"QueensPark SportzCity & Boulevard"- Pok Nik Makin Advance!


A.S ingatkan nak pacak sekolah tahfiz bertaraf mega...barulah boleh berbangga...
Nih tak, pusat hiburan besar-besaran. Pusat snuker terbesar? besar mana tu? Perlu ke?

Nampaknya Klate makin advance.
Lagi satu tukang pacak tu mata sepet jugak.
Mana usahawan melayu Klate yang dilahirkan Pok Nik?

Awat tak ada orang yang membangkang pembinaan pusat hiburan tu?
Kan melalaikan!
Hipokrit!


Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan gaya hidup sihat dan hiburan melalui kewujudan "QueensPark SportzCity & Boulevard" bernilai RM35 juta yang pertama seumpamanya diwujudkan di Kelantan.

Pengarah Urusan Kristana Holdings Sdn Bhd Chai C.Y. berkata pusat yang berkonsepkan rekreasi dan sukan untuk hiburan dan gaya hidup sihat itu yang juga yang pertama dan terbesar di Pantai Timur, turut meliputi kemudahan kelas dunia.

Ia meliputi pusat bowling terbesar 36 lorong, snooker terbesar mampu memuatkan sehingga 40 meja, pusat renang dan futsal terbesar dengan keluasan standard FIFA.

"Dengan kedudukan strategik pusat ini seluas 1.66 hektar di Tanjung Chat, di sini dan sangat mudah untuk diakses dari segala arah, QueensPark SportzCity & Boulevard ialah lokasi utama untuk membawa kejayaan untuk setiap pemegang saham syarikat.

"Ia bakal menjadi pusat sukan terbaik dan paling popular untuk tujuan hiburan di Kota Baharu, dengan kawasan yang berdekatan dengan sebuah bandar ditubuhkan dengan kepadatan penduduk yang baik, kegiatan komersil dan berdekatan dengan Kompleks Taman Budaya Kelantan serta Taman Rekreasi Tengku Anis," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Dengan berkonsepkan gaya hidup sihat menggabungkan hiburan sukan dengan makanan tempatan dan antarabangsa, tempat makan terbuka, budaya dan pengalaman seni, muzik, hiburan, aktiviti rekreasi dan sukan, katanya pusat ini secara khusus direka untuk semua masyarakat yang ingin mengalami perbezaan.

"Kemudahan lain termasuk gelanggang roller skating dengan muzik, kawasan jualan makanan untuk 40 gerai dan kedai-kedai runcit khusus," katanya.

Dengan penyediaan kelengkapan parkir umum, VIP dan Orang Kelainan Upaya (OKU), tandas dan surau, menurutnya, pusat berkenaan yang mampu menampung antara 3,000 sehingga 5,000 orang dalam satu masa dijangka menjadi antara pusat yang diciptakan untuk membawa bersama keluarga, orang ramai, pengusaha, selebriti dan ahli sukan ke destinasi tunggal dalam lingkungan gaya hidup sihat.

Chai berkata pusat itu, yang memilki bangunan tiga tingkat yang direka khusus selamat dan moden dalam strukturnya itu memiliki 32 unit lot kedai yang kini dibuka untuk jualan.

"Pihak kami kini membuka jualan gerai dan lot kedai yang harganya amat berpatutan, serendah RM500 sehingga RM690,000 dan keistimewaan diberi kepada Bumiputera yang bakal menimati rebat sepuluh peratus dari harga jualan," katanya.

Mengikut perancangan, beliau berkata "QueensPark SportzCity & Boulevard" dijangka dibuka secara rasmi kepada umum pada Ogos ini.

-- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

tu baru skek..tengok la kek gie..kelate lebih maju dari negeri2 laing..hebat tok guru kawe

Anonymous said...

geli hati aku tengok blog ni...siap letak ayat quran..kepada pemilik blog ni..cuba faham btol maksud ayat tu..jangan buta hati..mohon doa dgn allah byk2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...