Secara rasminya, pemohon BR1M yang ingin memohon BR1m boleh mula untuk mengisi borang online tersebut. Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan (Klik Pautan Dibawah)
Showing posts with label 1malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1malaysia. Show all posts
Tok Non Dedahkan Borang BR1M Dijual RM50 Setiap Satu!

NIBONG TEBAL – Di saat kesibukan orang ramai untuk memperoleh borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan RM500 yang diberikan oleh kerajaan bermula semalam, rupa-rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang tersebut pada harga RM50 setiap satu.
Perbuatan itu didedahkan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan berkata, selain dijual, mereka juga mengenakan bayaran bagi mengisi borang berkenaan.
“Perbuatan menjual borang BR1M tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah percuma,” katanya.
Pakatan Haram Muka Tak Malu Kulit Biawak Jaja Borang BR1M!

Hari ini bermulanya pendaftaran bantuan RM500 BR1M dimana borang permohonan telah mula diagihkan. Penerimaan permohonan ini dibuka sehingga 10 Januari 2012 depan. Jangan kalut, jangan ribut, banyak masa yang ada lagi untuk rakyat menikmati bantuan RM500 dari kerajaan BN yang sangat prihatin kepada rakyat.
Yang A.S nak sentuh disini, sudah ada kedengaran, puak hamPAS memfotokopi borang tersebut dalam banyak salinan, dan mereka arahkan jentera muka tak malu mereka pergi masuk ke kampung-kampung membantu mengisikan borang tersebut. Untuk apa?
Untuk dapatkan kredit dan mileage untuk hamPAS kononnya merekalah yang bantu rakyat mendapatkan bantuan tersebut walhal wang tersebut datang dari kerajaan pusat yang sangat prihatin.
Begitu juga ada cina DAP bangsat yang juga guna modus operandi yang sama, masuk ke perkampungan cina yang masih ramai tak mahir isi borang BR1M yang didatang kan dalam 1 bahasa saja, bantu isi borang juga demi nak tumpang tui bagi rakyat sukakan mereka.
Dasar muka tak malu kulit biawak, Guan Eng bagi RM100 SETAHUN kat warga emas yang berdaftar mengundi di P.Pinang saja, skit pun orang umno tak kebuloq nak hijacked program depa ni.
Oleh itu, A.S nak pesan kepada jentera parti dalam BN, masa sekaranglah kita nak bekerja bantu rakyat untuk isikan borang, hantarkan kepada LHDN dan war-warkan secara terang-terangan bahawa ini adalah bantuan dari kerajaan UMNO/BN!
Jangan sorok-sorok lagi. Biar semua rakyat tau UMNO sememangnya pembela rakyat!
Perhatian! Borang Sebenar Seperti Ini. Awasi Borang Palsu & Sabotaj!

Perhatian kepada semua JKKKP dan pemimpin masyarakat yang diamanahkan untuk menguruskan pemberian borang bantuan RM500 ini.
Borang BR1M yang sebenar adalah seperti diatas bukannya yang sebelum ini yang beredar sebelum ini oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Awasi borang palsu dan orang yang mengambil kesempatan MENJUAL borang. Borang adalah diberi percuma.
Pakatan haram akan buat apa sahaja asalkan rakyat marah dengan BN.
Lihat lah KR1M,BR1M, wang RM100 bantuan persekolahan!
Semuanya nak di sabotaj dengan pelbagai cara. Contoh wang RM100..guru-guru pro pembangkang akan sabotaj dengan cara pemotongan wang tersebut,BR1M akan di sabotaj oleh pegawai LHDM pro pembangkang pula!
Dengan cara buang borang yg rakyat hantar atau tidak memprosesnya,bila rakyat tak dapat,akan adalah rakyat merungut,mengatakan kerajaan BN menipu!
Perkara sebegini perlu di pantau. Ada juga kes JKKKP minta duit untuk dapatkan borang ni pun ada juga..
Sepatutnya JKKP perlu bantu rakyat susah isi borang tersebut secara sukarela,baru lah rakyat sokong BN...
85% Rakyat Kelantan Dijangka Terima Rm500 BR1M! Totok PAS?

