapan saya kepada jawapan beliau. Jawapan saya terpaksa dibahagikan kepada dua Part kerana persoalan yang dibangkitkan Saudara Shariff Ahmad adalah banyak dan perlu penjelasan yang dalam.



Waalaikum salam Abg Shariff.



Isu yang diulas ini amat panjang, saya berharap Abg Shariff bersabar baca dan cuba fahami kandungannya dengan hati yang tenang, ikhlas dan tidak beremosi. Saya akan menjawab hujah-hujah Abg Shariff satu persatu semoga kita semua mendapat hidayah Allah SWT.

Untuk menjawab segala hujah yang Abg Shariff berikan cukup sekiranya saya berikan sabdaan2 sahih Baginda SAW dalam perkara ini. Bagi orang beriman, cukup sekadar berikan hadith, nescaya mereka akan beriman. Tetapi bagi mereka2 yang liat ni...bagilah nas yang sahih jelas macam mana sekalipun, mereka tetap akan mencari-cari alasan untuk tidak melaksanakan perintah tersebut seperti sifat Bani Israel yang mencari-cari alasan untuk tidak melaksanakan arahan Allah dan Rasul (Musa A.S) untuk mencari lembu korban. (Surah Al Baqarah:67-71). Janganlah kita menjadi seperti mereka hendaknya.

Yakin dan berimanlah dgn apa yg diajar Rasulullah. Sudah semestinya ada hikmah.



Ini antara puluhan hadith lagi yg saya berikan ...utk tatapan umum bagi menunjukkan larangan Rasulullah dari melawan,menjatuh,merancang jatuh etc pemimpin selagi mana dia Islam,walau sejahat,sezalim mana sekalipun. Hikmahnya, hak2 keistimewaan agama Islam dan Umat Islam akan terbela seperti yg terbukti dgn sirah.



haram mengecam, menentang kepimpinan Muslim hatta yg zalim. nabi tak bagi buat!Adakah kebenaran yg diberi oleh demokrasi lebih besar dari sabdaan Rasulullah?

Ini dalil2 nya.



1.“Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah, barangsiapa yang bermaksiat kepadaku maka ia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa yang mentaati amir/pemimpin maka ia telah mentaatiku, barangsiapa yang bermaksiat kepada amir/pemimpin maka ia telah bermaksiat kepadaku.” (HR. Bukhari dan Muslim)



2.Dari Ibnu Umar radliyallahu 'anhu berkata, berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Wajib bagi seorang Muslim untuk taat dalam hal-hal yang dia sukai ataupun yang ia benci kecuali kalau diperintah untuk berbuat maksiat maka tidak boleh mendengar dan taat.” (HR. Bukhari dan Muslim)



3.Dari Auf bin Malik radliyallahu 'anhu berkata, berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Ketahuilah, barangsiapa yang di bawah seorang wali/pemimpin dan ia melihat padanya ada kemaksiatan kepada Allah maka hendaklah ia membenci kemaksiatannya. Akan tetapi janganlah (hal ini menyebabkan) melepaskan ketaatan kepadanya.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)



4.Dari Hudzaifah Ibnul Yaman radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam:

“Akan datang sesudahku para pemimpin, mereka tidak mengambil petunjukku dan juga tidak melaksanakan sunnahku. Dan kelak akan ada para pemimpin yang hatinya seperti hati syaithan dalam jasad manusia.” Maka aku berkata : “Ya Rasulullah, apa yang aku perbuat jika aku mendapati hal ini?” Berkata beliau : “Hendaklah engkau mendengar dan taat pada amirmu walaupun dia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)

Anonymous said...

5.Dari Ibnu Umar radliyallahu 'anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Barangsiapa yang mengacungkan senjata kepada kami maka dia bukan golongan kami.” (Hadits shahih riwayat Bukhari-Muslim)



6.Dari Ubadah bin Shamit radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, mendengar dan taat (kepada amirnya) maka akan masuk Surga dari pintu mana saja yang ia inginkan dari delapan pintu Surga.” (Hadits shahih riwayat Ahmad dan Ibnu Abi Ashim dan At Tabrani)



7.Dari Adi bin Hatim radliyallahu 'anhu berkata, kami berkata :

“Ya Rasulullah, kami tidak bertanya padamu tentang sikap terhadap penguasa-penguasa yang bertakwa/baik. Akan tetapi penguasa yang melakukan ini dan itu (disebutkan kejelekan¬kejelekan).” Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Bertakwalah kalian kepada Allah, mendengar dan taatlah kalian.” (HR. Ibnu Abi Ashim dan dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)



8.Dari Ubadah bin Shamit radliyallahu 'anhu berkata :

“Kami membaiat Rasul untuk mendengar dan taat dalam sirr maupun terang-terangan, untuk menunaikan hak penguasa, baik dalam keadaan sulit maupun lapang serta ketika mereka mementingkan pribadi mereka. Dan tidak memberontak kepada penguasa. Kecuali ketika kita melihat kekufuran yang nyata (Kufr Bawwah) dan ada bukti di sisi Allah.” (HR. Bukhari-Muslim)

Hadith No 8 ni peluru kami juga...tapi Abg Shariff dah terkonfiden kami tak pernah jumpa. Saya dah gunakan hadith ni dalam debat2 dahulu jauh bertahun2 sebelum jumpa balik Abg Shariff dalam facebook.



9.Dari Anas radliyallahu 'anhu berkata, telah melarang kami para pembesar kami dari shahabat Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, mereka berkata :

Bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “Janganlah kalian mencela pemimpin kalian dan janganlah kalian mendengki mereka, janganlah kalian membenci mereka, bertakwalah kepada Allah, bersabarlah karena urusan ini sudah dekat.” (HR. Ibnu Abi Ashim dan dishahihkan Al Albani)



10.Dari Abi Bakrah radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Penguasa adalah naungan Allah di muka bumi maka barangsiapa yang menghinakan penguasa maka Allah akan menghinakannya, barangsiapa yang memuliakan... penguasa maka Allah akan memuliakannya.” (HR. Ibnu Abi Ashim, Ahmad, At Thayalisi, At Tirmidzi, dan Ibnu Hibban. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)

Anonymous said...

11.Dari Iyadh bin Ghunaim radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa maka janganlah melakukannya dengan terang-terangan di hadapan umum. Akan tetapi dengan cara mengambil tangan penguasa tersebut dan menyendiri. Jika ia menerimanya maka inilah yang diharapkan, jika tidak menerimanya maka ia telah melakukan kewajibannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Al Hakim, dan Baihaqi. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)



12.Dari Ubaidillah bin Khiyar berkata :

“Aku mendatangi Usamah bin Zaid radliyallahu 'anhu dan aku katakan : “Kenapa engkau tidak menasihati Utsman bin Affan untuk menegakkan hukum had atas Al Walid?” Maka Usamah berkata : “Apakah kamu mengira aku tidak menasihatinya kecuali harus dihadapanmu? Demi Allah sungguh aku telah menasihatinya secara sembunyi-sembunyi antara aku dan ia saja. Dan aku tidak ingin membuka pintu kejelekan dan aku bukanlah orang yang pertama kali membukanya.” (Atsar yang shahih diriwayatkan Bukhari dan Muslim)



13.Dari Wail bin Hujr radliyallahu 'anhu berkata :

Kami bertanya : “Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika penguasa kami merampas hak-hak kami dan meminta hak-hak mereka?” Bersabda beliau : “Mendengar dan taatlah kalian pada mereka maka sesungguhnya bagi merekalah balasan amalan mereka dan bagi kalianlah pahala atas kesabaran kalian.” (HR. Muslim)



14.Dari Anas radliyallahu 'anhu berkata : “Bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Kalian akan menjumpai sesudahku atsarah (pemerintah yang tidak menunaikan hak-hak rakyatnya tapi selalu meminta hak-haknya, pent.) maka bersabarlah sampai kalian berjumpa denganku.” (HR. Bukhari dan Muslim)



15.Dari Abi Hurairah radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Kelak akan terjadi para penguasa dan mereka mengumpul-ngumpulkan harta (korupsi, pent.).” Maka kami bertanya : “Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab : “Tunaikanlah baiat yang pertama, tunaikanlah hak-hak penguasa, sesungguhnya Allah akan bertanya pada mereka atas apa-apa yang mereka lakukan terhadap kalian.” (HR. Bukhari-Muslim)

Anonymous said...

16.Dari Abu Dzar radliyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mendatangiku dan aku dalam keadaan tertidur dalam masjid kemudian beliau berkata :

“Apa yang kamu lakukan jika kamu diusir dari negerimu?” Aku menjawab : “Aku akan pergi ke Syam!” Beliau bertanya lagi : “Apa yang kamu lakukan jika kamu diusir dari Syam?” Aku menjawab : “Aku akan lawan dengan pedangku ya Rasulallah!” Maka beliau bersabda : “Maukah aku tunjukan dengan yang lebih baik dari itu semua dan lebih mencocoki petunjuk? Mendengar dan taatlah dan turutilah kemana pun mereka menggiringmu.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Ad Darimi, dan Ibnu Hibban. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)



17. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :



"Barangsiapa yang melihat Amirnya berbuat sesuatu yang dia benci, maka hendaklah dia bersabar karena tidak ada seorangpun di kalangan manusia yang keluar dari sulthan sejengkal, kemudian dia mati atas perbuatannya ini melainkan dia mati secara jahiliyyah." (Bukhari 4/313 dan Muslim 3/1478)



18. Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata : Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sulthan yang meminta haknya, tapi tidak mau menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, karena mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)." (Muslim 3/1474)



Allah subhanahu wata'ala mewajibkan kepada hamba-hamba-Nya untuk taat kepada Rasul-Nya dan menjadikan ittiba' (mengikuti) Rasul-Nya sebagai dalil (bukti) kecintaan hamba kepada Rabb-Nya. Allah ta'ala berfirman :



" Katakanlah : jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah akan mencintai dan mengampuni dosa-dosamu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran : 31)



“....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)” (Al Hasyr: 7)

"Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari nabi shalallahu 'alaihi walsallam beliau bersabda: 'setiap umatku akan masuk surga kecuali orang- yang enggan.' Para sahabat bertanya: 'wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu? Rasulullah menjawab : 'barangsiapa yang taat kepadaku maka dia masuk surga dan barangsiapa yang durhaka kepadaku maka sungguh dia telah enggan'." (HR.Bukhari 13/214 dan Ahmad 2/361).

Bagi orang-orang yang benar-benar beriman dan mencintai Nabi mereka tidak akan berani untuk mempertikaikan hadith2 sahih ini. Cukup saja dikatakan ini arahan Rasulullah...mereka akan dengar dan taat. Sebenarnya hadith2 ini saja sudah cukup untuk menjawab dan refute segala claim yang Abg Shariff kata dikatakan oleh para ulamak dalam tujuan menghalalkan yang haram ni. Saya katakan menghalalkan yang haram kerana seperti yang terbukti dengan jawapan Abg Shariff, tidak ada satu nas Quran atau Hadith pun yang mengizinkan menjatuhkan pemerintah, merancang menjatuhkan mereka, mengeji mereka, memfitnah mereka, menyatakan keburukan2 mereka dengan ucapan2 umum yang memalukan, melakukan demonstrasi yang bukan cara Islam dan bertentangan dengan sunnah. Kalau ada nas sila lah...

Anonymous said...

Berbalik semula kepada nota abg shariff, saya ulasnya perenggan demi perenggan demi memudahkan perbincangan..

Abang Syariff berkata, “Daripada hujah yg sdr rahman keluarkan boleh lah dirumuskan spt berikut;



1) Haram menyokong pas dan wajib menyokong umno. Sesiapa yg mati dlm menyokong pas maka diiancam mati jahiliah. Golongan ikhwan muslimin, atau rakyat mesir atau Libya yg bangun pada hari ini dan mati dlm menentang pemerintah Islam yg sekular dan zalim/fasik – dianggap golongan khawarij dan bukan mati syahid sprtimana FATWA DARIPADA TOKOH MAAL HIJRAH 2009, Dr Qusuf Al-Qadawi.”

Jawapan:

Umat Islam dilarang oleh Allah dan Rasul berpecah belah. Kena kekal bersatu di dalam satu Jamaatul Muslimin yang sah. Dilarang untuk kita berpisah sejengkal dari pemerintah sekalipun. Ini sabdaan Nabi. Kelemahan UMNO tidak membolehkan umat Islam berpisah darinya dan mengisytiharkan sebuah jemaah baru yang bertujuan menjatuhkan jemaah asal/pertama yang sedia ada. Ini perbuatan yang dilarang Nabi. Sewajarnya kita kekal dan gerakkan Islah dari dalam. Sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga sekarang kita dapat lihat tremendous improvement dalam aplikasi Islam di dalam Kerajaan. Ikhlaslah kita dalam menilai.

Kezaliman seseorang pemerintah tidak cukup untuk menjatuhkan seseorang pemimpin kerana di dalam Islam tidak ada istilah pembangkang. Yang ada hanyalah Khawarij, yakni golongan yang keluar dari ketaatan drpd pemerintah. Sifat org khawarij yg menghalalkan darah Muslim,mengkafiran mereka, mencerca pemerintah dan menimbulkan huru hara ini dikecam oleh Rasulullah sendiri.



Sebagaimana dalam riwayat Said bin Jahm, beliau berkata: Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, beliau matanya buta, maka aku mengucapkan salam.

Beliau bertanya kepadaku: "Siapa engkau?" "Said bin Jahman," jawabku. Beliau bertanya: "Apa terjadi pada ayahmu?" Aku katakan: "Al-Azariqah (Khawarij) telah membunuhnya." Beliau berkata: "Semoga Allah melaknat Al-Azariqah, semoga Allah melaknat Al-Azariqah. Rasulullah SAW mengatakan bahwa mereka anjing-anjing neraka." Aku bertanya: "(Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) Al-Azariqah saja atau Khawarij semuanya?" Beliau menjawab: "Ya, Khawarij semuanya." Aku katakan: "Tetapi sesungguhnya pemerintah (telah) berbuat kezaliman kepada rakyatnya." Maka beliau mengambil tanganku dan memegangnya dengan sangat kuat, kemudian berkata: "Celaka engkau wahai Ibnu Jahman, wajib atasmu berpegang dengan sawadul a'dham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a'dham (majority kaum Muslimin). Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasehatmu, maka datangilah dan kabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya." (HR. Ahmad dalam musnadnya 4/383)



Rasulullah mencela golongan khawarij ini sebagai anjing-anjing neraka..betapa hinanya! Nak ke kita dicelakakan seperti ini..dicelakan pula oleh Rasulullah SAW yg merupakan satu2 nya manusia yg dapat menolong kita di Mahsyar?



Maka wajib bagi kita menjauhi pemikiran ini kerana ianya adalah pemikiran golongan jahat yg diperalatkan oleh Yahudi demi menjatuhkan kepimpinan Muslim.Belajarlah dari sirah Abg Shariff.. Fitnah-fitnah yg disebarkan mereka telah mengakibatkan kerugian pada negara,umat Islam dan munculnya tindakan anarki yg menyaksikan peperangan yg berlarutan dalam sejarah Islam yg mengorban dan merugikan serta memecah belahkan umat. Lihat saja perpecahan kita umat Islam di Malaysia ini yg amat teruk dan di ambang kehilangan kuasa. sedangkan orang-orang bukan Islam bersatu teguh di bawah parti2 'keadilan' dan 'demokratik'.

Anonymous said...

Aqidah dan manhaj inilah yang telah ditegaskan oleh para ‘ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di dalam kitab-kitab aqidah mereka, di antaranya:



1 – al-Imam Ahmad di dalam Ushulus Sunnah.



2 - Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam al-‘Aqidah al-Wasithiyyah.



3 – al-Imam al-Laalika’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jama’ah.



4 – al-Imam Abu Ja’far ath-Thahawi dalam al-‘Aqidah ath-Thahawiyah.



5 – al-Imam Abu ‘Utsman ash-Shabuni dalam ‘Aqidatus Salaf ash-Habil Hadis.



6 – al-Imam al-Barbahari dalam Syarhus Sunnah.



7 – al-Imam al-Ajurri dalam asy-Syari’ah.



dan masih terlalu banyak lagi untuk disebutkan Abg Shariff..

Ulamak-ulamak zaman sekarang yg mengajar manhaj yg sama adalah, asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh al-‘Utsaimin, asy-Syaikh Muqbil bin Hadi, asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi, asy-Syaikh Sholeh bin Fauzan al-Fauzan, asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbd, asy-Syaikh Ibrahim ar-Ruhaili etc. Itu dari ulamak2 manhaj salaf. Saya juga telah merujuk sahabat saya di kalangan ahli sufi, yg juga berguru dengan Al Jufri seorang ulamak khalaf di Hadhramaut, beliau juga menegaskan bahawa tidak boleh keluar dari ketaatan dari pemerintah. Malahan dalam video klip di bawah, Syeikh Sholeh al Fauzan mengatakan adalah haram dan batil utk berbai'ah dengan jamaah selain daripada pemerintah negara-negara umat Islam:




http://www.youtube.com/watch?v=3WD6gLeZ9Sw





Al-Imam al-Barbahari rahimahullah (r.h.) berkata di dalam Syarhus Sunnah: “Setiap orang yang memberontak kepada imam (pemerintah) kaum muslimin adalah Khawarij, dan bererti dia telah memecah belah kesatuan kaum muslimin dan menentang sunnah, serta matinya seperti mati jahiliyyah.” (Syarhus Sunnah, oleh imam al-Barbahari, tahqiq asy-Sheikh Abu Yasir ar-Rodadi, m/s. 78)

Anonymous said...

Asy-Syahrastani r.h. berkata: “Setiap orang yang memberontak kepada imam yang telah disepakati kaum muslimin disebut khawarij. Sama saja, apakah dia memberontak di masa zaman sahabat kepada al-Khulafa’ur Rasyidin atau setelah berlalunya zaman mereka di masa tabi’in dan para imam di setiap zaman.” (Lihat: al-Milal wa An-Nihal, m/s. 114)

Dalam konteks pembangkang di Malaysia ni, usaha rampasan kuasa pernah dilakukan secara terang-terangan! Ingat 16 September? Plan utk merampas kuasa dari kerajaan yg sah dgn pintu belakang? Perbuatan memburuk-buruk kan pemerintah di mata rakyat dan mata pemimpin dunia juga tidak boleh diterima kerana Nabi larang lakukan. Bagi org yg sayang kpd Allah dan Rasul, cukup tahap beri hadith saja bang....takdak tapi2...

Kena ingat jugak abg shariff, yg memberontak terhadap pemerintah bukan saja dgn cara fizikal, tetapi asasnya adalah dgn penyebaran kejian lisan, kebencian disebarkan dan poison pen dan lain2. Malah inilah benih yg akan bercambah menjadi pemberontakkan dan pertumpahan darah yg sudah pasti memecah belahkan umat Islam dan merugikan ummat.

Fadhilatusy Syaikh Dr. Sholeh as-Sadlan berkata, “Pada hakikatnya, pemberontakan itu tidak hanya dengan pedang dan kekuatan saja, atau penentangan dengan cara-cara yang sudah diketahui secara umum. Tetapi pemberontakan yang dilakukan dengan lisan adalah sebenarnya lebih dahsyat dari pemberontakan bersenjata, kerana pemberontakan dengan pedang dan kekerasan adalah ditimbulkan dari memulai pemberontakan dengan lisan.



Maka kita nyatakan kepada mereka, saudara-saudara kita yang terbawa oleh emosi yang kami berprasangka baik kepada mereka, bahawa mereka berniat baik (Insya Allah) agar mereka menenangkan dirinya. Dan kami katakan kepada mereka: tenang dan bersabarlah, kerana kekerasan dan kebencian kalian akan membawa kesan yang buruk pada hati.Kemudian hati tersebut akan melahirkan emosi yang tidak kenal kecuali kekerasan dan pemberontakan. Di samping itu juga akan membukakan pintu bagi orang-orang yang memiliki kepentingan untuk mengeluarkan ucapan yang sesuai dengan hawa nafsunya, sama ada hak ataupun batil.



Tidak diragukan lagi bahawa memberontak dengan lisan, atau dengan menggunakan pena dan tulisan, dengan penyebaran kaset-kaset (rakaman/siaran audio), tabligh/kuliah akbar, maupun ceramah-ceramah umum dengan membakar emosi masyarakat, serta tidak dengan cara yang syar’i, maka aku yakin bahawa ini adalah dasar (pengasas) lahirnya pemberontakan bersenjata.



Aku memperingatkan dari perbuatan seperti ini dengan sekeras-keras peringatan, dan aku katakan kepada mereka: “Kalian harus melihat dan mempertimbangkan apa kesannya? Dan hendaklah melihat kepada pengalaman orang sebelumnya yang telah melakukan hal yang sama dalam masalah ini!”



Hendaklah mereka melihat fitnah-fitnah yang dialami oleh sebahagian masyarakat Islam, apakah sebabnya? Apa tindakan awalnya sehingga mereka sampai kepada keadaan seperti ini? Jika telah mengetahui yang demikian, maka akan kita ketahui bahawa memberontak dengan ucapan lisan dan menggunakan media massa untuk membangkitkan kebencian, membakar emosi, dan kekerasan akan melahirkan fitnah dalam hati.” (Lihat: al-Ulama Su’diyah Yu’akkiduna alal Jama’ah wa Wujubis Sam’i wath Th’ah li Wulatil Amri, m/s. 5-6)



Asy-Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi menegaskan:



“Wal hasil, hanya sekadar memprovokasi masyarakat untuk menentang penguasa muslim (walaupun penguasa tersebut seorang fasiq (pelaku dosa)) sudah layak dicap sebagai cara-cara khawarij. Ketika menjelaskan beberapa kelompok khawarij, Ibnu Hajar menjelaskan: “Di antaranya adalah al-Qa’diyyah, iaitu kelompok yang memprovokasi masyarakat untuk memberontak penguasa sedangkan mereka tidak terlibat langsung dalam pemberontakan tersebut. (Lihat: Hadyus Sari, m/s. 483)

Anonymous said...

‘Abdullah bin Muhammad adh-Dha’if berkata: “Kelompok al-Qa’diyah ini merupakan pecahan khawarij yang paling berbahaya!” (Atsar ini diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam Masaa’il Ahmad, m/s. 271 dengan sanad sahih. Lihat: Madarikun Nazhar, m/s. 329)

Seperti yang Abg Shariff dapat baca di atas, Fatwa Qardhawi ada ‘contra coupe’ dgn fatwa para ulamak-ulamak di atas. Jadi ambillah yang lebih menghampiri sunnah. Bukan mendekati bidaah. Yusuf Al Qardhawi adalah seorang ulamak Mesir yang telah lari dari Mesir dan berlindung di Qatar. Banyak pendapat-pendapatnya yang lebih cenderong kepada idea2 populis dan opportunist. Contohnya adalah pandangannya bahawa pengebom berani mati adalah syahid sedangkan membunuh diri itu adalah haram di sisi Islam. Membunuh diri sendiri, atau membunuh orang lain tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak adalah dosa besar, dan Allah tidak mengizinkannya. Membunuh diri sendiri, atau membunuh orang lain tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak adalah dosa besar, dan Allah tidak mengizinkannya. Walaupun terdapat alasan,halal pembunuhan itu disebabkan mereka yg awam itu melalui "military service" lelaki dan wanita, tapi harus diingat, Islam melarang pembunuhan mereka yg tidak bersenjata. Ingatlah akan kisah Salahuddin al Ayubi yg membenarkan tentera salib yg dikepung supaya meninggalkan Baitul maqdis apabila kota itu diserahkan, dan kerana perbuatan itu, namanya terus dikenang dan dianggap sebagai contoh sifat aman dan pengasih kaum muslimin terhadap musuh walaupun di medan perang sehingga ke hari ini.

Tindakan membunuh diri, walau pun seandainya orang yang hendak kita bunuh itu benar-benar musuh kita, pada hukum agama adalah haram dan berdosa, kerana Islam tidak membenarkan sesuatu “cara”, walau pun tujuan dan matlamatnya diharuskan. Matlamat tidak mengharuskan cara. Maka berduyun-duyunlah pemuda-pemudi yang dipesongkan oleh gerakan pengganas demi menghapuskan pemerintah yang zalim seperti di Somalia, Nigeria, Pakistan, Iraq, Indonesia dan banyak lagi yang seterusnya mendatangkan kesusahan serta finah yang lebih besar terhadap Rasulullah. Lihatlah zaman ini, Islam telah menggantikan komunis dengan jayanya sebagai pengganas global. Ini lah jasa khawarij yang menjadi perkakas Yahudi menghancurkan serta memburukkan Islam.

Jika seandainya Yusuf Al Qardhawi ikhlas, maka sepatutnya juga dia melawan dan mengkritik Qatar kerana itu negaranya cari makan. Kenapa tidak dia tentang keputusan Qatar menganjurkan World Cup 2022? Bukankah bila ada World Cup ini akan membawa banyak kemaksiatan seperti judi, arak, hedonism dan lain-lain? Kenapakah tidak disuruh Qatar melakukan reform? Sekurang-kurangnya Mesir ada pilihanraya...Qatar? Qatar ada base tentera Amerika sejak Perang Teluk 1991. Kenapa hanya Saudi saja yang dikritik? Qatar join tentera Amerika serang Libya dan Iraq dalam perang teluk dan merupakan negara yg paling ke hadapan membantu NATO dalam apa juga isu ketenteraan..apa stand Qardhawi? Kenapa berdiam diri? Ingat kami terpaksa nyatakan ini bukan untuk menafikan jasanya kepada dunia Islam tetapi adalah kerana dia telah menjadi rujukan ramai terutamanya golongan Ikhwan serta jemaah Haraki yang lain untuk menegakkan hujah. Kesilapannya perlu didedahkan demi menegakkan kebenaran. Anehnya, Yusuf Al Qardhawi datang menerima anugerah dari sebuah kerajaan ‘Kafir’ yang mesti ditentang (ikut kefahaman Abg Shariff dan PAS).

