Negeri Kalipah LGE Makin Hebat! Ada Istana Maksiat Woo!

Sebuah pusat hiburan mewah ala istana di Pulau Tikus di sini, yang melayan pelanggan seperti maharaja diserbu polis Bukit Aman, malam kelmarin, kerana menggaji wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Dalam serbuan kira-kira 8 malam itu, 30 GRO warga China dan Vietnam berusia 19 hingga 32 tahun diberkas dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Peraturan Imigresen 1953 kerana menyalahgunakan permit lawatan.

Pemeriksaan premis itu mendapati kemudahan dan peralatan digunakan serba mewah seperti singki, pintu dan tombol berwarna emas dan hiasan eksklusif.
Hidangan minuman juga ala istana dan persekitaran dalaman yang pasti membuat mata pelanggan kagum. Ruang menari dan lobi mempunyai hiasan lampu warna emas yang berjuntai dan lantai berkilau keemasan.

“Siasatan mendapati pelanggan tetap akan dilayan seperti seorang maharaja dengan menggunakan kemudahan ala istana. Bayaran untuk mendapat layanan GRO ialah RM160 untuk dua jam,” kata Ketua Unit Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar.

Seramai 11 GRO yang cuba melarikan diri diberkas polis yang mengepung premis itu.

Tiga GRO juga memperdaya polis dengan memakai baju dibeli di tingkat bawah pusat beli-belah di situ.Namun, polis berjaya memberkas mereka apabila mendapati wanita itu menyarung pakaian baru tanpa menanggalkan pakaian asal.-BH-

AS: Nampaknya Penang makin maju & advance dibawah pemerintahan kalipah LGE!
Tak lupa di Selangor di bawah pemerintahan Roni Liu yang menggandakan sebanyak 400% pusat-pusat hiburan di Selangor!
Dan tak ketinggalan juga negeri Ostad Zizan yang tak ketinggalan merancakkan lagi pertumbuhan industri hiburan terutamanya Pusat Karaoke di Kedah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...