Kan DaH Kata! Kerajaan DAP PP memang Menipu Dalam Wifi Percuma!


Kemudahan internet tanpa wayar (Wifi) yang disediakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP adalah satu penipuan dan pembaziran kerana ia tidak dapat digunakan sepenuhnya dan dipasang di kawasan yang tidak strategik, kata Ketua Pemuda parti Gerakan Oh Tong Keong.

Beliau berkata pemantauan oleh sayap parti itu di beberapa lokasi mendapati kemudahan yang disediakan itu langsung tidak boleh digunakan.

"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) mengumumkan talian itu dapat digunakan biarpun dalam lingkungan 100 meter, tetapi (kini) dalam lingkungan 20 meter pun ia tidak dapat digunakan, kebanyakan tempat tumpuan orang ramai dan perumahan yang dikatakan mempunyai kemudahan Wifi juga tidak dapat digunakan, ini merugikan semua," katanya dalam persidangan media di sini Isnin.

Terdahulu Oh bersama Naib Ketuanya H'ng Khoon Leng meninjau kemudahan Wifi di Lorong Argyll di sini, dan mendapati kemudahan itu langsung tidak dapat digunakan.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya memperbaiki kemudahan Wifi yang dipasang pada fasa pertama sebelum melaksanakan fasa kedua yang menelan kos kira-kira RM8.49 juta membabitkan pemasangan 750 wifi router.- BERNAMA

AS; ISU WIFI PERCUMA NI BANYAK KALI DAH DISENTUH TENTANG PENIPUAN LGE MUSIBAT TERHADAP RAKYAT PP.

MULA SEKALI DIA BERDALIH KATA SEMUA PARLIMEN TERMASUK PARLIMEN BN MENANG AKAN DIBEKALKAN WIFI 'PERCUMA' TAPI JEFF OOI TELAH MENGANTOIKAN DIRINYA.

SETERUSNYA ISU TENDER SECARA DIRECT NEGO NAIKTARAF WIFI KEPADA SYARIKAT KRONI BERNILAI RM50 JUTA KEPADA SYARIKAT RED TONE.

BLOG AS SEBELUM INI JUGA PERNAH MENYENTUH ISU NI DI SINI DIMANA DARI 10 UJIAN TEMPAT LIPUTAN WIFI YANG DIKATAKAN 'PERCUMA' HANYA SATU TEMPAT YANG ADA AKSES.

OLEH ITU, SEMUA RAKYAT PENANG MAI KITA PAKAT-PAKAT TOLAK KAKI PENIPU DAN KAKI BAPAK SEGALA RASIS SI LIM GUAN ENG JAHANAM DALAM PRU AKAN DATANG!

1 comment:

Anonymous said...

bkan penipuan tp kelemahan kerajaan negeri yg kurang bijak dlm pengurusan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...