Air Kolam Renang Sukan Sea Palembang Boleh Di minum?

Sambil menyelam minum air...

Atlet acara akuatik di Palembang pasti dapat menghilangkan dahaga dengan percuma selepas air kolam bagi acara terjun dan renang di Sukan Sea pada Nov ini didakwa bersih dan boleh terus diminum.

Ketua Agensi Kerja Raya Sumatera Selatan, Rizal Abdullah dipetik akhbar Republika sebagai berkata, kolam renang di Kompleks Sukan Jakabaring yang kini di peringkat akhir penyiapannya, akan diisi dengan air yang boleh diminum hasil keluaran Perusahaan Air Minum Jakabaring.

“Kapasiti air bersih tersebut cukup banyak bukan sahaja untuk mengisi kolam renang bersaiz antarabangsa bagi temasya tersebut, tetapi juga mampu menampung keperluan air bersih bagi perumahan sekitar,” katanya.

Sebelum ini, konsultan pembangunan kolam renang tersebut, Lukman Niode berkata kolam itu boleh diisi air dari pelbagai sumber lain kerana venue tersebut mempunyai alat pembersih air secara automatik.

Katanya lagi, air kolam renang tersebut akan hanya diisi sekali bagi acara akuatik dan pembersih automatik akan membersihkan air tersebut di sepanjang temasya Sukan Sea berlangsung.

Indonesia akan menganjurkan Sukan Sea ke-26 di 2 venue utama iaitu Jakarta di Palembang dari 11 hingga 22 Nov ini. - Bernama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...