Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Robert Gates berkata AS merancang mengerahkan kapal-kapal tempur pesisirnya ke Singapura dan mengakji cara-cara untuk bekerjasama dengan tentera Singapura.
"Di Singapura, kami akan terus memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala kami dalam konteks Perjanjian Rangka Kerja Strategik dan mengadakan lebih banyak operasi bersama.
"Terutama, dengan mengerahkan kapal-kapal tempur pesisir AS ke Singapura. Kami sedang mengkaji cara-cara lain untuk meningkatkan peluang untuk kedua-dua tentera kami berlatih dan beroperasi bersama," katanya pada sesi soal jawab selepas Sesi Pleno Pertama "Cabaran Keselamatan Yang Timbul di Asia-Pasifik" pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS Dialog Shangri-La di sini Sabtu.
Gates berkata AS sedang mengkaji mengubah kedudukan bekalan untuk mempertingkat respon terhadap bencana, menambah baik perintah dan kemampuan kawalan dan memperluas peluang latihan.
"Ini untuk membantu mempersiap pasukan kita menghadapi cabaran yang dihadapi kedua-dua tentera ketika beroperasi di Pasifik," tambahnya.
AS: Jangan pikir bukan-bukan. Bagi AS biasa la tu. Singapore, Israel dan US kan sekutu rapat. Mungkin depa berlatih untuk kukuhkan hubungan antara negara saja. Takde la nak serang Malaysia tak tentu hala.
Lagipun hubungan US dengan malaysia pun baik sangat pada masa ini. Oleh yang demikian, jangan panik, tiada isu nak perang-perang di rantau kita ini.
No comments:
Post a Comment