Kelantan paling tinggi hidap HIV, AIDS

Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.

Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin.
Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).

"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.

4 comments:

Anonymous said...

menteri besar sendiri suruh rogol padan muka, rakyat berpenyakit.

Dot said...

"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan."

apa peliknya? pelacur2 siam sendiri dah berani masuk sampai kl & johor. china doll pun semakin ramai...

Anonymous said...

Rakyat semakin gila seks akibat terpengaruh dgn TV, surat khabar yg asyik menayangkan imej seksi. Belum dikira tiadanya sekatan internet. Melihatkan keadaan hiburan ala UMNO skrg, aku rasa masalah sosial remaja bukan semakin kurang, tp semakin bertambah. Dan Melayulah yg paling ramai bermasalah. Tak kisahla samada di negeri Pakatan atau negeri BN, sbb medianya adalah sama.

seramo said...

Nik Aziz minta buat hudud sbb golongan ni susah nak didik cara lain dh. Tutup disko, demo ni gi golok. Haram iklan dedah aurat, kt TV surat kabar asyik dok tayang dada ngan paha artis. Nik Aziz buat pakej internet bertapis, demo ni amik pakej yg tak bertapis. Pahtu, guano la wei..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...