Alhamdulillah, Kerajaan BN memberi bantuan RM500 kepada semua yang layak tanpa mengira fahaman politik dan syarat yang ketat. Bukan macam di Penang, nak bagi setahun RM100 kepada warga emas pun kena syarat berdaftar pengundi di Pulau Pinang. Moga rakyat Klate sedar betapa kerajaan pusat amat prihatin kepada semua untuk membantu meringankan beban rakyat. Namun yang agak menyedihkan, petunjuk 85% itu membuktikan masih ramai rakyat Klate yang kurang berkemampuan. Mengapa harus jadi begini?
Kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan rakyat Kelantan yang berpendapatan bawah RM3,000 dijangka menerima wang bantuan rakyat 1Malaysia berjumlah RM2.6 bilion, mulai awal tahun depan.
Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan semua rakyat Kelantan yang layak, berhak menerima bantuan tersebut tanpa mengira fahaman politik.
"Pemberian bantuan itu dibuat dalam tempoh dua minggu mulai proses pengeluaran borang bermula 10 Jan hingga 15 Jan. Kita percaya 85 peratus daripada kira-kira 1.5 juta rakyat Kelantan dijangka akan menikmati kemudahan bantuan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat khas Bantuan Rakyat 1Malaysia, di Pusat Sumber Pelajaran, Pengkalan Chepa, di sini, Rabu.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Yahya Mamat.
Mustapa memberi jaminan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik yang layak akan mendapat kemudahan bantuan itu, tetapi mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, seperti mendapat pengesahan pihak berkenaan terlebih dahulu.
Katanya, peruntukan yang dikeluarkan itu merupakan projek mega yang belum dilakukan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan sebelum ini.
"Bagaimanapun, pemohon perlu mengisi borang khas yang mempunyai cop pengesahan oleh Pegawai Pembangunan Mukim Persekutuan Malaysia (JKKPM) sebelum diluluskan oleh JPP selaku urusetia," katanya.
Mustapa berkata, pemohon yang tidak terpilih atas sebab-sebab teknikal boleh membuat rayuan melalui urusetia itu untuk semakan semula.
"Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat khasnya yang berpendapatan rendah di seluruh negara," katanya.-Bernama
KR1M.. Lagi Pakatan Haram hentam lagi laris jualan!
Usaha pembangkang hentam pi ..hentam mai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dalam usaha untuk menghakis keyakinan rakyat padanya nampaknya 'tak jalan'.Sebaliknya ia terus mendapat sambutan hangat.Jualanya meningkat 15 peratus kebelakangan ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara sinis betkata ini mungkin kerana KR1M mendapat publisti hari-hari - merujuk kepada kempen pembangkang hentamnya.
Bercakap kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan kementeriannya Selasa Ismail Sabri berkata rakyat masih percaya kepada KR1M sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan parti pembangkang.
Beliau berkata ini terbukti apabila jualan di KR1M meningkat 15 peratus dalam kerancakan pembangkang cuba memburuk-burukkan produk yang dijual di kedai itu.
Ismail Sabri menjelaskan penarikan balik 13 produk KR1M tiada kaitan dengan isu keselamatan atau kebersihan makanan seperti yang digembar-gemburkan parti pembangkang.
"Sebaliknya penarikan balik itu adalah lebih kepada kesalahan pelabelan makanan dan komposisi di bawah peraturan-peraturan Makanan 1985," katanya.
Sebagai contoh, katanya produk minyak sapi dilabel sebagai "sebatian minyak sapi" tetapi pada label ramuan ditulis minyak kelapa sawit, sapi dan bahan perisa. Sepatutnya dia kena tulis sebatian minyak kelapa sawit dan sapi... tetapi dia tak berniat menipu sebab ramuan ada ditulis pada label," katanya.
Beliau berkata dua daripada 13 produk yang ditarik balik iaitu "ikan sardin dalam sos tomato"(komposisi) dan "krimer sejat" (dahulunya susu sejat) mula dipasarkan semula setelah pembetulan label dibuat.
"Baki produk yang ditarik balik juga akan mula dipasarkan semula dalam masa dua atau tiga minggu selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat," katanya dan menambah kata bahawa 230 lagi produk KR1M berasaskan makanan telah dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk diuji.
Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan bahawa kesalahan pelabelan itu tidak disengajakan oleh syarikat pembekal yang terdiri daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan dan memberi jaminan kerajaan akan lebih berwaspada di masa hadapan.
Katanya pihak Kementerian Kesihatan juga telah memanggil 60 usahawan IKS terlibat untuk diberi taklimat, mengenai hal berkaitan pelabelan, tender serta piawaian kesihatan.
Beliau berkata kementerian telah menubuhkan unit pemantau khas dengan kerjasama Kementerian Kesihatan untuk memantau secara rambang produk makanan di semua kedai termasuk KR1M seluruh negara.-Agendadaily
Mantop! Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia Pula! Bagus Gomen Ni Bantu Rakyat!