Yusuf Al Qardhawi boleh silap, TETAPI Allah dan Rasul tidak akan sesekali silap. Ingat tu.

Anonymous said...

Abang Shariff menulis, “2) Ia juga bermakna….semua golongan yg menentang permerintah yg zalim/fasik/sekular pada MASA LAMPAU DAN KINI seperti di mesir/turki( dizaman Mustafa kamal arrtartuk) dll adalah khawarij dan bukanlah syahid seperti yg diperkatakan.”

Jawapan:

Zalim dan fasiq serta sekular tidak menghalalkan menentang pemerintah seperti yang telah saya ulas di atas. Penentangan terhadap Mustafa Kamal Attartuk itu adalah WAJIB kerana dia memang terang-terang kufur (Kufr Bawwah) dengan membuang keseluruhan pemerintahan Isalam dan digantikan dengan sebuah system yang dia iktiraf dan beriman bahawa ianya lebih baik dari Islam. Mengharamkan hijab dan niqab,dan mengharamkan Islam dalam urusan rasmi negara. Tidak ada khilaf ulamak dalam bab ini.Namun, apa yg berlaku di Malaysia dan Negara-negara Islam yang lain, mereka mewarisi undang-undang penjajah yang dipaksakan ke atas mereka sebagai pra syarat kemerdekaan, dan mereka juga mengamalkan sebahagian dari undang-undang Islam dari segi perkahwinan, sebahagian dari jenayah (yang mana yg merangkanya pun orang agama [dalam pejabat-pejabat ugama yg selalunya pun orang PAS jugak] bukannya orang UMNO), berusaha dari segi muamalat dan juga menjadikan Islam agama rasmi, mengadakan program dakwah dan menggunakan duit pembayar cukai yg banyaknya dari tauke-tauke konglomerat bukan islam, mengajak orang masuk Islam dan menjaga kebajikan mualaf.

Kembali kepada kisah Attaturk, jumhur mengatakan bahawa Attartuk adalah kafir malah ada yang mengatakan bahawa dia sememangnya bukan Islam iaitu seorang Yahudi Dumamah dari Salonika. Berkenaan dengan pemerintah selepas daripadanya yang mewarisi system pemerintahan sekular yang dipaksakan pemjajah termasuk Malaysia, akan saya ulaskan bila kita berbicara tentang hukum kafir pemerintah seperti yang Abg Syariff katakan.

.

Abang Syariff tulis, “3) Hatta Jikalau ada org islam tetapi berperangai sprt HITLER pun boleh dianggap ameer .( adakah ini penafsiran saudara Rahman iaitu ameer yang berhati syaitan?)”

Jawapan:

Bukan setakat Hitler, malah kalau lebih zalim dari itu pun tetapi selagi dia Islam dan bersolat wajib taat pada perkara2 yang maaruf dan bukan maksiat. Ini jelas diambil daripada hadith hatta dia merampas harta dan mencambuk belakang rakyat, hatta Hitler pun tidak begitu. Jika diarahkan melakukan maksiat wajib ingkari suruhan maksiat tersebut, namun tidak boleh lagi mencabut ketaatan kepadanya melainkan sudah kelihatan kekufuran yang nyata dan ada bukti di sisi Allah SWT. Ini Nabi yang larang buat. Tinggalkanlah, tunggu apa lagi?

Anonymous said...

Abang Syariff menulis, “4) Kena taat kpd pemimpim islama walaupun mereka fasik/zalim/MELAKUKAN KEKUFURAN YG NYATA..(OPEN KUFR/KUFR BAWWAH)”

Jawapan:

Ini kata-kata abg Shariff dan saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya minta Abg Shariff berhati-hati dalam menilai dan menuduh.

Saya juga hendak Abg Shariff menilai:



1. Bagaimana tindakan PAS melantik Anwar Ibrahim seorang yang kita tahu bukan Ahli Jamaah sebagai ketua pembangkang dan bakal Perdana Menteri? Saya tidak berani masuk kes-kes qazaf tetapi kita maklum dari bukti yang nyata beliau menari di Ijok, bersalam dengan perempuan, menyokong pluralism agama,Nurul izzah diberikan hadiah gitar (tahukan hukum alat muzik bertali) utk hari lahirnya ke 18 dan juga Izzah giat main gitar utk konsert Indie. Tidakkah ini fasiq? Boleh pula sokong orang macam ni sebagai pemimpin. katakanlah semua tuduhan-tuduhan qazaf (yg memulakannya pun Mat Sabu) benar, saya tak tahu bagaimana nak cakap.



2. PAS memecat Prof Zaki dalam kes TATI tanpa bicara, songlap duit tabung memali, tabung serambi mekah, isu Kohilal. Tidakkah ini zalim, jadi bagaimana Abg Shariff hendak jelaskan? Bolehkah kita taat kepada pemimpin PAS yg zalim menggunakan neraca Abg shariff, Abg shariff juga tidak boleh sokong PAS, kerana PAS zalim. Jangan jadi double standard.



3. "Kekufuran yg nyata" dari segi tidak akan melaksanakan negara Islam, Dzulkefly Ahmad, Pengarah Startegik PAS terang-terang mengatakan tidak akan membuat negara Islam dlm blognya apabila ditanya tentang penubuhan negara Islam jikalau Pakatan rakyat memerintah.

Rujuk link di bawah:


http://blog.drdzul.com/2011/02/02/the-endless-or-unending-islamic-state-question/

Anonymous said...

Abang Syariff tulis, “5) Ini bermakna tidak halal utk seseorang Muslim itu menentang pemerintah beragama islam walaupun PEMERINTAH ITU zalim/fasik/ MELAKUKAN KEKUFURAN YG JELAS DIDEPAN MATA selagimana tak menyuruh dia melakukan maksiat jahiliah.”

Jawapan:

Apakah itu kekufuran yang nyata? (Kufr Bawwah)

Syaikh Ibnu Jibreen mengulas bahawa ,”It is known that al-kufr al-bawah (manifest, clear kufr) is an open, outward matter, such as when he abolishes the teachings of Islaam, or we see him for example, destroying mosques, or he fights the people of the mosques (i.e. those who frequent them), or he abolishes the [Sharee'ah] law courts, or he abolishes the religious lessons, for example, or we see him burning the copies of the Qur'aan, or that he orders for them to be burnt, and he promotes, assists the books of misguidance, the books of the Christians, and whatever resembles them, and he spreads them and makes reading them to be binding, or we see him erecting those things that are worshipped besides Allaah, such as idols and the likes.

This is considered manifest, clear kufr.”

Dalam scenario kita di Malaysia ini, adakah kita melihat kekufuran yang terang-terangan serta dibuktikan seperti ini? Tentang hukum hudud akan saya ulas apabila tiba dalam bab hukum menjatuhkan pemerintah di bawah nanti. Teruskan pembacaan.



Abang Syariff menulis, “(SEPINTAS LALU KALAU DIIKUT AKAL YG WARAS ORG KURANG SIUMAN/ORANG FANATIK UMNO SAJA YG BOLEH MENERIMA HUJJAH INI) ADAKAH INI YG DI MAKSUDKAN DGN TAFSIRAN HADITH TERSEBUT ATAUPUN TAFSIRAN KITA YANG SALAH ?”

Jawapan:

Adakah abg Shariff hendak mengatakan para ulamak zaman berzaman semuanya gila, fanatic dan kaki ampu kerana mendokong hadith dengan kekal taat kepada pemerintah? Gerakan Ikhwan Cuma muncul di dunia seawal kurun ke 20 digerakkan oleh Hassan Al Banna. Adakah tafsiran hadith sejak itu sahaja yang betul? So ulamak serta umat Islam sebelum dari itu yang taat kepada pemerintah dengan ikut hadith Nabi SAW ni gila? Fanatic? Buta? Salah? Sedangkan ramai ulamak muktabar yang masih hidup dan berpegang kepada Sunnah dan menolak idea-idea khawarij dan takfir Ikhwan hingga ke hari ini? Nak pulak tidak ada nas Quran atau Hadith yang boleh diberikan oleh geng2 haraki ni..sedangkan side kami nasnya, ada di atas dan banyak lagi saya boleh beri. Bukan satu hadith tapi berpuluh, dan yg best tu, takde satu pun yang benarkan jatuh pemerintah. Takkan tak nak beriman bang?

Kami berikan Quran dan Hadith, tetapi geng-geng haraki ini termasuk PAS masih mahukan kata-kata dinasabkan pada ulamak itu dan ini. Perumpamaan kepada situasi ini adalah seperti Bani Israel yang telah diberikan kepadanya “Al Mann” dan “As-Salwa”, namun mereka meminta bawang putih dan bawang merah.

Bukan satu, kalau sekerat hadith pun, itu yg sahih kita kena amal. Nabi kata jgn mkn babi, boleh ikut kan? nabi kata jgn berzina, boleh ikut kan? kalau satu pun hadith, satu pun hadith, Nabi kata jgn mkn babi, abg syariff nak ikut ke tak?



kalau nabi abg shariff tak nak ikut...siapa lagi yang abg nak ikut?

Kami memang akui kami fanatic pada hadith.

Anonymous said...

Abang Syariff tulis, “Berdasarkan hujjah ini DI CADANGKAN AGAR saudara rahman melalui ‘guru murshid’ saudara dapat memberi cadangan kepada MAJLIS FATWA KEBANGSAAN KEBANGSAAN supaya memfatwakan perihal berikut...disebutkan cadangan2:

1) Orang islam hanya boleh bersatu dibawah UMNO yg dianggap “JAMAATUL MUSLIMIN” Golongan lain spt PAS, ABIM, dan JIM ADALAH GOLONGAN KHAWARIJ DAN GOLONGAN INI PATUT DITENTANG HABIS-HABISAN KERANA MEREKA ADALAH GOLONGAN YG DIANGGAP DIANCAM MATI JAHILIAH

2) JUGA PATUT DI ISTHIHARKAN BAHAWA UMNO ADALAH SATU 2 NYA “JAMAATUL MUSLIMIN” YANG MENEPATI CIRI2 NYA SEPERTIMANA YANg DINYATAKAN DALAM HADITH TERSEBUT DAN DIPERJELASKAN SEKALI DGN CIRI2 NYA

3) PERDANA MENTERI MALAYSIA ADALAH AMEERUL MUKMININ YANG DIPILIH MENGIKUT SISTEM SYARA’ SAMA TARAFNYA DENGAN KHALIFAH AR-RASYIDIN DAN JUGA KHALIFAH ISLAM YG LAIN DIZAMAN KHALIFAH ISLAMIYYAH , YG PATUT DI TAATI DLM KEADAAN SEKALIPUN SELAGIMANA TIDAK MENYURUH KEPADA KEMAKSIATAN

4) MALAYSIA ADA SEBUAH NEGARA ISLAM ATAU DAULAH ISLAMIYAH YG MENEPATI CIRI2 SEPERTIMANA DALAM HADITH TERSEBUT

5) JUGA DICADANGKAN KPD MAJLIS FATWA SUPAYA MEMFATWAKAN WAJIB MENYOKONG UMNO DALAM PILIHANRAYA ATAU MANA2 PEMERINTAH ORG ISLAM WALAUPUN ZALIM/FASIK DAN HARAM MENYOKONG PAS/DLL DALAM PILIHANRAYA.

6) MEMBATALKAN FATWA ULAMA DR YUSUF AL-QARADAWI KERANA KONONNYA TIADA NAS YG BOLEH MENENTANG ‘AMEER ‘ YANG ZALIM/FASIK DALAM KEADAAN SEKALIPUN”



Jawapan:







InsyaAllah, jika saya berpeluang saya akan sampaikan kepada mereka. Mintak jugak Abg Shariff dapatkan dari Nik Aziz yang tiada bodyguard dan boleh jumpa bila2 masa (ikut kata-kata abg shariff), apa nas berjuang tentang pemerintah? Kalau PAS rasa diri dia betul dan dialah jemaah yang sah, maka PAS juga kena usulkan pada Majlis Fatwa supaya fatwakan PAS saja betul dan yang lain salah.

Kenapa tak buat? Kelantan, Kedah ada Mufti negeri masing2 kan? Nik Aziz dan Ustaz Azizan ada access pada mereka bila-bila masa pada mufti mereka. Suruh diorang startkan dulu...bawak dalam Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Tok Guru saya bukan ahli dalam Majlis Fatwa Malaysia.



Saya nak tanya Abg Syariff, adakah ugama kita ini berdasarkan majlis fatwa? Jika seandainya takde Majlis Fatwa, adakah semuanya akan menjadi halal? Jika sesebuah tempat atau Negara tersebut tidak ada Majlis Fatwa, adakah dibolehkan umat Islam makan babi, buat tomyam babi, minum arak, berzina,tinggalkan puasa kerana Negara malang tersebut takde database fatwa kebangsaan? Ugama ini berdasarkan pada Quran dan Hadith. Hadith nabi tak cukup lagi ke? Liatnya pejuang Islam...

inilah masalah org yg nak halalkan benda haram. Hadith Nabi tu tak cukup ke lagi?

Anonymous said...

Abg Syariff nak suruh majlis fatwa tulis wajib sembahyang 5 waktu baru nak solat?

Nak majlis fatwa kata riba tu tak boleh, baru tak nak makan riba?





Sekali lagi saya beritahu,Ugama didasarkan oleh Al Quran dan Sunnah, bukannya Majlis fatwa. Bila masa tersepit macam ni baru cari majlis fatwa dan tok-tok mufti.

Bang, yg mufti2 tu tak pernah kata pun wajib buat hukum hudud ke buat negara Islam, Abg ingat mufti-mufti tu tak mengaji Quran ke? Bila Mufti Perak minta PAS bergabung dengan UMNO, tak nak pulak, lebih redha PAS bergabung dengan DAP. Kenapa di sini bila Mufti beri "fatwa" PAS tak nak ikut?





Soal ini takde pulak Abg Syariff dan PAS tunggu fatwa Majlis Fatwa. Jadi yg sokong PAS buat hudud tu ade Majlis fatwa kata memang wajib buat hudud ? Kenapa double standard di dalam berhukum?



“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

As Saff: 2-3





hadith sahih maksudnya kata-kata perbuatan dan juga pengesahan perbuatan para sahabat yg Nabi redha dan perkara itu sahih dr segi riwayat dan sanad (rantaian org yg meriwayatkannya).

menolak hadith sahih samalah seperti menolak kata-kata Nabi.

Jadi, adakah majlis fatwa lagi besar dari Nabi SAW?



Bersambung di Part 2....

(continue reading in Part 2)

Anonymous said...

JAWAPAN KEPADA SAUDARA SHARIFF AHMAD- Part 2

Abg Syariff tulis, “Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.”

Jawapan:



Ok. Beralih kita ke soal hukum menukar pemerintah berdasarkan perbahasan ulamak.

Saya ucapkan terima kasih atas pengiktirafan terhadap perkara di atas. Memang, tidak ada hadith yang mengizinkan jatuhkan pemerintah sembrono macam yang PAS buat.



Abg Shariff menulis lagi, “Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)

Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.”

Jawapan:

Saya amat beretuju dengan hadith di atas dan ulasannya yg dibawah. Tidak ada percanggahan antara kita. Cuma yang saya rasa adalah putar belit/konspirasi PAS yang menyebabkan Abg Syariff dan ramai ang lain tertipu dengan maksud Kufr Bawwah. Saya Sudah jelaskan apa itu Kufr Bawwah mengikut Syaikh Ibnu Jibreen yang merupakan seorang ulamak besar yang bersimpati pada Ikhwanul Muslimin pada awal era 90’an.

Anonymous said...

Ayat Quran yang sering digunakan oleh puak2 ini dalam mengkafirkan pemerintah adalah Surah Al Maidah 44-47.



[44]

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Mari kita lihat tafsir Ibnu Kathir berkenaan dengan ayat ini:



http://www.qtafsir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=774&Itemid=60



﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ﴾

(And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the disbelievers,) "Whoever rejects what Allah has revealed, will have committed Kufr, and whoever accepts what Allah has revealed, but did not rule by it, is a Zalim (unjust) and a Fasiq (rebellious) and a sinner.'' Ibn Jarir recorded this statement. `Abdur-Razzaq said, "Ma`mar narrated to us that Tawus said that Ibn `Abbas was asked about Allah's statement,

﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم﴾

(And whosoever does not judge...) He said, `It is an act of Kufr.' Ibn Tawus added, `It is not like those who disbelieve in Allah, His angels, His Books and His Messengers.' Ath-Thawri narrated that Ibn Jurayj said that `Ata' said, `There is Kufr and Kufr less than Kufr, Zulm and Zulm less than Zulm, Fisq and Fisq less than Fisq.''' Waki` said that Sa`id Al-Makki said that Tawus said that,

﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ﴾

(And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the disbelievers,) "This is not the Kufr that annuls one's religion.''

Anonymous said...

INI BUKANLAH KEKUFURAN YANG MENGELUARKAN SESEORANG DARI ISLAM SEPERTI AJARAN KHAWARIJ. Kecenderongan mengkafirkan pemerintah yang berhukum selain daripada hukum Allah ini adalah ditegah dan difatwakan haram oleh ramai ulamak2 yang muktabar.Bagi Khawarij hatta seorg sahabat agung seperti Saidina Ali dikafirkan kerana menerima "hukum manusia" yakni Majlis Tahkim utk berdamai dengan Saidina Muawiyyah RA.



Sila rujuk Fatwa Syaikh Ibnu Uthaymeen di bawah:




http://www.youtube.com/watch?v=F7Ov2gcEopY&playnext=1&list=PLB9E35F466D13EDEF



Kita harus faham,bahawa kufur ini tidak terhad kepada pemerintah, dan tidak melaksanakan hukum tidak hanya kepada hudud, qisas dan lain2 undang jenayah, semua manusia tertakluk kepada perkara ini.Pemimpin-pemimpin yang ubah Islam kepada bukan Islam dan yakin bahawa hukum lain lagi tinggi dari Hukum Allah, ini memang kufur yang nyata seperti kes Attaturk. Jika dia beranggapan sama saja hukum Islam dan bukan Islam ini juga kufur. Tetapi dalam hendak mensabitkan kafir atau tidak, mesti ada penegakkan hujah dahulu sebelum pengkafiran berlaku. Tidak jatuh kafir jika seseorang itu tidak laksana hukum Islam kerana mengikut hawa nafsu, lemah peribadi, jahil. Misalannya orang yang tahu solat atau puasa itu wajib tetapi tidak dilaksanakan kerana malas, maka tidak jatuh kafir. Jika dia kata solat atau puasa itu tak wajib maka ini ciri kufur.Malah kaedah penegakkan hujah juga perlu melibatkan orang yang sangat dipercayai dan dihormati oleh orang yg mempunyai sifat kufur itu. Hukum ini adalah umum utk semua kerana Islam tidak membezakan hukum jinayat, ibadat, muamalat dsbgnya.

Hanya khawarij sahaja yang suka mengkafirkan pemerintah sesuka hati. Saya ulangi bayangkan, Saidina Ali pun boleh dikafirkan atas alasan berhukum selain dari hukum Allah dengan menggunakan Majlis Tahkim...apatah lagi pemerintah Islam zaman berzaman.

Anonymous said...

Fatwa Syaikh Ibnu Jibreen (full) tentang Pemerintah yang berhukum dengan hukum sekular:





It is known that al-kufr al-bawah (manifest, clear kufr) is an open, outward matter, such as when he abolishes the teachings of Islaam, or we see him for example, destroying mosques, or he fights the people of the mosques (i.e. those who frequent them), or he abolishes the [Sharee'ah] law courts, or he abolishes the religious lessons, for example, or we see him burning the copies of the Qur'aan, or that he orders for them to be burnt, and he promotes, assists the books of misguidance, the books of the Christians, and whatever resembles them, and he spreads them and makes reading them to be binding, or we see him erecting those things that are worshipped besides Allaah, such as idols and the likes.

This is considered manifest, clear kufr.

As for the [types of] matters in which ijtihaad can enter into, then we alluded to one of these types last night. And this is what the majority of the rulers (wullaat) are upon, from that which is called "judgement by the secular laws" (hukman bil-qawaaneen), such as these laws, overwhelmingly, the affair pertaining to them is that they consider benefit (maslahah) in them, but they did not abolish the legislation (shar') with a complete abolition, such that they do not judge with anything from it at all.

Since Allaah said, "And whoever does not judge by what Allaah has revealed they are the disbelievers" (al-Maa'idah 5:44), so the likes of these, when they have this angle of approach, then we do not speak of their kufr, but we consider them to be in error, in this ijtihaad which involves changing something from the legislation, even if it was by the path of ijtihaad. So for example, their permitting of zinaa [i.e. in action, not as a matter of belief], when it is with the consent of both parties, and like their abandonment, or the abolition of the hudood, the punishment for stealing, or the punishment for false slander, or the punishment for drinking alcohol, or permitting alcohol [i.e. in action, not as a matter of belief], and announcing the selling of alcohol, and whatever resembles that.

There is no doubt, that this is a great sin, however there could be, for example, excuses for them, those in which they consider themselves to be justified (i.e. excused in that). So for example, they excuse themselves from this by saying that in their land they have those people who are not Muslim, and that being severe upon them will make them flee. So when they have an angle of approach, then Allaah will reckon them, but, in any case, there is no doubt that if we judged by the shar' (legislation), and implemented its teachings, there would be sufficiency in this and much good.

Anonymous said...

Abang Syariff menulis, “Dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah yang merupakan kitab sejarah yang besar karangan Ibn Kathir sekali lagi beliau menegaskan perkara ini, katanya: Sesiapa yang meninggalkan hukum-hakam syarak yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdillah, Nabi yang terakhir, lalu berhukum kepada syariat yang dimansuhkan (ajaran yang diturunkan kepada nabi yang sebelumnya) menjadi kafir. Bagaimanakah pula mereka yang berhukum kepada Yasa dan mendahulukannya keatas ajaran Islam? Sesiapa yang berbuat demikian maka menjadi kafir dengan Ijmak Muslimin(rujukan al-Bidayah wa an-Nihayah. Juz 12,m.s. 128.Ctk. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.)”

Jawapan:



Sesiapa yang meninggalkan hukum syarak yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdillah lalu berhukum kpd syariat yang dimansuhkan menjadi kafir, ini hukum general...ini termasuk meninggalkan larangan Rasulullah menjatuhkan pemimpin serta dokong demokrasi utk jatuhkan pemimpin. Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Kathir tidak berada dibawah kekuasaan kerajaan Monggol/Tartar. Harus diiingat tatkala Monggol menyerang kampung halaman Ibnu Taymiyyah di Harran, mereka berhijrah ke Damsyik yang di masa itu berada di bawah Kesultanan Mamluk. Justeru itu mereka tidak terikat pada ketaatan kepada pemerintah Monggol walaupun mereka menganut Islam. Ibnu Taimiyyah mempertahankan negaranya diserang oleh Monggol. Ini harus difahami malahan fatwanya adalah untuk rakyat Syria untuk bangun menentang serangan penjajah Monggol.

Kisah di mana ulamak2 takut pakaian mereka kotor akibat darah Ibnu Taymiyyah berlaku apabila Ibnu taymiyyah dihantar dalam satu rombongan kedutaan ulamak untuk meminta Ghazan Khan di Iran supaya menhentikan serangan ke atas Dunia Islam, bukannya sebagai rakyat tetapi sebagai utusan Negara Mamluk. Malahan, Ibnu taymiyyah sendiri apabila dipenjarakan oleh pemerintahnya kerana menyokong fatwa menyukarkan proses cerai.

Anonymous said...

Kita lihat asal usul kepada persoalan Yasak ini, ia sebenarnya dipetik dari Majmu' Al Fatawa Vol. 28 mukasurat 502:



ما تقول الفقهاء أئمة الدين في هؤلاء التتار الذين قدموا سنة تسع وتسعين وستمائة وفعلوا ما اشتهر من قتل المسلمين وسبي بعض الذراري والنهب لمن وجدوه من المسلمين وهتكوا حرمات الدين من إذلال المسلمين وإهانة المساجد لا سيما " بيت المقدس " وأفسدوا فيه وأخذوا من أموال المسلمين وأموال بيت المال الحمل العظيم وأسروا من رجال المسلمين الجم الغفير وأخرجوهم من أوطانهم . وادعوا مع ذلك التمسك بالشهادتين وادعوا تحريم قتال مقاتلهم لما زعموا من اتباع أصل الإسلام ولكونهم عفوا عن استئصال المسلمين . فهل يجوز قتالهم أو يجب وأيما كان فمن أي الوجوه جوازه أو وجوبه ؟ أفتونا مأجورين .



