Desa-Desus Michelle Yeoh Jadi Calon Pada PRU13 Makin Kuat!

Apapun alasan yang akan diberikan oleh Michelle Yeoh, bintang Hollywood kelahiran Malaysia itu untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya.

“Sesiapapun boleh menyertai politik jika orang itu mempunyai komitmen untuk berkhidmat dengan masyarakat. Tetapi, kemungkinan besar Michelle Yeoh akan menyertai MCA sekiranya beliau memilih politik. Beliau ialah penyokong tegar BN kerana bapanya Yeok Kian Geik merupakan pengerusi MCA Perak sebelum ini.

Berita ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan buat mereka-mereka yang arif tentang cerita-cerita di Ipoh, tanah kelahiran Michelle. Namun begitu, berita bintang Hollywood kelahiran negara ini terus mengundang daya tarikan apabila akhbar the Star milik MCA menulis artikel pendek, mengalu-alukan penyertaannya dalam politik.

Memetik sina.com, artikel itu menulis yang Michelle “akan membuat keputusan yang serius menyertai arena politik Malaysia menjelang pilihanraya umum kelak”. Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk kepastian berita itu tetapi ibu-bapanya memberikan reaksi terkejut tentang berita itu.

“Saya dengar berita itu dari seorang kawan. Saya agak terhibur. Saya tidak tahu macam mana cerita itu wujud. Anak saya tidak pernah membincangkan soal politik dengan saya,” ibu bintang itu berkata sambil tertawa.

Di usia 49 tahun, Michelle mencuba bakatnya sebagai pelakon di kota Hong Kong dalam sebuah filem kung-fu sebelum dipanggil Hollywood untuk watak utama film popular antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Ironisnya, watak filem terbaru lakonannya sebagai ikon demokrasi Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...