Gempar! Hassan Ali Dan Nasarudin Mat Isa Keluar Parti?

Ini berita yang baru diterima. Perkara ini masih dalam perbincangan sulit peringkat akhir tetapi hampir pasti dilaksanakan.

Exco Kerajaan Selangor Hassan Ali DAN ahli parlimen Bachok yang juga bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dikhabarkan sudah berunding dengan Hishamuddin Hussein bagi "memproses" permohonan mereka menyertai Umno.

Bagaimanapun lokasi pertemuan dan siapa yang terbabit selain dari mereka bertiga masih lagi dirahsiakan.

Spekulasi kini tersebar sejak seminggu lalu dan lebih hangat semalam apabila beberapa beberapa sumber memetik bahawa kedua-dua mereka sudah tidak lagi bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Beberapa pengumuman mengejutkan akan diketahui dalam tempoh terdekat. Sekiranya benar sumber ini maka Najib akan merancang tindakan lebih ampuh untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat. sumber

5 comments:

Jamaludin said...

Hassan Ali kena beli. Nasarudin kena beli. Itulah kata2 pengampu DAPig yg tidak terima realiti bahawa parti hamPAS dah tidak releven sekarang.

PenganutPAS said...

Lagi bagus kalau Hasan ali jadi ADUM bebas. Nanti boleh ajar pas cukup-cukup pasal DUMC terutamanya khalid gereja

http://penganutpas.blogspot.com/2011/09/anwar-mengaku-prk-dbiayai-oleh-dana.html

Anonymous said...

sebaik tindakan ialah tetap bersama PAS dan berjuang bersihkan PAS dari kesesatan agama dan menegur Tok Guru Tok Guru yg telah jauh menyimpang dari pesanan..Nabi SAW..

Berdiri dan menyelamatkan ahli ahli yg telah disihir..dgn taksub melampau...perangi anasir dan unsur Syiah yg berkembang tanpa pantauan dalam PAS...
Inilah Jihad untuk Mualim Hj Nasharuddin dan Tuan hj Hassan ....
Inilah tanggung jawab seorang Pemimpin yg benar Islamnya...

Anonymous said...

ape baik bersama klu pemimpin tertinggi tidak mahu mendengar kata.
selamat kan islam dr golongan munafik.
allahhuakbar...

Anonymous said...

Anon 11.28 & 12.12..kata2 anda memang benar, apa gunanya menegur jika tidak mahu ditegur dan merasakan dirinya hebat pabila berbicara mengenai Islam keseluruhannya..nabi Muhammad s.a.w mana ada memaki, menengking dan mneyakitkan hati kpd org...Klu dh nama tu DApiG dan HamPAS..emm tgk nickname pun sememangnya jenis yg tk berguna dan merosakkan fizikal dan emosi sesiapa sahaja yg bersama mereka..LOW CLASS MENTALITY !!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...