150 Orang Je Hadir Program PM Di Kedah..
Buah reverse psycho untuk penyokong Pakatan je bagi tajuk di atas.
Gambar yang diterima dari seorang rakan di Kedah semasa Program lawatan kerja PM ke Guar Chempedak tengahari tadi menceritakan segala-galanya.
Angle kiri dan kanan ada lagi ramai sama banyak yang tak masuk dalam kamera katanya. Menurut juru acara, dianggarkan lebih 15,000 rakyat Kedah telah hadir bagi memberi sokongan kepada PM.
Lautan manusia ini sanggup berpanas dan berbahang demi untuk mendengar amanat dari PM yang disayangi. Kehadiran ni dah double dari BERSIH. Nih baru di Guar Chempedak. Ini barulah dinamakan 'majority rakyat'.
Diatas sambutan dan kehadiran melaut ini, MB Kedah Ostad Zizan diharap terus dapat tidur lena kerana katanya seluruh rakyat Kedah menyokong kepimpinan hamPAS yang kononnya berkebajikan.
InsyaAllah, dengan usaha lebih gigih dan berterusan tak mustahil Kedah dapat dimiliki kembali oleh BN. BN Boleh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Dulu masa PRU12 kami dok bincang laa pasai Kjaan PAS dgn DAP, byk org amat kecewa laaa DAP Cina ambik alih dlm Kjaan negeri nak compare dgn Cina MCA Gerakan yg masih dibawah "tanggungan" arahan UMNO. Ishkk punya bersyukur laa depa ni kat Kedah, PAS tak pa kata depa sbb melayu tp tup tap jadi mcm laen pulak.
Tadi pun member bilang ada gak juak juak Pakatan Haram punya ahli join sekaki program Najib, depa ni nak tgk suasana dan menikmati juga suasana di situ dan menilai apa yg patut buat depa. Depa bukan tak sayang k'jaan skrg sayang mau juga ambik berat gak, cuma ultra ekstrem ni yg otak dah melekat yg susah nak fikiaq apa PAS terutama DAP buat kat depa.
MB Azizan skrg kuat tidur bukan sbb malas tp dek kenkangan PAS Pusat dgn DAP yg rakus nak selak kain org KEDAH serta busybody ni yg susah nak laksana kerja..MB Azizan tak kacau kain Kelantan pun tp depa dok syok nak kacau hal ehwal Kedah pulak mau tak mengamuk.
best bro AS..
dia org ingat majority rakyat
sokong bershit kot?
pigidahhh
prasan bajet best..
Pada pendemo hampa tengok macam mana sambutan hangat orang di alor Staq kedah bagi dekat Dato Najib,malah dimana Dato pergi pasti sambutan hangat akan diterima oleh nya dari sini kita dapat ramalkan yang majoriti rakyat di Malaysia maseh sayangkan PM dan Inshaalah dari sini dapat diramalkan BN akan menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam PRU13
Kalau minta pandangan/komen Ostad Zizan pasai ramainya rakyat Kedah pi majlis perjumpaan dengan DS Najib, dia mesti kata:
"saya tak tau.......ni kena tanya depa....."
xnk repot ka ostaz azizan sambut najib dkt airpot...
xnk repot ka brp puluh lembu tumbang wat knuree sbb tu smua pkat mai..
Punyalah ramai orang Kedah sambut Najib sehingga Ustaz Zizan dan Harun masukkan kerumah sakit
patutnya ramai lagi le...psl dah diarah, diangkut...akutau la kalau kat kelate sebulan PM nak gi ketua2 dah sibuk dipanggil..utk laksana kerja besar..nak tunjuk dlm tv...nak propagate la...cam yg kore buat.
ingat berapa belanja? ketua2 berapa..cliques berapa? kaki sibuk berapa dan last yg nak datang berapa? kalau tak bagi nak dapat 300 pun munkin tak dapat.
siapa yg bayar ni? tak munkin duit saku kut. duit org bayar cukai la kut. xyah cite yg tokey besar sponser...d n ov d day...rakyat la yg tanggung!
ehhh anon 8:43, yang ko skit ati tu kenapa? lantaklah sapa nak sponsor pun, awat hg dok perasan PAS tu murni dan suci sgt kah? hang baru keluar dari gua kot?. PAS lah satu pertubuhan/sindiket menjual agama dan mengguna agama demi kepentingan politik yang terbesar di dunia. adakah ini lebih baik dari UMNO?.
cuba tengok dipendang pula, dalam 150 orang saja kot yang hadir, agaknya sebab krisis kot. http://syburi-times.blogspot.com/2011/07/gambar-gambar-yang-pas-kedah-tak-mahu.html
Post a Comment