Laporan yang AS lihat di FMT semalam menyatakan yang BN telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 25 kawasan pilihan raya sebagai kerusi mampu menang untuk BN - 15 di tanah besar dan 10 di pulau itu.
Kerusi tanah besar adalah Bagan Dalam (Bagan); Berapit dan Machang Bubok (Bukit Mertajam); Bertam, Penaga dan Pinang Tunggal (Kepala Batas); Teluk Air Tawar, Permatang berangan dan Sungai Dua (Tasek Gelugor); Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya (Permatang Pauh); dan Jawi, Sungai Bakap dan Sungai Acheh (Nibong Tebal).
Di pulau pula, kerusi yang disasarkan Sungai Pinang dan Datuk Keramat (Jelutong); Seri Delima Air Itam (Bukit Gelugor), Batu Uban, Pantai Jerejak dan Batu Maung (Bayan Baru) dan Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang ( Balik Pulau).
BN juga dilihat mampu menang di Kepala Batas, Tasek Gelugor, Batu Kawan, Nibong Tebal, Balik Pulau dan kerusi Parlimen Bayan Baru.
Dalam pilihan raya umum 2008, BN memenangi 11 daripada 40 negeri dan dua daripada 13 kerusi parlimen, semua melalui Umno. Gerakan, MCA dan MIC semuanya gagal pada masa itu.
Program walk about yang dijalankan setiap minggu oleh kepimpinan BN P.Pinang memperlihatkan kesungguhan itu untuk mendekati masyarakat dan banyak menerima respon yang amat positif.
Setakat ini, pemimpin BN telah melawat Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas di tanah besar, dan kawasan-kawasan Jelutong dan Bukit Gelugor di pulau itu.
Semalam (Isnin), mereka turun ke kubu kuat PKR Permatang Pauh, di mana MP adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Pemimpin BN yakin untuk memenangi kembali P.Pinang disebabkan perubahan yang signifikan dapat dilihat dari undi majority kaum Melayu dan pengundi India daripada Pakatan kepada BN. Nampaknya pemimpin BN agak optimis yang sentimen memihak kepada BN sekarang ini.
Dari undi kaum Cina, walaupun keadaan semasa tampak memihak kepada DAP, namun keupayaan untuk 'mencuri' sebahagian dari undi kaum tersebut mampu untuk membuat kejutan.
Apapun AS harap laporan 'risikan' ini tidak menghanyutkan pemimpin BN dari syok sendiri dan yakin dengan laporan tersebut dan mampu menyebabkan gerak kerja sekarang menjadi kendur.
Teruskan perjuangan dan program walk about setiap minggu harus berjalan sehingga PRU13 demi meraih kepercayaan rakyat P.Pinang untuk mengundi BN pada kali ini.
InsyaAllah, segalanya berkemungkinan. Tiada yang mustahil.
3 comments:
Kalau betul ada laporan sebegitu ...pelapornya patut dihukum tembak. Hahahahaha.... laporan ini disahkan tak betul oleh penduduk Penang sendiri. BN dok lena lagi kat Penang nih chek oooiiii
jangan terlalu 'over confident'. Belajar dari sejarah apa yang dah jadi dengan PRU yang lepas-lepas. Dan jangan terpedaya dengan lakonan mereka2 yang cuba mengambil kesempatan
Boleh buat jangkaan tapi jgnlah terlalu putar alam sangat. Sikit2 boleh.Nanti kredibiliti hancus!~Yg pasti PP takkan jatuh. UMNO mungkin tambah sikit kerusi tp bagi Gerakan n MCA memang sifar!
Post a Comment