Guan Eng Nak Jual Penang Di Singapura Esok!

Pameran Hartanah Best Of Penang Bermula Di Singapura Esok

SINGAPURA, 16 Sept (Bernama) -- Pameran hartanah "Best of Penang" akan bermula di Singapura esok sehingga 22 Sept ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Property Incorporated (MPI) Singapura, Kumar Tharmalingam berkata MPI berbangga menjadi platform bagi syarikat-syarikat hartanah Malaysia mempamerkan projek utama mereka.

"Best of Penang" merupakan acara yang efektif dan perlu dihadiri sesiapa sahaja yang mahu mendapat maklumat secara terus daripada syarikat hartanah yang berpangkalan di Pulau Pinang serta pakar yang akan menjawab pertanyaan bakal pembeli," kata beliau semasa mengumumkan acara itu di sini Jumaat.

Acara yang akan berlangsung di MPI Gallery, SGX Centre itu, juga akan menampilkan projek terkini daripada tiga pemaju hartanah utama Malaysia iaitu MTT Properties and Development Sdn Bhd, Plenitude Berhad dan Selangor Dredging Bhd.

Antara yang akan berucap pada acara itu ialah Datuk Lee Kah Choon, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang yang akan membentangkan tinjauan masa depan ekonomi dan rancangan pertumbuhan Pulau Pinang.

Dengan status bandar raya UNESCO sejak 2008, dan projek perumahan yang berkualiti serta sentimen pengguna yang baik, Pulau Pinang menjadi destinasi pelaburan yang baik, menarik ramai pelabur Singapura.


AS;Kalo property tu Freehold maka Satu hari nanti jadilah "Singpenang".
Hidup Guan Eng Anak Emas PAP!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...