Mari.. Mari.. Beli Mee 1 Malaysia Dapat Melancong Percuma!

Ekoran sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan terhadap peraduan cabutan bertuah, peniaga mi goreng P. Muniandy berhasrat untuk mengadakan peraduan itu bersempena sambutan Hari Malaysia pada Jumaat.

Pada kali ini, dia menawarkan pakej penerbangan untuk dua orang bagi setiap pemenang tiga tempat teratas.

Pakej itu terdiri daripada penginapan tiga hari dua malam (3H 2M) termasuk penerbangan pergi balik dari Pulau Pinang, percutian selama 2H 1M ke Haadyai di Thailand dan penginapan selama 2H 1 M ke Genting Highlands.

Untuk menyertai peraduan itu, pelanggan Muniandy perlu membeli sepinggan atau sebungkus mi goreng atau apa jua mi dari gerainya, Anndy Mee di Restoran Guan Seng di sini bermula hari ini dan 18 Mac tahun depan.

"Selepas cabutan bertuah berakhir pada 16 April lalu, ramai pelanggan tetap mendorong saya untuk mengadakan peraduan lain.

"Jadi saya memilih Hari Malaysia untuk peraduan cabutan bertuah kali ini memandangkan kebanyakan mi goreng begitu digemari semua rakyat Malaysia," katanya.

Muniandy, 46, berkata terdapat 20 hadiah istimewa ditawarkan yang terdiri daripada alat elektrik bernilai RM40 setiap satu.

Katanya, persembahan muzikal akan diadakan ketika cabutan bertuah dilakukan pada pukul 7 malam, 18 Mac tahun hadapan di Restoran Guan Seng, Lorong Teras Jaya 7, Teras Jaya Business Park di Raja Uda.

"Hanya mereka yang hadir pada persembahan itu dengan kupon cabutan bertuah akan berpeluang memenangi hadiah menarik," katanya.

Muniandy memberitahu, dia membelanjakan sebanyak RM6,000 terhadap hadiah tersebut, kos persembahan muzikal dan proses mencetak kupon cabutan bertuah dan beberapa sepanduk.

"Kos untuk peraduan kali ini lebih mahal berbanding cabutan bertuah terdahulu yang hanya menelan belanja sebanyak RM2,000," katanya.

Selain mi goreng, dia turut menjual mi jawa, kue tiaw goreng dan pasembur pada harga RM3.

Gerainya mula dibuka pada tengah hari sehingga 10 malam setiap hari.
-mstar-

AS:Income Masyuk Le Macha Muniany aka Anndy. Hehe
Siap boleh buat lucky draw lagi!
Tapi apapun, tahniah AS ucapkan pada macha ni kerana mempopularkan lagi konsep 1 Malaysia hatta kepada gerai meenya sendiri.
Puak pakatan haram pasti kalau nak beli mee tu akan sakit mata punya!
Takpe, 1 Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...