Tok Non Menyelar Wei Aik Sebagai Keterlaluan!

Lanjutan Isu Ng Wei Aik biadap, ADUN DAP yang juga setiausaha politik Guan Eng yang menghina 2 wanita mangsa kebakaran sebagai pengkhianat negara hanya kerana berkahwin dengan lelaki asing secara sah.

Dato' Zainal Abidin bin Osman aka Tok Non mendefinasikan pengkhianat negara itu ialah kalau dia pergi ke luar negara, memburuk-burukkan negara sehingga menyebabkan pelabur tidak mahu melabur dan ekonomi kita tidak dapat berkembang seperti yang dibuat pembangkang, itulah baru pengkhianat.

Sebaliknya jika dia hanya dua wanita yang memerlukan bantuan kerana mengalami kesusahan, kita patut bantu tanpa mengira sama ada dia kahwin dengan rakyat asing atau dia tidak mengundi kita.

Tetapi inilah DAP, kerana terlalu mementingkan politik dan undi, mereka sanggup menggelar wanita itu pengkhianat negara dan tidak mahu membantu mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...