Pok Nik. Tunaikanlah Janji. Jangan Jadi Munafik

Dua persatuan peniaga di sini enggan tunduk kepada desakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah berhubung isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru di sini yang mencetuskan polemik berpanjangan.

Sebaliknya, kedua-dua persatuan itu mendesak Nik Abdul Aziz supaya menunaikan terlebih dahulu janji yang dibuatnya pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad berkata, sepatutnya wakil rakyat dalam Parlimen Kota Bharu termasuk Anuar yang perlu memohon maaf kepara peniaga terbabit kerana mereka tidak turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, kritikan terbuka ke atas wakil rakyat Pas itu terpaksa dilakukan bagi memastikan Nik Abdul Aziz yang juga MursyidulAm Pas mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di peringkat bawahan.

“Kami mahu tahu apa tugas wakil rakyat, adakah tugas mereka hanya menyelesaikan masalah rakyat dari pejabat sahaja tanpa turun ke padang?Untuk makluman sejak 2008 sehingga 2011, tiada seorang pun wakil rakyatdi Parlimen Kota Bharu turun bertemu kami.

“Saya tidak akan minta maaf, tiada sebab untuk saya minta maaf. Saya kritik depan ramai, itu adalah curahan hati saya untuk tolong tok guru(Nik Abdul Aziz) dan saya minta tok guru dengar rintihan di bawah,jangan dengar Exco sangat.

“Kalau tok guru suruh saya minta maaf, lebih baik suruh Exco, Datuk Husam Musa minta maaf kepada Ahli Parlimen Kota Bharu sebab dia yang katakan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak turun padang sebab takut. Saya ambil cerita ini daripada mulut Husam dalam mesyuarat di sebuah hotel pada 1 Februari lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jumaat lalu, ketika menyampaikan kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz meminta kedua-dua persatuan tersebut supaya meminta maaf secara terbuka kepada Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri kerana melakukan serangan terbuka ke atas Exco berkenaan.

Menurut Nik Abdul Aziz, tindakan kedua-dua persatuan peniaga terbabit yang melakukan serangan peribadi secara terbuka adalah berdosa dan bertentangan dengan Islam.

Ia ekoran kritikan pedas dan terbuka Abdul Salim terhadap wakil rakyat Pas yang didakwanya tidak turun padang ketika berucap pada Majlis Maulidur Rasul anjuran Urus Setia Penerangan yang turut dihadiri oleh Nik Abdul Aziz dan barisan Exconya, di tempat letak kereta Bazar Arked Uda, Khamis lalu.

Abdul Salim berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz perlu menunaikan janji yang dibuatnya iaitu menyediakan ruang niaga yang selesa kepada 415 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Bazar Arked UDA yangakan dipindahkan ke Bazar Tok Guru.

“Saya bagi pihak peniaga di pasar besar kalau tersinggung, saya mohon maaf kepada tok guru, tetapi saya ingin bertanya kepada tok guru adakah selesai perjanjian dia dengan peniaga Pasar Lama MPKB dan Bazar UDA semasa ucapannya dua hari sebelum pilihan raya.

“Ingat kembali apa yang dia janji kepada peniaga kecil, apakah saya perlu mohon maaf atau tok guru sendiri mohon maaf kerana saya tengok tidak ada jalan penyelesaian (bagi masalah ini),” soalnya.

Katanya, kesemua 415 peniaga di kedua-dua pasar tersebut sebulat suara tidak berpindah ke Bazar Tok Guru selagi isu keluasan ruang niaga di bazar itu tidak diselesaikan biarpun kerajaan negeri memberi notis sehingga 30 Mei ini supaya mereka berbuat demikian.-utusan

1 comment:

Neilkie69 said...

Salam, dalam Islam, Kalau dah berjanji maka wajib di tunai janji tersebut, kalau tidak tunai hukumnya berdosa kalau tidak mampu tunai wajib orang itu mohon maaf pada orang yang dijanjikan. Maka di sini kalau menurut hukum dalam Islam siapa yang wajib hohon maaf?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...