Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Tu Dia! Nik Aziz Dipergunakan Oleh Syarikat Judi??
Nampak seakan Nik Aziz merelakan iklan nombor ekor di portal online akhbar chinapress yang mempromosikan judi ini dikempen bersama berita mengenainya.
Pok Nik Jatuh Sakit. Tiba Masanya Untuk Berundur.
pic hiasan
Seringkali kedengaran bahawa Nik Aziz adalah penghalang utama didalam perpaduan orang Islam di dalam Malaysia ini terutamanya melibatkan 2 parti utama orang melayu.Adakah pengunduran pok nik yang dari ke hari dilihat semakin uzur memberi harapan baru kepada usaha ini?Sakit yang dihidapi beliau juga adalah mungkin sebagai 'petanda' untuk beri peluang Pok Nik berehat dan melepaskan semua jawatan politik yang dia pegang.
Pok Nik wajar bermuhasabah tentang dirinya yang sering didalam keuzuran bahawa dia perlu beri peluang kepada pelapis lebih muda untuk menggantikan dia.
Sampai bila pok nik hendak menongkat langit?
Namun 'stand' A.S adalah tetap mendoakan agar Pok Nik kembali sembuh dan tidak akan sama sekali mendoakan Pok Nik pecah perut sebagaimana apa yang dia lakukan terhadap orang lain.
Pok Nik 'Ditampar' Mufti Perak Isu Nabi!
Disaat Nik Aziz mengambil jalan mudah dengan tak mahu bertanggung jawab didalam isu penceramah PAS yang melabelkannya sebagai Nabi, isu tersebut semakin hangat diperkatakan dikalangan ilmuan Islam dalam negara..Hari ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa mana-mana umat Islam yang membuat pengakuan bahawa ulama adalah nabi, wajib bertaubat dan perlu melafaz semula dua kalimah syahadah.
Ini berikutan ada seorang penceramah PAS yang sudah berani mengangkat martabat Nik Aziz sebagai Nabi kerana terlampau taksub dan memuja Mursyidul Am PAS tersebut.
Selain itu, menurut Mufti Perak, mereka yang bersetuju dengan pengakuan itu juga adalah berdosa besar kerana dianggap bersubahat.
Ini kerana, katanya, Allah menyatakan dengan jelas dalam al-Quran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penyudah segala nabi yang diturunkan sebelum baginda.
"Kalau sayang sangat kepada ulama, jangan sampai menyamakan dengan nabi kerana tiada sesiapa pun yang sempurna kecuali nabi. Jangan terlampau taksub kepada parti kerana ia boleh membawa kepada kesesatan," katanya.
Pok Nik Bisa Sakit Jantung Lihat Gambar Majlis Qorban Ini

Alhamdulillah, jika dilihat dari sudut positif, ternyata ibadah qurban berjaya menyatupadukan umat Islam dari semua golongan. Ikatan ukhuwah terjalin dengan erat dengan bersma-sama bergotong royong melapah dan mengagihkan daging qurban.
Namun musuh dan penentang utama usaha berbaik-baik sesama Islam (kerajaan perpaduan) iaitu Pok Nik pasti tak suka lihat simbol penyatuan seperti gambar diatas ini. Beliau rela berpeluk sakan dengan dap dari berbaik-baik sesama muslim.
Pok Nik Menebas Pun Nak Riuh! Kehkehkeh (video)
Puak taksub Pok Nik kali nimeneruskan lagi siri menyanjung Pok Nik.
Selepas aksi makan pakai tangan di gerai, solat di masjid,berwuduk di sungai dan duduk di pangkin makan cekodok digembar-gemburkan,kali ni aksi pok nik 'menebas' mencuri perhatian para pencacainya untuk dipukui canang di ruangan blog mereka.
A.S tengok video ni, tadak apa pun yg ditebasnya, creh, creh takde beza pun.