Soalannya berbunyi:



Ini adalah soalan tentang Tartar yang menyerbu masuk negara2(Islam) dalam tahun 669H dan mereka membunuh kaum muslimin, memalukan mereka, memusnahkan Masjid, memperendah2kan Baitul Maqdis, mengambil harta Baitul Mal dan menjadikan ramai lelaki Muslim sebagai tawanan. Namun seperkara ini, mereka mendakwa mereka mengucap dua kalimah shahadah dan menyuruh orang ramai tidak menentang mereka kerana mereka masih Islam. Oleh itu, si penyoal bertanya (kepada Ibn taymiyyah) tentang mereka ini:



Adakah dibenarkan menentang mereka ataupun wajib menentang mereka, atau yang mana di antara satu, dan dari sudut manakah ianya (boleh) jaiz ataupun wajib?



Ibnu taymiyyah menjawab:



فأجاب : الحمد لله كل طائفة ممتنعة عن التزام شريعة من شرائع الإسلام الظاهرة المتواترة ; من هؤلاء القوم وغيرهم فإنه يجب قتالهم حتى يلتزموا شرائعه وإن كانوا مع ذلك ناطقين بالشهادتين وملتزمين بعض شرائعه كما قاتل أبو بكر الصديق والصحابة رضي الله عنهم مانعي الزكاة

dan beliau menjawab: Alhamdulillah, kesemua thoifatul mumtainah (penjajah Tartar) yg tidak mahu beriltizam dengan hukum dari hukum Islam yang terang dan diketahui dengan umum, samada mereka itu dari golongannya ataupun selain mereka, maka wajib bagi mereka (rakyat Syria) menentang mereka (penjajah Tartar) sehinggalah mereka beriltizam dengan hukum Islam walaupun mereka mengucap dua kalimah shahadah dan beriltizam dengan hukum yang lain sebagaimana Abu Bakar As Siddiq dan para sahabah yang berjuang melawan mereka yang enggan membayar zakat.

Anonymous said...

Oleh itu, ayat ini ditujukan bukan kepada pemerintah tetapi kepada mana-mana thoifatul mumtainah. Apa maksud Thoifatul mumtainah,adalah mana2 golongan yang beranggapan bahawa mereka tidak terikat untuk melaksanakan sesuatu tuntutan Islam sepertimana gol. yg tidak mahu membayar zakat di mana mereka menganggap tidak wajib bg mereka untuk membayar zakat ataupun dalam kes ajaran sesat, mereka beranggapan mereka cukup sekadar berniat solat tetapi mereka tidak perlu solat. Mereka yakin bahawa sesuatu hukum yang bukan Islam lebih baik dari hukum Islam dan menolak hukum Islam dengan redho dan sedar, malah berbangga dengannya maka mereka inilah yang boleh diperangi.





Berkenaan dengan hukum Yasak ini, inilah juga yang PAS sedang lakukan apabila meletakkan demokrasi (Hukum Yunani, Inggeris, Amerika) ini sebagai landasan perjuangan, bukannya Quran dan Hadith Nabi SAW. Angkat demokrasi ni sama macam tegakkan hukum yasak.

Pemimpin Negara kita serta kebanyakkan Negara dunia Islam bukan suka-suka ambil demokrasi ganti hukum Islam. Mereka yang membuat undang-undang negara kita walaupun dua darinya adalah Muslim yakni seorg dr India dan pakistan tetapi mengambil common law sebagai asas perlembagaan negara. Malahan, British telah memaksa Raja-raja Melayu untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam dan adat seawal Perjanjian Pangkor. Dan perkara ini dipersetujui oleh raja-raja Melayu sehinggalah negara kita dimerdekakan oleh British. Dan harus diingat, bahawa ketua agama dan adat istiadat Melayu adalah Raja-raja Melayu bukannya pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan nasional. Pemimpin Negara kita serta kebanyakkan Negara dunia bukan suka2 ambil demokrasi ganti hukum Islam. Janganlah kita pantas mahu mengkafirkan orang. Rasulullah bersusah payah mahu mengIslamkan orang tetapi umat pada hari ini senang-senang mahu keluarkan saudaranya keluar dari Islam.

Anonymous said...

Abang Shariff menulis, “Demikian adalah secara ringkas perbahasan dalam isu reformasi menjatuhkan pemerintah menurut pandangan Islam.

Kalaupun saudara Rahman tidak bersetuju dgn ijtihad daripada Dr Yusof Al-Qhardawi ini dan memilih sumber lain (kerana mahu merujuk sumbar yg lebih shahih iaitu kitab asal) tetapi cubalah kita tanya diri kita fahamkah kita mentafsirkan sumber hukum-hakam? Fasihkah kita dalam bahasanya?Kita tidak boleh berpandukan satu hadith tertentu sahaja kerana soal hukum hakam islam ini memerlukan perdebatan yg panjang dan saling berkait antara satu sama lain .”

Jawapan:

Saya lebih suka bersetuju dengan Rasulullah serta Ulamak2 yang bercakap senada dengan Rasulullah serta membenarkan sabdaan baginda berbanding dengan mereka yang berhukum dengan akal dan logic sedangkan hukumnya telah jelas, beralasan dan bertapi2 dgn Nabi. Saya tidak berpandukan hanya satu hadith tetapi puluhan hadith yg sebahagiannya telah saya muatkan di atas. Sedangkan Abang Syariff masih gagal memberikan satu nas Quran atau Hadith yang membenarkan lawan dan jatuhkan pemerintah.

Berkenaan tentang kefahaman menafsirkan hukum-hakam, kami telah menyenaraikan senarai ulamak yg berpegang teguh kepada hadith2 berkaitan pemerintahan dari zaman dahulu ke zaman mutakhirin ini dan kami bukan sahaja mengikut tetapi juga menkaji dan kami boleh menerima apa yg mereka sampaikan dan itu adalah lebih selamat. dan hairan, kita boleh mengikut Syed Qutb yg merupakan seorg wartawan, Fathi Yakan seorg engineer, cubalah tgk siapa ulamak haraki yg diangkat oleh Ikhwan, kebanyakannya adalah profesional bukannya ulamak, itu sebab JIM boleh mengaku emreka lebih dekat dengan Ikhwan dari PAS.



Melaksanakan Hudud itu adalah wajib tetapi perlu dilakukan secara berperingkat. Kita kena betulkan dahulu akidah umat Islam dari terpesong dengan ajaran2 sesat, khurafat, bidaah serta ideologi khawarij yang melemahkan umat Islam serta akan menyebabkan kita berpecah belah dan orang bukan Islam menangguk di air yg keruh. Dan apabila kini diajak bersatu, jawapan yang diberikan Murshidul Am Pas adalah, “Pergi Jahanam dengan UMNO..” Macam ni nak bubar PAS? Dengan siapa nak kelentong ni bang? Apabila kita kuat dan bersatu padu lah kita boleh menegakkan Islam. Apabila kita bercerai berai seperti ini, maka jangan harap Islam boleh tertegak kerana masing2 akan melukut ditepi gantang untuk sokongan serta undi orang kafir.

Sedangkan UMNO bukanlah Jamaah yang membuang Islam dan tidak ada niat tegakkan Islam. Di dalam fasal 3.3 Perlembagaan UMNO ada ditulis dengan jelas tujuan penubuhan UMNO adalah:

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

Anonymous said...

Abang Shariff menulis, “Janganlah kita memandang rendah kepada seseorang itu kerana berada didalam golongan tertentu dan terus menghukumnya ulama yg tidak mursyid…kita kena lihat ilmu dan juga hujjahnya dulu dan perbahaskan”

Jawapan:

Dalam prinsip salaf, kita tidak menghukum individu atau kumpulan itu berdasarkan keberadaannya, tetapi kita menerangkan jikalau terdapat kesalahannya dengan detail dan secara khusus. Dalam permasalahan ini, PAS yang ingin menegakkan pemerintahan Islam, telah melanggar sendiri hadith-hadith di dalam bab pemerintahan, ini baru bab ketaatan dalam kepimpinan,m tidak termasuk lagi bab meminta-minta jawatan dan sebagainya. Itu pun sudah menyalahi apa yg ditunjukkan oleh Allah dan Rasulnya. Lihatlah berbeza sungguh apa yg PAS buat dengan ulamak salafussoleh spt Imam Malik sehinggakan dirotan kerana tidak mau menjadi qadi.



Saya kembalikan kenyataan Abg Syariff ini kembali kepada abang. Apa motif abg syariff tulis begini,

“Berdasarkan hujjah ini DI CADANGKAN AGAR saudara rahman melalui ‘guru murshid’ saudara dapat memberi cadangan kepada MAJLIS FATWA KEBANGSAAN KEBANGSAAN supaya memfatwakan perihal berikut.....”

Kenapa ada tanda aposrophe utk guru mursyid saya? Apa motif?

Anonymous said...

Abang Syariff tulis, “Siapa yg perlu kita rujuk di akhir2 ini dikala umat islam perlu kepada seorang ulama yg boleh beristihad yg berani menyatakan kebenaran.Dikala org2 palestin diserang pelbagai sudut,dikala org2 mesir bangkit , dikala org2 libya dibunuh pemimpin sendiri yg zalim siapa yg ingin bersuara menegakkan kebenaran?”

Jawapan:



Di sini kita sepatutnya kembali kepada hadith ttg beriltizam dengan jamaatul muslimin dan berpegang erat padanya di kala mehnah dan tribulasi berlaku:

Dalam satu wawancara di antara Rasulullah dengan setiausaha sulitnya Huzaifah Al-Yamani, antara lain, berkata Huzaifah: "Orang selalu bertanya Nabi akan kebaikan tetapi aku bertanya baginda tentang keburukan, kerana aku bimbang akan terjerumus ke dalamnya. Aku (Huzaifah) bertanya: "Wahai Rasulullah kami dahulunya berada dalam kejahilan dan keburukan, maka lalu Allah mendatangkan kami kebaikan ini (Islam). Maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku keburukan pula?"



Rasulullah menjawab: "Ya (berlaku pula keburukan)." Maka aku bertanya: "Apakah selepas keburukan itu ada pula kebaikan?" Rasulullah menjawab: "Ya, akan tetapi di dalamnya (kebaikan itu) ada lagi keburukan yang terpendam." Huzaifah bertanya: "Apakah yang dikatakan keburukan yang terpendam itu wahai Rasuluilah?" Rasulullah bersabda: "Terdapat suatu kaum yang tidak lagi mengikuti sunnah aku dan tidak pula menerima pakai hidayah dan petunjuk yang aku bawa. Kamu kenal mereka dan kamu mencegahnya." Tanya Huzaifah: "Apakah selepas kebaikan itu berlaku pula keburukan?" Jawab Nabi: "Ya, kamu akan dapati para pejuang yang sedang berada di ambang pintu neraka jahanam. Sesiapa yang mengikut mereka akan diheret ke dalam neraka."



Huzaifah berkata: "Beritahu kami apakah sifat sifat mereka itu?" Rasulullah menjawab: "Mereka dari keturunan kita dan bercakap dalam bahasa kita." Tanya Huzaifah: "Apakah arahan kamu kepada kami jika keadaan itu menimpa kami." Jawab Rasulullah: "Kamu wajib bersama-sama jamaah muslimin dan kepimpinan mereka." Tanya Huzaifah: "Jika pada waktu itu tidak ada jamaah muslimin dan tidak ada pula pimpinan mereka?" Nabi bersabda: "Maka hendaklah kamu mengasingkan diri daripada kumpulan-kumpulan itu semuanya walaupun (dengan sebab itu) kamu terpaksa memakan akar-akar kayu sehingga kamu mati dalam keadaan begitu. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Bayangkanlah apa punca revolusi di tunisia berlaku? Bukankah asbab kepada revolusi itu apabila seorg peniaga buah membakar dirinya sendiri? adakah ini dipanggil sebagai syahid? org yg bakar dirinya sendiri? Bukankah kepala revolusi di Mesir termasuklah El Baradei pengerusi IAEA? Cuba lihat kenapakah 'perjuangan rakyat" Libya, Tunisia, Mesir disokong, kenapakah perjuangan rakyat di Afgahnistan dan Chechnya dipanggil pengganas?

Anonymous said...

Jika begitu kita harus bersimpati kepada perjuangan Abdul Rahman Bin Muljam. Bukankah dia sanggup "syahid" mengorbankan dirinya sendiri membunuh Saidina Ali yang mengambil hukum manusia dan membunuh rakan2nya di dalam perang Nahrawan? Malah, bukankah tinggi thiqah jauh lagi tinggi dari mana-mana Murabbi JIK ataupun pengerusi Lajnah Tarbiyyah si Ibnu Muljam ini hatta dikerat2 tubuhnya masih berzikir mengingati Allah dan hanya menangis apabila lidahnya dikerat oleh tentera saidina Ali? tetapi, Rasulullah memanggil mereka anjing2 neraka, bukannya pejuang kebebasan ataupun mujahideen jika kita ambil neraca org2 yg menganggap indah perjuangan menentang pemerintah ini.



Maka, rujuklah kepada Quran dan Hadith serta para ulamak yang berpegang erat pada keduanya. Bukan pada ulamak kontemporari yang meletakkan pandangan populis lebih kedepan dari sabdaan Nabi SAW.

Anonymous said...

Abang Shariff tulis, “Kalaulah hujjah saudara rahman itu boleh digunapakai iaitu kena patuh pada PM( kononnya amer) dan UMNO (kononnya JAMAATUL MUSLIMIN) dan wajib memberi walaq sepenuhnya tak boleh menjatuhkan walaupun melalui pilihanraya(cara yg paling berhemah)….alhamdullillah saya rasa kita perlu BUBARKAN PAS shj dan TAK PAYAH bersusah payah berjuang dalam pas.”



Jawapan:

Memang pun. Itulah doa dan harapan saya, agar PAS bertaubat dan bubarkan dirinya serta bersatu menguatkan Jamaatul Muslimin yang sah iaitu UMNO. Allah dan Rasul suruh taat kepada pemerintah, taatlah. Kalau kita diperintah buat solat 5 waktu tetapi kita rasa mana cukup 5 waktu ni, nak buat extra dan kata sembahyang wajib 10 waktu, boleh ke macam ni? Allah tak terima amalan2 yang menyalahi sunnah Nabi SAW. Dosa pemerintah atas mereka, tetapi dosa kita tak taat pada pemerintah adalah atas kita dan akan dipertanggungjawabkan.

Kita di dalam usrah dan tamrin sering diingatkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Tidak wujud istilah berhemah. Anwar Ibrahim lebih berhemah 13 tahun yang lepas, tetapi PAS boleh hukumkan kemasukkan Anwar ke dalam UMNO tidak syari'e.Jadi, apabila terang dan wujud hujah syarak sebagaimana PAS pernah (dan suatu ketika sebelum tahun 1990, jamaah IRC) menghukumkan perbuatan Anwar byang ingin menegakkan Islam "secara paling berhemah, paling tanpa mudarat", maka apabila wujud hadith yg terang dan nyata di dalam bab pemerintahan dalam Sahih Muslim, jika kita masih berpegang dengan sumber-sumber hukum Ahli sunnah wal jamaah, maka masuknya PAS untuk menukar dan menjatuhkan pemerintah yg masih Islam adalah HARAM DAN TIDAK SYARI'E.

Anonymous said...

Saya sudah menjawab semua persoalan yang Abg Syariff berikan. Berkenaan dengan 8 soalan terakhir Abg Syariff, sudah pun saya jawabnya tetapi ringkasnya saya jawab sekali lagi:

1. Buat apa kita berjuang …..hidup susah...kena tekan ….pecat…ugut …malah ada yang di bunuh sprt di mesir , turki, palestin…malah di malaysia pun.(BUKAN MACAM HISAP ROKOK DAPAT IKUT HAWA NAFSU

Jawapan: Inilah dinamakan perbuatan sia-sia yang mendapat dosa sedangkan disangka dapat pahala sepertimana Abdul rahman bin Muljam, tanpa disangka rebah di pintu syurga. Buat apa tinggalkan sunnah dan ambil kesesatan?

2. Buat apa sesetengah golongan orang islam bersusah payah dengan wang ringgit…tenaga…kesusahan dll dlm menubuhkan pertubuhkan ikhwanulmuslimin,jamaat islami,hamas,pas,dll gerakan islam selepas jatuhnya kerajaan islam Turki uthmaniyah pada 1880an dulu dan dijajah oleh fahaman sekular sprt nasionalis/socialis dll

Jawapan: Abdul Rahman Bin Muljam sampai dikerat lidahnya masih berzikir dan tangisannya adalah kerana tak dapat berzikir, tempatnya adalah neraka dan ADALAH GILA UTK MEMANGGIL DIA SYAHID. Apalah kiranya sekadar wang ringgit, tenaga? Kesusahan, adakah Abd Rahman bin Muljam senang? Tetapi, tidak ada sesiapa kecuali Khawarij yg memujinya,malah Abg Shariff tidak akan memanggil dirinya sebagai syahid bukan?



Oleh itu,buat apa Rasulullah tinggalkan Quran dan Sunnah tetapi tidak digunakan?

3. Bukankah mudah saja kalau kita berjuang didalam kerajaan ini dan menjadi penasihat agama spt agama yg diperintah dan bukannya agama yg memerintah? Bukankah mudah saja jikalau kita mengambil kaedah sprt mana hadith yg saudara hujjah kan taat kepada pemimpin islam hatta yg berhati syaitan….apakah ini yg rasullullah maksudkan…di zaman ini

Jawapan: Nampak simple macam senang nak ikut sunnah ni tapi hakikatnya tengoklah, orang2 yang sayang pada Islam ini yang tolak sabdaan Nabi SAW ni...tiba2 PAS jadi lagi besar dari Rasulullah. Ingat senang nak masuk syurga? Tipu daya syaithan yang pesongkan ummat dari jalan sunnah ni kuat. Kita dapat lihat, hari ini adakah Islam memerintah Selangor? Peguam Lina Joy dilantik menjadi peguam kerajaan negeri selangor, PAS tak boleh berkata apa terhadap arak di selangor, kilang arak masih megah berdiri dekat Jambatan Sunway sedangkan ini sudah 3 tahun lepas pilihanraya 8 Mac 2008.



Dan lihatlah, atas ulamak2 yg mengharamkan penentangan terhadap kerajaan spt Hassan Al Basri, Imam Malik, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan lain2 ugama kita sampai ke sini, kalau tidak sudah jadi Hindu tak pun Buddha sembah tokong sampai sekarang.



4. Bukankah mudah kalau kita mengikut saja fahaman dan sistem yg dibuat oleh penjajah ini dan kita akan mendapat pengiktirafan daripada mereka daripada sudut human right/kebebasan bersuara dll.

Jawapan: Jangan sesakali redho bahawa system penjajah ini better dari Islam! Ini memang kufur terus. Tapi kita terpaksa amal demokrasi kini kerana ia peninggalan penjajah sebagai pra syarat merdeka. PAS juga akui dan berjuang dalam demokrasi kafir ini. Hairan macam ada double standard di sini, kita buat boleh, org lain haram pulak..



5. Bukankah mudah ulama’ dalam gerakan islam ini keluar dan menjadi penjawat awam shj didalam kerajaan ini( spt mesir, turki,palestin , malaysia dll) hidup makan gaji dan tidak merempat….miskin…dibuang negeri…di pulau…dan di fitnah..Malah ada yg dibunuh oleh sesetengah pemerintah yg zalim ini. (Bukannya setakat di gam shj

Jawapan: Dalam konteks Malaysia, pejabat ugama itu siapa yg penuhi? Siapa yg penuhi pejabat zakat? Kerajaan tahu mereka tidak sokong kerajaan tetapi terus juga buat post ini kerana fikir ini rakyat kita. Abg shariff jadi doktor, ramai doktor yg tidak sokong kerajaan, adakah kena tindas dan tekan?

Anonymous said...

Sedangkan prof zaki, masa itu orang PAS kena pecat hanya kerana tidak mahu pecat tanpa usul periksa haji Ariffin. Inilah parti yang zalim, dan Abg shariff nak suruh penzalim di depan mata kita ni, kita sokong, puja dan perintah?



Para ulamak salaf zaman berzaman seperti Imam Malik, Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah, Imam Al Barbahari, kesemuanya berani menyatakan kebenaran kepada pemerintah walaupun akhirnya dipenjara dan ditekan. Namun utk keluar dari ketaatan kepada pemerintah, merancang menjatuhkan mereka etc adalah jauh sekali. Menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim ni ada kaedahnya seperti hadith Ibnu Ghunaim yang saya berikan di atas. Bukan terpekik terlolong pada pentas2 politik, atau mimbar2 macam PAS.

6. Bukankah mudah bagi rakyat palestin untuk tidak memilih perjuangan hamas supaya mudah dapat bantuan antarabangsa…berkompromi dgn israel…dan menyerahkan saja tanahair kpd israel sebagai pertukaran dengan wang ringgit dari israel(sprtmana cadangan saudara Astora jabat dalam utusan malaysia dulu katakan)Bukankah bumi allah ini luas …kenapa sanggup mati…membunuh diri menyerang israel semata2 bumi palestin.ini?sanggup hidup dalam kemiskinan …sekatan dll.

Jawapan: Jumhur ulamak bersepakat bahawa Intifada di Palestin adalah Jihad Fisabilillah dan mati memperjuangkannya adalah mati syahid. Yang nak pi ikut Astora Jabat tu pasai apa? Dia bukan ulamak salaf.

7. Sudah berapa lamakah golongan ulama yg berada didalam kerajaan sekular ini dapat memberi nasihat yg berguna dan dapat mempengaruhi pemerintah utk melaksanakan undang2 islam?Setakat mana kemajuan dicapai(semenjak 100thn dahulu selepas kejatuhan uthmaniyyah) kearah menegakkan hukum hakam allah dalam urusan pemerintahan

Jawapan: Suka saya bertanya balik, sudah berapa lamakah Ikhwan dan Jamaah Haraki yang lain berjuang? ? Berapa ramai org mesir jadi baik, kuat ibadah? kalau kita buka ART, kalau tidak Lubnan, mesirlah jadi pusat hiburan Timur Tengah. Kenapa tidak ada hasil dan kemenangan? Kenapa check achievement orang lain sedangkan diri sendiri pun gagal?

8. Siapa yg lebih mursyid disini? Jikalau terdapat 2 ijtihad dimana

a) Ulama yg duduk dlm kerajaan yg org islam perintah (walaupun sekular) utk menasihatkan kerajaan yg tiada keinginan pemerintah kerajaan itu utk melaksanakan permerintahan / hukum hakam allah.Takut menegur kemaksiatan yg berleluasa, atau kalau menegurpun macam melepaskan batuk ditangga, berfatwa mengikut kepentingan pemerintah

b) Ulama yg bersama golongan perjuangan islam(gerakan islam)utk menentang menegakkan daulah islamiyyah yg sanggup bersusah payah utk agama allah walaupun hidup dalam kesempitan, tekanan, ugutan ,serangan, fitnah hatta dibunuh…..,sanggup melepaskan semua jawatan/sumber kewangan dan ,hidup dlm sederhana, mengharapkan kepada allah semata2 dalam setiap keadaan /rezeki dll.

Jawapan :

a)Siapa tahu, sebab kaedah sunnah:





Dari Ubaidillah bin Khiyar berkata :

“Aku mendatangi Usamah bin Zaid radliyallahu 'anhu dan aku katakan : “Kenapa engkau tidak menasihati Utsman bin Affan untuk menegakkan hukum had atas Al Walid?” Maka Usamah berkata : “Apakah kamu mengira aku tidak menasihatinya kecuali harus dihadapanmu? Demi Allah sungguh aku telah menasihatinya secara sembunyi-sembunyi antara aku dan ia saja. Dan aku tidak ingin membuka pintu kejelekan dan aku bukanlah orang yang pertama kali membukanya.” (Atsar yang shahih diriwayatkan Bukhari dan Muslim)



b) Jika begitu, sukalah PAS untuk mengisytiharkan Abdul Rahman bin Muljam wajar kita berikan tokoh mujahid no. 1, 'tabi'in' terpuji yg berjihad menentang pemerintah yg berhukum dengan hukum manusia dan tidak takut mati serta kuat amal ibadatnya.

Kesimpulannya, yang lebih mursyid adalah ulamak yang mengikut Quran dan Sunnah keseluruhan, bukan hanya ikut puasa, solat, zakat dgn hadith nabi, tapi bab taat kepada pemerintah hendak mengikut kaedah revolusi gaya khawarij.



Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Anonymous said...

Persia kata, perbezaan pendapat antara ulamak. Bro, takde ulamak yg akan go against pendapat Nabi. Aku sampai la x jumpa hadith yg benarkan jatuhkan pemerintah. Kalau ada satu, minta tolong tulis. Aku nk support pas tp, dh xde nas yg benarkan. Antara cakap nabi dgn pendapat ulamak, x kira la besar mana pun , of course pendapat nabi yg teratas. Sorry bro, ko tulis bebanyak pun x guna. Jenuh aku baca dari last week utk habis dan hadam semua hujah. Aku kata anon yg betul. Dan jgn ko nk fitnah plak kata aku anon yg berdebat sebelum2 ni dgn ko. Takut sikit dgn Allah. Malu le sikit dgn Nabi.

Prince of Persia said...

