Ais makin cair. Paras laut makin tinggi.
Nampaknya tak lama lagi akan ada bandar akan tenggelam.
Oleh yang demikian AS nak ajak para pembaca pakat-pakat jagalah alam sekitar kita.
Pesanan Khidmat Masyarakat Dibawakan Khas Dari AS..:)
BEBERAPA pelancong yang menaiki sebuah bot dapat menyaksikan detik-detik runtuhan sebuah glasier di Tracy Arm-Fords Terror Wilderness, Alaska baru-baru ini.
ANCHORAGE, Alaska - Sekumpulan pelancong yang menaiki sebuah bot melihat runtuhan sebuah glasier di Tracy Arm-Fords Terror Wilderness, Alaska, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian itu berlaku beberapa meter dari runtuhan glasier tersebut yang berlaku baru-baru ini.
Seorang penumpang wanita patah kaki selepas dia tercampak di bahagian dek akibat pergerakan air.
Kawasan glasier itu di Teluk Alaska amat popular sebagai destinasi pelancong. - Agensi
No comments:
Post a Comment