Video Ejakulasi Pramatang

Video ini membuatkan ramai blogger dan pecacai pakatan meroyan tak ketahuan. Mudahkan skrip video di atas? 


Walaupun ringkas tapi dah cukup untuk menyedarkan rakyat bahawa janganlah semudah itu kita merosakkan 55 tahun yang kerajaan UMNO BN buat untuk memajukan negara seperti pada tahap sekarang. Korang yang tonton ni pakat-pakat like la ramai-ramai.

Program 100 hari pakatan haram jadah adalah merupakan satu pembohongan besar yang diutarakan hanya untuk memancing undi semata-mata.

PR (kita sebut Anwar Ibrahimlah senang) tidak menyenaraikan bagaimana hasil untuk negara akan diperolehi untuk menanggung perbelanjaan negara. Beliau lebih menghairah belanja wang negara. Beliau memang tidak mahir mengurus pentadbiran kewangan negera kerana beliau hampir-hampir menjadikan negara bangkrap dan rakyat derita pada tahun 1997 apabila beliau menjawat jawatan menteri kewangan. Beliau lebih minat dan mencadang menaikkan kadar faedah untuk pinjaman sebagai satu penyelesaian masalah kewangan negara. Jikalau kadar faedah dinaikkan rakyat akan menderita.

Oleh itu, beliau tidak mampu melaksanakan program 100 hari tersebut kerana ia akan memufliskan negara dan rakyat akan menderita pada masa depan.

Anwar Ibrahim umum bahawa sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa maka mereka akan mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM, untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerajaan mengambil alih alih aset lebuhraya supaya tol dihapuskan,merombak struktur subsidi negara, menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru, menjadikan air sebagai hak rakyat, menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat, membatalkan Felda Plantations dan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda,menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Program Transformasi kerajaan pentadbiran Najib Tun Razak dilihat lebih menyeluruh meliputi semua bidang, termasuk ekonomi, sosial, agama,pendidikan, pengangkutan awam, keselamatan awam rakyat dan keselesaan hidup rakyat Malaysia malah menjangkau Program 100 hari . Program Transformasi Najib Tun Razak tidak terbatas kepada progarm yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim malah lebih luas dan mendatangkan manfaat kepada semua kaum dan semua golongan masyarakat.

Program 100 hari Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang adalah satu lagi pembohongan yang boleh merugikan rakyat pada masa akan datang. Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mungkir dalam menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya umum tahun 2008.
Negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang kini tenggelam dalam kemelut kerana tidak mahir urus pentadbiran kerajaan negeri termasuk majlis-majlis perbandaran. Rakyat menghadapi pelbagai tekanan dan masalah dan saban hari bersunggut terhadap peningkatan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah yang meleluasa dilakukan oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat yang terpilih dalam PRU12.

Pentadbiran kerajaan bukanlah macam tukar baju malah perlu perancangan yang teliti mengambilkira kedudukan hasil negara.

Rakyat perlu sedar terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka tidak boleh diserahkan kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab malah sentiasa membohong untuk merasmpas kuasa politik.

Malaysia diambang status negara majuOleh itu, rakyat perlu percaya kepada kerajaan yang berpengalaman mentadbir kewangan negara dengan cekap supaya negara mencapai status negara maju dan rakyat hidup sejahtera,aman dan damai. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mengadai masa depan generasi kita dengan percaya janji-janji manis orang -orang yang mensasasarkan kuasa politik semata-mata .

1 comment:

Tipu Punya Olang said...

Video ni tak matang..lebih nak membodohkan orang Melayu..cari la cara lain..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...