Tuan,

Kalau tuan dah baca dari awal, dan tuan dah baca semua link yang diberikan... tuan takdenya nak keluar statement tak boleh menjatuhkan pemerintah. Kalau tuan keluar statement macam ni , it means tuan pun sama dengan tuan yang sorang lagi tu. Tuan baca apa yang tuan nak baca je.. yang konflik dengan pandangan tuan, tuan taknak baca.

Itu sebab saya katakan... kalau dah yakin memang pendapat tuan betul dan betul2 mengikut Nabi S.A.W, pegila bawak ke pihak yang bertanggungjawab. Bergaduh kat sini nak buat apa. Seperti yang saya katakan dalam post sebelum ini, tuan rasa mufti-mufti dan ulama2 kat M'sia ni tak maklum ke pasal hujah tuan ni? Ke tuan nak cakap tuan dah lagi hebat dari ulama dan mufti kat Malaysia? Tuan rasa semua mufti dan ulama kat Malaysia ni dari dulu memang bodoh2 ke sampai tak nampak apa hujah yang tuan huraikan? Saya merayu pada tuan.. dan kroni2 tuan.. puak2 UMNO, kalau betul pendapat tuan ni tak boleh disangkal dan ia betul2 ikut nabi... tolonglah pegi ke pihak yang berkenaan dan jatuhkan hukum. Supaya kurang sikit orang Melayu masuk neraka. Nak tgk gak... sebab saya pun risau takut saya pun terlibat.

Sekali lagi saya nyatakan... KALAU DAH TAHU YANG KITA NI BUKAN AHLI UNTUK BERDEBAT TENTANG AL-QURAN DAN SUNNAH.... JANGAN LA BERLAGAK MACAM KITA NI AHLI. Ke tuan rasa tuan ni memang dah jadi ahli? Tapi pelik la sebab kalau tuan ni ahli tuan tak berbahas kat sini dan cara perbahasan orang yang ahli pun bukan macam ni.

Saya ada link untuk huraian tentang menjatuhkan pemimpin ni... dan dalam post blog ni pun dah ada.. (tapi saya tak rasa tuan baca..) tapi kalau saya paste sekali lagi pun tuan mmg takkan baca. Buang masa la...

Prince of Persia said...

Memang best kalau kita ni keje copy and paste dari blog orang.

Hujah copy and paste tu pun sama gak.. suka bercerita perkara dari perspektif dia sendiri dan tak tengok dari perspektif orang lain.

Saya ada jumpa banyak blog2 yang berhujah untuk melawan perkara ni,... tapi saya ni bukan nak keje copy and paste blog orang.

Sembahyang, puasa, zina... mana ada berbeza pendapat yang boleh sampai bawak bergaduh. Itu sebab tak payah majlis fatwa.

Nampak apabila Nik Aziz cakap "Pergi jahanam dengan UMNO". Tak nampak pulak yang PAS dah berapa kali jumpa untuk bersepakat dengan UMNO. Lepas pilihanraya dulu pun ada nak bergabung. Nik Aziz cakap boleh nak gabung, tapi UMNO & PAS bubar.. kita buat parti baru. Kalau UMNO tu betul2 mementingkan ISLAM dan MELAYU, dia ada peduli ke kalau parti tu tukar nama. Kalau jadi tu semua orang islam bawah satu parti dan dgn PKR tu pun akan melingkup.

Tolonglah tuan.... tuan kena bawak perkara ni ke pihak atasan. Ni perbezaan pendapat yang membawa kepada huru hara. Dia bukan berbeza pendapat pasal sembahyang, puasa, makan, berak dsb. memang takyah bawak ke majlis fatwa. Ni perbezaaan pendapat di tahap serious. Kalau dah ok nanti... saya la orang first mintak borang masuk UMNO.

Saya jamin... ada berlambak lagi ulama yang boleh membahaskan perkara ni.. dan akhirnya 2-2 ada hujah masing. kalau dapat jatuhkan hukum PAS tu haram saya lagi suka. tolonglah.. saya merayu.

Anonymous said...

Heran, bab puasa, zakat, sembahyang,istinjak etc, boleh ikut hadith Nabi, tapi bab pemerintahan tak nak ikut plak hadith nabi dan nk ambik pendapat ulamak. Ini hipokrit namanya. Dah tahu diri bukan ahli, kenapa dok berbalas post kt sini. Ini utk org2 yg ahli. Kalau rasa diri x layak sila berundur. Kami x mintak utk bahas hadith. Persia kata byk hadith yg izinkan jatuh pemimpin. Kami cuma mintak tulis satu saja. Itu pun x mampu? Npk sgt xde nas. Dah kalah, rayu2 kami bwk pi majlis fatwa, jumpa tok mufti. Ingat, tok mufti x tau ka pasai hukum hudud? Tu, kelantan dgn kedah ada mufti sendiri. Awat x bwk usul pd majlis fatwa kt umno salah? Mmg, perpecahan sgt jelas yg berpunca dr pas ingkar suruhan nabi dan tentang pemerintah kononnya atas nama Islam sedangkan ia dilarang keras nabi SAW. Yg lain2, sudah dijawab dgn detail dlm jawapan Dr Rahman. Kalu dah x ahli, panggil org2 yg ahli mai bagi penjelasan kt sini. PErsia dh isytihar dia x layak.

Prince of Persia said...

Tuan,

Dari awal memang saya katakan yang saya ni bukan ahli dan tak layak untuk berbahas tentang Al-Quran, Sunnah dan Hadith. Dan tuan pun tak layak untuk mengatakan yang saya tak layak. Sebab tuan pun tak tau sama ada tuan layak atau tak. Saya dah jumpa banyak hadith dan ayat Al-Quran yang membolehkan (kalau ikut post ni dari awal pun memang dah ada orang copy link tentang perkara ni.. Cuma tuan je yang ignorant taknak baca kerana taknak menerima kenyataan dan menerima perbezaan pendapat.) Tapi saya ni bukan mcm tuan yang suka2 copy paste dari blog orang… silap2 orang yang copy tu pun tak faham apa yang orang tu tulis. Bab zakat, sembahyang, taharah semuanya ikut quran dan hadith tuan.. walaupun semua ikut tapi masih terdapat perbezaan pendapat. Itu sebab wujud 4 mazhab.. adakah kita nak cakap 4-4 ni tak ikut quran dan hadith? Sapa kita nak tentukan mana satu yang betul.. mana satu salah.. ? Sama la juga dengan kes pemerintahan… dalam post sebelum ni ada orang tulis tentang hukum menjatuhkan pemerintah… ada yang cakap boleh ada yang cakap x boleh. 2-2 guna ayat Al-Quran, 2-2 guna hadith, 2-2 guna sejarah semasa tamadun islam. Sapa kita nak menghukum mana satu yang betul mana satu yang salah?

Saya mintak bawak majlis fatwa sebab Kerajaan BN yang memegang tampuk pemerintahan sekarang. Kan ke kita nak jatuhkan hukum haram/kafir/neraka pada orang yang mengundi kepada pembangkang jika kerusi tersebut dipegang oleh orang islam. Senang la BN lepas ni memang takkan ada kerusi yang terlepas. PR pun akan tetap memegang Kelantan, Kedah, Selangor dan Penang. Kan senang abis cerita…PAS sebuah parti yang boleh menerima perbezaan pendapat. Mungkin ada segelintir yang tak boleh menerima… tapi generally semua orang dalam PAS boleh menerima. Itu sebab PAS takde sibuk2 nak buat fatwa.

Tuan, kita jangan melihat perkara dari satu perspektif je. Kalau ikut fahaman tuan ni.. memang semua orang tuan hukumkan kafir dan masuk neraka. Cuma geng2 tuan je yang masuk syurga.

Anonymous said...

Point sy mudah. Siapa ikut nabi masuk syurga, siapa lawan cakap Nabi kesesatan la kesudahannya. Persia tak payah tulis panjang2, isi kosong. Saya dah kata, saya dah baca sejak last week. Semua nas yg ada mengatakan haram menjatuhkan pemerintah melainkan mereka kuffur bawwah. Dan jawapan bg kuffur bawwah pun sudah di jawab dgn detail oleh dr rahman dlm nota beliau. Ini pendapat Nabi! Ada nas jelas kata siapa berpisah sejengkal dari pemerintah kaum muslimin mati jahiliyah. Siapa yg berani nk lawan Nabi? So, persia kata ada nas tapi saya x jumpa. Saya minta letakkan nas quran dan hadith yg persia kata dia jumpa. Takkan x boleh? Letakkan, bukan suruh bahas. Mcm sy kata, sy cuma nk jumpa satu je, SATU je hadith sahih yg kata, boleh jatuhkan pemerintah. Beri satu dan kita bincang. Tapi, dah persia sendiri kata dia x layak (sy iktiraf lah, sebab empunya badan mesti tau dia mampu atau tak), so berundurlah atau terusksn kerja melawan nabi mcm ni. Yg kami tulis adalah hadith sahih. Kalau x setuju lebih baik diam. Bukan kata ada pendapat lain. Selagi xde nas, selagi itulah persia sedang memperjuangkan kebatilan. Dlm pas cuma yg boleh diterima adalah perjuangan pas. Nik aziz kata sokong umno sesat mcm ayah pin dlm election manek urai. Apa nas kami sesat? Dah jumpa sekarang kan nas kami bersama pemerintah? Takat persia sj iktiraf ada perbezaan pendapat yg boleh diterima x guna, sebab persia bukan siapa2 dlm pas dan mcm persia kt x layak berhujah nas di sini. Nik aziz dan pemimpin2 pas berterusan menghukum perjuangan umno sesat. Base on what brother? Bagi la nas.

Anonymous said...

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Ayat 59, surah An Nisa'.
So sekarang berbeza pendapat kan, Allah suruh go back kpd Quran dan Sunnah kalu berselisih esp dlm bab ketaatan pd ulil amri ni. Ini yg kami buat, balik pd Quran dan Sunnah. So, aku suggest persia dan sekutunya go back to Quran dan Sunnah. Nabi ckp jgn lwan dan wajib taat melainkan disuruh laku maksiat. Ini sunnah. Takkan nk follow pendapat manusia yg ikut logik akal? Sorry, utk kami, pendapat Rasulullah yg paling atas, paling mulia dan jalan yg terbaik dan paling dicintai Allah. Kalu ada hadith yg lawan sila berikan. Mcm sy kata, sy nk support pas kalu ada nas, malangnya xde. Jgn pula kata sy cuma ambil dan iktiraf yg saya mahu saja. Yg lebih bersifat demikian adalah persia sendiri. Kami support Allah dan Rasul saja. nabi jamin tidak akan sesat selamanya selagi berpegang kpd kedua ini.

Anonymous said...

silap2 orang yang copy tu pun tak faham apa yang orang tu tulis.

Org yg copy paste tu Imam Muslim,dan juga Imam Nawawi, POP nak cakap mereka tak paham apa mereka buat?

Kan senang abis cerita…PAS sebuah parti yang boleh menerima perbezaan pendapat

U siapa nak cakap PAS boleh terima pendapat? U ni level apa? pernah bai'ah ke tak dengan PAS?

Itu sebab PAS takde sibuk2 nak buat fatwa.

Ye ke.. yg nik aziz suruh org jilat kaki Anwar psl video tu apa? Yg Amant Haji Hadi tu apa?

Tuan, kita jangan melihat perkara dari satu perspektif je. Kalau ikut fahaman tuan ni.. memang semua orang tuan hukumkan kafir dan masuk neraka. Cuma geng2 tuan je yang masuk syurga.

POP ni tulis sebijik mcm pelacur dan GRO, depa pun rasa depa ada can masuk syurga dan tak masuk neraka.

Prince of Persia said...

Tuan,

Seperti yang saya katakan.. memang saya bukan ahli untuk berbahas tentang nas, hadis, Al-Quran dsb. Dari tulisan tuan, saya rasa semua orang yang membaca boleh menilai yang tuan ni lagi la bukan ahlinya. Kalau tuan ni ahli tuan takkan berbahas sedemikian rupa. Kalau tuan ahli juga, tuan takde senang nak melabel orang. Kalau tuan ahli, tuan takkan mengambil nas dan pendapat ulama yang tuan suka nak dengar dan baca je. Kalau tuan ni adalah ahlinya, tuan takkan berbahas di dalam blog ni tuan.

Tuan tak jumpa nas dan ijtihad ulama tentang menjatuhkan pemimpin sebab tuan taknak membaca dan membuat penyelidikan. Tuan hanya baca mana2 yang pro dengan pendapat tuan. Ada banyak lagi pendapat yang mengatakan boleh melawan pemimpin. Oleh kerana tuan mendesak.. dan tuan pun malas nak baca post yang sebelum ni.. saya pastekan semula link blog yang telah dipost sebelum ini.

http://wwwaizatlegendz.blogspot.com/2011/01/hukum-menjatuhkan-dan-menukar.html

Saya harap tuan baca.. dan barulah tuan faham apa yang saya maksudkan dengan perbezaan pendapat.

Tuan, yang copy paste saya makusdkan adalah puak2 tuan la… yang suka copy paste dari blog orang. Saya tak suka buat keje copy paste ni.. tapi sebab tuan mendesak dan tuan malas nak belajar.. hanya taksub dgn pendapat tuan dan sentiasa merasakan orang lain salah, terpaksa la saya buat keje yang macam tuan buat ni.

Kalau PAS tak boleh terima perbezaan pendapat, dah lama PAS ni keje nak hukum orang khawarij/kafir/munafik… macam geng2 tuan la.

Tuan, satu perkara yang kita kena ingat kalau nak jadi ahli.. tuan tak boleh melihat dari satu perspektif. Hujah Kadir Rahman (entah ulama mana saya pun tak tau… puas saya google nama dia takde lak keluar) memang betul… tapi hujah beliau hanya mengambil dari satu perpektif. Banyak lagi ulama2 lain yang telah diketepikan pendapatnya kerana terlalu taksub dengan geng2 ulama ni.

Untuk menjadi ahli juga tuan, kita tak boleh nak berlagak.. merasakan pendapat kita sorang je betul… orang lain yang tak sama pendapat dengan kita memang hukum dia melawan nabi… melawan Allah.. melawan Sunnah..

Saya mengaku saya memang bukan ahli… takpela. Daripada orang yang merasakan dia adalah ahli tapi dari cara berbahas semua dah tau yang dia ni perasan ahli… tapi dia dah tersasar jauh.

P/S : Pelacur yang beri anjing minum tu masuk syurga tuan... tau tak cerita dia? ke ada ulama yang mengatakan cerita tu bohong?

Anonymous said...

So dah tahu diri bukan ahli, toksah lah nk berhujah di sini. Persia yg x baca apa yg kami berikan. Malahan empunya artikel 'kenapa kami tinggalkan Pas' artikel tunjAng kpd perbahasan ini dr rahman kadir pun si persia confuse dgn ulamak. Npk sgt tak baca artikel dan saja seronok2 masuk berhujah tanpa ilmu( persia sendiri mengaku) dan tanpa persediaan. Hanya berdasarkan semangat. Bro, kami mintak tulis hadith nabi yg benarkan lawan pemerintah bukan bg link blog. Tulis hadith. Selagi xde jgn lah nk mengaku cintakan nabi. Apa yg nabi ajar nk pertikai? Kami lebih selesa dan selamat bersama dgn ulamak2 yg bersependapat dgn Nabi dari bersama dgn orang2 yg bercanggah atau bertapi2 menerima pendapat nabi. Mmg, siapa2 pun boleh masuk syurga dgn rahmat dan kasih ilahi walau sekeji seorg pelacur. Tp, kami lebih mahu dibangkitkan dgn para ulamak salafusoleh spt Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dll serta merebut peluang mendapat syafaat Rasulullah. Mereka ini semua tidak pernah menghalalkan menjatuhkan pemerintah walaupun berdepan dgn penguasa yg jauh lebih zalim dari umno dan bn.
Tolong sikit ek, yg kuat melabel org lain sesat adalah mursyidul am pas. Yg terkini, election di johor masa berkempen utk cikgu mala Sejarah pas juga jelas tercatat perbuatan mengkafirkan umno. So ckp kena serupa bikin bro.
Sy ckp terus terang, kalau PM skrg adalah Anwar, maka hujah dan nas yg kami sebut terpakai utk dia (walaupun aku geli nk terima dia jd PM, mintak Allah jauhkan). Ini lah jalan sunnah. Jalan bidaah, tu kena rujuk pd persia.

Anonymous said...

Excuse me, siapa pembaca yg npk kami x layak, persia? Yg rasa mcm tu hg saja. Sebab dlm hg mengaku hg boleh terima perbezaan pendapat, hg hipokrit dgn mahu terima org yg kata hg betul sj. Hadith sahih pun boleh pertikai ka?
Bro, dr rahman kadir tu boleh dihubungi di facebook. Aku pun add dia lepas baca entri kat blog ni. Dari hg puas google nama dia, hg add dia dlm facebook. Tp introduce diri hg la, kalu x dia x terima. Ramai sgt request friend kt dia. Lagi best kalu hg berdiskusi dgn dia mcm si shariff ahmad tu. Hehe, lari lintang pukang mmt tu bro.

Anonymous said...

Link blog pop sudah dibaca. Kesimpulannya, tidak ada nas hadith yg benarkan lawan pemerintah.
Prinsip salaf adalah tawaqquf yakni tidak mencari2 kesalahan sahabat, tidak mengikuti kesalahan mereka serta tidak mrmburukkan para sahabat. Kisah zaman fitan ini bermacam 2 riwayat dan versi serta penuh kesamaran. Kami menyeru berpeganglah kpd yg sahih dan tinggalkan yg samar.

Anonymous said...

maaf saya nak bertanya ustaz2 profesional kat sini...saya kurang pasti, apakah hukum sayyidina husin r.a ingin mengambil baiah menjadi amirul mukminin @ melawan yazid? adakah penghulu pemuda syurga ini juga khawarij? bagaimana pula muawiyah melawan sayyidina ali kwh?

pada pendapat tuan, adakah nabi setuju dengan perbuatan menjatuhkan hosni mubarak yg menutup sempadan rafah, bersekongkol terang2 terangan dgn yahudi yg dilaknat tuhan? atau nabi tidak setuju dan hanya membiarkan sahaja israel yg dilaknat tuhan menghenyak2 umat islam palestin dengan bantuan regim hosni menutup sempadan?

hadis nabi memang banyak di blog ni..cuma saya tak nampak akhlak nabi tu kat sini...biarlah berbuih mulut tu claim awak ni fanatik hadis dan cintakan nabi, tapi kalau jiwa tak dapat zauq dengan hadis atau firman allah swt tu, dia akan jadi alat kat kerongkong awak je la..penyedap telinga dan buat berdebat membawa rasa takjub akan diri sendiri.

Anonymous said...

kata Syeikh yusol al qardhawi:

Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd)

http://bankwahabi.wordpress.com/2009/12/21/tokoh-tajdid-dihukum-sesat-oleh-wahhabi/

Anonymous said...

Tolonglah berhenti guna alasan 4 mazhab. Jgn nk fitnah para imam salafusoleh. Jgn nk guna kisah2 saidina muawiyah dgn saidina ali, kisah saidina hussin utk halalkan perjuangan sesat pas. Mereka sahabat agung dan prinsip salaf adalah TAWAQQUF.

Imam Abu Hanifah r.h: Beliau telah dipenjarakan oleh Khalifah al-Mansur al-Abbasi hanya kerana tidak mahu menerima jawatan Qadi (Hakim). Abu Hanifah r.h tidak pernah sama sekali membenarkan kaum muslimin menentang atau memberontak terhadap al-Mansur sehingga beliau wafat dalam penjara.
Imam Malik bin Anas r.h: Di zaman beliau terdapat pemberontakan terhadap al-Mansur (yakni Khalifah al-Mansur yang menghukum Abu Hanifah tadi) kemudian pemberontak ini berjaya menawan Madinah dan dipaksa untuk membaiat pemimpin mereka. Imam Malik enggan menderhaka pada Khalifah dan sanggup diseksa walaupun diketahui al-Masnur seorang yang zalim.
Imam al-Syafii r.h: Beliau telah ditangkap dan ditahan tanpa usul periksa dan dituduh sebagai pemberontak oleh Khalifah Harun al-Rasyid r.h, namun Imam Syafii setelah dibebaskan tidak pernah berdendam dengan khalifah bahkan sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau.
Imam Ahmad bin Hanbal r.h: Khalifah al-Makmun dan al-Muktasim telah menyiksa beliau kerana keengganan menurut perintah maksiat mereka mengatakan al-Qur’an makhluk. Namun, Imam Ahmad melarang para pengikutnya yakni ASWJ memberontak.

Anonymous said...

Apabila Mu’wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Mu’awiyyah r.h telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam. Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru. Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid. Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka beliau mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut. Mari kita lihat beberapa ungkapan kata-kata mereka terhadap Saidina Hussain.

Anonymous said...

Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka.” – Dinukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, diterjemahkan oleh Dr Basri Ibrahim, terbitan Jahabersa, cetakan 2005 Kuala Lumpur, ms. 208.
‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:
“Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi kandungan surat ini. Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana bimbang kalau-kalau anda akan binasa dan keluarga anda pula akan terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah cahaya bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke Iraq. – Di nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms. 209.
‘Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk menghalang Saidina Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah, malah beliau juga telah meminta ‘Amru bin Sa’id, Gabenor Khalifah Yazid di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar membatalkan hasratnya tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk berangkat ke Kufah. Mungkin timbul persoalan di benak hati para pembaca tentang kenapa para sahabat serta ahli keluarganya membantah niat beliau untuk ke Kufah. Maka di sini penulis senaraikan beberapa sebab berkaitan dengan bantahan tersebut:
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
2) Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.

Anonymous said...

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai tanda persetujuan], maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir[penentang].
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.
Ada pula yang beranggap bahawa Khalifah Yazid tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik serta beberapa tuduhan tentang sifat-sifat buruk juga telah dilemparkan terhadapnya. Jika tuduhan ini benar sekalipun Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan umatnya untuk tetap taat kepada pemerintah yang pada zahirnya masih Islam walaupun dia seorang yang zalim. Sabda Rasulullah s.a.w:
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka, mereka pula mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu membenci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu.
Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?”
Jawab Baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada ALLAH, dia hendaklah membenci maksiat tersebut namun jangan mencabut tangan dari ketaatan.” – Hadis riwayat Imam Muslim no. 1855.
Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut
3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan pertumpahan darah sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.
4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli keluarganya yang berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau diserang oleh tentera Khalifah Yazid.
Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah. Kenapa agaknya Saidina Hussain tetap berkeras untuk ke Kufah? Jawapan Saidina Hussain adalah seperti berikut:

Anonymous said...

Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270.
Sebenarnya sikap Saidina Hussain ini memiliki persamaan dengan ‘Uthman bin Affan. Ketika rumah ‘Uthman dikepung oleh para pemberontak, para sahabat serta umat Islam telah menawarkan bantuan untuk menghancurkan kepungan tersebut. Namun ‘Uthman menolak pelawaan tersebut demi untuk mengelak pertumpahan darah sesama umat Islam. Namun demikian motivasi sebenar ‘Uthman adalah hadis Rasulullah s.a.w yang mengkhabarkan bahawa beliau akan mati syahid.
Dari Qatadah, bahawa Anas r.a menceritakan kepada mereka, dia berkata: Nabi s.a.w. mendaki gunung Uhud bersama Abu Bakar, ‘Umar, serta ‘Uthman. Tiba-tiba Uhud bergoncang. Baginda bersabda: Tenanglah wahai Uhud – aku kira baginda memukulnya dengan kakinya – tak ada di atas mu kecuali seorang Nabi, Shiddiq dan dua syahid. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 3697.
Ternyata al-Shiddiq itu gelaran bagi Abu Bakar r.a manakala ‘Umar telah syahid ketika menjadi khalifah, maka ‘Uthman berpendapat bahawa seorang lagi yang bakal syahid menurut sabda Rasulullah s.a.w. tersebut adalah beliau sendiri. Itulah sebabnya ketika pemberontak menyerbu rumah ‘Uthman, beliau tetap menghalang para sahabat yang ada di situ untuk membantunya lalu berkata:
Saya bersabar menghadapi janji yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada saya. Saya akan berhadapan dengan kematian saya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.. – rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk karya Imam al-Tabari, ms. 391-392. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 265.
Malah al-Tabari juga melaporkan bahawa ‘Uthman tidak menghalang pemberontak untuk membunuhnya kerana:
Uthman telah bermimpi pada malam kejadian, Nabi s.a.w. datang menemuinya dan berkata kepadanya: Saya harap anda dapat berbuka bersama dengan kami pada malam ini. – Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4. ms. 383. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 265.

Anonymous said...

Malah al-Tabari juga melaporkan bahawa ‘Uthman tidak menghalang pemberontak untuk membunuhnya kerana:
Uthman telah bermimpi pada malam kejadian, Nabi s.a.w. datang menemuinya dan berkata kepadanya: Saya harap anda dapat berbuka bersama dengan kami pada malam ini. – Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4. ms. 383. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 265.
Tentang syahidnya ‘Uthman dan Saidina Hussain maka Prof. Dr Ali Sya’wat berkata:
Tidakkah pembaca bersama dengan penulis yang pendirian yang diambil oleh al-Hussain adalah sama dengan pendirian yang diambil oleh ‘Uthman bin ‘Affan? Keduanya melihat kematian sebagai sesuatu yang sudah pasti berada dihadapannya. Keduanya juga telah dinasihati oleh keseluruhan orang-orang yang ikhlas yang berada disamping mereka. – Rujuk buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 271.
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah. Tindakan Yazid bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka yang arif dalam bidang politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya terdapat ura-ura bahawa pemberontakan bakal terjadi dan ianya bukan sahaja boleh menggugat tampuk pemerintahannya malah akan menggugat kestabilan politik umat Islam pada masa itu. Harus kita semua fahami bahawa arahan dari Yazid hanyalah untuk memantau atau memerhatikan sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah tersebut dan tindakan hanya perlu diambil sekiranya mereka terlebih dahulu memulakan serangan. Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad:
Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku. – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yusoff.

