Ada Tak Di Malaysia Jadi Seperti Di US Ni?(Pics)

50 tinggal dalam hutan di New Jersey - tidak mampu bayar ansuran rumah
DERETAN khemah yang dihuni penganggur di dalam sebuah hutan kerana tidak mampu membayar ansuran rumah di bandar.
Puluhan keluarga yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi di Amerika Syarikat (AS) terpaksa tinggal di khemah yang mereka dirikan di sebuah hutan di Lakewood, New Jersey, lapor sebuah akhbar semalam.

Senario tersebut mengingatkan kembali pada era kemelesetan ekonomi dahsyat yang melanda AS pada tahun 1930-an dikenali sebagai Great Depression.

Setakat ini, lebih 50 orang telah menyertai penempatan setinggan khemah itu yang terletak sekitar satu jam perjalanan dari Manhattan.

Hampir semua penduduk setinggan itu hilang pekerjaan dan tidak mampu membayar ansuran rumah mereka akibat krisis kewangan yang kini menghimpit AS.

"Saya dan isteri saya telah setahun tinggal di khemah di sini," kata seorang bekas pekerja hotel berusia 43 tahun, Burt Haut.

"Kami dihimpit masalah kewangan yang teruk sejak AS dilanda krisis hutang tiga tahun lalu," tambahnya.

Situasi menyedihkan itu berlaku ketika anggota-anggota Kongres di Washington mengundi untuk meluluskan usul meningkatkan had hutang negara itu.

AS diramal akan jatuh muflis kerana tidak dapat membayar hutangnya jika had hutang itu tidak dinaikkan. - Agensi



AS nak tanya sikit saja, adakah keadaan di atas yang berlaku di US ada berlaku di Malaysia? Dapat kita lihat betapa keadaan ekonomi US sekarang berada dalam keadaan yang amat kritikal. Belajarlah erti bersyukur wahai saudara-saudari sekalian.

Alhamdulillah, kita mendapat kepimpinan negara yang bijak seperti sekarang. Tak mustahil keadaan ekonomi yang kronik ini berlaku tatkala Pakatan Haram memerintah kerana mereka hanyaa pandai berjanji bulan dan bintang melalui buku jinggay mereka namun realitynya ia tidak semudah seperti yang direncanakan.

4 comments:

Anonymous said...

sokong pendapat penulis 100%. Melihat kepada kepimpinan pembangkang yang ada sekarang sama ada DAP (kit siang, Guan Eng,Karpal) , PKR (Anuar, Khalid, azmin)dan PAS (Nik Aziz, Hadi, Husam) saya sangat tidak yakin mereka boleh mentadbir ekonomi negara ini dengan baik. Berhentilah menyokong mereka.

DEN COMANDO said...

Semoga kita semua sedar dan bersyukur dengan apa yg ada di Malaysia pada hari ini. Semoga Melayu terus mememang pucuk pimpiman negara...erhhh tapi bukan Melayu PAS yea...sebab mereka tidak mempunyai ilmu untuk mentadbir negara, yg mereka ada hanya ilmu nak menjahamkan negara dan memecahkan Melayu dengan bertopeng Islam..

hangkedee said...

Di hari baik dan bulan baik ini mari lah kita umat melayu atas tiket perpaduan Ummah bersatu lah supaya kita teguh.kenalilah siapa musuh kita yang sebenar.bersatulah .Amin

AJAI62 said...

Assalam Bro

Perkara seperti yang tuan utarakan bakal berlaku jika orang Melayu masih terus berpecah belah... Baru bagi memerintah Negeri sahaja puak minoriti dah mula menghalau orang melayu dari tanah yang mereka duduki bertahun lamanya... Belum lagi memerintah Malaysia.. mahu dihambatnya orang Melayu ke tengah laut.. Bila lagi orang Melayu/Islam nak sedar ya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...