Begitulah reaksi MB Kedah, Azizan Razak terhadap Setiausaha Politiknya, Sanusi Md Nor bila disuruh berehat sekejap kerana dia dikatakan bekerja dari pagi hingga ke pagi! Azizan dipercayai mengalami keletihan berikutan terlalu banyak memikirkan urusan pentadbiran dan tidak pernah mengambil cuti sejak setahun lalu.AS: Pertama kali didoakan agar Ostad Zizan cepat sembuh dan kembali bekerja. AS sentiasa bersangka baik terhadap MB kedah ni cuma sedikit ragu-ragu terhadap hasil kerjanya dan laporan dari Setpol dia.
Mengapa seorang yang bergelar MB yang sudah pasti mempunyai ramai setiausaha, pembantu dan pegawai kerajaan negeri yang boleh membantu beliau, boleh bersusah payah nak buat kerja pejabat sensorang? Pagi hingga ke pagi pulak tu??
Tidakkah ini (maaf cakap) bodoh namanya?
Sebagai seorang yang bijak dan berkedudukan tinggi, kita harus 'work smart' bukannya 'work hard'!
Kita harus 'delegate' kerja kita dengan terancang.
Jika tak buat begitu, namanya kita tak harapkan orang lainlah namanya. Awak tu MB dah la tua, jadi macam begini sampai tekanan darah naik menggila, tak ke menyusahkan orang dan menggusarkan hati rakyat?
Kok ye pun nak menipu agak-agak la, takkan sampai tak pernah cuti sampai setahun! AS tak nampak pun apa perubahan yang drastik di Kedah. Sama je, malahan teruk lagi dalam beberapa hal seperti pengurusan sampah.
3 comments:
ostad zizan kuat kerja le..
semua mende die tau, apa yg die tak tau,
cuba ko bg tau!
aku tau ape yg Ostad Zizan tak tau, yang aku tak tau dia lagi tak tau.. ape punye MB maha tak tau ni...
Bro... Ustaz Zizan memang kuat keje. Terpaksa buat sendiri pasai tak caya ngan exconya. Contohnya bila mesyuarat exco bagi sesuatu keputusaneluar ajer bilik mesyuarat jadi lain. Ini belum lagi cerita exco ambil wang dari kontraktor. Hehehe semua tu ada dipoket pegawai kewangan kedah....Tapi terpaksa dilindungi untuk menyelamatkan maruah ustaz zizan yang buat keje betul... tapi untuk makluman semua ustaz zizan tak ada buat benda-benda yang melanggar tuntutan agama tapi bagi exco semua jadi.... Ini belum lagi cerita pasal group PAS Kedah terbahagi 3 and ada juga yang main bomoh.....Perkara ini adalah benar :) Nama ajer Parti Islam....tapi part bomoh sampai kat Siam depa cari....exclusive untuk Anak Seberang
Post a Comment