![]() |
Video Ejakulasi Pramatang
Husam Jenin Nak Hapuskan Income Tax! Syoknya..

Pakatan Haram berjanji mansuhkan cukai pendapatan kepada individu berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan jika berjaya menguasai negara pada (PRU13)-SHCuba fikir secara rasional dan bertanggungjawab sikit..
Mereka sebenarnya tertekan dengan BR1M yang diagihkan sekarang ini dimana penerima terpaksa mendapat sain JKKK, Penghulu dan terpaksa mendengar ucapan dari pimpinan parti kerajaan. I
tu sebenarnya yang mereka risau lantas buat cadangan ini untuk mudahkan rakyat kononnya..
Bagaimana pula income bawah RM 3000 yang tidak dikenakan cukai pendapatan?
APa lagi penjimatan cukai yang boleh diharapkan?
Husam sedar ke tak stetment yang diberikan ini?
Menjelang PRU13 akan tiba, hari-hari ada siri janji-janji manis menghapuskan pelbagai bayaran dan cukai demi menambat hati pengundi..
Yang terkini ialah menghapuskan tol PLUS dan menghapuskan hutang pinjaman PTPTN!
Sebagai rakyat, A.S sendiri syok mendengarnya.
macam A.S pun hutang PTPTN tak habis-habis bayar lagi, siapa yang tak mau offer menarik ni.. Gunakan PLUS setiap hati, banyak save woo..
Tapi kita kena realistik..
A.S amat yakin 100%, jika kerajaan pusat mampu buat semua ini, dah lama buat dah..
tak perlu tunggu janji pakatan haram ni semua..
Apabila semua pendapatan nak dikurangkan, ke manakah lagi sumber yang boleh diharap selain dari minyak?
Kalau ini betul-betul berlaku, akan terkesan la ekonomi negara & makin lambat lah negara nak membangun. pada hemat A.S, majorti rakyat malaysia bergaji RM 5000 dan ke bawah.
Sila bertanya & berbincang dahulu dengan ahli-ahli dan pakar ekonomi sebelum buat keputusan lain kali. Jangan cakap sebarangan main lepas sahaja yang menunjukkan kebodohan diri sendiri!
Saifuddin Kata Harapan BN Menang Cerah Dalam PRU13!
Teruskan perjuangan kita, moga ada sinar yang menanti kita di hujung sana.
usaha semua pihak perlu dilipatgandakan untuk mencapai kemenangan BN dengan lebih bergaya dalam PRU13 akan datang!
Kerajaan Barisan Nasional mempunyai harapan sangat cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) pada tahun depan.Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau percaya kumpulan pengundi realiti baru menjadi penentu undi yang boleh membawa kepada harapan BN itu.
Saifuddin berkata, pertama ialah kumpulan media baru yang bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi tetapi bagi perkongsian pendapat manakala kedua, kesedaran baru sosial di mana pengundi membentuk kumpulan bersifat formal yang saling berpaut untuk mengeluarkan idea serta menjadi anggota ribuan organisasi online (atas talian), seterusnya transformasi demokrasi bersifat partisipasi.
“Siapa sebenarnya penentu Pilihan Raya sudah tentu bukan PR atau BN tetapi adalah kumpulan pengundi realiti baru ini,” katanya dalam wacana Sinar Harian di sini, semalam.
Menurutnya, sehubungan itu pengundi realiti baru yang antaranya terdiri daripada media, golongan muda, profesional termasuk mahasiswa itulah yang menjadi cabaran bukan sahaja kepada BN malah Pembangkang.
Saifuddin (atas) berkata, BN harus menerima hakikat terhadap tuntutan golongan-golongan muda di mana mereka akan yakin dengan demokrasi sekiranya pengamalnya benar-benar menunjukkan amalan demokrasi.
“Orang muda mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu-isu yang mereka hadapi ditangani.
“Ada golongan rakyat terdiri pengundi realiti baru yang sudah muak dengan parti politik yang sempit,” katanya.-SH
Cadangan: Pucuk Pimpinan Mau 'Jaga' Bekas YB Yang Tak Dipilih Semula
Dalam memastikan Umno terus mencapai kemenangan dalam pilihan raya, selain faktor calon boleh menang, kebajikan bekas wakil rakyat mereka yang terdahulu juga perlu diberikan perhatian.Apa kata jika bekas calon tidak dipilih semula, sepatutnya pucuk pimpinan parti menimbangkan untuknya tempat dalam politik. Jangan sampai dia merasa diketepikan begitu sahaja.
Meskipun dikatakan beliau tidak memberikan pencapaian perkhidmatan seperti yang diharapkan ketika menjadi wakil rakyat, berilah jawatan lain yang sesuai kepada beliau. Ini supaya beliau dapat terus membantu mengukuhkan parti dan tidak berbuat sebaliknya.
Jangan dibiar hidupnya terdesak. Kalau ini diambil kira, rasanya tidak akan ada unsur sabotaj berlaku dan Umno tidak mempunyai masalah mengekalkan kuasa!
Kajian Dr Google Undi Orang Muda: BN Dahului Pakatan Haram

Menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) dikatakan mendahului Pakatan Rakyat (PR) sekurang-kurangnya tiga peratus untuk mendapatkan sokongan golongan muda.
Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan berkata, angka itu boleh berubah menjelang pilihan raya kerana golongan muda peka kepada perubahan dan isu semasa.
”Jumlah kaum muda dalam demografi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88 hingga 92 peratus menyokong Pakatan,” katanya dalam wacana perdana PRU13 di Kota Bharu, malam kelmarin.
Antara panel wacana tersebut, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution.
Abu Hassan berkata, sebahagian besar sokongan golongan muda PR diraih dari kalangan anak muda golongan Cina manakala mengikut gender dan umur dianggarkan kaum itu menyokong gabungan berkenaan pada kadar 82 hingga 88 peratus.
Bagi pengundi Melayu pula, beliau berkata ia kekal pada kadar 22 hingga 28 peratus, untuk memberi kelebihan sokongan tiga hingga lima peratus kepada BN.
