Cadangan: Pucuk Pimpinan Mau 'Jaga' Bekas YB Yang Tak Dipilih Semula

Dalam memastikan Umno terus mencapai kemenangan dalam pilihan raya, selain faktor calon boleh menang, kebajikan bekas wakil rakyat mereka yang terdahulu juga perlu diberikan perhatian.

Apa kata jika bekas calon tidak dipilih semula, sepatutnya pucuk pimpinan parti menimbangkan untuknya tempat dalam politik. Jangan sampai dia merasa diketepikan begitu sahaja.

Meskipun dikatakan beliau tidak memberikan pencapaian perkhidmatan seperti yang diharapkan ketika menjadi wakil rakyat, berilah jawatan lain yang sesuai kepada beliau. Ini supaya beliau dapat terus membantu mengukuhkan parti dan tidak berbuat sebaliknya.

Jangan dibiar hidupnya terdesak. Kalau ini diambil kira, rasanya tidak akan ada unsur sabotaj berlaku dan Umno tidak mempunyai masalah mengekalkan kuasa!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...