Walaupun lokasi program berlangsung nun jauh di desa Sungai Acheh dalam Parlimen Nibong Tebal, ia tetap menarik minat lebih 15,000 orang rakyat untuk bersama hadir bagi bermesra dengan Tan Sri Muhyyiddin Yassin.
AS berani katakan 90% yang hadir adalah rakyat dalam Parlimen Nibong Tebal sendiri walaupun penganjur menyasarkan pada mulanya sekitar 10,000 orang sahaja dijangka hadir. Diharapkan dari momentum warga Nibong Tebal yang berduyun-duyun hadir bersama meraikan program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Nibong Tebal ini, tidaklah mustahil jika AS simpulkan ia adalah satu indikator yang positif didalam peluang merampas kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal dan DUN Sungai Bakap/Jawi.
InsyaAllah, mudah-mudahan..

Lagi gambar sila ke SINI
No comments:
Post a Comment