Dr Rozmey Bergaya Dengan Ferrari Barunya! Kenapa Kita Tak Boleh? (Pics & Vid)

Elegan, Stylo, Bergaya, Macho dan Laju, itulah ungkapan yang di lontarkan peminat-peminat kepada Datuk dR.ROZMEY CHE DIN bila mereka terdengar deruman Kereta idaman ramai Ferrari f430 milik DDR.

Bagi anda yang biasa menonton siri top gear pasti tahu akan kehebatan enjin Ferrari F430 yang menggunakan ciri-ciri enjin 4.3L V8 petrol yang berasal dari reka bentuk yang dikongsi bersama Ferrari / Maserati. Loji kuasa baru ini adalah peningkatan yang ketara untuk Ferrari: semua V8s Ferrari sebelumnya merupakan program perlumbaan Dino tahun 1950-an.


Ferrari dibangunkan oleh teknologi kejuruteraan itali dan ciptaan yang mengagumkan hingga menjadi rebutan oleh usahawan-usahawan di seluruh dunia.

Kini Ferarri F430 telah menjadi milik Datuk dR.ROZMEY CHE DIN atau panggilan mesra beliau DDR, kini DDR melangkah laju dengan penuh bergaya yakin dan sekaligus melambangkan perniagaan yang semakin maju hari demi hari.

Entry ini diharapkan menjadi pembakar semangat dan menunjukkan bahawa siapa kata orang Melayu tak boleh berjaya. Ini tidak, bila lemah, bila miskin yang tahu hanyalah menyalahkan kerajaan. Mentality ini harus dibuang!

Dengan segala subsidi dan kelebihan yang diberi oleh kerajaan kepada kaum bumiputera, seharusnya bangsa melayu lebih maju jauh ke hadapan. Kalau orang lain boleh berjaya, kenapa kita tidak?




p/s: Dr,jangan sampai timbul riak sudahle..

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. bertambah seorang lagi orang melayu dan orang islam yang kaya.. semoga Dr. Rozmey terus menjadi hambaNya yang patuh dan down to earth. Sama2 la kita semua berusaha agar berjaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...