Kelemahan LGE Musibat Dalam Operasi Bukit Bendera Amat Ketara!

KERAJAAN PUSAT DAH PERUNTUKKAN RM73 JUTA DAH UNTUK NAIK TARAF KERETAPI BUKIT BENDERA NI. BARU JE BUKA, DAH 2 KALI KENA TUTUP. APA YANG SUSAH SANGAT NAK MAINTAIN SELENGGARA KERETAPI NI? BARANG-BARANG SEMUA BARU.

SEPATUTNYA OPERASI PENYELENGGARAAN TIDAK HARUS MEMBUATKAN SAMPAI PERLU DITUTUP PERJALANAN KE BUKIT BENDERA TERSEBUT.
NAMPAK SANGAT KERAJAAN NEGERI TAK BIJAK DALAM MERANCANG SESUATU PERKARA.

PUSAT PENJAJA DAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT CONTOHNYA, SEPATUTNYA DALAM TEMPOH NAIK TARAF PERKHIDMATAN KERETAPI SELAMA SETAHUN LEBIH, KENAPA PADA MASA ITU TIDAK DISIAPKAN KEMUDAHAN TERSEBUT? KENAPA SEKARANG BARU TERHEGEH-HEGEH NAK SIAPKAN DAN NAK SIAP PULA LAGI 2 BULAN? KENAPA SUSAH SANGAT NAK DAPATKAN CF AWAL-AWAL? TAK KE MENYUSAHKAN RAKYAT!

TAMBAHAN PULA SEKARANG CUTI SEKOLAH, ADALAH SATU KERUGIAN UNTUK MENUTUP OPERASI DIKALA SEGALA-GALA PERALATAN DAN KOC ADALAH BARU TETAPI BILA DIPEGANG OLEH ORANG YANG TAK PANDAI MENTADBIR, BEGINILAH JADINYA.



Operasi Kereta Api Bukit Bendera Dihentikan Sementara Pada Isnin Ini

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan dihentikan buat sementara pada Ihttp://www.blogger.com/img/blank.gifsnin ini bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan.

Pengarah Perbadanan Bukit Bendera Datuk Lee Kah Choon berkata operasi akan berjalan seperti biasa selepas pemeriksaan itu.

"Orang ramai dinasihatkan melayari laman web kami di www.penanghill.gov.my bagi menyemak jadual dan sebarang perkembangan terkini berhubung perkhidmatan kereta api ini," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Sementara itu mengulas isu berkaitan, Lee berkata perkhidmatan tersebut berjaya menarik 75,375 pelawat dalam tempoh lima minggu selepas beroperasi semula pada 25 April lepas.

Angka itu adalah peningkatan 43 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2009 dan 73 peratus berbanding Februari tahun lepas sebelum operasi dihentikan, untuk kerja naik taraf, katanya.

Mengulas pembangunan di kawasan itu, Lee berkata projek menaik taraf pusat penjaja dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi, manakala tempat letak kereta bertingkat bernilai RM5 juta pula masih menunggu sijil kelayakan menduduki (CFO).

Perkhidmatan kereta api kabel berusia 87 tahun itu dihentikan pada 22 Februari tahun lepas bagi usaha naik taraf yang menelan belanja RM73 juta dan ditanggung oleh Kementerian Pelancongan.

Pada 19 Mac lepas, Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyerahkan projek tersebut kepada perbadanan berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...