Pasangan Lesbian Pertama Di Malaysia Yang Berkahwin!
Pasangan lesbian di Batu Pahat, Malaysia, yang telah menjalin perhubungan selama dua tahun akhirnya bernikah. Walaupun berita ini telah tersebar di seluruh Malaysia, namun keduanya menolak apabila diminta untuk memberi keterangan lebih lanjut.
Dipetik dari The Star, Isnin, 1 Ogos 2011, pasangan yang dikenali sebagai Thomas dan Apple ini mengadakan upacara minum teh khas China di kediaman mereka sekitar pukul 10 pagi pada Ahad, 31 Julai 2011. Thomas yang berusia 29 tahun ini melamar pasangannya yang dua tahun lebih muda darinya, Apple, dua bulan sebelum ini.
Pasangan berbahagia ini membangunkan sebuah laman Facebook khusus untuk menunjukkan kesungguhan cinta mereka. Dalam laman tersebut, terdapat sebuah album berjudul 'The Happiest Lesbian' yang berisi foto-foto pra-perkahwinan mereka. Thomas dan Apple juga menampilkan foto-foto dari resepsi pernikahan mereka sendiri di dalam laman tersebut.
Banyak pesanan yang diposting oleh teman-teman kedua mempelai dalam laman yang disukai lebih dari 656 pengguna Facebook itu. Seorang rakan bernama Wong Shally memberi ucapan selamat dan berharap dapat memiliki cinta seperti yang dimiliki Thomas-Apple. Rakan yang lain, Winny Chin, menggelar pasangan ini sebagai contoh bagi pasangan lain.
Tidak disebutkan dimana dan bagaimana keduanya melangsungkan pernikahan. Malaysia, negara majoriti Muslim, melarang dan menyatakan pernikahan sesama jenis sebagai tindakan salah disisi undang-undang. Pernikahan seperti ini tidak akan berdaftar dan tidak sah bagi pemerintah Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Rosak sungguh puak ni.... Penyokong dia ada di singapork
muga bahagia hingga ke anak cucuuu.....ehhhh bole dapat anak kaaaaaa....
haik sure ke kat joho. aku kenai arr pompuan yang pompuan tu. bukan joho,
maka akan pupusla keturunan umat manusia jika ini yg diamalkan! aku rasa depa ni akan ambik anak anjing atau abak babi buat anak angkat!!!! takpun anak barbie!!!
BABI (anugerah tuhan kata bininya) suka sangat perkara ini berlaku, dia mesti sokong habis.
Post a Comment