Penduduk Flat Semakin Susah Dapat Bekalan Air
SUNGAI PETANI, 30 Okt -- Kira-kira 3,000 penduduk di kawasan flat Taman Ria Jaya di sini yang sudah dua tahun mengalami gangguan bekalan air kini menghadapi kesulitan teruk kerana terputus langsung bekalan air sejak dua minggu lepas.
Penghuni di Flat Paya Nahu 2 itu sekarang bergantung pada saluran pili bomba yang berdekatan menampung dan mengangkut air ke unit rumah masing-masing untuk kegunaaan harian menimbulkan kesusahan.
Seorang penduduk, S. Ananthan, 38, berkata masalah bermula apabila hanya sebuah sahaja daripada tiga pam penyedut air ke flat berkenaan berfungsi, mengakibatkan bekalan tidak sempat masuk ke takungan untuk dialirkan ke setiap unit rumah.
"Sudah banyak kali kami membuat aduan tetapi sehingga ke hari ini belum ada pihak berkenaan mengambil sebarang tindakan membaiki pam berkenaan, malah tidak langsung datang melihat," katanya.
Beliau berkata ada 22 blok dan satu blok ada 56 unit rumah di kawasan flat berkenaan yang penghuninya mengharapkan pihak berkenaan datang membaiki pam yang rosak itu bagi mengatasi masalah mereka.
Seorang lagi penduduk Rozekna Hashim, 45, berkata dia mengharapkan Kerajaan Negeri Kedah prihatin terhadap masalah mendapatkan bekalan air bersih dengan segera untuk mereka.
"Air dari pili bomba ini pula berpasir dan menyukarkan kami untuk masak hanya setakat mandi dan membasuh sahaja. Tambahan pula ramai penghuni di sini warga emas dan budak-budak yang terpaksa mengangkut air," katanya.
Aniza Ismail, 40, berkata yang menyedihkan walaupun tidak dapat bekalan air bersih bilnya masih terpaksa dibayar melibatkan lapan buah blok flat.
"Kami meminta wakil rakyat turun padang tinjau masalah kami ini tidak kisah siapa pun yang memerintah janji kebajikan dan hak rakyat dibela," tambah beliau.
Falijah Mat Taib, 28, berkata setiap hari dia dan ahli keluarga terpaksa turun ke bawah mandi di pili bomba, dan kalau ada pun sikit sahaja dalam tempoh dua jam tadah terpaksa pula memikul tong berat naik tangga angkut air.
AS: KESIAN, ORANG KEDAH.. SAMPAI BILA PUN TAK SELESAI MASALAH-MASALAH CAMNI..
SELAGI KEDAH DIPEGANG OLEH ORANG YANG TAK BOLEH BUAT KERJA, BEGINILAH JADINYA..
PRU13 ORANG KEDAH KENA KALIH BUANG LA DEPA NI
TRY BAGI BALIK KEPADA BN UNTUK MEMERINTAH
INSYALLAH, MASALAH SEPERTI INI DAPAT DISELESAIKAN SEGERA..
3 comments:
tengok dlm blog, bukan main lagi MB cakap,'lain kali kalau buat kerja ikut cara Islam'hebat.....ini satu flat tak dak ayaq...kira macamana?,ingat...mereka ni nak solat,nak mandi dan bersuci...cukup ka dengan tayamum hari-hari. ini yang di katakan kerajaan manggkuk ayun..oops bukan2...manggkuk tandaih....!!!!!!
hang hingarq apa pasai ayarq ni..
bukan ka kedah dah sejahtra...
tu yg hangpa pilih jadi jangan dok salak la pasai ayarq ...
pas tu kerajaan islam..pemimpin semua oghang kuat ugama.
dalam islam,tak dak ayarq pasiarq pun bolih guna.
hangpa telan sja pasiarq tu.nak mandi pi gulin2 ataih tanah..
sapa bodoh?????????hangpa ka aku...
aku bodoh pasai tulis lagu ni..
tapi hangpa lagi bodoh..pi pilih pokka hijau,bewak dan babi tubuh kerajaan.
hangpa memang dajai...dok hingarq pasai pa
ghamai oghang kedah ceghedik buah peliarq.
saya nak nasihat org kedah...tapi saya minta maaf dulu kalau kata2 ni agak kasaq sikit....org kedah jgn jadi bodoh mcm org k'tan...sori org k'tan pun bukan bodoh....tapi di perbodohkan oleh Nik Aziz...boleh ke hidup tanpa air bertahun2.........dana k'jaan pusat bagi 600juta kepada k'jaan k'tan untuk pulih sistem air, tapi depa songlap duit tu buat projek lain...adil ke tu??? yg menderita rakyat....wakil rakyat senang lenang..aku nasihat hangpa le itu pun kalau mahu dengar...ambil peluang bagi balik BN memerintah pada PRU13 nanti selasai masalah.....janji PR penipu belaka...hangpa tengok....k'tan dah 2q tahun memerintah..tak selesai lagi..apake jadahnya????
Post a Comment