Showing posts with label toknon. Show all posts
Showing posts with label toknon. Show all posts

Tok Non Yang Prihatin Kepada Semua Golongan





Dato' Zainal Abidin Bin Osman, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal,telah membuktikan bahawa UMNO tetap membela nasib semua kaum. Perkara sebegini sememangnya dari dulu lagi telah dilaksanakan. Nasib semua kaum dan golongan samada muda atau dewasa semuanya terjaga dibawah UMNO/BN.

Petang tadi, Dato' Non telah meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan persekolahan kepada murid-murid cina kurang mampu di SRJK (C) di DUN Sungai Acheh bertempat di Balai Bomba Sunagi Udang, DUN Sungai Acheh.

A.S harap warga Nibong Tebal sedarlah bahawa UMNO/BN sentiasa membela nasib semua kaum tanpa memilih bulu.Berilah peluang kepada Tok Non anak jati Nibong Tebal untuk menabur bakti kepada orang kampungnya dalam PRU13 ini. Kalau harapkan Ahli Parlimen yang dipilih di Nibong Tebal sekarang, terus menghilang tanpa berita. Inikah yang kita mahukan?

Komen Tok Non Semasa PAU 2011


"Saya tidak dapat membayangkan kita datang ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun hadapan sebagai pembangkang. Bagaimana kita mahu menghadapi situasi ini dan apa yang mahu kita usul dan bahaskan. Saya sudah merasa di Pulau Pinang.

"Dahulu kita menganggap kekalahan di beberapa tempat itu adalah kes terpencil. Kita yakin menang namun selepas apa yang terjadi pada tahun 2008, kita seperti tersedar. Oleh itu, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, jangan kita ambil mudah," ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Katanya, ucapan dasar Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan istilah ahli UMNO perlu menjadi orang UMNO amatlah tepat sekali dalam situasi negara bakal menghadapi satu 'perang' besar penentu hala tuju parti.

Menurut Zainal, ahli UMNO adalah mereka yang membayar yuran tetapi orang UMNO adalah individu mereka yang setia kepada parti.

"Orang UMNO tidak akan menolak dan berubah hati. Orang UMNO akan tetap setia pada parti dan tidak akan sama sekali derhaka kepada parti. Itu orang UMNO. Kita ada 3.2 juga ahli UMNO.

"Alangkah manisnya sekiranya keseluruhan jumlah ini adalah orang UMNO dan menghayati perjuangan UMNO dan tidak akan lari daripada perjuangan UMNO serta memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada UMNO. Inilah perbezaan antara ahli UMNO dan orang UMNO," ujarnya kepada UMNO-Online.

Apabila orang UMNO cinta dan kasih kepada parti, dengan sendirinya individu tersebut akan ada rasa ingin berkorban kepada siapa yang sayangi dan kasihi.

"Jadi sekiranya kita kasih dan sayang kepada parti kita, kita dengan sendiri akan timbul naluri ingin berkorban kepada parti tidak kira masa mahupun wang ringgit. PRU sudah semakin hampir. Jadi, tunjukkanlah samada kita ini ahli UMNO ataupun orang UMNO," katanya.
: umno-online

Tok Non Menyelar Wei Aik Sebagai Keterlaluan!

Lanjutan Isu Ng Wei Aik biadap, ADUN DAP yang juga setiausaha politik Guan Eng yang menghina 2 wanita mangsa kebakaran sebagai pengkhianat negara hanya kerana berkahwin dengan lelaki asing secara sah.

Dato' Zainal Abidin bin Osman aka Tok Non mendefinasikan pengkhianat negara itu ialah kalau dia pergi ke luar negara, memburuk-burukkan negara sehingga menyebabkan pelabur tidak mahu melabur dan ekonomi kita tidak dapat berkembang seperti yang dibuat pembangkang, itulah baru pengkhianat.

