Sila ke entry A.S sebelum ini di SINI untuk tonton video klip bodoh yang dilakonkan oleh si MP paling bebal di Pahang.
Klip video Resipi Cinta yang menampilkan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendapat reaksi kurang menyenangkan masyarakat kerana menggunakan makanan untuk menunjukkan protes kepada kilang nadir bumi yang sedang dalam pembinaan di Gebeng.
Fuziah sebagai Chef Wani melalui klip video bertajuk Resipi Cinta (Love Dish) menggunakan sotong berkepala ikan, ayam berkepala dua, udang berwarna warni dan kepala kambing yang digambarkan seolah-olah terkena radiasi.
Klip video itu juga memaparkan penggunaan beberapa peralatan besi yang kononnya boleh membuang radiasi.
Video berdurasi 4.44 minit yang dimuat naik melalui laman Youtube pada 13 November 2011 itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengunjung laman itu.
Sehingga semalam seramai 133 menyukai laman itu dan 114 tidak menyukainya.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhaimi Sulong secara peribadi menyifatkan video itu sebagai satu lawak jenaka bodoh akibat kebuntuan idea untuk dijadikan modal politik.
Beliau berkata, pelbagai cara digunakan bagi menakutkan masyarakat dan mungkin akan menerbitkan lebih banyak video yang tidak masuk akal.
“Memang inilah caranya pembangkang memainkan isu dan mungkin ramai yang suka video itu adalah mereka yang memang anti Lynas,” katanya.
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Indera Mahkota, Kamarul Adha Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklum balas negatif daripada orang ramai yang tidak menyenagi perbuatan menggunakan elemen makanan di dalam klip video itu.
“Beberapa hari lalu ada yang memaklumkan perkara itu mengenai perkara itu dan ternyata caranya tidak betul sama sekali,” katanya yang menyifatkan pembangkang sudah kekeringan idea untuk menarik perhatian masyarakat mengenai isu Lynas.
Secara peribadi, Azmarul berkata, cara itu tidak menggambarkan kredibiliti seorang pemimpin kerana sanggup mengeksploitasi makanan sedangkan masih ada cara lain jika beliau tetap mahu memprotes Lynas.
Sementara itu, Fuziah ketika dihubungi mengakui akan ada kumpulan tertentu yang menggunakan video itu untuk mengutuk dirinya namun di sebaliknya beliau mendapat sokongan melalui sistem pesanan ringkas (sms).
Katanya, pada mulanya beliau tidak mahu terlibat dalam tetapi akhirnya bersetuju apabila memikirkan ada yang bersungguh-sungguh berjuang.
“Mereka bersungguh-sungguh dan dorang buat secara pro bono dan secara sukarela, saya setuju nak berlakon, lagipun, saya juga sudah analisa bahawa yang kutuk itu semuanya pengendali blog yang berbayar.-Sinar
A.S: Hang memang lawak la Fauziah..
Kot celah mana analisa hang ni?
Rakyat meluat kat hang tak perlu nak dibayar sebab hang yang bodoh kerana rela memperbodohkan diri sendiri.
Buat lagi kerja bodoh macam ni yang menunjukkan betapa rendahnya standard tahap pemikiran seorang MP.
Malu aku kalau jadi orang Kuantan dapat MP sengal macam hang!
1 comment:
Salam tuan,
kami orang pahang ni naik meluat dengan ahli parlimen monopaus ni.Tak ada kerja lain asyik menyalak aje.Kerja utama dia sebagai ahli parlimen diabaikan.
Dia bukan tahu apa-apa pun tentang nuklear.Dia tak tahu pun tentang isotop,proton neutron,radiasi kelas 1,kelas 2,kelas 3,recycle isotop,recycle tahap optimun,kiraan formula per?nuklear yang selamat dan yang bahaya.
Dia ni tokeh puyuh sibuk-sibuk bicara tentang penternakan burung emu dan oustrich.
HHammmpeesss!Rimas aku.
Post a Comment