Guan Eng Berlagak & Sombong! Tok Non (BPUNPP) Teruskan Saman RM30Juta!

UMNO Pulau Pinang akan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas tempoh yang diberikan kepada beliau untuk memohon maaf kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap UMNO tamat.

"Kami telah memberikan masa kepada Guan Eng, namun beliau gagal berbuat demikian malah dia berlagak dan sombong kerana enggan memohon maaf.

“Oleh demikian, kami tidak teragak-agak untuk membawa kes itu ke mahkamah,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Island Teknologi di sini hari ini.

Rabu lepas, UMNO negeri menghantar notis tuntutan ke pejabat Lim di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kerana dikatakan menuduh UMNO Pulau Pinang mendalangi demonstrasi di luar pejabatnya dan di Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai dan percubaan membakar pejabat DAP Pulau Pinang pada 17 Ogos.

Notis berkenaan menuntut Guan Eng supaya memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta.

AS KATA GUAN ENG EGO & BONGKAK! TAKKAN DIA POHON MAAF PUNYA WALAUPUN DIA SEDAR DIA KAKI FITNAH!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...