Petang tadi satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Kangsar tentang kehilangan Alias Zainun, Ketua Cabang PKR Padang Rengas. Laporan telah dibuat oleh salah seorang isteri beliau.
Maaflah. Aku tak tau berapa jumlah isteri dia. Berita ini adalah daripada sumber dalaman PKR sendiri.
Alias Zainun pernah bertanding sebanyak dua kali melawan DS Nazri Aziz. Semua orang tau Alias Zainun tewas dalam kedua dua pilihanraya tersebut.
Oleh kerana perkara ini dah jadi kes polis maka aku tidak berniat untuk buat sebarang spekulasi. Cuma sumber ini menyebut laporan polis menyatakan beliau telah diculik.
Walaupun aku tau PKR Padang Rengas memang tengah bergolak hebat tetapi aku harap agar ianya tidak berkaitan dengan pergolakan itu.
Parti parti juga. Aku walaupun tak pernah sokong Alias Zainun tetap mendoakan kesejahteraan dan keselamatannya. Lagipun kalau Alias Zainun jadi calon Pakatan, insyaallah UMNO akan menang lebih mudah.SUMBER
No comments:
Post a Comment