Lepas Nanu, Giliran Jejaka Melayu Berhari Raya Bersama Anjing!!


Apa komen kalian semua?
Ada yang mengatakan lelaki ini bermazhab maliki dimana dibenarkan anjing tidak haram jika kering.

Cuma As nak berkongsi jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-
Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.


10 comments:

izad12 said...

anjing tu najis berat pada bahagian badannya yang basah serta najisnya bukannya haram.

Anonymous said...

Salam AS...
Kita pun tak tahu satu 'qirot' tu besar mana tapi orang yg mengasihi dan memberi makan apa2 binatang pun sudah mendapat pahala. Pemuda ini mempunyai 50 ekor anjing. Kalau satu ekor 1 pahala x 50 (itu kalau 1 pahala). Kalau dia mengikut mazhab maliki pun, kita tak boleh salahkan dia sebab itu pilihan dia.

Saya tabik pemuda yg membela anjing daripada pemuda yg merompak, merempit, merogol dan mimum arak...satu sen pun tak guna.

Anonymous said...

Sesiapa mengambil anjing (sebagai peliharaan) kecuali anjing menjaga tanaman atau anjing menjaga ternakan atau anjing berburu maka setiap hari pahalanya berkurang satu qiraat.[12] [Shahih Muslim – no: 1574]


Terhadap hadis di atas para fuqaha berbeza pendapat adakah haram atau makruh untuk memelihara anjing atas sebab-sebab selain menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Pendapat yang rajih (kuat) adalah makruh hukumnya, sebagaimana ulas al-Syaukani:[13]

Ini menjadi dalil atas kebolehan memelihara anjing atas sebab-sebab selain daripada apa yang disebut (dalam hadis di atas). Sesungguhnya ia tidak haram kerana sesuatu yang jika penggunaannya adalah haram ia tidak boleh digunakan dalam semua keadaan tak kira sama ada ia mengakibatkan pengurangan pahala atau tidak. Maka ini menunjukkan bahawa penggunaannya (memelihara anjing selain daripada tujuan menjaga tanaman, ternakan dan berburu) adalah makruh dan bukan haram.

Kesimpulannya, makruh hukumnya untuk memelihara anjing kecuali jika memiliki sebab-sebab yang tertentu demi menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Adapun hikmah hukum makruh ini antara lain adalah kerana memelihara anjing akan menyebabkan malaikat rahmat menjauhi rumah kita, menimbulkan rasa takut kepada tetamu dan salakannya mengganggu ketenteraman jiran.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
“Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu.
Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu
dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]


Sedangkan al-Qaradhawi cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan.

Anonymous said...

dah lama dah gambar ni....datuk ct pon ada pg ke mini zoo dia...

Anonymous said...

Rasanya berkenaan pemuda ni dah keluar dahulu dalam akhbar. Beliau buka pusat perlindungan anjing rasanya kalau tak silap di Pahang. Kalau kita perhatikan pusat perlindungan haiwan (termasuk anjing) kebanyakkannya di buka oleh orang bukan ISlam (periksa pusat perlindungan Noah's Ark animal Sanctuary). Jikalau kita perhati betul-betul Noah's Ark (dalam bahasa melayunya Bahtera NUH) mempunyai ciri-ciri biblical. Perhatikan bagaimana "mereka" (dalam isu semasa yang hangat sekarang paham-paham sahajalah bila saya sebut "mereka")bergerak. Sebagai orang Islam kita patutnya malu dengan keadaan ni. Kucing, anjing liar bukankah makhluk Allah juga? Kalau benar pemuda itu membuka pusat perlindungan anjing yang mana pada saya jika tidak ada seorangpun umat Islam membukanya, maka ianya menjadi fardhu kifayah. MAka saya berharap semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada beliau atas usaha yang mana orang Islam lain tidak mampu buat. Wallahualam.

/p seekor anjing di berikan kemuliaaan ALlah S.w.t (mengikut riwayat bernama Qitmir) - peneman asabul kahfi. Rujuk surah ALKahfi ayat 18.

Unknown said...

terima kasih atas komen kalian yang sungguh bermanfaat sekali..

semoga dapat dikongsikan bersama..

Anonymous said...

kisah di zaman nabi seorang pelacur hanya menyelamatkan seekor anjing, masuk syurga...

mahluk Allah said...

Supaya kita tidak perjudis dan sayangkan anjing mahluk Allah yang istimewa ni, bayangkan atau anggap ia seekor kucing kesayangan kita dan cuma kena samak lah apabila najis.

Anonymous said...

Banyak benda lain nak buat, kucing gelandangan pun banyak, apa pula anjing, tak kira apa alasan, cari lah benda lain kok ya pun nak beramal, hilang fitnah !!!

profit said...

Syabas kepada pemuda ini,kerana menyelamatkan makhluk Allah.Kita di nasihatkan mengikut pegangan Ahli Sunnah WalJamaah,tetapi kita lebih cenderung kepada Mazhab Syafiee sahaja.Kita harus hormati Mazhab2 yang lain.Berkenaan dengan hadith mengatakan hilang pahala satu qiroth,tidak menjerumuskan kepada haram pembelaan anjing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...