AS bawakan cerita ini sebab ada yang tanya apa cerita sebenarnya isu ini. Setelah iklan puasa 8tv dan sahur di TV9 dikritik hebat dan ditarik balik, sekarang 'giliran' akhbar The Star 'mengambi tempat' mempromosikan benda yang kurang ajar! Restoran jual babi di ruangan 'Ramadhan Delight'. Ada ka patut?
Diharapnya KDN tak panggil saja, senyum-senyum, sembang-sembang ambil stetmen then boleh balik terhadap ketua pengarang itu.
Sebagaimana 8TV kena tarik iklan mereka, AS harap The Star kena gantung penerbitan papernya dalam seminggu. Nak tarik balik tak boleh dah!
Boleh kot? Kalau tang kita semua nak kena mengalah, tang depa semua tak sengaja!
Takkan tang depa semua jadi dengan meminta maaf saja!
KDN Panggil Ketua Pengarang The Star Kerana Siar Gambar Khinzir Dalam Juadah Ramadan
KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.
Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.
"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
4 comments:
Seruan kapada semua sahabat yang mengenali sifat jiwa dan nurani STAR Tuan punya STAR dan EIC juga penulis letters to editor serta kolumis liberal, jangan lepas tawaran terbaik ini untuk menaikan panji panji hitam sebab STAR sudah lama berniaga gunting dan selimut mencari ksempatan memburukkan Islam Melayu dan Negara sebab kekebalan mereka di bawah inclusiveness dan engagement.
Arjuna Waspada.
Changkat Lobak.
benda kcik jngan dibesarka...mngkin ksilapan pengarang
kecik mende.... takkan x check dulu... maknanya org bodo yg buat keja laa x check dulu sblm publish... come on laa... bukan first time paper nih buat hal... nih mmg sengaja nak kelirukan umat islam... niat jahat nih!!
Posting saya di blog blog lain tidak di cetak.Nampak nampak STAR ada juga penyokong liberal Islam dan Melayu Baru juga.Atau pun orang melayu dan islam sendiri yang mengundang dan menjemput cemohan dah kejian dari orang lain dan seturusnya pandang kelain ?Ada satu ketika zaman dulu di negara sungeiEuprates dan Tigris, warganegara dan penduduk tidak langsung lawan balik dan di lumat olih penyerang Mongol.
Star cetak minta maaf ms 3 aja guna 17 perkataan.Setakat itu aje kekesalan.
Arjuna Waspada.
Changkat Lobak.
Post a Comment