Komen Tok Non Semasa PAU 2011
"Saya tidak dapat membayangkan kita datang ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun hadapan sebagai pembangkang. Bagaimana kita mahu menghadapi situasi ini dan apa yang mahu kita usul dan bahaskan. Saya sudah merasa di Pulau Pinang.
"Dahulu kita menganggap kekalahan di beberapa tempat itu adalah kes terpencil. Kita yakin menang namun selepas apa yang terjadi pada tahun 2008, kita seperti tersedar. Oleh itu, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, jangan kita ambil mudah," ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Katanya, ucapan dasar Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan istilah ahli UMNO perlu menjadi orang UMNO amatlah tepat sekali dalam situasi negara bakal menghadapi satu 'perang' besar penentu hala tuju parti.
Menurut Zainal, ahli UMNO adalah mereka yang membayar yuran tetapi orang UMNO adalah individu mereka yang setia kepada parti.
"Orang UMNO tidak akan menolak dan berubah hati. Orang UMNO akan tetap setia pada parti dan tidak akan sama sekali derhaka kepada parti. Itu orang UMNO. Kita ada 3.2 juga ahli UMNO.
"Alangkah manisnya sekiranya keseluruhan jumlah ini adalah orang UMNO dan menghayati perjuangan UMNO dan tidak akan lari daripada perjuangan UMNO serta memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada UMNO. Inilah perbezaan antara ahli UMNO dan orang UMNO," ujarnya kepada UMNO-Online.
Apabila orang UMNO cinta dan kasih kepada parti, dengan sendirinya individu tersebut akan ada rasa ingin berkorban kepada siapa yang sayangi dan kasihi.
"Jadi sekiranya kita kasih dan sayang kepada parti kita, kita dengan sendiri akan timbul naluri ingin berkorban kepada parti tidak kira masa mahupun wang ringgit. PRU sudah semakin hampir. Jadi, tunjukkanlah samada kita ini ahli UMNO ataupun orang UMNO," katanya.
: umno-online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Benar - Orang UMNO tidak akan menolak dan berubah hati. Orang UMNO akan tetap setia pada parti dan tidak akan sama sekali derhaka kepada parti. Itu orang UMNO.
Tapi - dek sebab ketua-ketua yg mementingkan diri sendiri dan keluarga membuatkan orang UMNO hampa ... siapa lagi yg boleh mereka harapkan ?
Harapkan IT - komen-komen org bawahan UMNO dalam blog bahagian kena gam ... dek pakar IT ... supaya ketua bahagian hanya baca kipas-kipas ... masalah sebenar disorokan.
Siapa lagi org bawahan UMNO boleh harapkan ?
Setelah penat membantu program-program ketua ... ketua kata kenapa awak nak niaga tu (buat sendiri kemudian jual) org tak beli dah !!! ... ketua ni ade catering dan business lain.
Bukankah ketua patut galakkan ahli berniaga ape jua ... tolong dapatkan bantuan ... tolong beritahu bila bahagian ade program yg boleh ade jualan ... ini hampeh !!
Akhir tahun ... bahagian beri peralatan catering ... ketua sorang je dapat hasilnya.
Siapa lagi org bawahan UMNO boleh harapkan ?
Post a Comment