Anonymous said...

Di dalam riwayat yang lain Yazid telah berkata:
Adapun Hussain bin ‘Ali maka penduduk Iraq sekali-kali tidak akan melepaskannya sehinggalah mereka mengeluarkannya untuk memberontak. Maka sekiranya dia keluar memberontak terhadapmu dan engkau dapat menangkapnya maka maafkanlah dia kerana beliau mempunyai pertalian rahim yang sangat hampir dengan kita dan juga mempunyai hak yang sangat besar. – Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 238. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.
Oleh itu siapa sebenarnya yang membunuh Saidina Hussain? Maka terdapat dua riwayat tentang peristiwa di Karbala ini.
VERSI PERTAMA: Ubaidillah bin Ziyad telah bertindak berlebihan dari arahan sebenar Yazid lalu menyerang Saidina Hussain dan rombongannya di Karbala. Tindakan Ubaidillah bin Ziyad hanyalah bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya serta mengampu khalifah. Apa yang menghairankan adalah tindakan penduduk Kufah yang kononnya sanggup untuk berkorban jiwa dan raga untuk mengangkat Saidina Hussain sebagai Khalifah serta menjatuhkan Yazid telah melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidillah bin Ziyad. Maka terpaksalah Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar 70 orang berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari mereka. Mana pergi penduduk Kufah yang dikatakan terdapat sejumlah 12,000 orang yang telah bersiap sedia untuk menerima Saidina Hussain? Sekiranya 12,000 penduduk Kufah yang jumlah tersebut sebenarnya adalah jauh lebih besar dari tentera Ubaidillah mempertahankan Saidina Hussain kemungkinan besar tentera Ubaidillah akan dapat ditewaskan. Namun demikian ini hanya membuktikan bahawa penduduk Kufah memang pada asalnya tidak memiliki niat untuk menaikkan Saidina Hussain sebagai Khalifah. Perkara ini sebenarnya adalah sebahagian dari agenda kelompok Syiah untuk menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam iaitu dengan melaga-lagakan Saidina Hussain dengan Yazid.

Anonymous said...

VERSI KEDUA: Ubaidillah bin Hussain sebenarnya mematuhi arahan Yazid dan tidak melancarkan serangan tersebut. Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid. Ini jelas menunjukkan bahawa Saidina Hussain telah meninggalkan niat asalnya untuk memberontak terhadap Yazid dan telah pun menunjukkan kesediannya untuk membai’ah Yazid. Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Sekiranya Hussain berada di pihak Yazid maka sudah pasti mereka akan dihancurkan oleh tentera Islam. Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala. Menurut Mulla Baqir Majlisi:
Sejarah memaparkan bahawa dialah (iaitu Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.

Anonymous said...

Apa pun jua berkaitan dengan kedua-dua riwayat di atas, ternyata Yazid bebas dari tuduhan membunuh Saidina Hussain. Maka syahidlah Saidina Hussain di Karbala. Setelah peristiwa itu Yazid telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Saidina Hussain yang terselamat dari serangan tersebut sehinggalah mereka kembali ke Madinah. Justeru itu dapat kita fahami bahawa kisah Karbala versi Syiah yang menyatakan Yazid adalah pembunuh sebenar Saidina Hussain malah kononnya Yazid telah menyuruh kepala Saidina Hussain dipenggal untuk diserahkan kepadanya adalah tidak benar sama sekali. Apa yang harus kita fahami bahawa riwayat-riwayat yang menyatakan Yazid sebagai pembunuh Saidina Hussain 90% daripadanya adalah daripada Abu Mikhnaf, al-Saaib al-Kalbi dan anaknya Hisyam yang merupakan penganut fahaman Syi’ah Rafidhah yang ekstrim dan telah dituduh sebagi pendusta oleh ulamak-ulamak Rijal (ilmu mengkaji biografi para perawi).
Begitu jelas bahawa pihak yang sebenarnya bertanggungjawab di atas kematian Saidina Hussain adalah golongan Syiah di Kufah. Malah ‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a seorang sahabat Nabi yang besar kedudukannya bahkan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda tentang beliau: Sesungguhnya ‘Abdullah [Ibnu ‘Umar] adalah seorang lelaki yang soleh [rujuk hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 3740] telah mempertanggungjawabkan penduduk Kufah atas kematian Saidina Hussain. Dari Abdul Rahman bin Abi Na’m dia berkata:

Anonymous said...

Aku melihat (Abdullah) Ibn ‘Umar ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum darah lalat. Ibn ‘Umar bertanya: Kamu berasal dari mana? Lelaki itu menjawab: Aku daripada orang-orang Iraq.
Lalu Ibn ‘Umar berkata: Lihatlah orang ini, dia bertanya kepada aku berkenaan darah lalat padahal mereka (orang-orang Iraq) membunuh cucu Nabi s.a.w.. Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Mereka berdua (Hasan dan Husain) adalah penyejuk hatiku di dunia. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 5994.
Malah Saidina Hussain sendiri telah menyalahkan penduduk Kufah di atas peperangan berat sebelah yang terpaksa beliau hadapi di Karbala. Telah diriwayatkan bahawa ucapan beliau yang terakhir sebelum terbunuh di Karbala adalah:
Ya Allah, berilah putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang mengajak kami untuk menolong kami, namun ternyata mereka membunuh kami. – Rujuk buku Pengkhianatan Pengkhiantan Syiah Dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam karya Dr. Imad Ali Abdus Sami’, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2006, ms. 35-36.
Bahkan ulamak Syi’ah Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Hussain sebelum syahid di Karbala:
Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami. – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.
Seterusnya Mulla BaaqirMajlisi juga merakamkan doa Saidina Hussain terhadap golongan Syi’ah:
Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat… Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuh mu dan muka mu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untuk mu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya. – – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 409. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.

Anonymous said...

Ulamak-ulamak Ahlul Sunnah termasuk Imam-Imam besar seperti Ibn Kathir, Ibn Atheer, Ibnu Taimiyyah, Tabari, adh-Dhahabi, Ibn Hajar semuanya bersepakat bahawa mereka tidak melaknat Yazid serta tidak pula mencintainya..kerana kisah Yazid dan Saidina Hussin ni pelbagai dan penuh kesamaran..
Ibnu Taimiyyah berkata..
Pendapat yang benar adalah apa yang dikatakan oleh para imam (Ahlus Sunnah), bahwa mereka tidak mengkhususkan kecintaan kepadanya dan tidak pula melaknatnya. Di samping itu kalaupun dia sebagai orang yang fasiq atau dhalim, Allah masih mungkin mengampuni orang fasiq dan dhalim. Lebih-lebih lagi kalau dia memiliki kebaikan-kebaikan yang besar.
Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahihnya dari Ummu Harran binti Malhan radhiyallahu ‘anha bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Tentara pertama yang memerangi Konstantinopel akan diampuni. (HR.
Bukhari)
sedangkan tentara pertama yang memerangi konstantinopel adalah di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyyah dan pada waktu itu Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu bersamanya.

Anonymous said...

Saya melihat ada kekeliruan dan kecenderungan memfitnah para sahabat seperti Saidina Ali dan Saidina Muawiyah, Saidina Hassan di sini.
Demi menghalalkan perjuangan khawarij PAS, ada pihak2 yg jahil cuba memutar belitkan fakta sejarah serta memfitnah sahabat2 agung RA. Saya memberikan amaran, JANGAN MENGHERET PARA SAHABAT KE DALAM LUBANG KHAWARIJ YANG HINA. Hang nak mati jahiliyah lawan ulil amri, itu hang punya pasal tapi jgn nak memandai2 fitnah para sahabat.
kena faham apa sebab perang2 ni berlaku.
Pemeberontakan pertama org Islam terhadap pemerintah berlaku semasa zaman khalifah uthman ra. penyebabnya adalah munafik2 pada zaman itu yg mencambah pemikiran khawarij.kalau kita baca kit…ab2 tarikh islam, dah jelas perkara ni.
pertama dalam sejarah Islam terjadi dalam peristiwa pembunuhan saidina Uthman bin Affan. Pemikiran khawarij juga mempunyai hubungan yg cukup erat dgn demonstrasi, ucapan2 dan kempen2 umum yg mencerca pemerintah serta menghalalkan melawan pemerintah hingga membelakangkan suruhan Rasulullah. Dek disebabkan tidak mengikut ajaran Nabi inilah berlaku peperangan2 termasuk perang Jamal yg mengorbankan ramai umat Islam serta perseteruan antara umat Islam hingga ke hari ini.
Abdullah bi Saba’ adalah merupakan seorang Yahudi yg berpura2 masuk Islam(munafiq) yg telah menanamkan api2 kebencian kepada pemerintahan saidina Uthman di kalangan kaum muslimin.
Abdullah bin Saba ni adalah orang Yahudi yg pura2 masuk Islam.Allah sebut dalam Quran perangai org Yahudi ni macam ni..
“Niscaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.” (Al-Maidah: 82)
Yahudi adalah musuh kita sejak awal perkembangan Islam dan mereka memusuhi kita sejak zaman Nabi dgn mengkhianati janji pada Rasulullah SAW, merendahkan kaum Muslimin,mencerca ajaran Islam dan sebagainya.
Rasulullah SAW telah menyingkir mereka dari Madinah dan ini diikuti pula oleh sahabat Rasulullah yg menjadi khalifah seperti Abu Bakar dan Umar.Yahudi terus berdendam terhadap umat Islam.

Anonymous said...

Pada zaman Saidina Uthman, masyarakat Islam semakin ramai..mualaf dan orang awam yg cetek imannya diambil kesempatan oleh Yahudi untuk menyebarkan fitnah.Mereka yakni Yahudi ini berpenampilan seperti Muslim dan antaranya adalah Abdullah bin Saba dari San’a yg juga dikenali sebagai Ibnu Sauda.Orang ini menyebarkan benih2 fitnah dikalangan kaum Muslimin agar mereka geli dan benci kepada pemerintahan Saidina Uthman.Saidina Uthman digambarkan sebagai pemimpin yang korup, kronisme dan lemah. Saidina Ali pula dinaik-naik kan sebagai pemimpin yg lebih baik demi menghancurkan perpaduan kaum Muslimin. Abdulah bin Saba memberikan pelbagai qiyas yang batil untuk tujuan ini..misalannya, “Sesungguhnya telah ada seribu nabi dan setiap nabi mempunyai wali. Sedangkan Ali adalah walinya Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
Apabila pemikiran kaum Muslimin telah diracuni sebegini, Abdullah bin Saba mula menghasut rakyat secara umum dgn menyuruh mereka memberontak melawan saidina Uthman.
Maka dia melontarkan pernyataan pada masyarakat yang bunyinya: “Siapa yang lebih zalim daripada orang yang tidak dapat menurut wasiat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (kewalian rasul), kemudian dia melampaui wali Rasulullah (iaitu Ali) dan merampas urusan umat (pemerintahan)!” Setelah itu dia berkata: “Sesungguhnya Uthman mengambil kewalian (pemerintahan) yang bukan haknya, sedang wali Rasulullah ini (Ali) ada (di kalangan kalian). Maka bangkitlah kalian dan bergeraklah. tampakkan amar ma’ruf nahi mungkar! (Tarikh Ar-Rasul juz 4 hal 340 karya Ath-Thabary melalui Mawaqif).
Amar ma’ruf nahi mungkar Abdullah bin Saba ini sama bentuknya dengan amar ma’ruf menurut Khawarij yakni keluar dari pemerintahan dan memberontak, memperingatkan kesalahan pemerintahan di atas mimbar-mimbar, forum-forum dan demonstrasi-demonstrasi yang semua ini mengakibatkan timbulnya fitnah!Masalah tidak semakin reda tetapi semakin buruk jadinya. Bunyi sama macam ceramah2 PAS bukan?
Fakta sejarah telah membuktikan hal ini. Amar ma’ruf nahi mungkar Abdullah Saba dan Khawarij ini mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Uthman bin ‘Affan, peperangan sesama kaum muslimin dan terbukanya pintu fitnah dari zaman Uthman sampai zaman kekhalifahan Saidina Ali bin Abi Thalib( Sumber: Tahqiq Mawaqif Ash-Shahabati fil Fitnati min Riwayat Al-Imam Ath-Thabari wal Muhadditsin juz 2 hal 342).

Anonymous said...

PERANG JAMAL
tentang peperangan yg mengorbankan ramai sahabat selepas dari itu….semua adalah disebabkan oleh akibat penderhakaan umat Islam pada zaman tersebut yg termakan umpan khawarij seperti PAS.
Mari kita baca kisah sebenar semoga kita semua dapat sedikit manafaat:
“Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu ‘anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai‘ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.
Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai‘ah daripadanya ……yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain untuk menutup (daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Usman radhiallahu ‘anh.” [al-Fishal fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal (diteliti oleh Ahmad Syams al-Din; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 3, ms. 83]
Jadi,kenapa plak berlakunya Perang Jamal?
Al-Imam Ibn Hazm melanjutkan, pasukan Ali turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan umat Islam dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Usman. [al-Fishal, jld. 3, ms. 83]
Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik yang mengakibatkan bermulanya Perang Jamal:
“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega …… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya.

Anonymous said...

Akan tetapi para pembunuh Usman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata: “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”
Mereka (pasukan Aisyah) mengira bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana hura hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan Aisyah) menyerang kita!”
Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang menyedari apa yang sebenarnya terjadi.” [al-Bidayah wa al-Nihayah (diteliti oleh Ahmad ‘Abd al-Wahhab; Dar al-Hadith, Kaherah, 1997), jld. 7, ms. 227]
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu perenggan:
“Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak).
Manakala Aisyah radhiallahu ‘anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).”
[Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317
Penjelasan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjadi jawapan kepada persoalan asas ini:
“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]
Jadi,jangan kita membuat fitnah kepada para sahabat demi menghalalkan perjuangan politik PAS yg khawarij.

Anonymous said...

tentang Muawiyah dan Ali..jangan cuba2 nak kata Saidina Muawiyah berontak terhadap Ali! Salah ni, wahai pemuja fahaman pembunuh saidina Uthman, pembunuh Saidina Ali….
kalau kita tak dalami ilmu Islam dan sejarah Islam, dan hanya dengar apa yg di momokkan pada kita dalam Harakah dan Kuliah Tok Guru Khawarij tanpa kaji betul atau tidak maklumatnya, mmg kita akan cakap mcm tu.
Sejarahnya begini:
Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali:
“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai‘ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman (atas dasar pertalian kekeluargaan dgn Uthman).” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]
Muawiyah memberontak kepada Ali?
Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai‘ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan. Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

Anonymous said...

Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai‘ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan. Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:
“……lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berita kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).”
[catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 166 & 168]
“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling mengkehendaki agar tidak berlaku perang.Yang benar adalah tidak berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]z
Jadi,jangan kita membuat fitnah kepada para sahabat. Tak takut neraka ka?
Kalau korang yg puja nik aziz dah bercita2 nak masuk neraka, duduk satu dorm dgn Abu Jahal, Abu Lu’ Lu’ serta para pembunuh Saidina Uthman dan Saidina Ali, korang pergi lah beramai2…
Kami mahu kekal mengikut jalan sunnah serta jalan para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie serta Imam Ahmad yg tetap mendokong sabdaan Rasulullah agar kekal taat kpd pemerintah dan tidak sesekali berusaha menjatuhkan pemerintah walau sezalim mana mereka sekalipun selagi mereka bersolat.

Anonymous said...

Ini prinsip salaf.
Pendirian para ulamak ahlus sunnah wal jamaah zaman berzaman adalah TAWAQQUF…yakni tidak mencari kesalahan2 sahabat Rasulullah serta tidak mengikuti kesalahan2 mereka.
Khawarij on the other hand akan mencari2 alasan utk menghalalkan perjuangan bathil mereka menentang pemerintah yg secara jelas dilarang keras oleh Rasulullah.
Pilih lah, nak ikut Nabi ke, nak ikut khawarij.

Anonymous said...

Cerita sahabat ni macam2 versi dan penuh kesamaran.
Sebab tu aku ajak ko berpegang pada yg SAHIH dan bukan yg samar.
Berpeganglah pada sabdaan Nabi SAW.
Prinsip kami adalah TAWAQQUF dan kami tidak mahu memburuk2kan sahabat atau melaga2kan mereka. Hanya orang yg jahil sahaja yg akan melaga2kan sahabat Rasulullah demi menghalalkan perjuangan songsang mereka.

Anonymous said...

"hadis nabi memang banyak di blog ni..cuma saya tak nampak akhlak nabi tu kat sini...biarlah berbuih mulut tu claim awak ni fanatik hadis dan cintakan nabi, tapi kalau jiwa tak dapat zauq dengan hadis atau firman allah swt tu, dia akan jadi alat kat kerongkong awak je la..penyedap telinga dan buat berdebat membawa rasa takjub akan diri sendiri."- kata2 quran cuma pada kerongkong dan rasa takjub pd hujah sendiri ini adalah sifat khawarij dan bukan pencinta sunnah spt kami. Hanya khawarij sj yg rasa pendapat mereka lebih tinggi dari pendapat Rasulullah malah mempertikaikan kebijaksanaan Rasulullah, mempersoalkan perbuatan sahabat2 agung termasuk tergamak mengkafirkan Saidina Ali. Malah disini juga kita dpt lihat usaha keji menggambarkan saidina hussin sebagai seorg khawarij demi menghalalkan perjuangan sesat mereka. Kami menyeru, hentikan fitnah terhadap para sahabat dan berpeganglah pd hadith yg sahih. Ini prinsip ahli sunnah.

Hadis riwayat Sahal bin Hunaif ra.:
Dari Yusair bin Amru, ia berkata: Saya berkata kepada Sahal: Apakah engkau pernah mendengar Nabi saw. menyebut-nyebut Khawarij? Sahal menjawab: Aku mendengarnya, ia menunjuk dengan tangannya ke arah Timur, mereka adalah kaum yang membaca Al-Quran dengan lisan mereka, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama secepat anak panah melesat dari busurnya. (Shahih Muslim No.1776)

Hadis riwayat Ali ra., ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal. Mereka berbicara dengan pembicaraan yang seolah-olah berasal dari manusia yang terbaik. Mereka membaca Alquran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama, secepat anak panah meluncur dari busur. Apabila kalian bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka, karena membunuh mereka berpahala di sisi Allah pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.1771)

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Seseorang datang kepada Rasulullah saw. di Ji`ranah sepulang dari perang Hunain. Pada pakaian Bilal terdapat perak. Dan Rasulullah saw. mengambilnya untuk diberikan kepada manusia. Orang yang datang itu berkata: Hai Muhammad, berlaku adillah! Beliau bersabda: Celaka engkau! Siapa lagi yang bertindak adil, bila aku tidak adil? Engkau pasti akan rugi, jika aku tidak adil. Umar bin Khathab ra. berkata: Biarkan aku membunuh orang munafik ini, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Aku berlindung kepada Allah dari pembicaraan orang bahwa aku membunuh sahabatku sendiri. Sesungguhnya orang ini dan teman-temannya memang membaca Alquran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam secepat anak panah melesat dari busurnya. (Shahih Muslim No.1761)

Anonymous said...

Bagi menjawab Qardhawi, sila rujuk artikel dr rahman di atas. Yusuf al Qardhawi bukan nabi ye. Dia pum boleh silap. Sedangkan ramai ulamak2 dunia yg masih hidup yg berpegang teguh kpd pandangan Nabi, knp buang yg sunnah serta ambil yg bidaah?

Nak jadi ahli sunnah kena ikut sunnah la. Ni kami bg hadith sahih ni, kena berimanlah bukan bertapi2. Mmg pas mengaku perjuangkan Islam tapi ingat, gagak takkan jadi merpati walau kedua2 nya burung.

Anonymous said...

tentang hosni mubarak nak jawab ke tidak?

bab peperangan antara sahabat, kita bukan nak mengkhawarij kan sydina husin, cuma kita nak tahu pendapat tuan alim yg ahli sunnah ni ttg keadaan dan kedudukan peristiwa tersebut..janganlah cepat menghukum dengan mengagak2 benda yg tuan rasa2 sahaja tahu...kami juga faham ttg sejarah peperangan dari perang jamal hinggalah ke majlis tahkim, tapi tak nampak pulak yg PAS ni sama memberontak atau berperang atau tidak berbaiah dengan kerajaan malaysia..tuan nampak ke? yg kami nampak dan faham ttg hadis berkaitan khawarij adalah puak2 kononnya ulamak muda yg dah meresap dalam UMNO pulak...mereka berpendapat mereka sahaja yg benar dgn dalil2 sahih..yg selain mereka tak faham dan hanya guna dalil2 mungkar.

ada nampak sampai tergugat kedaulatan negara ke pasal perjuangan PAS ni? atau yg tergugat adalah kemaksiatan yg bermaharajalela..islam ni untuk ape? mencegah kemungkaran...adakah dengan mengundi boleh mencegah kemungkaran? jawapan kami YA!..jika IMAM kita baik, insya allah rakyatnya baik..itulah sebab kami berpolitik secara demokrasi, bila mengundi kami ajak rakyat tukar kepada yg lebih menepati kehendak syarie..bukan kami ajak memberontak atau keluar menggulingkan kerajaan.

Anonymous said...

Khawarij adalah golongan yg khuruj dari pemerintah. Yg keluar dari bersama dgn pemerintah adalah pas. Dah la keluar, takde nas pulak tu. Apa kena plak khawarij dgn ulamak umno? Takde modal ke? Malu le sikit, tuduh2 org xde nas. Tp pas mmg kuat fitnah pun. Dh bau hancing khawarij kuat kt pas. Nk buat mcm mana?
Ni mmg lawak perdana.

Sy x berminat komen soalan fantasi mcm kalu nabi masih hidup etc. Ni taktik raih simpati. Nabi telah wafat namun hadith2 nya hidup subur bersama kita. Awat pas x nk ikut? X yakin dgn hikmah disebalik setiap sesuatu? Ingat Islam sesuai sepanjang zaman.

Sy nk tanya demokrasi lagi besar dr larangan nabi ke?

Anonymous said...

kira tuan tiada jawapan la atau tiada ijtihad la ttg menjatuhkan hssni? kata hadis tetap subur..habis tu, kami tanya la ttg ulamak2 pihak tuan yg kata hukum haram memberontak terhadap hosni kan..tapi hosni ni tali barut israel pulak..habis hadis kata tak boleh lawan sedangkan hosni pun solat..jadi, boleh lawan ke tidak? lalu pada pendapat tuan, adakah nabi bersetuju atau tidak? ini bukan fantasi, ini cuma nak menggambarkan kejumudan dan statiknya tuan dalam memahami nas.

berkaitan dgn kata kami terhadap persamaan khawarij dengan fahaman puak2 tuan..ini telah dibahaskan oleh ulamak2, tak perlulah kita meleret2 di sini...cukuplah dengan perbuatan kamu menggunakan ayat al quran yg ditujukan kepda orang kafir dipasangkan pula kepada kaum muslimin lain membuatkan kamu seperti khawarij..dan dengan merasakan kamu sahaja yg faham dalil dan hanya kamu sahaja yg menggunakan dalil sahih dengan mengenepikan kefahaman sebenar yg sahih oleh majoriti ulamak islam, telah membuatkan kamu dan golongan minoriti kamu ini mirip kepada khwarij.

kamu tetap nak kata PAS khawarij, terpulang...tapi yg nyatanya kami tidak pernah menderhaka kepada YDP agong, dan kami menyertai pilihanraya dan demokrasi sebagai medium dakwah bagi menjalankan amar makruf dan mencegah kemungkaran seperti yg difirmankan Allah...kemampuan puak tuan pula untuk menyempitkan islam sebagai rahmat memang mengagumkan..semoga allah sahaja yg mampu mebalas jasa puak2 atau geng2 konon salafi tuan kepada negara malaysia ini.

Anonymous said...

Hehehe! Perbahasan ulamak mana yg kata ulamak muda khawarij? Ulamak pas? Bro, pi belajar la. Patut lah senang kena kencing dgn pas. Dah tak kenal dah mana sunnah, mana bidaah. Pendapat sekerat ulamak diletak paling tinggi berbanding larangan Rasulullah. Iltizam betul menghalalkan yg haram ye. Kami bila nabi kt jgn buat kami terus tinggalkan. Sikit syubahat pun kami x mau. Yg confirm mufti pernah sebut pas berciri khawarij bila tolak perpaduan Islam. Kami bersama pemerintah kerana itu yg disuruh Nabi. Kami ada nas dlm bentuk hadith sahih. Hg ada apa? Pendapat ulamak ..... Mana lagi tinggi? Sedangkan ramai ulamak yg masih hidup yg kekal mendokong ajaran nabi ini.

