Stopa Spender Cuba Ambil Kesempatan Namun Keciwa..


Ahmad Said Tolak Perlawaan Sertai PAS

Kuala Terengganu - Cubaan PAS untuk mengambil kesempatan diatas kemelut politik yang melanda Terengganu dikatakan gagal, apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menolak perlawaan untuk menyertai parti itu.

Menurut sumber sejurus selepas menerima makluman mengenai perletakkan jawatan Menteri Besar, Setiausaha Agong PAS, Datuk Musthapa Ali telah menghubungi Ahmad Said bagi memujuknya menyertai parti itu.

"Saya dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri, mengenai cubaan PAS yang ingin memujuknya.

"Namun beliau menolak perlawaan Mustapa itu kerana masih sayangkan Umno dan parti" katanya kepada wartawan Suara.TV petang tadi.

Menurutnya lagi, Ahmad Said masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan jawatan dalam parti.

"Tapi itu tidak bermaksud beliau akan menyokong Pas.

"Saya dimaklumkan, Datuk Seri ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum membuat sebarang keputusan memilih untuk terus menyokong UMNO atau PAS" katanya lagi.

Bekas Menteri Besar Terengganu dan ADUN Ajil Ghazali Taib semalam mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas. - Suara.TV

1 comment:

Anonymous said...

malas na komen, mu nie ustaz tapi tulis benda tak benar!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...