Moderator program berkenaan, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut memberikan pandangannya bahawa 60 peratus daripada kira-kira tujuh juta pengundi muda hanya akan membentuk sikap terhadap kepada isu tersebut dalam undian mereka pada saat terakhir.
Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang berkata, PKR terbuka dalam menerima kajian yang dibuat walaupun tidak berpihak kepada parti tersebut.
“Kita tidak amalkan sindrom penafian, saya membaca semua kajian lain yang disifatkan baik dan positif untuk membuat persiapan dalam menghadapi pilihan raya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohammad Agus tidak berhasrat untuk bertanding pada PRU13, biarpun ditawarkan untuk menjadi calon oleh sebuah parti.
AS NAK KATA, WAHAI ORANG MELAYU MUDA, BUKALAH MATA ANDA. MAJORITY MELAYU DAH SEDAR BAHAWA HANYALAH UMNO PARTI YANG BOLEH DIHARAP UNTUK MEMBELA NASIB ANDA.
JANGAN JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI MELAYU MINORITY YANG MENJADI DURI DALAM DAGING DALAM TUNJANG KEKUATAN ISLAM & MELAYU SERTA MEMBANTU MELEMAHKAN ISLAM DAN MELAYU DI TANAH AIR BERTUAH INI!
CUMA A.S NAK TANYA, APA USAHA MCA/GERAKAN DALAM MENARIK SOKONGAN MUDA KAUM CINA TERHADAP BN YANG MANA KINI HANYA TINGGAL 12%-18% SAHAJA?
Gempar! 2 ADUN UMNO Ini Nak Keluar Parti?
Itu cerita dulu. Desas-desus dan fitnah dari juak pakatan haram semasa Nizar lambai jadi MB yang perasan kononnya ADUN UMNO pakat nak lompat pi kat dia. Last-last dia yang ternganga hilang kuasa jadi MB sebab lupa daratan.Bukan itu yang A.S nak cerita.
Ini cerita berkenaan 2 orang ADUN UMNO iaitu ADUN Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam(kanan) dan ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar (kiri) yang telah mengisytiharkan untuk tidak bertanding lagi dalam PRU13 akan datang. Mereka masing-masing yang berumur 68 dan 62 tahun akan beri laluan kepada orang baru untuk menjadi calon dan berjanji akan berkempen habis-habisan untuk membantu memenangi calon muka baru itu.
Alasan mereka ialah, dah lama berkhidmat dan tak mahu memeningkan kepala pucuk pimpinan parti iaitu Presiden & Pengerusi Perhubungan Perak dalam menentukan calon yang layak bertanding dalam PRU13 akan datang.
Tahniah Dato', keputusan yang terbaik dan tak mementingkan diri sendiri.
YB yang lain macamana pula???
Nauzubillah! Kalau kuasa terlepas!
Masa depan bangsa Melayu akan gerhana dan negara pula akan menghadapi pelbagai ancaman sekiranya Barisan Nasional gagal mengekalkan pemerintahan pada pilihanraya umum akan datang.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata, rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan lain yang boleh menjamin masa depan negara, melainkan mengekalkan pemerintahan yang sedia ada.
Berucap kepada kira-kira lima ribu anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), di Shah Alam, Isnin, Najib berkata, rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu dan umat Islam perlu bertanya kepada diri sendiri apa akan terjadi jika pemerintahan di dalam negara tersungkur dan rebah.
“Apa akan terjadi kepada agama Islam kalau kita sudah hilang taring dan kekuatan? Apa akan terjadi kepada Raja-Raja Melayu kalau kita tiada lagi untuk memuliakan? Apa akan terjadi kepada anak cucu kita kalau kita tak dapat mendokong dasar-dasar yang yang boleh memperjuangkan untung nasib mereka?
“Jika kuasa terlepas, Nauzubillah! Kalau kuasa terlepas, segala cita-cita kita akan terkubur dan masa depan kita akan bertukar menjadi penuh dengan gerhana. Kalau kita hendak melakukan sesuatu, ia hanya mungkin menjadi realiti dan kenyataan kalau kita ada kuasa,” katanya.
Najib berkata, dalam pemerintahan negara-negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi, kuasa mungkin ditentukan oleh laras senapang ataupun di atas regim kuku besi.

“Tetapi dalam sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi secara terbuka, kuasa politik tetap datang dari rakyat dan selagi kita berjuang untuk rakyat dan kerana rakyat, Insyaalah, rakyat akan tetap mempertahankan kedudukan kita,” katanya.
Najib berkata, rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan Islam tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan yang ada kerana golongan yang menawarkan pilihan alternatif itu belum tentu lebih baik.
“Adakah Pilihan Alternatif itu lebih baik? Apakah kita boleh jamin kekuasaan kita tidak akan cair ataupun terhakis? Bagaimana martabat Melayu dan Islam kalau sekiranya belum ada kuasa lagi mereka sudah mahu meruntuhkan apa yang kita telah bina selama ini?
“Belum ada kuasa lagi mereka boleh kata nak kurangkan perkhidmatan awam dengan separuh. Siapa yang akan jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka? Kalau mereka kurangkan pentadbir awam, guru, polis dan tentera, siapa yang akan jadi mangsa?
“Belum ada kuasa lagi mereka berani mengatakan bendera Malaysia nak diubah. Belum ada kuasa lagi mereka sudah mula mencemar kemuliaan Raja-raja Melayu. Belum ada kuasa lagi mereka mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera.
“Mereka sentiasa mempertikaikan bahawa orang Melayu tidak pernah berlaku adil kepada bukan Melayu.
“Orang Melayu tidak pernah bersikap pelampau di buminya sendiri. Orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis. Orang Melayu sejak Merdeka lagi telah sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang adil kepada mereka,” katanya lagi,
Menurut Najib, kerajaan telah mengamalkan pendekatan Wassatiyyah sejak dulu lagi dan menolak kefahaman yang ekstrim. Katanya sejak Merdeka, orang Melayu telah menghulur tangan kepada bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang bersatu dan makmur.