Memain je A.S tengok..
boleh dikatakan hanya sekadar lakonan kosong..
Selepas aksi makan pakai tangan di gerai, solat di masjid,berwuduk di sungai dan duduk di pangkin makan cekodok digembar-gemburkan,kali ni aksi pok nik 'menebas' mencuri perhatian para pencacainya untuk dipukui canang di ruangan blog mereka.
A.S tengok video ni, tadak apa pun yg ditebasnya, creh, creh takde beza pun.
Memain je A.S tengok..
boleh dikatakan hanya sekadar lakonan kosong..
Ustaz Zainal Taruh Pok Nik Baek Punyerr..
Tu lah Pok Nik, satu jari tunjuk kat orang, 4 jari menuding kembali ke arah kita. Kan dah kena!
Pok Nik harus bertaubat
Speku Ku Li Ganti Anwar: Pok Nik Buat Lawak Jenaka!
Yang aku tau spekulasi ni bermula dari puak pakatan haram. Yang komen hal ini ialah DS Zahrin, MP Bebas.Macamana pulak ini kerja orang UMNO?Setelah Ku Li bersama beberapa orang bekas menteri menubuhkan NGO bernama AMANAH, puak pakatan melihat ini peluang mereka menarik Ku Li disebabkan kononnya NGO itu ditubuhkan untuk menghentam kerajaan.
Pok Nik.. Pok Nik.. Bula Posa ni cua buat kerja cara islam skit. Jangan main tuduh-tuduh..
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.
Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.
"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.
Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.
Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.
Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.
Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.
Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.
Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar.
"Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.
"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.
Tonton: Ke'Zuhud'an Nik Aziz Menjamah Makanan! (Vid)
Entry ringkas untuk dikongsi.
2 point penting yang nak dihilightkan disini ialah:
1. Kenapa jemaah lain boleh makan dalam talam Pok Nik makan dealam pinggan asing-asing.Katanya zuhud, bersederhana dan merendah diri, video ini tak melambangkaa peribadi sebenar untuk menjadi contoh kepada rakyat.
2. Gunakan sudu dikala semua orang lain makan menggunakan tangan. nampak Nik Aziz disini ada 'level' yang istimewa dari orang lain. Tidak mencerminkan keperibadian sebenar pemimpin yang mesra rakyat dan zuhud. Apa salahnya sama-sama pakai tangan?
Entry ni sekadar petunjuk untuk puak PAS jangan nak label pemimpin kamu semua macam maksum dan seolah perfect sangat tapi hakikatnya banyak lagi kelemahan yang tidak disedari oleh tuan empunya badan.
Panas! Ancaman Nik Aziz Lebih Bahaya Dari Ancaman Komunis
“Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ni, bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda, kita balik semula dan terus bangunkan tanah ni. Sekarang ni, ancaman kerajaan PAS Nik Aziz, kami nak pergi ke mana?”“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada saya sewaktu saya dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.
Agen Johnson dan saya kembali ke Kelantan untuk menyiasat kes rampasan tanah yang dibangunkan oleh penduduk tempatan oleh tauke Cina.
Sewaktu melawat ke tapak tanah bukit yang telah dibersihkan, agen Johnson sempat menyamar sebagai pemburu haram dengan memikul senapang RELAnya dan berbual dengan seorang tauke Cina yang kebetulan berada di tapak itu.
BACA SETERUSNYA
Terkini! Pok Nik Jatuh Sakit Lepas Balik Dari Uzbek!
Sebagai saudara semuslim, aku doakan Nik Aziz cepat sembuh. Dah lama dah. Sudah-sudah lah tu pegang kuasa. Sampai bila nak tongkat langit?Cuma nak tau, apa yang dapat di Uzbekistan tu? Ada FDI nak masuk dari sana ke Klate ke or Vice versa? Hehe
Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, selepas mengadu sakit perut.
Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Syaari, berkata Nik Aziz dibawa ke hospital itu tengah hari semalam dan doktor yang merawatnya meminta Menteri Besar itu berehat di hospital untuk beberapa hari.
“Nik Aziz baru pulang dari lawatan kerja ke Uzbekistan selain menunaikan umrah, padat dengan program harian, menyebabkan tiada masa rehat dan mungkin disebabkan keadaan itu beliau jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Pengarah HUSM, Datuk Dr Zaidun Kamari ketika dihubungi mengesahkan bahawa Nik Aziz dibawa ke hospital itu pada jam 1 tengah hari dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Di sebalik tahun 1973..Nik Aziz Dalangnya!
AS nak kongsikan disini kisah bagaimana UMNO dan PAS berpisah disebabkan seorang manusia bernama Nik Aziz. Pada 1973, Tun Abd Razak pernah menyatukan UMNO dan PAS dalam BN. Pada PRU tahun itu juga orang melayu memiliki lebih 2/3 kuasa di parlimen. Ketika itulah Nik Aziz sudah mula menghasut agar orang PAS membenci Datuk Asri yang merupakan presiden PAS dan Menteri Tanah & Kemajuan Wilayah kononya terlalu mengikut telunjuk BN.Hasutan ini akhirnya berjaya menbawa PAS keluar dari BN pada 1978 apabila PAS sudah berasa selesa kerana menenangi 23 kerusi berbanding UMNO hanya 13 kerusi dalam DUN Kelantan. Hakikatnya, Nik Aziz inilah penghasut besaq!
nik aziz hina Nabi, Ustaz Kazim pertahan Nabi (vid)
AS bawakan video ini untuk tatapan bersama bagi kita pikirkan yang mana betul, yang mana sesat!
Macam ni kah ulamak PAS mengajar kuliah kepada orang ramai? Habis semua orang disesatkan oleh beliau kalau yang mendengar itu menelan bulat-buat atas apa yang disampaikan oleh Pok Nik.
Sungguh bahaya sekali. Oleh itu, berhati-hatilah bila kita menuntut ilmu dari puak hamPAS agar kita tidak terpesong dan disesatkan.
Macam ni kah ulamak PAS mengajar kuliah kepada orang ramai? Habis semua orang disesatkan oleh beliau kalau yang mendengar itu menelan bulat-buat atas apa yang disampaikan oleh Pok Nik.
Sungguh bahaya sekali. Oleh itu, berhati-hatilah bila kita menuntut ilmu dari puak hamPAS agar kita tidak terpesong dan disesatkan.
Edisi Meroyan: Pok Nik Pulak Suruh UMNO Tukaq Nama!
Pok Nik nampaknya seperti cacing kepanasan setelah didesak bertalu-talu oleh pemimpin UMNO agar PAS gugurkan nama Islam dalam partinya. Ini disebabkan PAS secara total telah mengggugurkan perjuangan Islam kepada parti berkebajikan yang telah lama UMNO buat. Pok Nik dah mati akai nampaknya untuk bidas desakan tersebut. Then, keluarla loyar buruk yang tak semena-mena yang sekali lagi memperlihatkan kenaifan Pok Nik!Pok Nik , UMNO tu maksudnya United MALAYS National Organization. Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu atau dulu dipanggil Pekembar. Apa masalahnya dalam bahasa Inggeris jika maksudnya sama iaitu membela kaum melayu. Malays ialah Melayu. Namun Islam bukannya semata-mata kebajikan! Ke mana dasar Islam lain? Hanyut dipijak oleh DAPig?
Inilah sifat PAS, munafik nombor wahid. Nama Islam diperdagangkan sekadar untuk meraih undi. Sifat kemunafikan PAS lagi ternyata setelah demi untuk membontoti DAP, PAS sanggup ubah dasar parti kepada kebajikan.Agama hanya jadi dagangan kepada pelacur politik seperti PAS!