Bila masa pulak kami guna ayat org kafir utk hukum org islam? Jgn sebarang ckp. Bagi point.

Hujah berlindung dan taat disebalik Raja2 Melayu ni temberang saja. Kita jelas dah nampak kebiadapan pas pada Sultan Perak dan Raja Muda termasuk bertindak mempersoalkan tindakan Sultan dan mengheret institusi istana ke mahkamah. Toksah nk kelentong. Ni baru perak. Kalu pegang negara? Ketaatan pas bukan kpd raja2. Baiah mereka hanya kpd amir jamaah aka presiden pas.

Anonymous said...

….Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Surah Al Hasyr: 7

Anonymous said...

Khawarij mengkafirkan pemerintah setiap zaman atas alasan tidak berhukum dgn hukum Allah. Saidina Ali dikafirkan oleh khawarij atas alasan berhukum selain hukum Allah dengan menggunakan Majlis Tahkim.
PAS secara konsisten mengkafirkan UMNO sehingga tahun 1993.
Tahun 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan telah mengeluarkan fatwa menghukumkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa tersebut berbunyi: “Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram..”
Tahun 1978 Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan selepas Pas keluar daripada Barisan Nasional (BN) membangkitkan semula hukum kafir terhadap UMNO. Dewan Ulama Pas Kelantan itu menuduh UMNO kafir.
Tahun 1979 Tok Guru PAS di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.
Disebalik itu di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh “orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad” dan “orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang”, “sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan”, “tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional” dan “kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”
Amanat haji Hadi aku tak payah cakap la…semua org tahu.
Ingat Pilihanraya Manek Urai 2009? Nik Aziz cakap UMNO ni sesat sama mcm Ayah Pin. Sokong UMNO sama dgn sokong Ayah Pin. Apa nas khawarij tua ni pakai?

Anonymous said...

Walau sezalim mana pun pemerintah, selagi mana dia Islam, wajib utk kita mentaati dan menyokong dia dalam urusan2 yg maaruf serta kenegaraan sesuai dgn hadith2 yg diberikan oleh Junjungan Besar kita.
Akibat daripada kita tak ikut Quran dan Sunnah lah semua perpecahan umat Islam terjadi.
Sejarah dan sirah sahabat jadikan iktibar. Hajjaj bin Yusof At Tsaqafi adalah penguasa pada zaman sahabat dan tabiin. Ramai sahabat yg dibunuhnya dgn kejam termasuk Abdullah bin Zubayr. Mamat ni siap serang Mekah dan tembak bom meriam kat Kaabah! Kira dah tahap macam Abrahah dah Hajjaj! Malah tentera Umayyah bunuh cucu Rasulullah!!!!
Tapi, Ibnu Abbas kata wajib taat pada Hajjaj! Malah Imam Syafie kata sah solat jemaah dibelakang Hajjaj. Demikianlah Sahabat dan Tabiin dalam soal mentaati pemimpin walau sejahat macam tu. Ini kerana mereka terdidik dgn sempurna dan lengkap oleh Rasulullah SAW dan kesan perpecahan umat adalah jauh lebih buruk akibatnya. Jika sedahsyat itupun sahabat taat, inikan pula UMNO dan BN…
.
Jauhi khawarij!

Anonymous said...

UMNO sesat bukan kerana tak berhukum dengan hukum allah..tapi kerana perkauman sempit...cuba hang tanya UMNO, boleh tak cina islam sepet DAP jadi PM? kalau tak boleh, kenapa?

Anonymous said...

bila nafsu dunia dan kemungkaran hendak dijulang, habis hadis nabi digeledahnya..inilah seperti saudara di atas quote:

kata Syeikh yusol al qardhawi:

Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd)

Anonymous said...

Perkauman sempit boleh sesat? Apa nas yg hg pakai? Tolong bagi ayat Quran atau hadith berkenaan perkara ini. Dah melalut dah hg ni. Desperate giler.

Second, umno ok je asal PM Islam. Open nya umno sampai dlm perlembagaan, melayu ditafsirkan sbg satu kaum yg beragama islam, berbahasa Melayu serta mengamalkan budaya Melayu. Dr Ridhwan Tee, ustaz Farid Ravi tu any time dah Melayu dari perlembagaan dh. Tp kalu cina pada nama saja Islam tapi kuat chauvanist Cina nya, sorry, jgn mimpi kami nk izin jd PM.

Dlm sejarah Umno, PM bukan 100% melayu. Tunku berdarah Siam, tun razak dan najib bugis, tun hussin onn berdarah Arab, tun dr m berdarah india etc. Janji Islam dan amal budaya melayu serta berbahasa melayu ok je , umno boleh accept.

Melayu dan Islam sinonim di malaysia. Bila umno perjuang utk hak org melayu, automatik ia adalah utk org Islam terbanyak Malaysia. Hanya sebab x sebut Islam, jgn plak kata x perjuang Islam. Macam Pas pun, dok gugur negara Islam dan perjuang Negara kebajikan, then kata suruh tgk content, maka berlaku adil lah dan tgk perjuangan umno.

Anonymous said...

Siapa perjuang nafsu dunia dan kebatilan?

Kami ada nas. Hg ada apa? Yusuf al qardhawi saja? X kenal ulamak lain ke? Apa nk buat, dh pas didik hg mcm tu.

Jgn banyak ckp. Sudah jelas tidak ada nas Quran atau Hadith yg benarkan perjuangan Pas. Pendapat ulamak yg bertentangan dgn hadith adalah sesat.

Yakin le pada Rasulullah. Mukjizat nabi ni besar! hg ingat nabi x tau ka akan ada pemimpin zalim pd akhir zaman?

4.Dari Hudzaifah Ibnul Yaman radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam:

“Akan datang sesudahku para pemimpin, mereka tidak mengambil petunjukku dan juga tidak melaksanakan sunnahku. Dan kelak akan ada para pemimpin yang hatinya seperti hati syaithan dalam jasad manusia.” Maka aku berkata : “Ya Rasulullah, apa yang aku perbuat jika aku mendapati hal ini?” Berkata beliau : “Hendaklah engkau mendengar dan taat pada amirmu walaupun dia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)

7.Dari Adi bin Hatim radliyallahu 'anhu berkata, kami berkata :

“Ya Rasulullah, kami tidak bertanya padamu tentang sikap terhadap penguasa-penguasa yang bertakwa/baik. Akan tetapi penguasa yang melakukan ini dan itu (disebutkan kejelekan¬kejelekan).” Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Bertakwalah kalian kepada Allah, mendengar dan taatlah kalian.” (HR. Ibnu Abi Ashim dan dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)

13.Dari Wail bin Hujr radliyallahu 'anhu berkata :

Kami bertanya : “Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika penguasa kami merampas hak-hak kami dan meminta hak-hak mereka?” Bersabda beliau : “Mendengar dan taatlah kalian pada mereka maka sesungguhnya bagi merekalah balasan amalan mereka dan bagi kalianlah pahala atas kesabaran kalian.” (HR. Muslim)

18. Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata : Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sulthan yang meminta haknya, tapi tidak mau menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, karena mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)." (Muslim 3/1474)

Bukan kami geladah hadith kerana nk perjuang dunia dan nafsu. Kami berbalik pd hadith kerana itu yg disuruh Allah dan Rasul spt ayat 59 surah An Nisa'.

Hg lg terer dari Nabi ka?

Prince of Persia said...

Tuan,

Daripada awal lagi tuan ni memang suka bercerita hal momokan. Dan tuan suka bercerita bab sejarah islam ni dah macam tuan ni hidup pada zaman tu. Nak cakap orang tu salah, orang tu betul, sahabat ni salah, khalifah ni betul.... kita bukan ahlinya untuk memperdebatkan perkara. (tak tau la sebab tuan memang dah rasa tuan ahli...)

Tuan, dalam link blog yang telah saya berikan, memang tidak terdapat sebarang nas yang tuan mahukan, tapi dalamnya terdapat banyak quote dari rujukan yang memang telah membahaskan nas-nas yang tuan perlukan. Tuan mesti faham yang bukan semua orang macam tuan yang suka menggunakan nas yang pro dgn tuan sahaja lepas tu tak mendalami, tak memahami, merasakan diri tu dah jadi ahli (kalau ahli pegi la sekolahkan balik semua mufti dan ulama kat Malaysia ni), terus nak jatuh hukum kat orang. Rujukan tersebut mengambil pandangan dari semua nas-nas yang ada. Dia memang takde nak tunjuk hebat dgn copy paste ayat Al-Quran dan hadith mcm tuan. Kalau tuan ahli rasanya tuan mesti dah tahu rujukan yang ditulis dalam link tu... bila tuan cakap takde nas tu.. bermaksud tuan tak tahu la tentang rujukan tersebut.. dan janganlah mengaku yang tuan ni adalah ahli.

Saya memang copy link untuk blog tu sahaja dan memang saya tak berniat nak copy paste hadith atau ayat Al-Quran sesuka hati macam tuan di mana huraian dan pemahaman ayat dan hadith tersebut dibuat dari satu perspektif je.

Berulang kali saya cakap yang tuan ni memang suka bercerita hal momokan. Kalau kita cakap UMNO mcm ni, dia akan cakap PAS mcm ni gak. Bila kita cakap org UMNO mcm tu, dia akan cakap PAS mcm tu gak. Ini bukan jawapan sebagai contoh:

“Yg confirm mufti pernah sebut pas berciri khawarij bila tolak perpaduan Islam.”

PAS jadi khawarij sebab ni. Bila UMNO buat bodoh tawaran PAS kalau nak bergabung dengan syarat dua-dua parti bubar, kita buat parti baru… ni nak hukumkan apa eh? Rasanya takde tertulis kat mana2 pun kalau nak perjuangkan islam mesti atas nama UMNO?

“Kita jelas dah nampak kebiadapan pas pada Sultan Perak dan Raja Muda termasuk bertindak mempersoalkan tindakan Sultan dan mengheret institusi istana ke mahkamah”

Tuan, perlu ke saya buka apa penderhakaan UMNO pada institusi diraja dari dulu lagi? Rasanya tuan sendiri tahu.. (tapi mungkin tuan akan buat2 tak tahu atau pun tuan akan buat penerang panjang lebar tentang apa yang telah berlaku lepas tu akan nampak mereka berada di pihak yang betul. Tuan… org PAS pun boleh beri penerangan panjang lebar ttg perkara di atas)

“Bila umno perjuang utk hak org melayu, automatik ia adalah utk org Islam terbanyak Malaysia.”

Konsep “automatic” ni lagi kesian. Ini konsepnya tuan nak suruh orang masuk melayu bukan masuk islam. Sebab walaupun seorang melayu yang perangainya dah lagi teruk dari yahudi tapi nama je islam haknya tetap akan diperjuangkan berbanding seorang cina yang beragama islam dan mengikuti islam sepenuhnya tetapi masih mengamalkan budaya orang cina yang tidak menyalahi dalam islam…

Prince of Persia said...

Kalau kita nak bukak cerita mcm ni, sampai ke liang lahad pun memang tak abis tuan. Lepas tu tuan akan backing balik dan buka cerita merapu rapu. Kalau dari segi ni… UMNO dan PAS adalah sama sebab dua-dua parti dianggotai oleh manusia. So tak payah la nak bukak cerita mcm ni. Tuan ni suka sangat bercerita pasal “orang” dalam parti, cerita perkara2 dulu, pendirian sorang ahli tuan terus jadikan pendirian parti.. itu sebab tuan sedarlah diri yang tuan ni bukan seorang ahli tuan. Bila tuan bukan ahli dan tuan bercerita pasal nas-nas… di mana tuan tak cukup belajar, tak cukup mendalami, tak cukup skill untuk berbahas,,, dikhuatiri tuan akan membuat situasi bertambah buruk dan mengelirukan ramai orang.

Tuan rujuklah rujukan yang diperkatakan dalam blog tersebut.. dan contact empunya blog tu serta ramai lagi orang yang boleh tuan berkongsi pendapat. Kalau tuan seorang ahli, tuan tidak akan merasakan yang ilmu tuan ada dah mencukupi dan tuan boleh nak hukumkan terus orang khawarij/kafir/munafiq/murtad dsb. Jika tuan, seorang ahli.. tuan akan rajin untuk mengkaji dan bertanya ahli-ahli yang lain. Jika tuan buat, mungkin baru tu tuan akan faham tentang perbezaan pendapat.

Lebih baik la jadi orang yang merasakan dia bukan ahli, sebab bila kita rasa kita ni tak hebat kita akan dengar semua perkara… daripada kita merasakan diri hebat dengan nas-nas yang kita ada… kita hanya nak dengar perkara yang kita nak dengar je.

Mcm konsep kita rasa kita hebat sebab badan tough, urat berketul, pedang, pisau, parang …. Tapi kita tak nampak yang orang lain dah ada AK-47, M-16 & Rocket Launcher…

Insaflah tuan… walau pun tuan mungkin dah byk ilmu, tapi janganlah sekali-kali merasakan yang kita ni dah jadi ahli untuk membahaskan tentang ayat Al-Quran dan hadith.

Itu sebab tuan boleh tulis “POP ni tulis sebijik mcm pelacur dan GRO, depa pun rasa depa ada can masuk syurga dan tak masuk neraka.”

Tuan nampak apa yang ada kat ayat atas ni? Kalau nak dihuraikan…. Panjang tuan. Tapi bawak2la bertaubat tuan. Mungkin ada di antara pembaca blog ni dah kagum dan hairan dengan kehebatan tuan berhujah dan ilmu yang tuan kongsikan di sini… tapi bila tuan dah keluar statement mcm ni…saya rasa dah boleh tau la tuan mcm mana. (Tuan mesti ingat cerita pelacur dgn anjing serta cerita pembunuh tu kan? Ke ada pulak keluar nas yang mengatakan cerita tu sebenarnya tipu belaka? Tuan kan hebat tentang perkara ni) Itu sebab saya cakap pembaca dah boleh menilai yang tuan ni adalah orang yang rasa macam dia ahli tapi semua orang tahu yang dia ni bukan ahli tapi berlagak mcm dia ahli.

Anonymous said...

Kalau dah ngaku bukan ahli back off. Jgn plak nk kata org lain bukan ahli. Dah khawarij jgn plak kt org lain khawarij. Dah x de nas dan mengaku pun dah xde nas, jgn plak kata org lain salah. Hg nk dengar ckp ulamak yg halalkan pas saja. Sedangkan ulamak2 salaf masih berpegang pd nas asal dan disesuaikan dgn suasana semasa.

Hg ada AK 47, missle apa semua ka? Tgk mcm mati pucuk xdak hujah sj. Dah sah buat benda yg nabi larang. Tak malu ke?

Hujah ni bukan hujah umno. Ini sabdaan dan ajaran Rasul! Nk lawan lagi? Sy ckp terus terang kalau Pas atau Anwar sekalipun memerintah, hujah ini terpakai utk mereka. Ini lah jalan sunnah.

Anonymous said...

Kami x bangga dgn diri sendiri. Kami bangga dgn Nabi dan ajarannya. Setuju x kalau saya kata jalan yg ditunjukkan nabi jln yg terbaik?

Persia jgn fitnah saya. Bila saya kata sahabat salah? Prinsip salaf adalah tawaqquf. Malah sekutu persia yg cuba bertanya saidina hussin ini khawarij atau tidak. Kami siap bersihkan nama semua sahabat.

Kisah sahabat yg sy beri bukan berdasakan imaginasi saya tetapi dr kitab tarikh dan sejarawan islam serta ulasan ulamak2 besar. Kisah mereka pelbagai versi dan penuh kesamaran. Sebab itu sy suruh persia san sekutunya buang yg samar dan ambil yg sahih yakni sabdaan nabi.

Anonymous said...

Bottom line is, Persia dah mengaku tiada nas Quran da Hadith yg benarkan rakyat menjatuhkan pemerintah. Takbir!

P/s: ttg pelacur saya dah ulas, tp persia mmg berminat giler masuk syurga dgn cara pelacur bagi anjing minum. Kami lebih suka memilih jalan yg lebih selamat. Mengikut sunnah, menjauhi bidaah, syubahat serta maksiat.

Prince of Persia said...

Tuan,

Kalau kita adalah ahli, kita tak berbahas di sini. Saya tiada nak mengatakan tuan dan geng tuan adalah khawarij… saya Cuma mempersoalkan kenapa tuan mudah nak melabel semua orang PAS adalah khawarij. Saya bukan cakap saya takde nas… nas ada banyak sgt dan jika ditulis di sini ia akan berpanjangan di mana untuk dibahaskan kita perlu cukup ilmu dan pengalaman. (itu sebab kalau tuan ni cukup ilmu dan memang ahli untuk berbahas tentang perkara ni… bukan begini tuan berbahas dan tuan tak akan berbahas disini!). Tuan ni menganggap saya ni mcm tuan. Tak boleh menerima perbezaan pendapat. Tuan ingat kalau saya cakap PAS ni bukan khawarij… saya akan cakap UMNO tu yang khawarij. Pemikiran tuan terlalu cetek.. itu sebab tuan tak boleh menerima perbezaan pendapat. Kan ada banyak pendapat ulama dan dah terbukti ada yang cakap boleh dan ada yang cakap tak boleh. Tak perlu kita debatkan kat sini kerana perbahasan ni dah terjadi dulu dah dan memang semua ahlinya guna nas seperti tuan. Yang kita nak repeat balik kenapa? Tuan hebat sangat ke sampai tuan dah boleh pulak nak hukumkan memang tak boleh? Tuan rasa tuan hebat sangat sampai boleh overrule pendapat semua ulama yang cakap boleh? Kat sinilah perbezaan pendapat berlaku.

Saya takde nak memfitnah tuan. Saya cuma memberi ayat general. Point saya… tak payah la nak bercerita sejarah dulu sebab dalam sejarah tu pun ada perbezaaan pendapat. Ada cerita yang pro sini.. pro sana… atas pagar… sebab memang umat islam ni dah terpecah semenjak dulu lagi. So takyah la nak bukak cerita sebab kita bukan hidup zaman tu pun.

Tuan, kalau tuan dah malas nak belajar, nak mengkaji, nak buat research.. dan tuan dah desperate siap menggunakan ayat “bottom line is” (ayat org dah tersilap langkah / kata), dan tuan tetap nak berkeras tidak boleh menerima perbezaan pendapat tentang hukum menjatuhkan pemimpin… membazir la tuan berbahas kat kat sini. Perbahasan ini akan bermanfaat jika dapat berkongsi ilmu dan pemdapat. Tapi tujuan tuan berbahas kat sini.. tuan nak mempengaruhi orang supaya percaya pada pendapat tuan je. Tuan rasa pendapat ulama2 yang mengatakan boleh tu semuanya tuan boleh overrule.. tuan rasa tuan sorang je yang ada nas sebab tuan boleh copy and paste kat dalam post ni…. Tuan rasa tuan dah hebat sebab dapat copy and paste dari blog orang lain dan berhujah kat sini. Tuan berbahas di sini semata-mata nak mempertahankan pendapat tuan dan tuan berpendapat siapa yang berbeza pendapat dengan tuan adalah tak betul.. lepas tu nak hukum kan lah apa2.

Tuan, itu sebab setelah saya nampak cara tuan berbahas di sini, saya terus merayu pada tuan seperti yang saya buat dalam post sebelum ini. Kira tuan memang tak boleh menerima perbezaaan pendapat yang telah berlaku dalam hukum jatuhkan pemimpin/undi pembangkang etc… maka tuan bawaklah hujah tuan ni ke pihak yang berkenaan. Saya merayu kepada tuan bawalah perkara ini ke mufti-mufti, ulama-ulama negara, pemimpin tertinggi negara… jatuhkanlah hukum kepada PAS supaya jadi haram ke.. khawarij ke… dsb. Saya lagi suka supaya dapat kita berjuang bersama-sama di bawah satu panji. Tapi jawapan dia saya dah tau sebab orang2 di pihak atasan tu bukan macam tuan. MEREKA BOLEH MENERIMA PERBEZAAN PENDAPAT DAN MEREKA JUGA MENGGUNAKAN AL-QURAN DAN HADITH.

Tuan, bawak-bawaklah bertaubat. Saya bukan mengatakan yang saya nak masuk syurga jalan pelacur kasi anjing minum. Ni takde kait mengait dengan jalan ke syurga pun. Saya memohon kita agar muhasabah diri…

“POP ni tulis sebijik mcm pelacur dan GRO, depa pun rasa depa ada can masuk syurga dan tak masuk neraka”

Sapa tuan nak mengatakan pelacur dan GRO takde peluang masuk syurga? Itu sebab kita kena sentiasa menginsafi diri kita. Kita kena sentiasa rajin untuk mencari ilmu. Bertanyakan kepada orang yang lebih arif. Jangan main ambik je satu hala… lepas tu terus nak label orang khawarij. Inilah akibat main copy and paste dari blog orang, baca hadith tanpa pemahaman dan merasakan diri lebih hebat dari orang lain.

Anonymous said...

Dah la persia. Yg aku copy paste tu semua hadith Rasulullah. Hg dah x de nas diam je lah. Dah bukan ahli awat menyibuk tulis beratus2 post kat sini?

Aku boleh jugak tanya hg, hg rasa lagi hebat dari Rasulullah dan semua ulamak2 yg sependapat dgn Rasulullah ka?

Mcm aku ckp, kami ambil yg sahih. Yg samar kami tolak tepi. Nabi janji kami selamat. Cara hang ada nabi janji apa2?

Tiada ruang perbezaan pendapat kerana ini arahan Rasulullah! Wajib beriman dan terima.

Mufti tidak bersuara bukan kerana mereka rasa pas betul atau perbezaan pendapat. Mereka tahu, jika pas difatwakan begitu, kerajaan akan difitnah, akan berlaku revolusi, pas dan pembangkang akan berdemonstrasi mengatakan demokrasi telah mati, minta campurtangan Amerika dan menggugat keselamatan negara. Pas umpama kanser yg boleh dikawal tetapi hendak disembuhkan tidak boleh.

Kami sikit x risau dilabel khawarij kerana sekelumit pun ciri khawarij tiada pd kami. Yg risau adalah pas dan sekutunya seperti tuan. Kami bersama dgn pemerintah sekalipun kami ditekan. Inilah jalan sunnah. Kalau pas memerintah, ketaatan kami pada pas. Ini lah jalan sunnah. N

Semua ulamak2 dari zaman dulu hingga sekarang copy and paste dari Rasulullah. Yg x copy and paste hanyalah Ayah Pin...idea original. Hehehe.

Bila perjuangan kita dah xde nas dan dok sibuk tolak hadith sahih dan ambik pendapat ulamak mcm ni, bawak2 la bertaubat. Tolak hadith ni apa hukumnya?

Anonymous said...

Toksah la persia dan sekutunya mengemis merayu kami bawa kpd mufti. Naik kesian aku. Rasa mcm hg mintak nyawa plak.

Anonymous said...

"Kami sikit x risau dilabel khawarij kerana sekelumit pun ciri khawarij tiada pd kami"...bawak2lah bermuhasabah ye tuan.

siapa kata PAS tolak hadis2 sahih yg seperti tuan bentangkan panjang lebar umpama tuan seorang faqih unggul dan ulamak mujtahid zaman ni? PAS tidak pernah menolak hadis2 sahih...yg kami tolak adalah kefahaman sempit tuan "salafi" tentang huraian "keluar atau khuruj dari pemerintah'...kami sangat2 pelik lagi ganjil dengan pandangan tuan ini..bukan hadis nabi itu yg ganjil, cuma cara tuan memahami dan memasangkan penggunaan hadis itu dengan tempat atau sasaran yg salah...tuan boleh kata khawarij kepada al maunah, tetapi pada PAS, tuan telah melakukan fitnah yg dasyat...adakah tuan seorang penjaja fitnah zaman ini???

berdemokrasi dikatakan khawarij...ganjil sangat tu..hukum menjatuhkan hosni mubarak yg geng baekkk punya dgn israel melanyak muslimin palestin dikatakan haram pulak? khawarij lagi..di mana kedudukan pendapat saudara sebenarnya...betullah tuan mirip dengan khawarij keran tuan sibuk melabel orang sana sini khawarij, kaki bid'ah, sesat, tidak syar'ie dsb..dan pada tuan hanya tuan dan geng tuan shj yg betul...dan tuan shj yg faham dan berhukum dengan kitabullah dan sunnatur rasul.

tuan, menulis atau copy paste hadis tidak lah mampu menjadikan tuan boleh mengeluarkan hukum..bukan juga menjadikan tuan hakim yg bijaksana..orang yg hidupnya berlandaskan sunnah yg sahih tanpa perlu menulis "ini sunnah" adalah lebih menjiwai sunnah itu sendiri.

rakan2 PAS di sini tidak meng"copy paste" hadis2 di sini bukan kerana mereka tidak tahu atau tidak faham, tetapi sangat2 hairan dengan fahaman tuan...tuan, takkan kami nak letak firman2 Allah yg jelas ttg perlunya pentadbiran n perlaksanaan islam, jenayah, muamalat dsb? tuan pasti tahu ttg firman2 allah yg qat'ie..takkan kami perlu tulis di sni..ini bukan medannya.

kami benar2 yakin yg tuan dan puak UMNO salap (majoriti UMNO bukan mcm tuan) shj yg memahami hadis ttg khawarij seperti tuan...bahkan, majoriti umat islam di malaysia bahkan di dunia tetap menganggap PAS itu sebagai sebuah gerakan dakwah islamiyyah yg sentiasa berubah menyesuaikan diri dengan ketentuan dan perubahan zaman tanpa menggadaikan prinsip islam yg digariskan al quran dan as sunnah.

kalau tuan tetap nak mengkhawarijkan PAS, itu memang hak tuan...dan sememangnya puak2 minoriti tuan sejak zaman berzaman suka melabelkan umat islam dengan gelaran kafir, khawarij, kaki bid'ah, ahli neraka dsb..yg mencintai sunnah hanyalah pihak tuan sahaja..semoga allah memberikan kita hidayah dan taufiqnya.