Sehubungan itu Najib memberi amaran supaya jangan ada pihak yang mahu terus menerus mencuit perasaan orang Melayu dengan mengubah apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
“Kita tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkai perkara-perkara yang sudah diputuskan. Kita mesti membina sebuah negara Malaysia berasaskan perlembagaan yang sedia ada. Perkara-perkara asas tidak wajar dan tidak perlu dipertikaikan dan dirundingkan semula.
Najib menegaskan, kerajaan tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ia mampu beri, berbanding dengan orang yang tidak ada kuasa yang boleh menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.
“Berilah kepercayaan kepada kita kerana kita akan melakarkan masa depan yang jauh lebih baik. Kita tak menjanjikan sesuatu yang kita tak mungkin boleh beri. Orang yang tak ada kuasa boleh janji beri bulan dan bintang dan cakerawala. Tetapi kita janji apa yang boleh kita sajikan kepada rakyat dengan berpaksi kepada realiti sebenar,” katanya.
Najib mengingatkan rakyat, sekiranya mereka silap membuat perhitungan dan pilihan, Malaysia boleh mengalami nasib seperti Greece yang muflis dan Itali yang sedang mengalami masalah kegawatan ekonomi.
“Kalau pilihan kita tersasar, maka nasib yang sama boleh menimpa kita,” katanya.
Najib juga menyeru PEKIDA supaya menjalankan tanggungjawab sebagai organisasi yang boleh menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam.
“Kalau kita berbalah, kita akan hilang kekuatan. Kita tidak akan benarkan bangsa kita dihina atau diinjak oleh sesiapa. Kita tak mahu bangsa kita menjadi bangsa yang bangsat di buminya sendiri. Kita akan pertahankan dengan segala kekuatan yang ada dan tidak akan berundur seincipun,” katanya.
Terdahulu, ahli-ahli PEKIDA telah mengangkat sumpah bai’ah untuk tetap setia bersama UMNO bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.
Perhimpunan berkenaan turut dihadiri Presiden Pekida Jamaluddin Yusof, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.Keri: 3 Formula Untuk Menang Pilihanraya
3 Formula yang diperlukan untuk menang pilihanraya 1) Winnable Candidate
2) Winnable Prime Minister
3) Winnable Party Amacam?
Mampukah UMNO/BN?
Diharap kali ni pucuk pimpinan jangan Salah Pilihan &
Ahli UMNO Sendiri Yang Sabotaj Calon UMNO semasa PRU13 seharusnya dikenakan tindakan paling tegas hatta pecat keahlian sekalipun agar menjadi pengajaran kepada ahli UMNO yang lain.
Terkini! Sah Dakwat Kekal Akan Diguna Pada PRU13
Terbaru, SPR bersetuju untuk gunakan dakwat kekal dalam PRU13.
Masih tak puas hati?
Masih nak berdemo haram bersih 3?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan akan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk menggunakan dakwat kekal dalam PRU akan datang dipersetujui dan diluluskan sebulat suara oleh Parlimen.
“SPR akan teliti perkara ini dan kini hanya menunggu persetujuan kerajaan serta kerjasama Jabatan Peguam Negara untuk membuat pindaan undang-undang.
“Pihaknya juga telah mengenal pasti sumber untuk mendapatkan bekalan dakwat kekal itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.
Menurut beliau, jika perkara-perkara di atas selesai, dakwat itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengkaji kandungannya dan laporan itu akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengesahkan status halal.
Wan Ahmad berkata, langkah ini penting supaya umat Islam di negara ini tidak terjejas dan dapat mengelakkan timbul isu ataupun keraguan dikalangan umat Islam.
Ketika ditanya tempoh yang akan diambil untuk melaksanakkannya beliau berkata, sepatutnya ia tidak akan mengambil masa yang lama.
“Sudah tentu proses ini boleh disegerakan kerana usul ini telah dipersetujui oleh Parlimen dan Jabatan Peguam Negara hanya perlu menyediakan butir-butir pindaan undang-undang sahaja.Hanya tunggu kelulusan dari pihak kerajaan sahaja”
“Ia terkandung dalam Undang-undang Peraturan (Penjalanan Pilihanaraya) 1981. Dalam proses ini, hanya sedikit pindaan akan dibuat yang akan diuruskan oleh Jabatan Peguam Negara dan Inisiatif SPR untuk memastikan proses ini berjalan dengan lancar,” katanya.
Dalam perkembangan berkaian, Wan Ahmad berharap pihak-pihak yang sering membuat andaian dan menuntut agar penggunaan dakwat kekal ini dilaksanakan akan berpuas hati.-SINAR HARIAN
Panas! Ibrahim Ali Yakin 95% Pengundi Adalah Penyokongnya Di Pasir Mas!

A.S agak skeptikal terhadap status update yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali ini.
Tampak beliau mempunyai keyakinan yang cukup tinggi untuk pertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dengan menyatakan hampir 95% pengundi di Pasir Mas adalah penyokong beliau.
Tinggi sangat kot? Realistik la skit YB!
Tapi kalau Tok Him nak bertanding atas kerusi apa?
PAS? Kerat 8 pun Pok Nik takkan restu dah!
UMNO? Ingat pemimpin UMNO dalam bahagian Pasir Mas nak biar saja?
BEBAS? Sendiri mau tau la..
Inilah Sebab Utama Pakatan Harom Nak Pilihanraya Asing!
Bagi A.S, Pakatan Haram yang bacui hendak Mengadakan Pilihanraya DUN Berasingan kerana jentera pilihanraya mereka sebenarnya lemah, tak ramai dan kurang mencukupi.Jika PRU13 diadakan serentak disemua parlimen dan DUN, maka tukang kelentong rakyat mereka yang hardcore hanya terpaksa bertungkus lumus di tempat bertanding masing masing!
