Bukti LGE Celaka 'Sampah'. Pendedahan Eksklusif Dari AS!

keadaan stesen pemindahan sampah Ampang Jajar, Permatang Pauh yang dijangka boleh digunakan 5 hari lagi. Gila ke apa LGE ni?

Kekalutan proses pemindahan sampah dan menyebabkan hampir lumpuhnya operasi pungutan sampah di P.Pinang Rabu lalu menyerlahkan lagi kelemahan pentadbiran LGE celaka dalam mentadbir P.Pinang. Kenapa?

Mai aku nak bagi sinopsis sikit:

1. Berdasarkan maklumat sahih,kerajaan Negeri kena hentikan operasi mengangkut sampah dari pulau melalui laut ke Tapak Pelupusan di Pulau Burung, Nibong Tebal mulai 1 Julai 2011 bagi memberi laluan kepada Pembinaan Jambatan kedua di bahagian Batu maung.

2.Sebarang kelewatan untuk menghentikan operasi di Batu Maung boleh mengakibatkan Kerajaan Negeri disaman oleh pemaju jambatan ke-2 dengan nilai RM 1 Juta sehari. Oleh kerana operasi menggunakan laut hanya dihentikan pada 6 Julai, adakah kerajaan negeri telah membayar pampasan sebanyak RM 5 Juta menggunakan wang rakyat disebabkan kelemahan mereka ?

3. Kenapa pembinaan stesen pemindahan yang dirancangkan dibina di Tapak Pelupusan Jelutong tidak dijalankan terlebih dahulu? Ini yang perlu diberi keutamaan berbanding tergesa-gesa menyiapkan di Ampang jajar!

Kenapa perlu lori sampah dari bahagian pulau menggunakan jambatan P.Pinang hari-hari yang menyebabkan pencemaran bau dan penambahan kepada kesesakan? Apa yang AS tau, pembinaan stesen pemindahan yang akan dibina di Jelutong dijangka hanya siap pada Februari 2012 dan sehingga sekarang tiada nampak bayang pun usaha ini dimulakan.
sinar harian 7 Julai 2011

Ini satu kerja perancangan paling bodoh oleh kerajaan Pulau Pinang. Bayangkan lori sampah yang melakukan dari rumah ke rumah contohnya dari Balik Pulau dan teluk bahang yang jauh dari Ampang Jajar, SPS terpaksa berulang-alik sehingga 100 km semata-mata untuk melupuskan satu trip sampah?

4. Ramai kontraktor pungutan sampah di MPPP telah mula menyuarakan tak puas hati dan kebengangan mereka terhadap kebodohan LGE ini. Bayangkan mereka boleh membuat purata 4-5 trip sehari sebelum ini, tetapi selepas ini hanya 1 trip sahaja. 2 Trip pun nasib kalau tak sangkut.

5.Ini menyebabkan kos operasi mereka melambung dimana kos tayar, alat ganti, kehausan enjin akan lebih cepat berlaku walaupun kos diesel dan tol ke bahagian Seberang ditanggung oleh Eurasia Express, Kontraktor yang membina Stesen Pemindahan Di Ampang jajar yang tak siap-siap sampai ke sudah. Ini satu penganiayaan kepada kontraktor yang mana majoritinya dari bumputera. Sungguh celaka LGE ini!

6. Masalah sampah yang tidak/lambat dikutip di kawasan di bahagian Pulau akan lebih kronik lagi kerana kurangnya trip pengangkutan harian sampah oleh kontraktor. bayangkan sehingga 12/7 ini, kontraktor dari Balik Pulau terpaksa melalui perjalanan sejauh hampir 200km hanya semata-mata untuk membuang sampah ke Tapak pelupusan Sampah di Pulau Burung, Nibong tebal dari 1 unit kompaktor/CU? Tidakkah bodoh punya kerja?

Sudahlah gelaran Penang Darul Sampah, keadaan diburukkan lagi dengan kebangangan kerajaan DAP yang lembap dalam pentadbiran. Tu pun jangan, orang nak memerintah, depa pun nak tunjuk pandai memerintah!

7. Arguement terakhir dari AS terhadap kerajaan DAP bangang, kenapa Eurasia Express yang diberi tender direct nego ini hanya memulakan kerja membina Stesen pemindahan pada Pertengahan April sedangkan mereka sedar pada 1 Julai operasi akan dimulakan. Kenapa tidak dirancang awal lagi? dah tu, adakah stesen ampang jajar ini ada CF dan kelulusan dari DOE (Jab Alam Sekitar) untuk beroperasi? Kalau ada, sila buktikan!!

Ini bukan projek kelas F, ini projek yang menelan belanja jutaan ringgit wang rakyat. Kerja-kerja yang nampak terlalu mengejar masa AS nampak agak berbahaya kerana AS amat risau aspek keselamatan dan teknikal struktur bangunan yang dikhuatiri tidak kukuh yang mampu membawa kepada kecelakaan.
Bila dah lambat siap, pandai pula kerajaan negeri beri alasan mereka belum bersedia sedangkan AS yakin kalau perancangan 'timeframe ' yang tepat dilaksanakan, AS pasti ia akan lancar.

Setakat ini dulu, AS akan bongkar lagi ke"CAT"an DAP dalam penganugerahan konsesi projek ini yang menjangkau beratus juta ringgit dan bagaimana permainan mereka menganaktirikan melayu dalam penganugerahan projek. Tungguuu LGE. Hang akan panas juboq lagi..

1 comment:

Anonymous said...

nice info, gud disclosure bro..
keep it up..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...