Sebaliknya jika dia hanya dua wanita yang memerlukan bantuan kerana mengalami kesusahan, kita patut bantu tanpa mengira sama ada dia kahwin dengan rakyat asing atau dia tidak mengundi kita.

Tetapi inilah DAP, kerana terlalu mementingkan politik dan undi, mereka sanggup menggelar wanita itu pengkhianat negara dan tidak mahu membantu mereka.

Penyampaian Sumbangan Deepavali

Dato' Zainal menyampaikan sumbangan di 2 lokasi penempatan majority kaum India iaitu di Ladang Changkat dan Taman Cenderawasih di Parlimen Nibong Tebal yang membabitkan sekitar 300 orang penerima.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan ini adalah sebagai bukti bahawa BN sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman bagi meringankan beban bagi mereka persediaan menyambut Deepavali tak lama lagi.





Tok Non Menziarahi Penerima-Penerima Bantuan Prumahan

Siang tadi A.S berkesempatan bersama -sama Dato' Zainal Abidin Osman untuk mengunjungi 6 buah rumah penerima bantuan rumah baru yang dibawah bantuan Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah di sekitar Parlimen Nibong Tebal.

Tok Non sempat meletakkan plak di rumah yang dilawati dan bertanya khabar kepada penghuni penerima bantuan rumah terbabit. Rata-rata yang ditemui amat bersyukur dan terharu diatas bantuan yang diberikan oleh Kerajaan BN yang sungguh prihatin terhadap kebajikan rakyat.




Sempat juga menziarahi Puan Liza di kampung Sungai Udang yang patah kaki akibat mengalami kemalangan semasa ke tempat kerja. Dato' Zainal bersama Dato Mahmud menyampaikan sumbangan wang tunai, barangan serta kerusi roda kepada beliau.

UMNO Nibong Tebal akan terus mempratikkan pendekatan Barisan Nasional (BN) iaitu tradisi membela rakyat tanpa memilih kasih dalam usaha meyakinkan rakyat bahawa UMNO/BN adalah sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan permasalahan rakyat.

Guan Eng Berlagak & Sombong! Tok Non (BPUNPP) Teruskan Saman RM30Juta!

UMNO Pulau Pinang akan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas tempoh yang diberikan kepada beliau untuk memohon maaf kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap UMNO tamat.

"Kami telah memberikan masa kepada Guan Eng, namun beliau gagal berbuat demikian malah dia berlagak dan sombong kerana enggan memohon maaf.

“Oleh demikian, kami tidak teragak-agak untuk membawa kes itu ke mahkamah,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Island Teknologi di sini hari ini.

Rabu lepas, UMNO negeri menghantar notis tuntutan ke pejabat Lim di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kerana dikatakan menuduh UMNO Pulau Pinang mendalangi demonstrasi di luar pejabatnya dan di Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai dan percubaan membakar pejabat DAP Pulau Pinang pada 17 Ogos.

Notis berkenaan menuntut Guan Eng supaya memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta.

AS KATA GUAN ENG EGO & BONGKAK! TAKKAN DIA POHON MAAF PUNYA WALAUPUN DIA SEDAR DIA KAKI FITNAH!

Berita Penuh. UMNO Saman Guan Eng RM30 Juta! (Pics)





Umno fail saman RM30 juta ke atas KM Pulau Pinang

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa membuat tohmahan dan fitnah terhadap Umno bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti Umno sebagai sebuah parti politik orang Melayu.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu memberi Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada Umno.

Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, Umno akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.

Beliau memberitahu pemberita di Georgetown hari ini, Umno Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.

"Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan," katanya.

Zainal Abidin berkata saman malu yang difailkan terhadap Lim adalah atas beberapa tuduhan fitnah antaranya ialah dakwaan kononnya Umno terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Lim juga telah menuduh anggota Umno terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon pada 17 Ogos lalu, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan terhadap kes itu.