Kerana bagi mereka, dalam PRU13 yang bakal menjelma ini mereka akan mengalami kekalahan teruk yang boleh mengakibatkan kehilangan negeri-negeri yang diperintahi oleh mereka sekarang ini!
KITA Nak Haria PKR & DAP Di Kedah. Peluang BN cerah?

Zamil nampaknya berkeyakinan tinggi untuk merampas kerusi-kerusi seperti yang disebutkan diatas. Persoalannya, mampukah mereka? atau hanya bakal menjadi calon yang hilang wang pertaruhan?Jka kita lihat dan ramal dari sudut postif, kesemua kerusi yang disebutkan diatas sudah pasti bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Ini memungkinkan peluang BN untuk merampas kerusi-kerusi tersebut tampak lebih cerah disebabkan oleh perpecahan undi dan tidak mustahil Kedah dikuasai kembali oleh BN dan bakal menang 2/3 majoriti di peringkat Parlimen?
Simbolik Di Final Piala Malaysia. Kelantan & Selangor Tersungkur!
Gempaq! Tok Maimun Akan Bertanding Lagi Dalam PRU13.
Tok Mon nak tanding lagiKUALA TERENGGANU: Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa.
“Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13.
“Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding,” katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini.
Dia menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba muncul menawarkan diri sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 tetapi tewas teruk dan hilang deposit RM10,000.
Dalam pilihan raya 2008 Maimun memperoleh 685 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mendapat 32,562 undi manakala calon PAS, Mohamad Sabu meraih 31,934 undi.
Gelagatnya berkempen setiap hari dengan menaiki basikal ketika itu mencuri tumpuan dan tanpa diduganya, dia berjaya meraih undi walaupun kecil.
“Tapi tentu lebih baik jika tok menang,” katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengulas mengenai undi diterimanya itu.
Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehingga ada yang meminta bantuan daripadanya sedangkan dia sendiri penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.
“Orang susah ada jumpa tok untuk minta bantuan dan tok pula tidak sampai hati menghampakan hasrat mereka walaupun tok sendiri pun susah.
“Jadi tok bantu ikut kemampuan. Kalau ada RM2, tok beri RM1 dan kalau ada lebih tok beri lebih,” katanya sebelum meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana mempunyai temujanji dengan pelanggan di Chabang Tiga, di sini.
Bagi menampung perbelanjaan hidup, Maimun yang juga ibu kepada seorang anak berniaga kain sejak lebih 30 tahun lalu.-hmetro
BN dijangka menang besar PRU-13.
Bank pelaburan utama menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan memperbaiki prestasi pada pilihan raya umum ke-13 berbanding kedudukan tiga tahun lalu berikutan indikasi adanya peralihan sokongan kepada perikatan itu.Dalam laporannya semalam, OSK Research berkata, kerajaan pusat yang memerintah itu dipercayai akan menambah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini yang dijangka akan diadakan Mac depan.
BN dinafikan majoriti dua pertiga pada Mac 2008.
“Jangkaan ini bersandarkan pada indikasi bahawa sokongan beberapa komuniti mula beralih kepada BN sejak awal 2010,” kata OSK.
“Sementara kita tidak boleh meramalkan bilangan kerusi yang akan dimenangi oleh BN, kami percaya kedudukan akan lebih baik daripada 63 peratus pada 2008,” katanya lagi.
Laporan OSK itu berkata berdasarkan pilihan raya 2008 dan aliran berita sejak itu, tiga negeri di pantai barat iaitu Kedah, Perak dan Selangor dijangka akan menyaksikan saingan sengit.
Ia juga memberi pecahan sokongan mengikut sudut geografi dengan Pakatan Rakyat mendominasi kawasan bandar, pantai barat Semenanjung dan kawasan pendalaman diduduki orang Melayu di utara, menggambarkan ikatan komponen merangkumi fundamentalis Islam, penduduk sekular di kawasan bandar dan pembawa pembaharuan yang sederhana pendirian.
BN menguasai kawasan selatan Semenanjung dan Malaysia Timur, yang lebih menggambarkan agenda memfokuskan pembangunan.
BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berhadapan dengan rekod keputusan bercampur-campur dalam pilihan raya kecil sejak 2008 tetapi memenangi kebanyakan pilihan raya kecil yang baru diadakan termasuk Tenang pada Januari lalu dan kemudian pilihan raya negeri Sarawak April lalu.
Kajian pungutan suara kendalian Merdeka Center menunjukkan bahawa populariti Najib merosot kepada 59 peratus Ogos lalu berbanding 79 peratus pada Mei 2010, antara lain disebabkan kenaikan kos sarap hidup dan juga tindakan keras pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0.
Bulan lalu Najib mengumumkan pembaharuan politik dengan memansuhkan dua undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Pada 7 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Bajet 2012 yang menyediakan siri ganjaran dan pemberian jangka pendek, yang pengkritik melihatnya sebagai bajet pilihan raya.
Mandat semasa hanya akan berakhir suku kedua 2013.-MI-
AS: KITA TUNGGU PULAK APA PULA HASIL KAJIAN MEREKA CENTRE SELEPAS INI.
MASING-MASING PAKAT NAK BUAT TILIKAN DAN RAMALAN TAPI JANGANLAH PERCAYA BULAT-BULAT.
PERJUANGAN MEMENANGKAN BN MESTI DITERUSKAN &
PAKATAN HARAM PENIPU RAKYAT/PEMECAHBELAH MASYARAKAT MESTI DITUMBANGKAN BAGI MEMASTIKAN KESTABILAN MALAYSIA DARI SEGALA SEGI TERUS UTUH!
Tarikh akhir Parlimen bubar 24 April 2013. Lambat Lagi ..
Sebelum itu.. sikit info untuk dikongsi bersama..Ada pihak telah memberitahu bahawa Petugas-petugas SPR telah mula melawat Sekolah-sekolah yang akan digunakan sebagai Pusat mengundi mulai minggu lepas.
