Pada hemat dan pemerhatian AS, tampak Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal bersungguh-sungguh melalui semangat dan komitmen yang ditunjukkan pada Mesyuarat Perwakilan Sayap-Sayap UMNO tersebut.
Sdr KJ yang hadir memberikan ucapan yang membakar semangat kepada semua yang hadir. Sekitar 800 orang yang hadir pada Perasmian Mesyuarat tersebut dapat menunggu dan tidak meninggalkan kerusi masing-masing sehingga majlis tamat.
Diharapkan komitmen dan keterujaan para pemuda dan puteri yang ditunjukkan pada majlis tersebut, menjadi satu indikator yang cukup baik dalam usaha UMNO untuk merampas kembali kerusi PArlimen Nibong Tebel terutamanya melalui suntikan undi dari pengundi muda. Tiada Yang Mustahil, InsyaAllah.
gambar-gambar dari:pemudanibongtebal
1 comment:
nibong tebal boleh!
datuk non kena kerja keras raih undi cina jika mahu menang!
Post a Comment