Debat Wacana- Tantawi Langsung Tak Bela Nwar!


Hari ini telah berlangsung Debat Wacana anjuran Sinar Harian. Tantawi telah berhadapan dengan Ketua Pemuda UMNO, KJ bagi membincangkan isu fitnah. Tiada perdebatan hangat. Masing-masing kelihatan sepakat dalam beberapa isu termasuklah berkenaan isu Fitnah Anwar.

Namun, Tantawi langsung tidak membela Anwar berkenaan isu tersebut. Hanya meminta pihak media tidak memainkan isu ini kerana bercanggah dengan institusi Agama dan membiarkan pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu tersebut. Perbincangan yang tidak kelihatan Debat UMNO - PAS.

Seolah-olah ada bibit-bibit ke arah penyelesaian. Selepas selesai Majlis, beberapa pengikut Tantawi telah memaklumkan bahawa pihak Dewan Pemuda PAS tidak langsung menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan sebarang perbincangan ke arah penyatuan Agama.

Bak kata S/U Agung PAS Mustafa Ali, "semua ini takdir Allah. Jika Allah mahu ketemukan PAS dan UMNO, kita redha ketentuanNYA."---->>

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...