Kononnya ada bunyi bahawa pihak Sekolah juga telah diarahkan untuk mengadakan peperiksaan akhir tahun lebih cepat dari biasa.
Tarikh pengambilan sukarelawan SPR telah ditutup akhir Oktober lalu.. yang ni A.S cuma tahu pengambilan telah ditutup, A.S tak tahu bila ia dibuka.
Tapi A.S nak bagitau, tarikh bubar lambat lagi, jangan nak buat kalut. Biat PM yang buat keputusan.
Tarikh akhir Parlimen bubar 24 April 2013
KOTA BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.
Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.
“Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Seramai 15,000 kakitangan awam dan rakyat Kelantan hadir pada program itu.
Dakwat kekal
Jelasnya, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.
Sementara itu mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata SPR kini masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan bahan itu termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.
“Bagaimanapun sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya,” katanya.
Selain itu beliau menegaskan SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan pengundi dari satu Parlimen ke Parlimen lain sebagaimana yang didakwa pembangkang.
Bahkan katanya SPR tidak pernah diberikan hak dalam undang-undang negara untuk melaksanakan proses pemindahan itu melainkan dengan permohonan daripada pemilih itu sendiri.-Bernama
Parlimen Akan Bubar Isnin Ini?
Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan. Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN.Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu. Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi.
Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan.
Jika begitu, maka beliau 'haruslah' membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan petang ini, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November.
Kenapa Isnin Alasannya mudah, sekiranya Najib tidak membubarkan Parlimen menjelang Isnin, Belanjawan 2012 haruslah dibahas pada Isnin itu juga, yang akan membazirkan waktu kerana pilihanraya hanya sebulan sahaja lagi.
Kedua, kenapa beri peluang untuk pihak pembangkang untuk mengacau rencana besarnya itu yang sudah pasti akan dipuji-puji di media semasa, radio dan televisi, yang semuanya dikawal kerajaan.
Ya, langkah itu membenarkan BN untuk melontarkan 'imbuhan' sementara meninggalkan Pakatan Rakyat terkontang-kanting mencari area perdebatan. Ia adalah jalan pintas untuk mendiamkan rakyat. Dan apabila Belanjawan itu dibentang semula, sekiranya BN menang, Najib masih boleh mencari jalan untuk perlahan-lahan mengelak daripada mengotakan janjinya.
Dua kem
Di dalam UMNO, jelas kelihatan adanya pertembungan di antara dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi oleh penyokong tegarnya pun. Kem Najib mahukan pilihanraya awal sebelum perjumpaan tahunan parti itu pada Disember untuk mengelakkan daripada dipaksa mengumum rencana pertukaran kuasa kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin.
Jelaslah Muhyiddin, dan lebih-lebih lagi Mahathir Mohamad, bekas pemimpin yang masih berpengaruh itu, mahukan PRU-13 berlaku pada tahun hadapan. Mereka bimbang skanda-skandal Najib akan melemahkan peluang BN untuk menang dan mahu untuk bertanding dalam PRU-13 dengan persoalan kepimpinan sudah selesai, suaya rakyat akan merasa selesa untuk kembali mengundi BN.
Ya, PRU-13 amatlah bergantung kepada perjumpaan agung UMNO yang akan datang. Terdapat banyak tanda-tanda peperangan dan perebutan kuasa sedang berlaku dan keributan untuk majlis tertinggi UMNO mencalonkan pengganti pucuk kepimpinan. Samalah seperti apa yang dilalui Abdullah Badawi pada tahun 2008.
Inilah rasional yang dibangkitkan oleh mereka yang meramalkan PRU-13 akan berlangsung pada bulan November. Mereka meneka Najib akan mencantas pergolakan dalam UMNO dengan mendapatkan mandat rakyat, dan sekiranya dia berjaya mengekalkan status quo atau malah berjaya merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan, maka dia telah memastikan kedudukannya untuk satu terma lagi.
Dan dalam terma keduanya, Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak akan bermain-main lagi. Dan ini adalah sesuatu yang Mahathir dan Muhyiddin harus beri perhatian.
Faktor Anwar
Terdapat juga isu Anwar Ibrahim, yang pada waktu ini terjebak dengan tuduhan Liwat II. Perbicaraan sedang berlangsung dan sekiranya pilihanraya berlaku sekarang, adalah sukar untuk Anwar berkempen bermati-matian. Ini adalah mata tambahan untuk Najib, di mana dia berhasrat untuk menyingkirkan Anwar daripada dunia politik dan meraih sokongan ketua-ketua UMNO yang tidak mahu Pakatan Rakyat berlegar-legar lagi mengganggu urusniaga mereka.
Membubarkan Parlimen sejurus selepas Belanjawan dibentangkan juga boleh dilihat sebagai langkah untuk manyelesaikan perkara. Terpengaruh oleh hubungan awamnya yang positif dan selesa dengan delusi yang rakyat di luar kota akan tetap mengundi BN, Najib kelihatan akan mengorak langkah pada bulan November.
Mahathir masih 'tulang belakang' Walau bagaimanapun, dengan mengamati tanda-tanda terkini yang semakin jelas selepas Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012 Prosperity For All, kemungkinan untuk berlangsungnya PRU pada tahun ini semakin nipis.
Dengan insiden Bukit Kepong dan isu hudud yang makan tuan, sebagai mana taktik licik itu terbaca oleh rakyat Malaysia, lebih berkemingkinan untuk Najib mengalah kepada Mahathir.
Walau demikian sekali pun, untuk pengesahan dan sehinggalah Najib sendiri menafikan PRU-13 akan berlaku tahun ini, seluruh perhatian akan diberikan kepada Najib selepas dia membentangkan Belanjawan 2012 hari ini. Sekiranya dia berdiam diri, maka Isnin lah yang akan menjadi hari keputusan bilakah PRU-13 akan berlangsung. Sudah pasti, ini akan membawa kepada teka-teki 2012, dan sebenarnya, PRU-13 tidak semestinya berlaku pada Mac/April 2012!-malaysianchronicle
AS petik laporan ni dari portal pro pakatan haram sebagai bacaan untuk dikongsi bersama sekurang-kurangnya dapat menilai persepsi portal pro PR terhadap tarikh bayangan PRU13 yang bakal dilangsungkan.