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapat sambutan menggalakkan, kini Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) pula akan dibuka pada Jumaat depan di Plaza Centrum, Setiawangsa. Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.
Bagi membantu golongan berpendapatan rendah KIR1M akan memperuntukkan lima jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lila Ruzaini Mohd. Hussain berkata, pihaknya memberi jaminan kelima-lima jenis ikan di bawah kategori 1Malaysia tersebut dijual pada harga lebih murah.
”Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.”Walaupun ikan kami murah, tetapi kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
KIR1M akan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam. Menurut Lila Ruzaini, kesemua jenis ikan yang dijual di diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak. Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan membuka lebih banyak cawangan KIR1M terutama di sekitar Lembah Klang bagi membantu orang ramai. Tambah beliau, selain menjual ikan kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit 1Malaysia seperti yang terdapat di KR1M bagi memudahkan orang ramai berbelanja.-utusan
Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Restoran Menu Rakyat 1Malaysia sekarang ini akan dibuka pula Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia. nampaknya tambah satu pilihan kepada rakyat Malaysia yang nak beli ikan lepas ini. Banyak juga produk 1Malaysia. Tidak kisahlah, asalkan niat nak bantu rakyat. A.S sokong.
Selagi ikan-ikan di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini :
* ikannya fresh & berkualiti
* harga berpatutan
* kedai seperti ini dibuka kepada semua kawasan di seluruh Malaysia, bukannya kawasan-kawawan yang boleh menguntungkan peniaga sahaja
* mampu menstabilkan harga-harga ikan di Malaysia
* A.S sokong 100%.
Pakatan Haram Kuciwa, KR1M Terus Mendapat Sambutan Hebat Dari Rakyat
Di sebalik fitnah dan tohmahan yang berterusan dari pakatan haram terhadap produk yang dijual di KR1M, juaalan di kedai tersebut langsung tak terjejas.Rakyat tak termakan langsung dengan fitnah dari juak pakatan haram kerana mereka bijak dan tahu tujuan diburukkan produk di KR1M tak lebih dari hanya retorik politik murahan semata-mata.
Rata-rata rakyat menyambut baik usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat.
Tiada satu pun aduan yang diterima setakat ini dari pengguna yang menggunakan semua produk yang dijual di kedai rakyat 1 Malaysia.
Nampaknya Tony Pua, Nurul Ijah dan rakan-rakan pemimpin pakatan haram lain terus panas punggung dan akan terus mengerah otak apakah lagi strategi untuk menipu rakyat.
thestar
KR1M Bakal Dibuka Di Aloq Staq! Ostad Zizan Hang Jangan Putaq!

Kedai Rakyat 1 Malaysia di Alor Setar yang terletak di Teluk WanJah ini dijangka akan memulakan operasinya tak lama lagi.
Orang Kedah, A.S nak pesan pakat-pakat la pi beli kat sana.Tak rugi dengan harga yang amat berpatutan.
Hasutan dan fitnah terhadap KR1M yang dilancarkan dari puak pecacai tokei besaq cina seperti Nurul Izzah jangan dilayan. Depa tu auta saja lebih.
Nih semuanya salah satu usaha nak ringankan beban rakyat.
Ostad Zizan diharap bagi kerjasama yang sebaiknya disana.
Kerajaan nak bantu rakyat di sana yang mana majoritynya orang melayu kita.
(Isu KR1M) Persoalan A.S Selepas Menonton Video Murahan Ini!
A.S ada keraguan dan persoalan setelah menonton video ini..
1) Mana bukti apa yang diperkatakan barang 1 Malaysia ni ade e-coli? Kenapa ahli politik murahan yang kita tau bersikap bias yang berikan penerangan tentang kualiti makanan bukannya pakar makanan atau ahli kimia?
2) Takdak pun dalam video ni yang bagi bukti ada barang yang 1 Malaysia yang dah expired
3) Berapa banyak laporan pernah dibuat, keracunan atau orang yang sakit selepas makan makanan produk kedai 1 Malaysia?
4) Selalunya orang-orang susah dan yang memerlukan (berpendapatan rendah dan sederhana rendah) yang beli barangan 1 Malaysia ni, A.S tak faham kenapa Nurul Izzah cakap dia ada anak-anak dan kononnya buat laih tak mau anak mereka sakit.
Hangpa rasa dia beli ka barangan kedai rakyat 1 malaysia ni?
Ada tak pencacai pakatan haram boleh jawab?
A.S janji komen hangpa A.S tak block selagi takda maki hamun yang menjadi trademark hangpa! ;)
Jika Benar Produk KR1M Problem, Kenapa Salahkan Gomen Saja?

