Saifuddin Kata Harapan BN Menang Cerah Dalam PRU13!

Pandangan Ahli Parlimen UMNO yang selalu mencetuskan kontroversi ini amatlah dihargai terutamanya beliau melihat betapa pentingnya peranan media baru dalam membentuk persepsi terhadap rakyat.

Teruskan perjuangan kita, moga ada sinar yang menanti kita di hujung sana.
usaha semua pihak perlu dilipatgandakan untuk mencapai kemenangan BN dengan lebih bergaya dalam PRU13 akan datang!


Kerajaan Barisan Nasional mempunyai harapan sangat cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) pada tahun depan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau percaya kumpulan pengundi realiti baru menjadi penentu undi yang boleh membawa kepada harapan BN itu.

Saifuddin berkata, pertama ialah kumpulan media baru yang bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi tetapi bagi perkongsian pendapat manakala kedua, kesedaran baru sosial di mana pengundi membentuk kumpulan bersifat formal yang saling berpaut untuk mengeluarkan idea serta menjadi anggota ribuan organisasi online (atas talian), seterusnya transformasi demokrasi bersifat partisipasi.

“Siapa sebenarnya penentu Pilihan Raya sudah tentu bukan PR atau BN tetapi adalah kumpulan pengundi realiti baru ini,” katanya dalam wacana Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, sehubungan itu pengundi realiti baru yang antaranya terdiri daripada media, golongan muda, profesional termasuk mahasiswa itulah yang menjadi cabaran bukan sahaja kepada BN malah Pembangkang.

Saifuddin (atas) berkata, BN harus menerima hakikat terhadap tuntutan golongan-golongan muda di mana mereka akan yakin dengan demokrasi sekiranya pengamalnya benar-benar menunjukkan amalan demokrasi.

“Orang muda mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu-isu yang mereka hadapi ditangani.

“Ada golongan rakyat terdiri pengundi realiti baru yang sudah muak dengan parti politik yang sempit,” katanya.-SH

1 comment:

rahman said...

kalu macam tu kenalah agresif dan aktif sikit, jangan nak harapkan bola tanggung jer dari siber2 bloger BN...ni bila ader perhimpunan UMNO jer semangat berkobar 2 berpidato... bila balik HAMPEH !!!.. buat macam pihak Fuckatan buat... hentam cukup2 walau tak betul.. kalau salah boleh minta maaf!!! takde hal punya.. sebab orang melayu memang kaya dengan hati budi Pemaaf !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...