Baca boleh, percaya jangan. Yang pastinya AS berani jamin tidak mungkin parlimen akan dibubarkan secepat minggu hadapan.
Ramalan AS pada PRU13 akan dijangka berlangsung pada mac 2012.
Apa yang penting, semua jentera BN di segenap lapisan dan semua parti komponen, haruslah bersiap sedia dari sekarang.
Panas !! Tarikh-tarikh PRU13 dari Nujum-nujum Politik. !
Ketika arena politik negara semakin dilanda wabak demam pilihan raya yang tidak berapa lama sahaja lagi, bermacam ramalan yang dapat kita dengar dan baca di sana sini.Ramalan-ramalan politik ini tentunya datang dari ahli-ahli nujum politik negara yang datangnya dari pelbagai medium termasuklah medium internet, media cetak, cofee house hotel yang berbintang-bintang hinggalah ke kedai kopi di bawah pokok.
Walaupun ada juga ahli-ahli nujum politik negara ini hanya menjampi mangkuk ajaib atau bebola kristal mereka di kedai-kedai kopi, tetapi bacaan politik sesetengah mereka ini tidak boleh diperlekeh begitu sahaja kerana bacaan politik mereka ini juga tidak kurang menariknya.
Biar pun ada sesetengah ramalan sedikit merapu, nakal dan bersifat propaganda, tetapi banyak juga yang mampu memberi hujah-hujah dengan baik bersandarkan fakta-fakta yang menarik untuk difikirkan.
Dari mangkuk ajaib dan bebola kristal ahli-ahli nujum yang datang dari pelbagai medium ini, bermacam ramalan dapat dilihat, seperti siapakah calon parti tertentu, siapa tikam belakang siapa, siapa bakal menang dan yang paling popular ketika ini ialah bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan diadakan.
Dalam banyak-banyak tilikan yang meramalkan tarikh sebenar PRU 13 akan diadakan, terdapat beberapa tarikh yang begitu hangat disebut-sebut oleh ahli-ahli nujum politik negara ini.
11 Februari 2012
Minggu lalu, sebuah akhbar harian turut tidak ketinggalan meramalkan tarikh PRU 13 dengan tajuk utama muka hadapannya yang meramal PRU 13 akan diadakan pada 11 Februari 2012.
Dalam liputan khas PRU 13 dengan empat muka penuh itu, ianya bolehlah dianggap satu analisa yang menarik dengan pembentangan faktanya yang begitu teliti.
Cuma yang tidak dikaitkan dalam analisa tersebut ialah perbicaraan kes liwat 2 yang sedang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap oleh sesetengah ahli nujum lain sebagai salah satu faktor yang mungkin berada dalam perhitungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Persoalan yang mungkin sesuai untuk diperhitungkan tentunya seperti bilakah perbicaraan kes liwat 2 itu selesai, adakah Anwar akan didapati bersalah, jika mahkamah mendapati beliau bersalah apa pula hukumannya nanti yang sudah tentulah bukan denda ketuk ketampi.
Silap-silap hari bulan, jawapan-jawapan dari persoalan-persoalan itu tadi boleh menyebabkan Anwar hilang kelayakkan untuk bertanding dalam PRU 13 nanti.
Apa pun yang pastinya, kes liwat 2 itu memang banyak memberikan kelebihan kepada Najib dalam usaha untuk memadamkan impian Anwar untuk bergelar PM Malaysia.
Malah bukan itu sahaja, sekiranya Anwar hilang kelayakan bertanding gara-gara keputusan mahkamah nanti, kubu kuat Anwar di Permatang Pauh dengan sendirinya menjadi kucar-kacir untuk memilih calon sesuai dalam PRU 13 kelak.
Harus diingat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika ini masih jauh untuk menghabiskan tempoh ‘edah’ setelah hilang kelayakan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negara ini ekoran tindakan meletakkan jawatan sebagai YB di parlimen yang sama pada 2008.
PAS ramal 11 November 2011
Selain akhbar harian tersebut yang menjangkakan 11 Februari 2012, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu PAS telah menyasarkan tarikh 11 November 2011 sebagai tarikh pilihan raya diadakan.
Kata beliau, bajet yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober nanti merupakan bajet pilihan raya untuk mengambil hati rakyat agar memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, tarikh lain yang juga sedang hangat diperkatakan ialah pada 11 Oktober tahun ini iaitu empat hari selepas pembentangan Bajet 2012.
Namun ramalan 11 Oktober nampaknya hampir tidak menjadi kenyataan apabila hanya tinggal seminggu lebih sahaja lagi dari sekarang sebelum menjelangnya tarikh yang diramalkan itu sedangkan hingga hari ini Parlimen masih belum dibubarkan.
Ditambah pula dengan faktor pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober nanti dan perbahasan sebelum bajet boleh diluluskan yang pastinya memakan masa yang panjang.
Membubarkan parlimen sebelum undian meluluskan bajet di parlimen dijalankan dan persidangan yang hanya selesai pada awal Disember nanti akan banyak mencetuskan kontroversi dari segi perlembagaan.
Seperti kata Profesor Dr Aziz Bari, silap-silap hari bulan Bajet 2012 jadi bajet tidak sah dan terpaksa dibentangkan semula.
Kalau Najib masih bernasib baik, dapatlah sekali lagi beliau membentangkan bajet dan kalau tidak bernasib baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pun pihak yang sekarang ini berada di blok yang bertentangan pula membentangkan Bajet 2012.
Najib sendiri tentulah tidak mahu dilihat sebagai PM paling kurang cerdik apabila membuat keputusan tidak bijak dalam memilih masa paling sesuai untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya.