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemimpin-pemimpin Umno yang menggesa partinya yang berusia lebih enam dekad agar menggugurkan perkataan Islam pada namanya hanya kerana mengetengahkan pendekatan negara berkebajikan.
Menjawab gesaan beberapa pemimpin Umno agar PAS menggugurkan nama Islam, Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika Umno boleh menggunakan singkatan Bahasa Inggeris pada namanya, maka tidak salah bagi parti Islam itu menyebut nama “kebajikan.”
“Hari ini ada pihak yang mendesak PAS menggugurkan nama Islam dari nama parti. Seolah-olah Islam langsung tidak boleh menyebut soal kebajikan.
“Bila menyebut kebajikan, maka ia tidak Islam. Peliknya, pihak itu sendiri pun masih menggunakan bahasa asing pada nama partinya yang mendakwa memperjuangkan Melayu,” kata Mursyidul Am PAS dalam mesej yang dipaparkan pada laman sosial Facebook petang ini.
Pok Nik Terus Perlihatkan Kebodohannya Dalam Mengomen Isu Video Seks Anwar!
Pok Nik baik tak yoh komen la isu video seks yang dikatakan Anwar si pelakunya. Kan pak polisi Malaysia dah buat siasatan dan dah disahkan oleh Pakar dari US, korea dan Yusy KRU sendiri bahawa video seks itu adalah asli.Janganlah Pok Nik Nak tunjuk pandai guna perkataan 'super impose' kalau tak reti nak guna. nak backing Nuar pun patut padan la, jangan sampai serlahkan kebodohan yang boleh diketawa oleh rakyat. Ternyata Pok Nik kanto di situ kerana ia mengiyakan itu muka Anwar tetapi mengatakan wajah Nuar kononnya telah disuperimpose. Korang baca la artikel dari tusan malaysia ni.
Pok Nik! Nak Mandi Junub Payah!

Begitulah antara luahan lebih 200 rakyat yang mewakili penduduk di Pasir Putih yang kecewa dengan Nik Aziz berikutan kegagalan mentadbir AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd) dengan baik.
Mereka merungut kerana caj AKSB yang dikenakan terlalu tinggi tak sepadan dengan perkhidmatan yang disediakan. Penduduk juga berharap kerajaan pusat melalui SPAN (Syarikat Perbekalan Air Negara) mengambil alih pengurusan bekalan air di Negeri Kelantan kerana ternya walaupun dah lebih 20 tahun kerajaan PAS memerintah di Kelantan, tahap perkhidmatan perbekalan air masih lagi di tahap yang amat mengecewakan.
Apa yang Nik Aziz buat selama ini?
Haha. Nik Aziz Kata Ada Cameraman Dalam Laci Tukang Ambil Gambar Video Sex Di Hotel
Tajuk Sarcastic Di AtasNik Aziz tak percaya Anuar dalam rakaman Video.
Alasannya mudah, kenapa lensa kamera tak fokuskan kat Anwar?
Ini pun alasan pak lawak gak ni. dulu sekolah mana entah. Dia ingat ada cameraman ka yang duk nak fokus kat Anar saja. Cameraman tu duk dalam laci rak tu kot? Ataupun ada remote control dari jauhyang boleh kawal pergerakan kamera ke arah mana 'suspek' pergi dalam bilik tu?
Aduhai Nik Aziz...
Daripada Nik Aziz akan malu dengan ayat-ayat percakapan yang keluar dari dia sendiri,
baiklah dia duk senyap saja..buat ceramah agama banyak-banyak (jgn pulak dicampurkan dgn politik).rasanya macam tu, lagi org akan hormat kat dia.
Untuk sisa-sisa hayat ni,kita kalau boleh nak bg semua org suka kita..bukan mengata kat kita..
Pok Nik! Mu Patut Malu Dengan Dirimu sendiri!
