JEMPOL - Seorang peneroka yang menyertai pertandingan Karnival Futsal Dun Sungai Lui meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Gelanggang Futsal Felda Pasoh Dua, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11.16 pagi itu, Mansor Ibrahim, 67, dipercayai mendapat serangan jantung ketika sedang bermain futsal.
Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan susulan.Menurut isterinya, Siti Rohana Mohd Yasin, 57, sebelum kejadian, arwah suaminya sangat gembira malah tidak sabar untuk menyertai perlawanan berkenaan.
“Arwah mengetahui berkenaan pertandingan ini sejak minggu lalu. Sejak hari itu, dia kelihatan teruja dan bersemangat untuk menyertainya.“Walaupun menghidap penyakit jantung, arwah seorang yang aktif bersukan dan gemar bermain bola sepak.
“Pagi itu arwah sempat bersarapan dan makan ubat sebelum pergi ke Kompleks Sukan Semai Bakti, di Felda Pasoh Dua,” katanya.Menurutnya, menantu perempuannya turut berada di kompleks terbabit dan melihat ayah mertuanya jatuh. Dia turut berada dalam ambulans menemani arwah.
“Ketika itu arwah pengsan, namun memberikan tindak balas ketika tangannya digenggam,” katanya.Jenazah bapa kepada empat anak itu dikebumikan di Tanah perkuburan Felda Pasoh Dua, lewat petang kelmarin.
A.S: Al Fatihah dan takziah pada keluarga pakcik tu. Umur dah 67 ada masalah jantung pulak memang kurang sesuai kalau nak main futsal.
Yang muda pun kadang-kadang semput ni kan pulak pakcik yang dah senior. Harap isteri pakcik ni tabah hendaknya.
Namun, ajal dah sampai, tak mengira waktu.
No comments:
Post a Comment