Angka 11
Ramalan-ramalan ahli-ahli nujum politik negara menjadi semakin menarik apabila masing-masing cuba mengaitkan ramalan mereka dengan angka 11 apabila Najib memberitahu DJ sebuah stesyen radio bahawa angka itu begitu dekat dengan dirinya.
Sekiranya Najib sememangnya mempunyai tahap obses yang begitu tinggi dengan angka tersebut, maka bacaan mudah boleh dibuat dengan mengandaikan tarikh 11 November 2011 (11/11/11) sebagai pertaruhannya.
Namun ianya tidaklah semudah itu untuk membaca perhitungan politik dalam fikiran Najib hinggalah ke saat ini.
Sudah tentunya Najib tidak akan meletakkan angka tersebut sebagai antara kriteria utama dalam mencaturkan masa depan politik beliau dan parti yang diterajuinya.
Kalaupun betul Najib memilih tarikh 11 haribulan untuk mengadakan PRU 13, sudah semestinya ada perhitungan lain yang menjadi keutamaan Najib ketika memilih tarikh itu berbanding faktor angka 11 itu sendiri.
Sekali lagi, Najib tentulah tidak mahu dilihat sebagai PM paling kurang cerdik untuk memilih tarikh sesuai untuk membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihan raya.
Mac 2012 – Tony Pua
Bagi Ketua Publisiti DAP, Tony Pua pula meramalkan PRU 13 bakal diadakan dalam tempoh kurang enam bulan dengan menyasarkan sekitar Mac 2012.
Manakala dalam sembang kedai kopi sedikit masa dahulu, seorang ahli nujum politik negara yang pernah berkhidmat sebagai pengiring khas kepada seorang kenamaan politik di Sarawak pernah memberitahu PRU 13 akan diadakan pada 15 November tahun ini.
Bagaimanapun gambaran dalam mangkuk ajaibnya tidaklah begitu jelas dek riak-riak air di dalamnya dan kerana itu beliau tidak dapat memberi hujah bagi menyokong kenyataannya melainkan memberitahu tarikh itu diperolehi daripada ahli politik yang beliau sendiri iringi itu.
Pada Jun lalu pula, politik negara tiba-tiba menjadi riuh apabila ada ahli nujum politik negara yang meramalkan PRU 13 bakal diadakan pada bulan berikutnya iaitu Julai lalu apabila Umno sibuk mengadakan simulasi pilihan raya.
Namun ramalan tersebut turut tidak menjadi kenyataan apabila tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah ke penghujung bulan itu.
Ramalan nakal
Ada juga ramalan yang tampak nakal tetapi mencuit hati apabila ‘menyedarkan hakikat sebenarnya,’ Najib sendiri juga sama seperti ahli-ahli nujum politik negara yang lain, masih terteka-teka bila agaknya isterinya mahukan parlimen dibubarkan.
Ramalan lain yang tidak kurang juga nakalnya apabila meramalkan Datin Seri Rosmah Mansor bakal diturunkan sebagai calon ‘heavy weight’ bagi BN walaupun tidaklah mustahil, untuk melanggar dan melenyek-lenyek Pakatan Rakyat.
Begitulah ‘istimewanya’ negara kita berbanding negara lain apabila rakyatnya khusus bagi pemain-pemain politiknya, berseronok merasai debaran dengan penuh suspen untuk mendapatkan ramalan terbaik daripada ahli-ahli nujum politik negara.
Berbanding di kebanyakkan negara-negara lain, tarikh pilihan raya telah pun diumumkan berbulan-bulan lebih awal sekaligus menghilangkan unsur suspen dan ‘thrill’ seperti mana kita di sini.
Jika PRU 13 Pada NOVEMBER, BN Akan MENANG - Peg. Kanan PM
Barisan Nasional (BN) nampaknya sudah bersedia untuk mengekalkan kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang (PRU-13) jika ia diadakan pada bulan November, dan Sabah dan Sarawak akan sekali lagi menjadi penyelamat, mengikut kaji selidik yang dijalankan.Selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis lepas bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihapuskan, kemungkinan itu seolah-olah menjadi lebih cerah.
Walau bagaimanapun, menurut sumber berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri mendedahkan bahawa ia hanya akan menang dengan majoriti mudah iaitu kira-kira 140 kerusi.
Beliau menambah bahawa BN akan menghadapi perlawanan yang sukar di Semenanjung, tetapi parti pemerintah dijangka memenangi 54 daripada 56 kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.
"Kebimbangan sekarang hanya kepada DAP, orang Cina di Malaysia Timur masih menyokong parti itu," katanya lagi.
Berdasarkan laporan itu, menurut sumber, yang merupakan seorang Pegawai Kanan Jabatan Perdana Menteri, DAP yang akan memenangi dua kerusi tertentu di Sarawak - Kuching dan Stampin.
Berdasarkan prestasi yang kukuh DAP yang ditunjukkan dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, sumber itu berkata pilihan raya umum kali ini akan berbeza.
"Kita mesti faham bahawa pilihan raya negeri adalah berbeza. Salah satu faktor utama mengapa DAP memenangi 13 kerusi dalam pilihan raya negeri bahawa orang kuat parti dari Semenanjung telah berkempen di sana.
"Tetapi ini tidak akan berlaku semasa pilihan raya umum," katanya.
Tambahan pula, beliau berkata DAP sedang mengalami masalah dalaman di Sarawak, dan parti itu tidak mendapat sokongan orang asli.
Mengenai peluang parti-parti Pakatan Rakyat yang lain, PKR dan PAS, sumber itu mendakwa bahawa ia akan menjadi satu keajaiban jika kedua-duanya menang walaupun hanya satu kerusi tunggal di Sarawak.
"Di Sabah, tidak ada kerusi untuk pembangkang," tegas beliau. "BN akan mengekalkan Sabah dengan kemenangan 100%."
Kawasan pilihan raya Kota Kinabalu yang dimenangi oleh Dr Hiew King Cheu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa DAP Sabah, belum tentu dapat mengekalkan kerusinya.
