Majlis Perkahwinan: Antara Soal Peribadi Kononnya dan maruah orang melayu. #pray4terengganu


Majlis Kenduri Kawin Anak Mat Said pd 17/5/2014

 Apa beza letak jawatan MB sebelum 17/5/2014 bagi :

 1. Najib - "Biasa... itu urusan pribadi..."

 2. Mat Said - "Ini soal maruah... beberapa hari sebelum Menteri Besar nak kahwinkan anaknya... dia diarah letak jawatan... maruahnya telah diaibkan bila permintaannya utk lepas jawatan selepas majlis kahwin ditolak..."

Ahmad Said nak kawinkan anak pd 17hb... biarkanlah lepas majlis tu... Kahwinkan anak sebagai Menteri Besar lain meriahnya dengan kahwinkan anak sebagai bekas Menteri Besar.

maruah seorang pemimpin telah diaibkan.... ingat janji Allah... jika kita jaga aib orang... Allah akan jaga aib kita...

 Zaman moden ni... kalau tak faham bahasa... (macam tak pernah tau kepentingan majlis kenduri kahwin bagi orang Melayu)... letak jawatan saja. satu negeri kecoh..

MCA dan Gerakan ugut nak keluar parti boleh pula bagi masa dan minta lagi untuk isi kekosongan kabinet, bila pemimpin umno minta tangguh seminggu utk kenduri anaknya..... itu masalah peribadi.....pada cina tak berani tegas begini.

 Apabila manusia masih terasa dirinya gagah dan tak sedar partinya sudah seperti telor di hujung tanduk... membuat sesuatu keputusan dgn tidak berpijak di bumi yang nyata... merasa partinya masih hebat...

17 comments:

Anonymous said...

Perbuatan GILA seorang PM !!!

Memang patut Mat Said keluar UMNO sebab presidentnya dah kemaruk jadi lembu........lembu cucuk hidung oleh CONSultant bangang

Anonymous said...

Peribadi tak peribadi, still human with emotion. Very right very true, maruah,... bahkan satu penghinaan terhdp org yg telah berjasa kpd negeri, walau apa pun kesilapannya.
Langkah DSN mmg.... bahasa lembutnya,... tak bijak.

Anonymous said...

Bayangkan, dalam masa 3 ari ni segala persiapan yg dah diatur berbulan-bulan terpaksa diangkut keluar utk disiapkan ditempat lain pula. Yg jd mangsa ialah sipengantin.

Klu Muhyiddin pasti tidak akan tergamak buat begitu kpd saudara seagama apalagi sebangsa.

mohdlaisani said...

Main2 ngan MB ambe

Anonymous said...

Bahasa kasarnya najib memang bodoh.

Anonymous said...

Maruah diri lebih berharga.....dlm mempertahankan maruah diri...matinya mati syahid.....mm sah najib bodo...bodo sruoe lembu...malah lbh bodo dari lembu.....

Anonymous said...

Cept-cepat penasihat bagi tau kat datuk supaya tukar kepadang batu buruk.lagi lapang tempatnya.harap semua puas hati dengan apa yang telah dirancang mendapat kepuasan nafsu.

Anonymous said...

najib bodoh dan senang di bodohkan.

Anonymous said...

Kalau di Telok Kalong bukanlah kediaman rasmi kerajaan. Ini dah tentu rumah beliau.

Pusat pentadbiran di Kuala Trengganu bukan di Kemamang.

Cumanya jika sebagai bekas MB takdalah TV buat coverage. Ingat2 nak lawan Ali Rustam tapi salah perkiraan.

Anonymous said...

Parti bukanlah segala-galanya. Maruah seorang bapa pengantin lebih tinggi bg Ahmad Said. Tahniah Ahmad Said! Pilihan yang bijak!

Anonymous said...

Ku Nan dengki Mat Said buat kenduri dikediaman Menteri Besar so dia bagi nasihat yang salah pada Najib..yang Menteri Besar baru pun satu tak hal boleh ke tunggu sampai hujung May kan ada pemangku menteri besar...kemaruk sangat nak duduk kediaman tu apahal..kekadang sisuami tak seberapa siisteri yang lebih lebih..

Anonymous said...

Ini aku copy paste.. Mat Said Mengkhianati Janjinya sendiri.

Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Ahmad Said berundur. Satu perjanjian telah dimohon oleh Ahmad Said agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahamd Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkawinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu. Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Ahmad Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat.

Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan Yb Raziff sebagai Menteri Besar?

Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar. Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikkan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.

Unknown said...

Bg la YB md said air muka. Knp tak boleh tunggu slps melangsungkan perkahwinan anak dia.

cozzibay dickson said...

Apa sumber berita anon "ahmad said khianati janjinya sendiri???". Kenapa tidak disertakan sumber dan linknya?? Apakah kerana prestasi buruk UMNO Terengganu dan aduan ramai ahli UMNO?? Bagaimana dengan Najib sendiri ......bukankah prestasi Najib jauh lebih buruk dan juga menerima banyak kecaman dari ahli UMNO dan orang melayu ....tapi Najib tak pun letak jawatan?!!! Jika benar begitu, mengapa perlantikan MB baru dibuat secara tergesa-gesa? dan jika benar telah dirancang sebegitu lama, mengapa ketua ketua bahagian UMNO tidak dimaklumkan dan pendapat mereka di pinta?? Diktatorkah Najib?? Sila jelaskan!!!

Anonymous said...

Dah tau nak berhenti bulan mei, kenapa nikahkan anak bulan mei jugak? Bulan lepas tak bolih ke???

Anonymous said...

inilah kemaruk kuasa namanya...ingatlah.

Anonymous said...

Sepatutnya najib pun digantikan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...