"Umno tidak boleh dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh setiap anggotanya. Bagi kes demonstrasi ia sebenarnya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Lim dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Lim tidak boleh terima penjelasan saya dan menuduh saya menipu atas alasan penglibatan Senator Ezam Mohamad Nor dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan Umno," katanya.

Ditanya mengapa Umno mengambil masa yang terlalu lama untuk mengemukakan saman terhadap Lim, Zainal Abidin berkata: "Sebelum ini segala dakwaan dan tuduhan yang dibuat terhadap Umno (adalah) dianggap ia sebagai asam garam dalam politik.

"Tetapi bermula awal Julai lepas kita dapati Lim telah melampaui batasan dan setelah berbincang dan mengumpulkan semua bukti barulah kita ambil keputusan untuk memfailkan saman malu," katanya.

Beliau berkata Umno tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim kerana beranggapan bahawa pemimpin itu berada dalam keadaan emosi yang tidak terkawal setiap kali membuat kenyataan.

"Dia (Lim) mungkin tertekan dengan sokongan terhadap DAP yang semakin berkurangan di Pulau Pinang, keadaan emosi yang tidak stabil ini mungkin terbawa-bawa ketika dalam kerja," katanya.- Bernama


Saman jangan tak saman Tok Non!
AS sentiasa berdiri teguh dibelakang mu!
Kita jangan bagi muka pada apek melaka tak sedar diri ini.
Makin hari makin melampau dan biadap jika dibiarkan.

Tok Non Menziarahi Pesakit Di Hospital Daerah, Sungai Bakap

Sempena Aidilfitri yang menjelang tiba, kepimpinan UMNO Bahagian Nibong Tebal yang diketuai oleh Dato' Zainal Abidin Bin Osman telah mengunjungi Hospital Sungai Bakap bagi menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit yang sedang terlantar di wad hospital tersebut.

Turut hadir bersama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian merangkap ADUN Sungai Acheh, Dato' Mahmud Bin Zakaria, Puan Tan Cheng Liang penyelaras BN DUN Jawi bersama kepimpinan UMNO Bahagian Nibong Tebal yang lain.

Rata-rata pesakit yang dikunjungi oleh Tok Non berasa amat berbesar hati dan amat terharu diatas kesudian beliau menyampaikan sumbangan walaupun beliau bukanlah wakil rakyat yangb dipilih disitu. Amat malang sekali wakil rakyat yang dipilih mukanya langsung tak nampak.!

Pesanan AS kepada pengundi pada PRU13 Parlimen Nibong tebal, jangan silap memilih lagi. Bertindaklah dengan bijak!






Kebakaran pejabat DAP: Dakwaan Guan Eng gila & tidak bertanggungjawab-Tok Non

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman terkenal sebagai seorang yang cukup cool. Namun beliau tidak dapat menahan rasa marah sebaik saja tersebar berita petang Khamis melaporkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tuduh UMNO dalangi kejadian kebakaran pejabat DAP di Pulau Pinang.

“Ini tuduhan gila dan sangat tidak bertanggong jawab,”tegasnya bagi meluahkan rasa geramnya pada tuduhan yang disifatkannya dibuat ikut sedap mulut dan tanpa usul periksa.

Beliau tuntut Guan Eng menarik balik dakwaannya secepat mungkin.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat tuduhan itu berikutan kejadian sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi Khamis.

Sebelum itu pada Ahad lepas, pejabat berkenaan dan pusat perkhidmatan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.

Sebuah portal pro pembangkang melaporkan, Guan Eng berkata "Kami merasakan ini adalah sebahagian serangan oleh UMNO berhubung isu larangan Al-Quran".

Di Pulau Pinang baru-baru ini timbul kontroversi selepas Majlis Fatwa negeri itu membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

Zainal berkata sebagai seorang pemimpin Ketua Menteri itu harus lebih bertanggongjawab dalam membuat tuduhan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman dan jangan main tuduh ikut suka hati.

Baginya mana-mana anasir boleh melakukan perbuatan itu.