Bagi A.S, apakata kita check semua barang..adakah semua ada e-coli ataupun expired?
awat yang diketengahkan hanya susu?
1Msia tu logo saja. Yang keluarkan adalah dari pelbagai kilang yang biasa menjual produk mereka di giant, tesco dll. Mereka dibayar kerajaan untuk menggunakan logo 1M, maka mereka tidak rugi walaupun meletak harga murah (subsidised).
Nampaknya pengilang/pengeluar ini mengambil peluang untuk menghantar barang hampir expired ke KR1M sebab kedai tak check seperti mana giant/tecso check.
Ini bukanlah seratus peratus salah kerajaan. ini kegiatan salah pengilang. Kerajaan perlu mencari jalan supaya pengilang tak ambil kesempatan. Perketatkan lagi syarat dan pemeriksaan untuk meletakkan barang di KR1M!
A.S pelik kerana dalam hal ini, takdak sorang pun pembangkang yang boleh faham perkara mudah mcm ini.
Terus nak bunuh usaha kerajaan menggunakan akal sejengkal. Bagi A.S ini niat murni, kita perlu teruskan cuma perlu buat sesuatu supaya pengilang tak ambil kesempatan.
Huh! Spender 1 Malaysia Pun Ada?

Akibat tertekan dengan slogan dan jenama 1 Malaysia yang semakin diterima oleh segenap lapisan masyarakat, puak pakatan haram terpaksa memfitnah dengan menghasilkan item seperti imej di atas.
Rakyat semua suka dan gembira dengan jenama 1 Malaysia, tinggallah 2-3 kerat pecacai DAPig yang macam kera kena belacan fobia dengan 1 Malayia..
Kesian..
Najib Hambur 15 Juta Kat Sekolah Cina Di Penang. Guan Eng Musibat Tumpang Kredit! (Pics)

Program DS Najib pagi tadi di Straits Quay, Tanjung Tokong, Pulau Pinang dikatakan telah berjaya mengumpul RM15 juta kepada 15 sekolah Menengah di Pulau Pinang. Acara berbasikal amal ini dikelolakan oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh dan ditaja oleh 1 MDB.Dari jumlah RM15 juta itu, AS yakin sumbangan untuk amal dari public mungkin hanya peratusan kecil saja.
Selebihnya pasti menggunakan wang 1 malaysia Development Berhad yang mana wang darikerajaan. Pendapat peribadi AS, DS Najib dah berkorban dan tabur macam-macam untuk bantu kaum cina namun malangnya mereka majoritynya masih tak menyokong BN.

Ditakdirkan lepas PRU13 BN masih berkuasa dan undi dari kaum cina masih mengecil juga diterima, hentikanlah pemberian wang seumpama ini. Mengabihkan boreh je. beri yang 'patut padan' dan perlu cukup. Kerajaan harus 'ajar' mereka.
Baik Najib beri tumpuan untuk bantu orang Melayu yang majoritynya masih bersama UMNO BN. Biar mereka berasa lebih dihargai.
Yang untung nya si musibat Guan Eng! Mai tumpang toi program kerenyih skit, dia yang tumpang publisiti dan dapat kredit. Sambil kayuh basikal, AS tengok dia yang over, lambai tangan sepanjang jalan kepada rakyat! Seolah-olah dia yang mendominasi program itu.