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya malu dengan diri sendiri yang seolah-olah sedia menerima perlakuan tidak bermoral individu yang dikatakan bakal menerajui negara.Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapiea Nik Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengecam mereka yang mendedahkan pelakuan buruk itu tanpa mempedulikan pelaku sebenar dalam video seks itu.
''Apakah hanya keaiban musuh politik kita sahaja boleh diterima dari sudut agama sedangkan keaiban rakan atau orang yang kita bertuankan, kita tidak boleh dedah pula.
''Tidakkah pendedahan ini, jika ada kebenarannya menjadi peringatan yang jelas agar kita tidak terlanjur dalam mengangkat siapa yang bakal menjadi pemimpin," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Nik Sapeia berkata, Nik Abdul Aziz yakin pembabitan pemimpin pembangkang itu sehingga tidak langsung menyentuh soal tersebut, sebaliknya menyerang musuh politik yang mendedahkan keaiban itu.
Mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap mereka yang menayangkan rakaman video seks itu, katanya, adalah lebih wajar beliau menyelidik kesahihan video itu dan juga pelakunya daripada menolaknya secara membuta tuli.
''Jika terbukti ia suatu fitnah, maka ia suatu yang dapat membersihkan individu berkaitan malah pembangkang sendiri akan mendapat keyakinan rakyat.
''Tetapi bagaimana jika ia benar, apakah Pas sanggup terus bersekongkol dengan pemimpin yang bergelumang dengan persoalan moralnya dan terus mengangkatnya sebagai peneraju negara?" ujarnya.
Katanya, Nik Abdul Aziz dan Pas tidak harus mengetepikan persoalan itu, semata-mata untuk terus mengekalkan pengaruh pembangkang agar akhirnya berpeluang mendapatkan kuasa.
''Belum terlewat jika Pas tidak bersekongkol dengan pembangkang agar pemimpinnya dilihat lebih cerdik, imejnya bersih apatah lagi ia mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu menumpang pemimpin lain," ujarnya.
Antara Dosa Individu Dan Malapetaka Kepada Malaysia
Akhirnya Nik Aziz bersuara setelah baru semalam AS bertanya kemana suara Nik Aziz.Kata Nik Aziz, perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.
AS tak nafikan perbuatan ini akan mendapat dosa.
Cuma satu Pok Nik AS nak tanya, andainya video itu benar video lakonan Anwar, bagaimanakan bunyi Pok Nik selepas itu?
Manakah lebih merbahaya untuk Malaysia?
-Menayangkan video seks kepada awam, (wartawan sekitar 15 orang)ATAU
-Malaysia bakal menerima seorang PM Muslim dan imej warak kununnya tetapi haprak kerana terlibat dalam skandal sex bebas, zina dan liwa (seandainya benar)
Sudah tentu kepentingan negara melebih segala-galanya kan?
Mahukah Malaysia diterajui oleh seorang pemimpin yang moralnya sangat mengaibkan sebagai seorang muslim? Jawapannya tentu tidak!
Apa-apapun, kita tunggulah hasil siasatan dan keputusan mahkamah.
AS tak nafikan perbuatan ini akan mendapat dosa.
Cuma satu Pok Nik AS nak tanya, andainya video itu benar video lakonan Anwar, bagaimanakan bunyi Pok Nik selepas itu?
Manakah lebih merbahaya untuk Malaysia?
-Menayangkan video seks kepada awam, (wartawan sekitar 15 orang)ATAU
-Malaysia bakal menerima seorang PM Muslim dan imej warak kununnya tetapi haprak kerana terlibat dalam skandal sex bebas, zina dan liwa (seandainya benar)
Sudah tentu kepentingan negara melebih segala-galanya kan?
Mahukah Malaysia diterajui oleh seorang pemimpin yang moralnya sangat mengaibkan sebagai seorang muslim? Jawapannya tentu tidak!
Apa-apapun, kita tunggulah hasil siasatan dan keputusan mahkamah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




