85% Rakyat Kelantan Dijangka Terima Rm500 BR1M! Totok PAS?


Alhamdulillah, Kerajaan BN memberi bantuan RM500 kepada semua yang layak tanpa mengira fahaman politik dan syarat yang ketat. Bukan macam di Penang, nak bagi setahun RM100 kepada warga emas pun kena syarat berdaftar pengundi di Pulau Pinang. Moga rakyat Klate sedar betapa kerajaan pusat amat prihatin kepada semua untuk membantu meringankan beban rakyat. Namun yang agak menyedihkan, petunjuk 85% itu membuktikan masih ramai rakyat Klate yang kurang berkemampuan. Mengapa harus jadi begini?

Kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan rakyat Kelantan yang berpendapatan bawah RM3,000 dijangka menerima wang bantuan rakyat 1Malaysia berjumlah RM2.6 bilion, mulai awal tahun depan.

Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan semua rakyat Kelantan yang layak, berhak menerima bantuan tersebut tanpa mengira fahaman politik.

"Pemberian bantuan itu dibuat dalam tempoh dua minggu mulai proses pengeluaran borang bermula 10 Jan hingga 15 Jan. Kita percaya 85 peratus daripada kira-kira 1.5 juta rakyat Kelantan dijangka akan menikmati kemudahan bantuan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat khas Bantuan Rakyat 1Malaysia, di Pusat Sumber Pelajaran, Pengkalan Chepa, di sini, Rabu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Yahya Mamat.

Mustapa memberi jaminan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik yang layak akan mendapat kemudahan bantuan itu, tetapi mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, seperti mendapat pengesahan pihak berkenaan terlebih dahulu.

Katanya, peruntukan yang dikeluarkan itu merupakan projek mega yang belum dilakukan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan sebelum ini.

"Bagaimanapun, pemohon perlu mengisi borang khas yang mempunyai cop pengesahan oleh Pegawai Pembangunan Mukim Persekutuan Malaysia (JKKPM) sebelum diluluskan oleh JPP selaku urusetia," katanya.

Mustapa berkata, pemohon yang tidak terpilih atas sebab-sebab teknikal boleh membuat rayuan melalui urusetia itu untuk semakan semula.

"Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat khasnya yang berpendapatan rendah di seluruh negara," katanya.-Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...