Syarikat yang dipercayai mengklon lebih 1,000 permit import (AP) kereta sehingga mengaut keuntungan RM500,000 sebulan sejak tiga tahun lalu, didapati milik seorang senator.
Sumber-sumber berkata, senator berkenaan disyaki bekerjasama dengan anak lelakinya, juga seorang ahli perniagaan, menjalankan kegiatan menjual AP kereta klon.
Siasatan awal Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung isu itu mendapati kerajaan memang pernah meluluskan pemberian AP kepada sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama senator terbabit.
Bagaimanapun, syarikat beroperasi di Lembah Klang sejak kira-kira tiga tahun lalu itu, dikatakan diuruskan oleh anak senator berkenaan yang menjual kereta import.
“Dalam siasatan awal, senator terbabit mendakwa beliau tidak tahu menahu kegiatan menjual AP klon dikatakan dilakukan anak lelakinya menerusi syarikat terbabit.
“Adalah tidak munasabah bagi senator itu tidak mengetahui apa-apa mengenai aktiviti anak lelakinya di syarikat miliknya sendiri. Dia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mengambil berat,†kata sumber itu.
KDRM membentuk pasukan penyiasat khas diketuai Pengarah Bahagian Pencegahan, Mohamed Adnan Ariffin menyiasat kes itu dan kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat.
Sumber itu berkata, KDRM mempunyai bukti kukuh selepas merampas 20 kereta mewah dijual syarikat itu menggunakan AP klon.
Walaupun siasatan turut dijalankan terhadap syarikat lain yang disyaki mengklon AP, KDRM memberi keutamaan kepada kes ini kerana ia mempunyai bukti konkrit terhadap senator berkenaan.
Semalam, Berita Minggu melaporkan sebuah syarikat milik usahawan bergelar Datuk disyaki mengklon lebih 1,000 AP setakat ini.
Syarikat terbabit dikatakan, menjual AP yang diklon dengan harga antara RM30,000 hingga RM40,000 setiap satu kepada syarikat pengimport yang berdaftar dengan kerajaan.
Laporan itu adalah susulan kenyataan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, Jumaat lalu yang mendedahkan tiga syarikat terkemuka akan didakwa kerana disyaki melakukan tiga kesalahan berbeza mengikut Akta KDRM 1967. -NST
AS RASA RAMAI YANG TAU SIAPA DIA NI. KALU BENAR DIA DISYAKI BERSALAH, JAANKAN SIASATAN SEGERA DAN HUKUMLAH JIKA DIA DIDAPATI BERSALAH. ORANG MACAM INILAH YANG TAK PERNAH BERSYUKUR APA YANG DAPAT. SUDAH DAPAT AP, LAGI MAU PALSUKAN LAGI.
HARAP KERAJAAN JUGA DAPAT AMBIL TINDAKAN DENGAN MENARIK BALIK KEPADA MEREKA YANG MENG'ALIBABA'KAN PERMIT AP YANG DIBERI. YANG SALAH TETAP SALAH DAN PERLU DIHUKUM, TERMASUK TARIK BALIK SENATOR TU!
4 comments:
Bukan kah ini cerita lama masa zaman Pak Dol sebagai PM?
Tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan, kenapa?
Cerita lama nie,dah hingga kini masih dalam tindakan. KP Kastam dah brganti 2x dan nama2 yg disebut tu dah pencen pun. Apa2 pun rasa2nya Kertas Siasatan mungkin sangkut mana2 ie kat AG atau HQ Kastam.
agaknya, didakwa dan bebas kot. bukti tak kukuh pada hakim. selalunya macam tu la. dakwa hanya nak bagi tau ada jerung bodoh kena tangkap, tapi kuat sangat mengelupor, sampai terlepas balik ke laut. tutup kes. susah nak sangkut. kalu bukan beragama Islam, boleh bertaruh punya...
melayu kita jugak yg niaga...biarkan.
yg cina seludup dadah korang tak bising pun....dok pelingkup budak melayu.
gula minyak masak petrol desel......mengapa tak di tangkap?
aku rasa bangga walaupun aku tak mampu guna keta mewah....tapi aku seronok tgk anak muda melayu dah mampu guna keta yg hebat2.
korang tak seronok ke tgk anak muda melayu ada AP buka used car sendiri?
Post a Comment