“Lainlah kalau ada orang UMNO kena tahan didakwa melakukannya.Itupun dia kena sebut ahli UMNO bukan UMNO sebagai sebuah pertubuhan.Kita tidak izinkan mana-mana ahli melakukan perbuatan khianat seperti itu.

"Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Guan Eng memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata saksi seorang lelaki mencurigakan dilihat berhenti di hadapan pejabat parti itu sekitar pukul 2.50 pagi, sebelum menyalakan satu kertas suratkhabar.

"Katanya suspek kemudian mencampakkan kertas suratkhabar yang terbakar itu ke premis berkenaan sebelum melarikan diri," katanya.

Beberapa makalah penerbitan parti yang ditempatkan di hadapan bangunan dua tingkat itu didapati turut terbakar.

Manakala, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Beach Street Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.50 pagi.

Menurutnya empat jentera bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira enam minit kemudian dan mengambil masa sekitar 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.-Agenda Daily

Tok Non Bersama Peniaga Di Bazar Ramadan Dalam Parlimen Nibong Tebal

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kepimpinan UMNO Bahagian yang diterajui oleh Dato Zainal Abidin Osman telah turun ke pasar-pasar ramadhan disetiap DUN dalam Parlimen Nibong Tebal bagi mendekati para-para peniaga serta beramah mesra dengan pengunjung-pengunjung yang hadir.

Banyak program yang telah diatur oleh UMNO Bahagian di sepanjang bulan Ramadhan ini termasuklah program berbuka puasa, bersolat sunat taraweh, jamuan moreh serta penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

InsyaAlah, dari masa ke semasa AS akan kemaskini program-program tersebut kepada para pembaca sekalian terutamanya kepada rakyat Nibong Tebal untuk kita sedar bahawa UMNO sentiasa prihatin dan sentiasa cuba untuk memahami setiap denyut nadi rakyat.
Bersama Beramah Mesra Dengan Peniaga Di Bazar Ramadhan jawi, DUN Jawi
Bersama peniaga, Encik Omar sampai habis kari dijual oleh "Dato Zainal" di Bazaar Ramadhan Puteri Gunung, DUN Sungai Bakap jam 6 petang.


Mencuba buat murtabak di Bazar Ramadhan Permatang Tok Mahat, DUN Sungai Acheh

Tok Non: Kerajaan DAP Buat Liat!


AS: INIKAH CONTOH KERAJAAN NEGERI YANG PRIHATIN TERHADAP KEPERLUAN RAKYAT??

Komen Tok Non Terhadap Demo Anti Bersih Di Georgetown Semalam

“Kalau UMNO yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman

Sambil menafikan penglibatan UMNO dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam beliau memberitahu UMNO negeri mempunyai keahlian serami 150,000 orang.

Justeru tegasnya UMNO negeri tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.

“Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa UMNO negeri langsung tidak terlibat dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat,” katanya di sini hari ini.

Semalam 1,500 orang termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar.

Bagaimanapun Zainal Abidin berkata terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini.

“Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terlibat dengan NGO. Mereka pergi atas nama NGO sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.

“Saya mendapat banyak rungutan daripada masyarakat Pulau Pinang bahawa keadaan lalu lintas sesak teruk sehingga menyebabkan aktiviti mereka terganggu.

“Sama juga yang akan berlaku pada 9 Julai (perhimpunan haram), kalau mereka buat juga demonstrasi, lalu lintas akan sesak dan kita tak dapat menjalankan kerja seperti biasa,” katanya.
Katanya UMNO Pulau Pinang berharap perhimpunan haram pada 9 Julai ini tidak diteruskan kerana ia akan mencetuskan lebih banyak demonstrasi daripada pihak yang tidak menyokong perhimpunan itu.

“Elok jangan kita adakan benda yang boleh menggugat keselamatan negara. Bolehkah kita mengawal keadaan bila semua orang nak mengadakan demonstrasi,” ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...