Anonymous said...

"siapa kata PAS tolak hadis2 sahih yg seperti tuan bentangkan panjang lebar umpama tuan seorang faqih unggul dan ulamak mujtahid zaman ni? PAS tidak pernah menolak hadis2 sahih...yg kami tolak adalah kefahaman sempit tuan "salafi" tentang huraian "keluar atau khuruj dari pemerintah'...kami sangat2 pelik lagi ganjil dengan pandangan tuan ini.."
Anda yang bercakap bagi pihak pas, siapakah anda? Layakkah anda bercakap bagi pas? Dah mengaku bukan ahli nak judge kami ka persia? Hg sendiri dah menyah layakkan diri sendiri, toksahlah muhasabah kami. Pi muhasabah diri sendiri. Pelik dgn pandangan kami? Kami mengambil pandangan Rasulullah. Ganjil ke? Takpa, nabi dah kata,islam itu datang dlm keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah org2 yg dagang seperti kami.

".tuan boleh kata khawarij kepada al maunah, tetapi pada PAS, tuan telah melakukan fitnah yg dasyat...adakah tuan seorang penjaja fitnah zaman ini???"
Yang ko kata ulamak umno dan salaf khawarij bukan fitnah? Sorry bro, yg haram kena kata haram. Babi kena kata babi. Khawarij kena kata khawarij.

"berdemokrasi dikatakan khawarij...ganjil sangat tu..hukum menjatuhkan hosni mubarak yg geng baekkk punya dgn israel melanyak muslimin palestin dikatakan haram pulak? khawarij lagi.."
Demokrasi adalah sistem kafir. Demokrasi juga benarkan kebebasan tukar agama termasuk murtad dan kebebasan seks termasuk amalan homoseksual atas nama hak asasi dan kebebasan kemanusiaan. Nampak tak kepincangan demokrasi? Tu la sebabnya kita kena sesuaikan demokrasi dgn Islam. Dalam sistem kenegaraan islam, tidak ada istilah pembangkang. Yg ada hanyalah khawarij yakni mereka yg keluar dari ketaatan kpd pemerintah. Kemaksiatan penguasa adalah atas mereka dgn Allah. Kita pula akan dipersoalkan atas tanggungjawab kita sbg rakyat yg wajib kita tunaikan. Hadith ttg semua ini adalah jelas. Malah pemimpin yg zalim, berhati syaithan, tak ikut sunnsh dan petunjuk Rasul, tindas rakyat dan korup pun Rasulullah kata wajib taat! So hg nk kata pendapat Nabi Muhammad ni ganjil? yg ganjil ialah otak khawarij hg.

Anonymous said...

"betullah tuan mirip dengan khawarij keran tuan sibuk melabel orang sana sini khawarij, kaki bid'ah, sesat, tidak syar'ie dsb..dan pada tuan hanya tuan dan geng tuan shj yg betul...dan tuan shj yg faham dan berhukum dengan kitabullah dan sunnatur rasul."
Ini bukti fitnah yg keji. Sorry yek, bab kafir mengkafir ni sikap tipikal khawarij termasuk pas. Kami x senang nak kafirkan org Islam. Bagi pas hanya pas saja yg betul dan umno salah. Dekat 30 tahun tipu rakyat dgn konsep negara Islam dan hudud, overnight sj last week, terus kata dalam Quran takde negara Islam. Habis yg ko berjuang 30 tahun tu apa Pas? inilah khawarij sejati. tafsiran Islam, hadith berubah2. Asalkan dapat berkuasa, matlamat menghalalkan cara.

"tuan, menulis atau copy paste hadis tidak lah mampu menjadikan tuan boleh mengeluarkan hukum..bukan juga menjadikan tuan hakim yg bijaksana..orang yg hidupnya berlandaskan sunnah yg sahih tanpa perlu menulis "ini sunnah" adalah lebih menjiwai sunnah itu sendiri."
Org yg tak mampu memberikan satu hadith bagi menghalalkan perjuangan songsang nya tidak layak menghakimi kami. Kalau dah pertikai hadith, mengatakan hadith nabi perlu penafsiran semula etc, apa beza persia dan sekutunya dgn golongan anti hadith dan muktazilah? So pertikai hadith dgn kata hadith ni ada penafsiran ulamak yg kata boleh diketepikan/ dikecualikan/ diabaikan/digugurkan etc ni menjiwai sunnah plak? Ada jaminan nabi ke? kami ada.

"rakan2 PAS di sini tidak meng"copy paste" hadis2 di sini bukan kerana mereka tidak tahu atau tidak faham, tetapi sangat2 hairan dengan fahaman tuan..."
Bukan tak tahu atau tak faham. Persia dan sekutu pas nya TAK JUMPA hadith. Kalau ada sila lah. Sy cabar utk kesekian kalinya.

"tuan, takkan kami nak letak firman2 Allah yg jelas ttg perlunya pentadbiran n perlaksanaan islam, jenayah, muamalat dsb? tuan pasti tahu ttg firman2 allah yg qat'ie..takkan kami perlu tulis di sni..ini bukan medannya."
Kalau mcm tu persia kena tinggalkan pas kerana pas sudah mengabaikan negara Islam dan secara automatiknya hukum hudud terkubur.

"kami benar2 yakin yg tuan dan puak UMNO salap (majoriti UMNO bukan mcm tuan) shj yg memahami hadis ttg khawarij seperti tuan..."
Di Malaysia mungkin kami minoriti tetapi di dunia kami majoriti. Ulamak muda sedang mendidik UMNO. InsyaAllah kami berjaya.

"bahkan, majoriti umat islam di malaysia bahkan di dunia tetap menganggap PAS itu sebagai sebuah gerakan dakwah islamiyyah yg sentiasa berubah menyesuaikan diri dengan ketentuan dan perubahan zaman tanpa menggadaikan prinsip islam yg digariskan al quran dan as sunnah."
Memang sentiasa berubah. Hukum pun pas berubah2. Kejap negara Islam wajib. Kejap nafi dan kata xde dlm Quran. Boleh bekerjasama dgn syaithan, fatwa ganjil spt tuhan pun mencarut dan tuhan maha samseng etc. Boleh dedah aib pemimpin tp bila anwar ibrahim x boleh etc. Hukum berubah2 bagi pas ni. Hukum double standard. Sedangkan ulamak salaf spt ustaz fathul bahri secara konsisten menolak fitnah video anwar ibrahim sekalipun anwar musuh politik umno. Inilah kredibaliti kami di dlm berhukum.

Anonymous said...

Jgn syok sendiri kata kami minoriti dan kamu majoriti. Kami akan terus berdakwah utk menyedarkan rakyat tentang ajaran Rasulullah yg sebenar serta menjauhi perbuatan syirik, khurafat, bidaah, maksiat serta kembali kpd sunnah.

Rasulullah SAW bersabda,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)

Prince of Persia said...

Tuan, orang yang ahli takkan mendabik dada mengaku yang dia ahli dan dia takkan senang nak menghina orang yang bukan ahli mengatakan orang tu tak layak untuk memberi pendapat. Dan sekali lagi saya katakan sebab tuan ni memang tak paham2 atau buat2 tak paham atau sememangnya tuan ini kecik kecik dulu ada terhantuk… KALAU ORANG YANG AHLI DIA TAK MENJADIKAN BLOG NI SEBAGAI TEMPAT BERBAHAS.

Yang kata orang khawarij ni bukan pendirian parti… ia adalah pendapat peribadi seseorang seperti pendapat tuan dan geng2 tuan kata PAS khawarij. Yang hamba Allah sorang lagi tuh dia xde cakap directly puak2 tuan ni khawarij… saya rasa dia maksudkan puak tuan ni wahabi dan wahabi ni dah terkenal sebab memang diorang ni mendekati khawarij. Macam perangai tuan la.. merasakan pendapat dia sahaja yang betul… siapa yang tak sama pendapat dengan dia terus nak jatuhkan hukum…. Memang sama ciri-cirinya.

Keluar dari ketaatan pemerintah ni ada banyak pendapat… dan panjang huraiannya… kalau nak cerita akan memanjangkan lagi post ni… nak buat apa tuan… tapi jangan senang senang tuan nak ambik pendapat satu pihak dan terus nak hukumkan khawarij.

Yang kafir mengkafir dalam PAS ni pun bukan pendirian parti.. so tak payah la nak sibuk didebatkan. Dan cerita zaman 70an 80an dulu takyah la cerita tuan.. kalau nak bukak cerita UMNO tahun 60an, 70an dan 80an… lagi la banyak. Memang salah untuk orang PAS cakap UMNO kafir… tapi UMNO pernah ke terfikir kenapa diorang kafirkan UMNO?

Negara Islam adalah hanya nama. Taruk la nama apa pun negara agama ke, negara ibadat ke, negara melayu ke, negara bangsa ke.. yang diperjuangkan oleh PAS adalah meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Yang nak kecoh pasal benda2 remeh ni kenapa tuan? Memang dah takde modal ke sampai perkara macam ni pun tuan nak meng”khawarij”kan?

Tuan, kami tidak pernah mempertikaikan hadith. Jika apa yang tuan cakap betul, tak semestinya apa yang dibahaskan oleh PAS selama ni salah. Dan jika apa PAS huraikan betul, tak semestinya apa yang dibahaskan oleh UMNO salah. Tuan nampak tak situasi kat atas ni? Inilah dinamakan PERBEZAAN PENDAPAT. (saya kena buat mcm budak sekolah sebab nampaknya memang tuan tak pernah tahu atau dengar tentang perbezaan pendapat.)

Tuan, untuk kesekian kalinya lagi saya mengatakan di sini nas atau hadith untuk isu ni ada berlambak. Telah saya paste link tempoh hari. Tuan dah rujuk belum rujukan yang disebut dalam link tersebut? Rasanya tuan tak tahu pun tentang rujukan yang diambil…. Di mana rujukan tersebut telah mengambil kira nas-nas yang ada.. termasuklah nas yang tuan amik sendiri. Tuan ni tak faham ke atau buat-buat tak faham atau masa kecik dulu memang banyak kali sangat terhantuk?

"Kalau mcm tu persia kena tinggalkan pas kerana pas sudah mengabaikan negara Islam dan secara automatiknya hukum hudud terkubur."

Kalau macam tu, semua orang islam dalam UMNO kena tinggalkan UMNO sebab dalam UMNO lagi la takde nak menyebut memperjuangkan islam. Kalau ada pun telah diberi peluang sehingga 50 tahun, tapi bukan nak fahamkan orang tentang islam… lagi memburukkan ada la. Kalau ikut fahaman tuan, sokong parti mcm ni yang takde nak perjuangkan islam memang semua orang islam UMNO yang dah mati tu semua masuk neraka la…

“Tiada ruang perbezaan pendapat kerana ini arahan Rasulullah! Wajib beriman dan terima.”

Saya amat simpati dengan statement tuan di atas. Kalau takde ruang perbezaan takkan ada sampai 4 mazhab. Semua yang berbeza pendapat tu semua cakap ia adalah arahan Nabi. Tuan... antara 4 mazhab tu yang mana satu beriman dan menerima? Pelik... tuan ni duduk dalam hutan ke? Tapi rasanya kalau tanya orang asli yang beragama islam yang duduk dalam hutan pun tahu kot.

Prince of Persia said...

“Mufti tidak bersuara bukan kerana mereka rasa pas betul atau perbezaan pendapat. Mereka tahu, jika pas difatwakan begitu, kerajaan akan difitnah, akan berlaku revolusi, pas dan pembangkang akan berdemonstrasi mengatakan demokrasi telah mati, minta campurtangan Amerika dan menggugat keselamatan negara. Pas umpama kanser yg boleh dikawal tetapi hendak disembuhkan tidak boleh.”

Inilah statement orang UMNO yang merasakan dirinya dah mempunyai kasyaf yang terlalu tinggi sehingga boleh meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Suka bercerita perkara momokan.. perkara yang belum terjadi tapi dia dah tau apa akan berlaku. Sama la mcm orang UMNO cakap, buat hukum hudud nanti orang melayu semua kena potong tangan. Tuan, dari zaman British dulu pun yang berani memberontak berapa ramai sangat? Boleh dikira dengan jari je… tak payah la tuan nak buat momokan konon menggugat keselamatan negara. Dan tuan ni bercakap macam tuan pulak yang ada dalam majlis fatwa dan mufti-mufti di Malaysia ni.Jangan sibuk nak memomokkan orang.. dah buat cubaan belum? Sebab kalau tuan mencuba mesti tuan akan cakap majlis fatwa dan mufti2 tu semua khawarij sebab tak ikut hadith dan boleh menerima perbezaan pendapat.

Tuan, kalau nak main copy and paste macam tuan dan lepas tu boleh dikira ahli,…. Boleh la lepas ni ajak Chua Jui Meng, Ong Tee Keat, malah paderi-paderi, sami-sami, bobohizan dan semua yang ada untuk menjadi ahli bersama2 tuan.

“Bila perjuangan kita dah xde nas dan dok sibuk tolak hadith sahih dan ambik pendapat ulamak mcm ni, bawak2 la bertaubat. Tolak hadith ni apa hukumnya?”

Tuan, semakin kesian saya dengan tuan ni… pendapat ulama tu semua ambik dari hadith dan Al-Quran tuan.. Tuan ni faham ke tak? Kata diri tu dah jadi ahli? Ke memang tuan kecik2 dulu memang hari2 terhantuk?

Tuan, ingin saya ulangkan sekali lagi... isu yang dibahaskan di sini telah dibahaskan oleh ulama2 yang terdahulu dari kita... dan terdapat PERBEZAAN PENDAPAT dalam hukum menukar/menjatuhkan pemerintah. Kesemua ulama2 yang berbahas tentang isu ini menggunakan Al-Quran, Hadith dan juga belajar dari sejarah...yang menjadi perbezaan pendapat adalah dari segi pemahaman dan pandangan. Sapa kita nak cakap pemahaman ulama tersebut tentang hadith tersebut adalah salah? Tidak perlulah tuan nak mendabik dada kata yang tuan ni ahli dan tuan ada nas untuk menyokong pendapat tuan di mana tuan pun malas nak belajar dan membuat kajian tentang pemahaman hadith tersebut dari perspektif lain... dan tuan juga tidak merujuk kepada rujukan yang bukan sealiran dengan tuan kerana tuan takut untuk menerima kenyataan.

Saya cuma nak tanya tuan satu soalan...

Adakah tuan boleh menerima perbezaan pendapat tentang hukum ini seperti perbezaaan pendapat dalam 4 mazhab ?

Atau tuan tidak boleh menerima perbezaan pendapat dan tuan mengatakan SEMUA ULAMA YANG TAK SEPENDAPAT DENGAN TUAN ADALAH SALAH KERANA TIDAK MENGIKUT ARAHAN NABI WALAUPUN PENDAPAT MEREKA ADALAH BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADITH? (Kiranya tuan dan geng2 tuan sahajalah yang betul)

Anonymous said...

pelik saya melihat kedangkalan pak salap ni...dia kata wahabi majoriti dalam dunia islam? lawak perdana ke ape ni? ni la satu cubaan bodoh nak meng'ASWJ'kan hanya puak minoritinya shj dan nak mengeluarkan sekalian besar al asya'irah dan al maturidiah dari ASWJ.

dan yg paling pelik, ulamak yang tuan wahab tu refer hanya sekalian ulamak2 negara sahabat karib nasrani amerika..dan claim kononnya ulamak2 bersama pegangan dia...inilah namanya kebiasaan puak salap...bukan setakat yusof qardawi shj yg mengkritik wahabi ni bro, dr said ramadhan al buti, syeikh ali juma'ah, pelbagai mufti dari sekalian negara, syeikh al azhar terkini juga dsb telah mengeluarkan pandangan kritis terhadap aliran ekstrim kamu ni...konon2 nya kamu shj yg memahami nas..kamulah yg digelar khawarij zaman sekarang, paham.

dalam al quran sendiri para ulamak telah mengatakan hampir 70% nas adalah bersifat umum, di mana penggalian seterusnya dilakukan dengan hadis nabi dan ijtihad ulamak menggunakan pelbagai ilmu yg dijadikan alat...bukan suka2 macam tuan, asal jumpa shj hadis terus nak dipasangkan secara mengikut nafsu tuan politik tuan.

berkenaan ustaz fathul bari tu..takpelah, malas nak diulas...nak tanya jugak apa pandangan tuan kepada aqidah penulis kitab yg namanya sama dengan ustaz tu?

kan hadi awang dah bagitau dgn jelas ttg negara kebajikan tuh, ape yg tak paham ttg perjuangan PAS lagi..ttg berkawan dgn syaitan, tuan pun sama la dgn lidah2 UMNO yg pandai putar belit..ttg tuhan mencarut atau samseng, kalau tuan benar2 ahli di dalam agama ini, pasti tuan tidak mengungkit menda ni..kerana ini berkaitan ayat2 al quran dan kaedah2 bahasa...takkan tak tahu kot...fatwa tuan dah berjela2 kat sini..happarraaa.

islam itu ganjil pada pengakhiran bukan boleh tafsir ikut nafsu tuan shj...kalau begitu baik kata syiah yg betul, psl mereka lagi ganjil...berkaitan hadis ini juga telah dibahaskan dan difahami sekalian ulamak2 islam ASWJ dan mereka tidak langsung nak claim mereka shj yg benar...mereka sedaya upaya cuba mesukkan sekalian umat islam ke dalam lingkungan ini, kerana mereka bersangka baik dan sentiasa terbuka pd perbezaan pendapat...kan islam itu rahmatan lil a'lamin.

tuan, semakin banyak tuan berfatwa, semakin geli jadinya..tuan, cuba naikkan martabat iman seperti iman sahabat2 nabi dahulu, nescaya tuan akan lebih memahami hadis2 nabi seolah2 nabi benar2 sedang bersabda pada tuan..iman Abu Bakr ra lebih berat dari seisi dunia, beliau juga sahabat akrab nabi kita, tetapi hanya sedikit hadis shj lebih kurang 142 yg diriwayatkan dari baginda saw...tafakkurkanlah ye tua..semoga kita mendapat hidayah dan tawfiq dr allah.

Anonymous said...

tuan salap, demokrasi memang ciptaan kafir..dalam PAS juga ada demokrasi, tetapi dibendung dan dinaung oleh majlis syura supaya ulamak2 membimbing orang2 awam dalam berdemokrasi...dan setiap yg bertanding menentang penyandang jawatan atau kerajaan bukanlah diiktiraf sebagai khawarij atau penderhaka, tetapi diiktiraf sebagai memberi rakyat pilihan dalam membuat penilaian.

kalau khawarij, selepas je BN menang, kami memberontak..itu baru khawarij..tuan salap, sudah2 lah dgn modal khawarij ni...bukan PAS je, UMNO pun tak berani nak dakwa dakwi sebegini kecualilah mahathir dulu..pasal mereka pu paham sabda nabi itu berkaitan siapa.

tuan salap, kenapa masih tidak menjawab soalan berkaitan fatwa menjatuhkan mr hosni mubarak...haram ke tidak? khawarij ke sapa yg jatuhkannya? apa kedudukan hosni walaupun solat, tetapi geng baekk dgn amerika dan israel menekan2 dan menzalimi umat islam palestin?

semoga allah mengurniakan hidayah dan tawfiq kepada kita

Anonymous said...

Sekian dari saya. Sesungguhnya saya sudah menyampaikan. Hidayah di tangan Allah SWT.

Kalau Allah x hendak, jadilah mcm surah al baqarah di bawah:

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
[11]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[14]
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.
[15]
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
[16]
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
[17]
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
[18]
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

Saya berlindung dgn Allah dan Rasulullah atas semua tuduhan serta cercaan yg dilemparkan ke atas saya hanya semata2 kecintaan sy terhadap Nabi dan sabdaanya serta keinginan saya utk mengikut sunnahnya secara total.

Saya berangkat ke madinah esok utk bertemu kekasih hati saya Rasulullah SAW.

Wasalam

Anonymous said...

mereka ini suka memakaikan ayat2 al quran kepada orang islam yg tidak sependapat dgn mereka, yg mana ayat itu sebenarnya diturunkan kepada kaum kafir atau munafik atau yahudi atau nasrani.

saya doakan tuan selamat pergi dan kembali di dalam penjagaan tuhan kita.

PKMB said...

Eh! Mencicit lari mcm abg syariff lak dia... Baru orang tu tanya 2 soalan je. Soalan mudah je nak jawab. Tiba2 nak ke madinah? Aku memang suka la blog ni....

Anonymous said...

PAS pun pakai ayat2 brgsiapa tak berhukum dengan hukum Allah kepada org Islam sepatutnya ayat tu kpd org Yahudi.

PKMB said...

Kesian tengok Pak Wahab Panau Salap sorang ni... bukan haritu ramai ke puak2 dia yang join. ni dah hilang semua. Takpela... dah balik nanti beritau le. Boleh sambung lagi. Tak pun mungking dah terbuka hati tak jadi Pak Wahab lagi dan boleh menerima perbezaan pendapat.

Anonymous said...

memang ayat itu kepada yahudi, BAHKAN umat islam lebih berhak dan lebih amanah dalam agama fitrah ini drpd yahudi laknatullah, lalu kita lah yg paling perlu berhukum dgn hukum allah...ayat itu tidak menafikan perlu berhukum dgn kitabullah LANTAS menegaskan yg kita umat islam (apatah lagi) perlu berhukum dgn hukum allah.

Anonymous said...

Saya mentelaah apa yg didebatkan di sini, masalahnya byk hadith suruh taat kepada pemerintah.

Jadi, ada hukum dalam hadith kata jgn lawan pemerintah walaupun zalim, selagi mana Islam, maka dia kena taat.

Jadi, siapa yg tak taat kepada pemerintah selagi mana Islam, maka dia itu tidak amanah dan lagi teruk dari yahudi ikut Anon June 8, 2011 3:51 PM.

PAs kata tiada negara Islam,hukum hudud bukan keutamaan jadi. Paham2 sendiri.

Ada yg kata, Hosni mubarak tu barua Amerika dan israil, boleh tanya tak, jadi barua tu dah jatuh shadahah ke?

Dalam Islam takda pembangkang,kalau nak tegur pergi jumpa dengan 4 mata.

Anonymous said...

Aqidah Nik Aziz

PKMB said...

Ini lagi sorang…. Entah2 orang yang sama tapi nak kasi nampak macam orang lain. Sebab dia dah tersalah langkah.. tu terus mencicit lari macam Abg Syariff.. Tuan tak perlu nak mengulang balik semua perbahasan di sini tuan. Perbahasan tentang hadith tersebut telah dibuat oleh ulama2 sebelum kita lahir lagi. Dan akhirnya terdapat perbezaan pendapat. Ada yang kat boleh, ada yang kata tak boleh… tuan pun sama dengan dia ke tak boleh menerima perbezaan pendapat?

Nak jumpa 4 mata? Pemimpin kita bukan macam pemimpin zaman sahabat… yang bercampur dengan orang…. Boleh jumpa kat surau… boleh jumpa kat kedai kopi…. Rumah pun mcm orang biasa takde nak sibuk pak guard dan sekuriti. Teguran kepada pemimpin (kalau dia nak menerima la.. ) dia boleh tgk kat FB, Tweet, TV dan banyak lagi cara… bukan sibuk mcm tuan yang amat static dalam memahami nas nak kena jugak “pegang tangan dan bisikkan ke telinga dia”…

tuan pun nak ngaku tuan ni ahli ke mcm tuan yang sorang lagi tuh?

Anonymous said...

tuan ni kata ulamak2 dah bahaskan. kalau dah bahaskan tulislah kat sini nama, kitab apa, mukasurat berapa. jangan pandai sebut ulamak ini ulamak tu, tapi sebenarnya agak2 saja. saya browse perbincangan ni, ada yg dah tulis bhw dalam syarah Imam Nawawi dah sahkan hadith ni sahih. Imam Nawawi tu kan yg tulis kitab hadith 40 yg ada kat surau2 bukan?

Pemimpin kita tu lagi mudah kita nak jumpa, kalau duduk di Palestin nak bgtau khalifah kat madinah, berapa hari nak sampai?

Kalau nak tegur tak nak malukan guna "cara terkini", email kan ada?

Betul tak?

Anonymous said...

ulamak-ulamak dh bahas sebelom lahir 2 sapa eh PKMB?

Jgn "ulamak" x abis ngaji quran dh aaa..

Anonymous said...

PKMB nih peminat samseng kg dusun kowt..kah kah kah...mmg aa.. lari tciyet...batuk aa syariff dol..sape aa..syariff dol cinta lap u tu aaa..?

PKMB said...

Tuan,

Tak perlu saya nak copy paste dari blog orang sperti apa yang tuan buat lepas tu terus nak mengaku ahli.

