PKR Mengganas! Shuib Diancam Bunuh!

Shuib akui terima ancam bunuh

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shub berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib.

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

1 comment:

fireman5362 said...

Sy sokong kalu kenyataan sdra itu benar tapi kalau tak benar macamana nanti anda nak buat. Berfikir lah dgn fikiran yg waras. Jgn ikut dgn apa org kata sja. Sy sendiri jumpa dgn Sdra YB Johari Abdul,.. tawaran RM70 juta apa nak cerita. apa pulak dgn kisah video dgn tawaran yag sebegitu besar sekali. Berfikirlah yg sebenar-benar nya. Dan Lihat lah pada Fakta jgn ikut dengan org lain bercakap. Sy & 1 org kwn sy sendiri bertanya dgn Johari Abdul di Stadium Melawati SA. Apa nak cerita. Utk pengetahuan saya juga org. Seberang Prai/Nibong Tebal.nkotru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...