Gambar yang AS perolehi dari rakan di Sungai Bakap menceritakan segalanya. Dewan yang berada di Kampung Permatang Ara ini yang dulunya dibawah pengurusan UMNO yang mana berdirinya bangunan itu adalah hasil titik peluh para pemimpin UMNO setempat.
Namun tsunami politik PRU12 menyaksikan Dewan ini bertukar milik dan terpaksa diserahkan kepada Pakatan Rakyat apabila Pejabat Daerah SPS mengarahkan untuk berbuat demikian.
Pertama AS nak bangkitkan disini, dewan ini dulu meriah dengan pelbagai program untuk masyarakat kampung, sekarang dewan ini jadi dewan berhantu. Penggunaannya amat jarang sekali. Pakatan haram di bawah ADUN Sungai Bakap YB Mokhtar dilihat tidak mengambil berat dan kepentingan dewan ini kepada penduduk kampung. Sungguh mendukacitakan sekali.
Inilah bahananya memilih orang yang tak pandai mentadbir. Penyerahan bantuan hari raya kepada fakir miskin dan anak yatim yang diadakan saban tahun oleh UMNO sejak 15 tahun lalu didewan tersebut, kini semuanya tiada lagi.
Kemelut Pengerusi JKKKN Sungai Bakap Selatan menyaksikan sejak 3 tahun mereka memerintah menyaksikan sudah 5 orang Pengerusi sudah bertukar ganti.
Masing-masing ada sahaja ketidak puas hatian mereka yang menyebabkan mereka melepaskan jawatan sehinggalah baru-baru ini mereka terpaksa melantik orang muda yang berumur 30 tahun yang masih hingusan untuk menjadi Pengerusi JKKK(Negeri) kerana dah tiada siapa yang sudi dengan jawatan itu.
3 comments:
padahal baru tukar drg punye bendera baru nak amik gambar...hahha?betul x..aku tanye je?hahaa
masih belum ditukar hingga ke saat ini..pakatan haram memang cilake biadap!
bukan cam tu bro, dari info yang aku dapat, depa bertelingkah nak cari duit mana nak tukar bendera lama tu.
depa dah tak dak duit dah nak tukar. masing2 tak mau keluar duit duit sendiri.
-art-
Post a Comment