Kalau kita nak mencari kebenaran.. tak payah nak berdebat nak khawarijkan orang tu orang ni.. kita cari sendiri. dah ada dah sebenarnya link yang saya postkan sebelum ni, tetapi sebab tuan dan geng tuan ni malas nak belajar dan suka melihat dari perspektif tuan sahaja.. itu sebab tuan tak sudah2 nak orang buat perangai mcm tuan. copy paste copy paste.. lepas tu cakap yang diri tu dah ahli... lepas siap nak hina si POP tu bukan ahli dan suruh di back off. Cakap orang mcm ni ke yang kita nak pakai?

Saya rasa emel yang pemimpin kita ni dapat dah berlambak dari dahulu.. perbincangan dengan PAS pun dah berapa kali.. PAS siap offer lagi kalau nak bergabung atas nama kepentingan islam dan melayu boleh.. tapi dua-dua parti bubar dan wujudkan parti baru. Kenapa taknak? tuan suka sangat hukumkan orang.. kalau kes macam ni nak hukumkan apa?

Tuan janganlah ikut perangai tuan yang sorang lagi tuh (mungkin sebenarnya tuan ni orang yang sama.. cuma saja nak berlakon).. cuba kita lihat semua rujukan.. takpun tanya orang2 yang lebih arif... sy rasa kalau tuan search kat blog dan website2 pun ada banyak cerita pasal hukum ni.

Ada perbezaan pendapat.. tuan boleh menerima atau pun tidak?

Anonymous said...

Maknanya tiada ulamak lah seperti kata tuan syeikh PKMB ni, siapa yg minta copy paste blog?

Saya minta nama ulamak, nama kitab, mukasurat berapa, perenggan berapa?

Kalau tak wujud, cakap saja tak wujud.

lepas ni jangan baca ayat quran dalam sembahyang takut copy paste, pas ni jgn sebut hadith takut copy paste. teruklah mentaliti org mcm ni..

Email pimpinan? tolong pastekan dan tunjukkan email2 pimpinan Parti Berkebajikan yg telah bahas hadith2 ini. Betullah kata seorg pengomen, pimpinan yg tak habis khatam Quran.

Dah byk perbincangan pastekan saja di sini, kita bahas. jangan kata ulamak tu, pimpinan ni tapi bukti takde.

Bukti takde, mcm mana nak terima beza pendapat?

Anonymous said...

“Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, “Ia daripada Allah”, tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.”

ayat 3, ALi Imran.

Mereka sangka apa yg mereka perjuangkan itu agama, apabila kita minta bukti, mereka kata takda. mcm kata satu Anon tu, walaupun ayat tu ditujukan kepada Yahudi, tapi kitalah yg diberikan amanah utk jaga agama ni.

Bg nama ulamak, pun tak boleh, email pimpinan pun lepas ni taici kungfu panda.. Agama mereka ini hanyalah berdasarkan sangkaan dan dongeng khurafat saja..last2 apa yg diperjuangkan tak wujud dalam Quran..

Anonymous said...

Ho..ho..ho.. budak-budak tamrin panjang dah masuk dah...

HEP Universiti Malaya

Anonymous said...

Enta semua dtglah jumpa ana kat pengajian al quran dan sunnah, APIUM. Antum sudah kena tipu dengan pimpinan PAS. Hadith2 itu semuanya benar belaka, cuma pimpinan PAS sahaja tak mau dengar.

Prof. Madya Ishak Sulaiman phD
Jabatan Al Quran dan Sunnah
APIUM

(Mantan Amir Jemaah Islam Kampus 1990/91)

Anonymous said...

Tuan2 yg mulia,

Buat apa tuan2 bergaduh dan berdebat. Kemudian menghina2 masing2. Wahabilah,khawarijlah.

Marilah kita buat usaha agama atas iman dan amal. Kita ajak umat atas kalimat.Brgsiapa yg mengucap La ila ha illallah, dia masuk syurga.UMNO atau PAS semuanya betul.

Prince of Persia said...

Tuan,

Tiada siapa yang mengatakan yang hadith yang dituliskan salah... ada sapa cakap salah ke? Hadith ni adalah dari segi pemahaman. Saya pelik saya kena terangkan perkara ni pada orang yang mengaku dia ahli. Lain ulama, lain pandangan dalam memahami hadith tersebut. Kita bukan hebat sangat nak mengatakan orang tu salah dan orang tu betul.

Kaalau tuan sekelian ni nak mencari kebenaran, bukan nak suruh sy tuliskan kitab apa, ulama mana yang sebut pasal ni. Tapi tuan lebih rajin mencari kebenaran tu sendiri. Bukan sibuk nak tau sapa betul sapa salah... nak khawarijkan orang.,.. nak cakap orang tu salah...kita je betul. Kalau tuan baca post ni dari awal pun tuan tidak akan bertanya kitab apa, ulama mana... lepas tu mudah2 nak cakap orang2 tu belajar tak abis.

Memang perangai tuan2 ni merasakan diri sendiri tu lebih hebat dari orang lain... dan kadang kala merasa kagum dengan kehebatan diri sendiri.

Tuan, rajin2 la buat research. Dalam post sebelum ni pun dah ada saya link ke page penerangan ttg perkara ini. Rujuklah orang yagn berkenaan. Saya di sini bukan taksub dengan mana2 parti dan jgnlah konon2 nak suruh sy backing Parti Kebajikan ke... Barisan Neraka ke...

Unless la tuan masuk blog ni semata2 nak kafir/khawarij kan orang...

Anonymous said...

Dalam beberapa hadis berkenaan orang-orang yang bertindak memisahkan diri daripada jama’ah pemerintah muslim, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ الثَّيِّبُ الزَّانِي وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ

“Tidak halal darah seorang muslim untuk ditumpahkan apabila dia mengakui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, dan aku adalah utusan Allah melainkan dengan salah satu dari tiga perkara:

1. Seseorang yang telah menikah tetapi kemudiannya dia berzina,

2. Membunuh orang lain, dan

3. Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/25, no. 3175)

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini:

وأما قوله صلى الله عليه و سلم والتارك لدينه المفارق للجماعة فهو عام في كل مرتد عن الإسلام بأي ردة كانت فيجب قتله إن لم يرجع إلى الإسلام قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج والله أعلم

“Adapun sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah” adalah bersifat umum bagi setiap orang yang murtad keluar dari Islam dengan setiap cara dan bentuknya, wajib untuk dibunuh sekiranya dia enggan bertaubat. Para ulama mengatakan:

Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan kebid’ahan, berkhianat, atau selainnya, demikian pula al-khawarij, wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 11/165)

Maka fikirkanlah bagaimana dengan orang yang memberontak kepada para pemerintah atas tiket ideologi Syi’ah Rafidhah sebagai panutannya?

Berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ

“Sesungguhnya akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak memecah-belah urusan umat ini sedangkan umat tersebut telah bersatu, bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3442)

Anonymous said...

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ

“Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:

فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل

“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)

Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:

دلت هذه الألفاظ على أن من خرج على إمام قد اجتمعت عليه كلمة المسلمين والمراد أهل قطر كما قلناه فإنه قد استحق القتل لإدخاله الضرر على العباد وظاهره سواء كان جائرا أو عادلا وقد جاء في أحاديث تقييد ذلك بما أقاموا الصلاة وفي لفظ ما لم تروا كفرا بواحا

Hadis di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (kawasan atau negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang zalim selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan, “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”. (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/261)

Begitu juga dengan imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seseorang pemerintah yang telah memiliki kedaulatan (kuasa) dan juga diberi bai’ah (kepercayaan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/941 - Maktabah Syamilah)

Anonymous said...

saya dah mencari, saya dah jumpa dan saya ada ulamak yg berikan saya dalil.

Tapi Tuan2 semua, saya tanya siapa ulamak tuan2, rujukan mana? Satu pun tak boleh jawapan. jadi, saya rasa tuan2 semua ni cuma berangan2 dalam ugama. Agama ini berdasarkan hujah dan dalil.

Saya ulang lagi, di mana rujukan tuan2 pasal politik Islam? Ulamak mana, rujukannya berdasarkan apa?Kitab mana? Mukasurat berapa? Tolong berikan?

Saya sudah berikan, maka tanggungjawab tuan2 nak kata pendapat tuan betul perlulah berasaskan kajian. janganlah kita suruh org kaji, tapi kita tak sendiri nak kaji sebab tahu akan kecewa dengan kajian tuan2 semua.

Anonymous said...

Saya dah jawab link tersebut dengan mudah, maka tidak perlu berpegang atas satu hujah yg lemah.

Bukan saya yg khawarijkan sesiapa, tetapi Nabi, Imam Muslim, Imam Nawawi dan Imam As syaukani.

Mintalah syafaat anda nanti kepada penulis link itu, semoga berjaya di akhirat nanti.Good luck!

Anonymous said...

Lain ulama, lain pandangan dalam memahami hadith tersebut. Kita bukan hebat sangat nak mengatakan orang tu salah dan orang tu betul.

benar kata2 saudara2 saya, siapa ulamak yg berlainan dalam pemahaman hadith itu?

Silalah beritahu, jangan pulak lepas ni sebut nama ulamak2 yg baru perasan takda negara Islam dalam Al Quran...hahaha

Anonymous said...

Masyarakat sekarang cukup jahil, apabila ada org datang dengan pegangan yg cukup, mereka dinafikan kebenarannya.

Saya malu dgn pemuja-pemuja akal ini yg bercakap menggunakan agama.


~Rahayu~

Prince of Persia said...

Tuan,

Kalau tuan tak jumpa bermaksud tuan tak cukup la study. Link dalam blog tu ada menyebut tapi tuan yang tak kaji betul2.. itu sebab tuan boleh cakap "maka tidak perlu berpegang atas satu hujah yg lemah". Menunjukkan tuan masih belum cukup mengkaji. Saya memang tak berniat nak main copy and paste hadith macam tuan. Hadith ni bukan boleh main copy and paste sebab ia sangat bergantung kepada pemahaman seseorang. Dan jika tuan mengkaji, tuan akan dapati hadith yang kita dapati sahih di sini.. ia dikategorikan daif di tempat lain... yang daif kat sini, kat tempat lain dia sahih. Ada macam-macam cerita...

Dan tuan, proses pilihanraya bukanlah proses menjatuhkan pemerintah. Ia adalah proses memilih semula. Itu sebab dibubarkan parlimen...dan diadakan pilihanraya. Tuan yang dah mencicit lari tu (mungkin tuan ni orang yang sama sebenarnya!) siap quote dari Pengarah SPR lagi tentang perkara ini. Which is telah menjadikan pilihanraya pointless. Kalau dah betul mcm tu.. jangan la adakan pilihanraya.. kan senang?

Itu sebab saya cakap... kalau tuan memang dah yakin konon tuan ni nak mengikut hadis secara total... dan memang takkan boleh menerima perbezaan pendapat... bawak la ke pihak yang berkenaan. Senang sikit keje tuan tak payah nak post sampai 400 kat sini.

Saya bukan macam tuan yang taksub dan seperti katak di bawah tempurung. Kalau pemahaman Al-Quran dan hadith itu adalah semudah copy and paste.. petik ayat sana dan ayat sini... takkan wujud dialog, forum etc antara ulama. Perlu ke saya nak petik ayat Surah Al-Baqarah, Surah Al-Maidah... Saya bukan ahlinya untuk saya copy and paste macam tuan... nak buat apa? Sebab bila saya buat mcm tu, tuan akan bahaskan balik, dan saya pulak akan bahas balik. Inilah akibatnya orang yang bukan ahli... lepas tu baru baca kitab tu sikit kitab ni sikit... terus merasakan diri tu ahli. satu sifat orang yang ahli ni, dia akan sentiasa merendah diri dan takkan memperlekehkan orang. takde dia nak berlagak konon dia ada hadis di belakang dia .. dia ingat orang islam lain semua tak baca hadis.

Kalau tuan dah cukup study, dah cukup research... tuan akan jumpa. Tapi sebab tujuan tuan dalam blog ni memang seboleh2nya nak hukumkan orang khawarij, sapa tak sependapat dengan tuan... tuan nak hukumkan sesat, buat benda lain sikit bidaah... tuan memang takkan jumpa.

Tuan, hadith yagn tuan bentangkan takde sapa pun yang cakap salah. memang betul. Yang menjadi perbezaan di sini adalah pemahaman hadith tersebut.

Sekali lagi.. saya katakan, di sini bukan tempatnya untuk kita berbahas tentang nas-nas sebab kita bukan ahli. Dan dari segi tuan berbahas pun memang dah terang2 bukan ahli.

Jika tuan rasakan memang yakin apa yang tuan pegang di sini... bawalah perkara ini ke pihak yang berkenaan. Jatuhkan hukum haram/murtad atau apa-apa sahaja kepada yang orang islam yang undi pembangkang. Sebab kalau setakat tuan berbicara kat sini, berapa ramai sangat yang tahu. Kita mesti ingat kalau betul perkara yang tuan dakwa ini.. tuan pun tanggunglah dosa orang islam kat Malaysia ni semua kalau tuan tak bawak ke pihak berkenaan.

Ada ke cubaan tuan nak buat? Saya rasa tuan pun tau kan sebenarnya tuan bukan ahli dan memang tuan akan kena sekolahkan balik dengan orang yang berkenaan.

Ini yang saya maksudkan... tuan fikir tuan punya pisau, pedang.. tapi tuan tak pikir orang lain punya AK-47 dan Rocket Launcher. Yang saya maksudkan tu ialah orang yang labih arif... iaitu ahli yang sebenar dalam bab-bab hadith dan Al-Quran...bukan saya, bukan tuan.

Muhasabahlah diri tuan....

Anonymous said...

Saya memang tak jumpa wahai POP,maka tunjukkanlah saya nama ulamak itu,nama kitab, no mukasurat, semoga saya salah, dan tuanlah yg betul. Atau pun sekurang2nya bolehlah tuan nak amal dengan senang hati dan tidur lena seperti saya.

Alhamdulillah, saya ikut Imam Nawawi, saya ikut Imam Muslim. Alhamdulillah. POP ikut siapa? Nabi kata sampaikanlah walaupun satu ayat, ada tak nabi larang "copy and paste". Tunjukkan larangan tu..hehehe

Tolonglah tunjuk pada saya. Bukan untuk saya. tapi untuk tuan,tunjukkanlah yg amalan tuan tu betul.

PAS kata nak jatuhkan BN,mari jatuhkan BN. Kalau pilih semula, maka kena pilih BN la kan? Bukankah Nabi halang kita minta jawatan? Ingatlah kisah sahabat yg mintak jawatan,Nabi kata,kalau kau minta jawatan, ALlah takkan tolong..ingat tak?

Pilihanraya mmg pointless, sebab tu xpayah parti yg kononnya mengaku parti Islam masuk dalam perkarayg tak syarie... takpe lepas nidah boleh masuk..kan dh jadi Parti kebajikan..haha.

Aku dah berenti dah, kau saja yg dok posting, jadi apa salah saya teruskan. Mufti pun dipanggil syaitan bercakap, mufti dah suruh bersatu, jadi xpayah berlakon.POP mmg suka posting, jadi tak kisah saya raikan...

Anonymous said...

Tak taulah,kalau Nabi kata tak boleh, dia kata boleh, siapa yg taksub ..hehehe..

Saya ikut Nabi, kalau ikut nabi tu duduk bwh tempurung, relalah saya duduk bwh tempurung.

Kalau susah nak faham hadith, tunjukkanlah forum ulamak pasal hadith tersebut, siapa ulamak.

Memang perlu POP petik Quran danhadith serrta tafsir dan syarahnya sekali. Itulah kaedahnya. Kalau xtahu, ikut sahajalah panduan yg diberikan oleh ulamak terdahulu spt Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Nawawi. Tak susah, Islam kan mudah, yg tuan susahkan apasal?

Kalau org ada ilmu tuan takmau ikut terpulanglah, piihan di tgn tuan.

Saya dah research dan saya tak jumpa, jadi tanggungjawab tuan utk jumpakan dalil yg kuat dr yg ada pada saya.Jadi,bukan saya yg hukumkan khawarij,tapi Nabi dan para Imam.Jadi bukan saya hukumkan tetapi Nabi,sahabat, tabi'in dan para ulamak salafusoleh. Jadi,berilah dalil dr mereka ini utk bolehkan perbuatan tuan.

saya ucapkan selamat berjaya.Kerana jika ada yg kata konar pada pemahaman Hadith,maka dia seolah berkata Imam Nawawi tak faham hadith. Hebat,Imam Nawawi tak faham hadith.

Inilah medan dakwah, sebab amalan Islam bukan utk para ustaz dan pelajar pengajian Islam sahaja.Jadi perlu disampaikan. Kepada yg tidak belajar,akurlah dan beradablah dengan Al Quran dan as sunnah

Anonymous said...

Nabi dan para Imam sudah jatuhkan haram. Apabila tuan POP menulis, satu dosa terpalit kerana terus menidakkan hukum Islam ini.Jadi muhasabahlah diri. Jika terasa tidak mahu syafaat Nabi dan terasa hebat di akhirat silakanlah.

Saya suka hendak melihat org yg berani sekolahkan Allah dan rasulnya. Syaitan pun tak berani, tak tahulah kalau tuan kenal org yg ada bakat terpendam.

Saya ada Allah dan rasul. Hasbiyalllah wani'mal wakil. Saya tak perlu apa2.

Jadi,panggillah org2 yg berani sekolahkan Allah dan rasul itu.

sebelum minta saya muhasabah diri, eloklah muhasabah diri awak tu dulu.

Good luck di akhirat nanti ya!!

Anonymous said...

Tuan2 yg mulia,

Dari bergaduh dan berdebat,mari kita buat usaha agama atas iman dan amal.Hendak tegakkan deen kita perlu kuatkan azam,mulakan dengan keluar 3 hari.Selepas itu,kita azam dengan seminggu dan kemudian 40 hari dan akhirnya 4 bulan. Kita ajak org dtg masjid,dengar bayan.Kita elak kata-mengata,caci-mencaci,dan kita hidupkan usaha agama.

Anonymous said...

Tuan2 yg mulia,

marilah kita sama2 meriahkan majlis fikir. majlis fikir atas iman dan amal. Apabila karkun berpesan sewaktu berziarah ke rumah2tuan2, ambillah manfaat. Masjid sebagai rumah Allah patutlah kita hidupkan. Ingatlah asbab kita dijadikan. Kita semua bersaudara, man qola laila haillah, da khola jannah. marilah kita berazam.

Anonymous said...

AKU MINTAK MAAF JIKA ANDA YANG MEMBACA TERASA DENGAN APA YANG AKU TULISKAN INI.BAGI YANG MENYOKONG PAS YANG TIDAK RELA MEREKA DIPERKUDAKAN,ARTIKEL INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ANDA.

selama aku hidup dlm dunia ni tak ada pon yang aku suka tentang PAS.hari ni dah ada fatwa baru yang menyatakan pas tidak lagi mengutamakan negara islam.tetapi di tukarkan dengan negara kebajikan.aku nak tanya orang2 PAS????dimankah pendirian ketua hampa selama ini yang nak menegakkan negara islam.sejak bersama dengan DAP dah semakin menjadi2 la pulak fatwa yang di keluarkan.
1.kenapa la ni dah tak ada ka fatwa2 yang dahulunya:
a.tak boleh makan sembelihan orang umno
b.tak boleh kawin dengan orang umno
c.dan macam2 lagi.
JAWAPANNYA...pasai dah jadi rakan sejuboq

hari ni siap DAP kata langkah mayat depa dahulu klu nak jadikan negara islam jika PAS menang

apa ni bro.ngan depa pon hampa boleh kawan ka.....

apa kata tok nik.....????
itu jawapan peribabi depa....
apa ni tok nikkkkkkk

aku cabar jika pas betul2 nak menegakkan negara islam keluaq dari pakatan..boleh????

yang aku tahu dahulunya masa PAS sendirian tak jadi macam ni.sejak dah jadi rakan sejubor dengan DAP dah menjadi2 la pulak.
aku amat kasihankan dengan
"ANON april 3 2011 5:15 pm"
sehingga macam tu sekali puak2 PAS ni berfatwa.

TOYA MAT AMIN LA HAMPA.......

Anonymous said...

Kesian tengok orang UMNO dalam ni. Dah macam budak bodoh je.....

Karl said...

Prince of Persia, PKMB,

Serius aku lagi kesian tengok korang. Bila diberi nas, ko balas dengan soalan dengan lojik akal. Lepas tu ko kata orang lain bukan ahli la, takda ilmu la tapi yang sebenarnya korang yang takda ilmu.

Nak berdebat dengan hujah, bagi la hujah. Tabur lojik akal lepas tu melompat2 kata "kita menang, kita menang" apa jadah? Kalau dah tau takda ilmu, jangan tabur semacam, lepas tu mengata orang lain takda ilmu. Itu taktik budak2.

Lagi banyak aku baca komen2 dalam ni, lagi aku terasa lagi bagus ikut wahabi dari ikut perangai puak2 pas ni.

Teringat pulak aku dengan puak2 syiah, hantar tukang debat takda ilmu, sebab senang kalau dah kalah debat, boleh la jawap "aku bukan ahli ilmu".

Untuk pengikut salaf, teruskan perjuangan, aku semakin nampak kecantikan salaf ni.

Anonymous said...

Good post and Smart Blog
Thanks for your good information and i hope to subscribe and visit my blog STD Symptoms and more Scabies Causes thanks again admin

Anonymous said...

Ngaku je la tuan... PAS mmg menyesatkan..

inni akhafullah said...

assalamualaikum tuan, andai tulisan tuan ini benar maka pertahankan lah, andai apa yg tuan rasa itu betul maka berpeganglah... andai ketika smpi waktu perhintungan nnti, andai Allah bertanyakan kpd tuan apa yg telah kamu lakukan demi mempertahankan agamaKu, andai tulisan ini benar maka berbahagialah... kerana tuan sudah ada jawapan untuk itu. tpi satu yg sy nak bagitau tuan sbgi saudara seislam..andai apa yg tuan sampaikan ini tidak betul maka pohonlah kemaafan,tuan telah menyebarkan fitnah yang boleh disebarkan oleh org yang hanya mahu disuap tanpa mengkaji.. org yg hanya menerima tanpa faham.. dan itu adalah satu kesilapan. sy dpt rasakan tuan adalah golongan cerdik pandai, yg mana mampu utk membezakan sesuatu malah mampu untuk menyelesaikan suatu masalah... setiap masalah yg berlaku pasti ade penyelesaiannya.. zaman sy dan zaman tuan tak sama.. sume akn mampu berubah jika ada yang menegur, apa kata kalo mase tu tuan mbuahkan pendapat... sy x nampak ape pun dlm artikel tuan yg mampu utk menyatukan umat Islam, bahkan menambahkan kecelaruan mereka yg hnya mencari dan menerima tpi bukan mengkaji, andai betul apa yang tuan perkatakan dlm tulisan ini, buktikan yg sy salah, apa yg tuan perkatakan adalh perkara yg telah lalu.. andai betul pas masih belum berubah dan lebih sesat buktikan kpd sy, harap tuan tidak cilok idea dri parti2 penentang kerana sume perkara tu ade hujah yg mampu tuk dibahaskan in shaa Allah. tpi sblum mbuat apa2 perkara niatlah kerana Allah, mudah-mudahan ia akn jadi satu ibadah yg diberkati, wallahua'lam.

inni akhafullah said...

assalamualaikum tuan, andai tulisan tuan ini benar maka pertahankan lah, andai apa yg tuan rasa itu betul maka berpeganglah... andai ketika smpi waktu perhintungan nnti, andai Allah bertanyakan kpd tuan apa yg telah kamu lakukan demi mempertahankan agamaKu, andai tulisan ini benar maka berbahagialah... kerana tuan sudah ada jawapan untuk itu. tpi satu yg sy nak bagitau tuan sbgi saudara seislam..andai apa yg tuan sampaikan ini tidak betul maka pohonlah kemaafan,tuan telah menyebarkan fitnah yang boleh disebarkan oleh org yang hanya mahu disuap tanpa mengkaji.. org yg hanya menerima tanpa faham.. dan itu adalah satu kesilapan. sy dpt rasakan tuan adalah golongan cerdik pandai, yg mana mampu utk membezakan sesuatu malah mampu untuk menyelesaikan suatu masalah... setiap masalah yg berlaku pasti ade penyelesaiannya.. zaman sy dan zaman tuan tak sama.. sume akn mampu berubah jika ada yang menegur, apa kata kalo mase tu tuan mbuahkan pendapat... sy x nampak ape pun dlm artikel tuan yg mampu utk menyatukan umat Islam, bahkan menambahkan kecelaruan mereka yg hnya mencari dan menerima tpi bukan mengkaji, andai betul apa yang tuan perkatakan dlm tulisan ini, buktikan yg sy salah, apa yg tuan perkatakan adalh perkara yg telah lalu.. andai betul pas masih belum berubah dan lebih sesat buktikan kpd sy, harap tuan tidak cilok idea dri parti2 penentang kerana sume perkara tu ade hujah yg mampu tuk dibahaskan in shaa Allah. tpi sblum mbuat apa2 perkara niatlah kerana Allah, mudah-mudahan ia akn jadi satu ibadah yg diberkati, wallahua'lam.

«Oldest ‹Older   201 – 375 of 375   Newer› Newest»

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...