DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA!

Untuk tatapan dan iktibar...

DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA!

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!"

Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:" Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.

"Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.

Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya.

Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.

"Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya.

Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi.

Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa.

Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. SUMBER

PERSOALAN A.S; MAMPUKAH RAKYAT MARHAEN SEPERTI INI MENGHARUNGI SITUASI NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI SUATU HARI NANTI?
ADAKAH JIKA PAKATAN HARAM MEMERINTAH SITUASI SEPERTI ATAS DIJAMIN 100% TAK AKAN BERLAKU? MUSTAHIL!
A.S KHUATIR LAGI KRONIK TAHAP EKONOMI MALAYSIA.


KERAJAAN UMNO/BN YANG BERTANGGUNGJAWAB DAH BANYAK BERI BANTUAN DALAM PELBAGAI HAL.
NAMUN KISAH SEDIH SEPERTI INI MASIH TAK DAPAT DIELAKKAN LAGI.

8 comments:

Anonymous said...

Selagi Umno sering hadir dgn bantuan berbentuk WAYANG....!

Selagi itu masaalah kian bertambah !!!

joe black said...

wayang wak lu wusangka pecacai dapig!

sejak ko dr perut mak ko, kuar ikot po;en mak ko gomen bg subsidi, sampai ko keje mcm2 kjaan kasi ko nk apa lagi?

boddoh! kufur nikmat

Anonymous said...

AS
Sy suka juga sardin tu tapi tak boleh makan selalu. Barang dlm tin tu lah yg menyebabkan gout. Kadang2 kita nak jimat makan tapi duit habis kat penyakit. Lebih elok makan salad/carrot biasa dgn sambal belacan dan ikan kecik2 buat lauk. Kalau nak jimat pergi pasar seminggu sekali. Belilah kat pasar borong, murah sikit. Supermarket dah lain harga.

manBonda said...

kalau FUCKatan yang memerintah maka akan hancurlah Malaysia dan Bangsa Melayu..

BINAHIAS.COM.MY said...

sekadar ingin berkongsi fakta.

Sewaktu pemerintahan Dr Mahathir, sekiranya ada harga barang naik,waimma telur ayam sekalipun, Dr Mahathir akan panggil

penternak,pemborong,pengedar serta merta dan bertanya apa masalah mereka. sekiranya boleh diatasi,

Dr Mahathir akan menggesa harga barang diturunkan. Itu lah sifat pemimpin berkarisma.

Pemimpin silih berganti dan tentu tidak sama. Zaman gelap adalah selepas era Tun Mahathir.

Kami rakyat Malaysia berharap Dato' Sri Najib lebih bersifat tegas dan keras dalam mendidik peniaga yang

rata2 adalah komunis ini supaya lebih berperikemanusiaan sedikit.

Anonymous said...

betol... kufur nkamt..

hangkedee said...

Musangka haram jadah kuli batak Dapig mentedarah babi.aku dah tenguk manusia spt kamu lah yg menjadikan orang melayu semakin berpecah belah.thuiii

belang said...

musang,

cuba ko duduk diam2 dan pikirkan apa yg di offer oleh PR utk malaysia. Apa wawasan dan bagaimana urusan menterjemahkan ia dpt dijalankan. Apa tidak wayang, bila PR selangor beri air percuma? apa tidak wayang nik aziz bg duit zakat tepi jalan? apa tidak wayang kedah lebih rela tebang balak dr merencana eknomi yg mapan? jgn hipokrit la musang, tanya blk diri sendiri apa yg ko dah buat utk malaysia sebelum ko kritik org yg berusaha merubah lanskap malaysia ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...