"Harapan DAP untuk memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi, Kota Kinabalu dan Sandakan, juga sukar," katanya.
Parti komponen kritikal
Walau bagaimanapun, sumber itu mengakui bahawa pilihan raya umum akan datang akan menjadi yang paling sukar di Semenanjung.
"Walaupun Najib yakin dapat memulihkan Umno, kebimbangan utamanya adalah parti komponennya," katanya, sambil menambah bahawa kaji selidik itu menunjukkan bahawa MCA, MIC dan Gerakan berada dalam "keadaan kritikal".
Laporan itu menyatakan bahawa MCA tidak mampu untuk memenangi kembali undi Cina manakala MIC sedang menghadapi pelbagai masalah dalaman.
"Gerakan dianggap umpama sebuah kapal yang tenggelam dan Umno hanya boleh mengabaikan sepenuhnya parti itu selepas pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.
Kaji selidik juga menunjukkan bahawa kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen Nibong Tebal, Teluk Kemang, Indera Mahkota, Kuala Terengganu, Lembah Pantai, Titiwangsa, Merbok, Padang Serai, Kuala Langat, Kelana Jaya, Ketereh, Tanah Merah dan Bagan Serai boleh jatuh semula kepada BN.
Kerusi BN yang dianggap goyah adalah di Bukit Katil, Temerloh, Labis, Segamat, Sepang, Ayer Hitam Lumut, Arau dan Dungun.
PRU13 Diadakan Sebelum Krismas Tahun Ini??
DIPERCAYAI Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan sebelum Hari Natal 25 Disember Tanda-tanda pilihan raya sudah hampir berdasarkan perlantikan pengurus pilihan raya bagi Parlimen sudah pun dibuat.Sudah ada pegawai pengurus pilihan raya itu telah menerima perlantikan dari Suruhanjaya Pilihan Raya.Seorang daripadanya memberitahu saya, dia sudah menerima perlantikan itu.
Dia tidak diberitahu bila pilihan raya itu akan diadakan kerana tarikhnya tidak dinyatakan, tetapi dia menunggu arahan bila latihan persiapan akan diadakan.
Dengan maklumat itu dapat diduga bahawa pilihan raya sudah hampir.
Ia adalah tanda awal selepas jenteri pilihan raya BN sudah selesai mengadakan pilihan raya olok-olok dan Perdana Menteri sudah pun menjelajah ke seluruh negara bagi meningkatkan persiapan jentera pilihan raya partinya.
Apa pun ia tidak mungkin diadakan sebelum bulan Disember, pertama disebabkan latihan bagi pegawai pengurus dan lain-lain kaki tangan bagi peti undi belum bermula.
Ia tidak mungkin dibuat sebelum Oktober kerana menjelang Oktober rombongan haji ke Mekah mula berangkat.
Tidak ada kemungkinan pilihan raya itu akan diadakan dalam musim haji kerana Suruhanjaya Pilihan Raya pernah ada pengalaman mengadakannya dalam musim haji dalam tahun 1980an dulu.
Ada calon dari Wanita UMNO Pulau Pinang yang sudah berada di Tanah Suci terpaksa balik kerana bertanding. Ia satu kesalahan bagi ibadat haji bagi jamaah yang sudah berada di Mekah kembali ke tanahair sebelum mengerjakan haji.
Tindakan kerajaan bersetuju mengadakan pilihan raya dalam musim haji itu adalah perampas hak pengundi yang mengerjakan haji dari melakukan tanggungjawab menentukan wakil dan kerajaan yang hendak dipilihnya.
Beribu-ribu jamaah haji telah hilang peluang mengundi dan mereka hanya mengikut perkembangannya dari jauh.
Jamaah yang malang itu adalah pengundi bagi calon PAS dan BN khususnya UMNO. Mereka saja yang menunaikan haji.
Ia tidak menjejaskan pengundi DAP dan lain-lain pengundi BN bukan Islam. Tindakan itu merugi pengundi Islam saja. Jelaslah tindakan itu bersifat merampas hak orang Islam.
Menjelang pilihan raya itu saya pernah menulis rencana menyeru umat Islam yang bercadang untuk menunaikan haji tahun itu membatalkan hasratnya ke Mekah kerana mengundi itu lebih aula. Ia hanya berlaku empat atau lima tahun sekali dan rakyat wajib mengutamakan pengundi kerana ia menentukan kerajaan yang hendak ditegakkan. Adapun haji ada setiap tahun.
Mursyidul Am PAS sekarang, ketika itu belum menjadi Menteri Besar Kelantan telah menyokong saranan rencana saya itu.
UMNO tidak dapat memberi jawapan atas kecaman pembangkang atas kejadian itu.
Dipercaya UMNO yang membelenggu SPR tidak mahu kejadian itu berulang.
Jamaah haji hanya selsai pulang menjelang hujung bulan November. Maka selepas itu barulah pillihan raya itu akan diadakan.
Apapun ia tidak mungkin adakan hujung bulan itu kerana ia sedang dalam musim peperiksaan. Beberapa peperiksaan sekolah menengah belum selesai. Pillihan raya tidak mungkin diadakan sebelum selesai peperiksaan kerana ia melibatkan guru-guru sebagai pengendali hari mengundi dan sekolah sebagai tempat tempat mengundi.
Masalah yang besar dalam bulan Disember selalunya ia adalah musim hujan di pantai timur. Ia boleh menyukarkan jika musim hujan itu diikuti oleh banjir.
Tetapi banjir sekarang tidak lagi semestinya hujung tahun saja dan tidak saja di pantai timur. Ia boleh berlaku di mana-mana saja dan bila-bila masa.
Bagi hujung tahun ini tiada lagi masa yang lebih baik selain dari bulan Disember, dan ia mestilah sebelum hari Krismas.
Jika tidak diadakan waktu itu, maka ia terpaksa memikirkan tahun 2012 pula.-Subky Latiff-


