Tok Non Bersama Peniaga Di Bazar Ramadan Dalam Parlimen Nibong Tebal

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kepimpinan UMNO Bahagian yang diterajui oleh Dato Zainal Abidin Osman telah turun ke pasar-pasar ramadhan disetiap DUN dalam Parlimen Nibong Tebal bagi mendekati para-para peniaga serta beramah mesra dengan pengunjung-pengunjung yang hadir.

Banyak program yang telah diatur oleh UMNO Bahagian di sepanjang bulan Ramadhan ini termasuklah program berbuka puasa, bersolat sunat taraweh, jamuan moreh serta penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

InsyaAlah, dari masa ke semasa AS akan kemaskini program-program tersebut kepada para pembaca sekalian terutamanya kepada rakyat Nibong Tebal untuk kita sedar bahawa UMNO sentiasa prihatin dan sentiasa cuba untuk memahami setiap denyut nadi rakyat.
Bersama Beramah Mesra Dengan Peniaga Di Bazar Ramadhan jawi, DUN Jawi
Bersama peniaga, Encik Omar sampai habis kari dijual oleh "Dato Zainal" di Bazaar Ramadhan Puteri Gunung, DUN Sungai Bakap jam 6 petang.


Mencuba buat murtabak di Bazar Ramadhan Permatang Tok Mahat, DUN Sungai Acheh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...