15 sekolah yang menerima keseluruhan RM15 juta ialah SMJK Chung Ling Butterworth, SMJK Jit Sin, SMJK Chung Ling, SMJK Heng Ee, SMJK Phor Tay, SMJK Perempuan Cina, SMJK Union, SMJK Convent Dato Keramat, SMJK Chung Hwa Confucian, SMJK Sacred Heart, Chung Ling (Private) High School, Jit Sin Independent High School, Penang Chinese Girls High School (Private), Phor Tay (Private) High School and Han Chiang High School.
Nak berlaku adil kepada semua kaum memang perlu demi semangat 1 Malaysia, jangan sampai kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Undi dari mereka untuk BN? Yilekk!!
Mari.. Mari.. Beli Mee 1 Malaysia Dapat Melancong Percuma!
Ekoran sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan terhadap peraduan cabutan bertuah, peniaga mi goreng P. Muniandy berhasrat untuk mengadakan peraduan itu bersempena sambutan Hari Malaysia pada Jumaat.Pada kali ini, dia menawarkan pakej penerbangan untuk dua orang bagi setiap pemenang tiga tempat teratas.
Pakej itu terdiri daripada penginapan tiga hari dua malam (3H 2M) termasuk penerbangan pergi balik dari Pulau Pinang, percutian selama 2H 1M ke Haadyai di Thailand dan penginapan selama 2H 1 M ke Genting Highlands.
Untuk menyertai peraduan itu, pelanggan Muniandy perlu membeli sepinggan atau sebungkus mi goreng atau apa jua mi dari gerainya, Anndy Mee di Restoran Guan Seng di sini bermula hari ini dan 18 Mac tahun depan.
"Selepas cabutan bertuah berakhir pada 16 April lalu, ramai pelanggan tetap mendorong saya untuk mengadakan peraduan lain.
"Jadi saya memilih Hari Malaysia untuk peraduan cabutan bertuah kali ini memandangkan kebanyakan mi goreng begitu digemari semua rakyat Malaysia," katanya.
Muniandy, 46, berkata terdapat 20 hadiah istimewa ditawarkan yang terdiri daripada alat elektrik bernilai RM40 setiap satu.
Katanya, persembahan muzikal akan diadakan ketika cabutan bertuah dilakukan pada pukul 7 malam, 18 Mac tahun hadapan di Restoran Guan Seng, Lorong Teras Jaya 7, Teras Jaya Business Park di Raja Uda.
"Hanya mereka yang hadir pada persembahan itu dengan kupon cabutan bertuah akan berpeluang memenangi hadiah menarik," katanya.
Muniandy memberitahu, dia membelanjakan sebanyak RM6,000 terhadap hadiah tersebut, kos persembahan muzikal dan proses mencetak kupon cabutan bertuah dan beberapa sepanduk.
"Kos untuk peraduan kali ini lebih mahal berbanding cabutan bertuah terdahulu yang hanya menelan belanja sebanyak RM2,000," katanya.
Selain mi goreng, dia turut menjual mi jawa, kue tiaw goreng dan pasembur pada harga RM3.
Gerainya mula dibuka pada tengah hari sehingga 10 malam setiap hari.-mstar-
AS:Income Masyuk Le Macha Muniany aka Anndy. Hehe
Siap boleh buat lucky draw lagi!
Tapi apapun, tahniah AS ucapkan pada macha ni kerana mempopularkan lagi konsep 1 Malaysia hatta kepada gerai meenya sendiri.
Puak pakatan haram pasti kalau nak beli mee tu akan sakit mata punya!
Takpe, 1 Malaysia
Lihatlah! Betapa Larisnya Kedai 1 Malaysia! (Pics)
Dalam hal ini, AS salute kepada usaha PM kita yang telah memikirkan pelbagai cara untuk mengurangkan lagi beban rakyat. Kehadiran pelanggan yang berpusu-pusu memenuhi ruang kedai bagi mendapatkan barangan yang murah dari harga pasaran membuktikan rakyat jelata jelas menyokong usaha ini.
Keadaan inilah yang membuatkan para peniaga yang majoritinya cina yang gilakan keuntungan berganda merasakan tertekan dengan sambutan terhadap kedai rakyat 1 Malaysia ini. Dijangkakan dalam perancangan, 500 kedai 1 Malaysia ini akan dibuka lagi di seluruh Malaysia
Inilah bukti usaha BN dalam mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan kenaikan harga barangan. Bukannya hanya bercakap seperti anjing menyalak bukit memaki hamun berdasarkan hawa nafsu sahaja dengan semuanya menyalahkan kerajaan.
Sekurang-kurangnya, hargailah usaha kerajaan ini!



Anda boleh semak harga barangan dan penjimatan di kedai 1 Malaysia ini diSINI
Keadaan inilah yang membuatkan para peniaga yang majoritinya cina yang gilakan keuntungan berganda merasakan tertekan dengan sambutan terhadap kedai rakyat 1 Malaysia ini. Dijangkakan dalam perancangan, 500 kedai 1 Malaysia ini akan dibuka lagi di seluruh Malaysia
Inilah bukti usaha BN dalam mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan kenaikan harga barangan. Bukannya hanya bercakap seperti anjing menyalak bukit memaki hamun berdasarkan hawa nafsu sahaja dengan semuanya menyalahkan kerajaan.
Sekurang-kurangnya, hargailah usaha kerajaan ini!



Anda boleh semak harga barangan dan penjimatan di kedai 1 Malaysia ini diSINI
Subscribe to:
Posts (Atom)

