Santai AS; Balik Beraya Di Kampung Tapi TIdur Di Hotel Ok Ka?

‘Balik kampung, ooobalik kampung, hati riang’. Itu antara bait lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang pasti memenuhi corong radio menemani perjalanan si perantau pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Ironinya, biarpun perantau pulang ke kampung halaman pada musim perayaan, namun, situasinya jauh berubah kerana tidak ramai yang mahu bermalam di rumah memenuhi ruang tamu bersama ahli keluarga lain, sebaliknya lebih selesa ‘check in’ di hotel.

Mengupas isu perantau balik kampung lebih suka bermalam di hotel, Sinar Harian cuba mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan rata-rata berpendapat, situasi sedemikian seolah-olah menjadi trend terkini terutama bagi perantau yang sudah berkeluarga.

Malah, biarpun ia kehendak masing-masing, namun keadaan itu dilihat sedikit sebanyak melonggarkan institusi kekeluargaan bagi jangka masa panjang.

Ibu bapa tiada antara punca bermalam di hotel

PERANTAU, Mahadi Mohd, 35, dari Kampung Tanjung Baru dan kini merantau ke Johor Bahru berkata, ketiadaan kedua ibu bapa kerana meninggal dunia menjadi antara penyebab bagi perantau yang sudah berkeluarga lebih selesa ‘check in’ di hotel berbanding bermalam di rumah pusaka orang tua mereka.

“Tidak dapat dinafikan, situasi ini kian menjadi budaya kepada perantau tetapi saya melihat ia sering berlaku di bandar besar.

“Jika kedua orang tua masih ada, mungkin tiada masalah untuk bermalam di rumah tetapi jika tiada, sudah pasti rumah pusaka tersebut didiami adik-beradik lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Mahadi berkata, keadaan sedemikian mungkin menimbulkan ketidakselesaan khususnya kepada perantau yang mempunyai ramai anak dan ini mendorong mereka mengambil inisiatif bermalam di hotel berhampiran kampung halaman masing-masing.

“Walaupun bermalam di hotel, pada siangnya perantau tetap berkunjung ke rumah saudara-mara untuk berhari raya.

“Mungkin dalam masa terdekat kesannya tidak nampak, namun dari aspek jangka panjang, keakraban khususnya antara sepupu sedikit sebanyak menjadi renggang,” katanya.


Pasangan tidak mesra dengan keluarga jadi faktor

BAGI Mazniwati Mamat, 29, yang menetap di Selangor, perantau balik kampung ‘check in’ hotel dilihat semakin menjadi trend dan antara faktor mendorong ke arah itu ialah keselesaan serta pengaruh suami atau isteri yang mungkin tidak mesra dengan ahli keluarga lain.

“Perantau kategori ini lebih selesa bermalam di hotel tidak kira sama ada ibu bapa masih ada atau sudah meninggal dunia selain rimas tidur di rumah ibu bapa dalam keadaan yang ramai. Tambahan pula, sesetengah golongan ini tidak mengalami masalah dari segi kewangan.

“Berbanding dahulu, ruang tamu rumah ibu bapa atau nenek pasti akan dipenuhi sepupu dan sanak saudara yang sama bermalam di situ, namun dek kerana bermalam di hotel semakin menjadi trend, pastinya situasi sebegini jarang dapat dilihat kini,” katanya.-SH-

3 comments:

Anonymous said...

Masa bujang okla. Tapi bila semua adik-beradik dah berkeluarga mau runtuh rumah dibuatnya. So untuk keselesaan (terutama yang ada anak dara) check in kat hotel bznyzk menyelesaikan masalah.

Unknown said...

Yer lah klu ade ank2 dara da besar2 mesti la malu tido terkangkang @tergolek kt ruang tamu.zmn skg bukn leh caye atok ke pak sedare ke.aurat pon nk kne jaga.waktu pagi smpe ptg dtg le semula lepak kt umh kampung tu. Bole jgk eratkn silaturahim.nk jg silaturahim xsemestinye kne tido 1 umh.open minded le sket.

Unknown said...

Dah ramai2 balik tak kan nak tido berdiri kot...anak2 pun dah besar..iagi 1 tak selesa kalau nak ke tandas, baru masuk dah ada org ketuk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...